Thursday, 26 February 2015

:: Kenduri Doa Selamat UMRAH ::


:: Puan Emak akan ke Mekah pada 13 Mac 2015 ::

Alhamdulillah, selesai kenduri Puan Emak, merangkap la kenduri kesyukuran KakLong Anje sebab UPKK 7A 1C. Lagi seronok sebab dapat kumpul ketujuh-tujuh permata Ahmad Saidi. Ingat nak kumpulkan senang ke? Yang selalu troubleshoot nak jumpa KakTa dengan Uda. 

Deme berdua ini memang kena booking awal-awal. Kalau tak keroje semedang orang Perak kata.
Puan Emak dah pesan siap-siap, semua wajib ada. Cik Ina pun tak dapat nak join pendaftaran pelajar KTHO tau tak. gehehehe !!

Tapi tak apa, ada excuse. Bukan saja-saja tak datang okey!.

Perjalanan balik Cik Ina extreme sangat tau tak. Keluar pukul 9 sampai CL pukul 2 gitu. Ikut Kuala Selangor la, apa la. Tak pernah dibuat ikut jalan dalam. Konon nak lari dari jem di highway Plus. Cissss!! sama je. Padan muka Cik Ina.

Jumaat  (20 Feb 2015)

Cik Ina dapat berita emak Ainur meninggal. Innalillah. Memang tahu mak dia tak sihat. 
Ainur, moga ko tabah ye kawan. Apa-apa text aku tau.
Aku sentiasa dekat sisi ko. Insha Allah.

Selesai dekat rumah Ainur, si adik busu ajak pergi cari Sejadah dan Surah Yassin dekat Mydin.
Takkan Cik Ina nak tinggal sorang-sorang? Harus ikut sama. 


Hidup Cik Ina sepanjang bulan Februari memang tidak tenteram. Semuanya kerana thesisfie.
Ahhh, jerit dah, menangiss dah, memaki hamun pun sudah, apa lagi yang belum habis?
Jangan tenung mata Cik Ina. Dah macam Panda Putrajaya dah. Kesian. Hidup tak terurus.
Itu belum ada En Suamiku Mr Perfect 10. Nasib la.

Mydin mencari Sejarah, Towel & Surah Yassin 

Balik rumah, sambung lagi thesisfie. Ahh, kacau betul la.
Time orang busy busy bungkus goodies, Cik Ina membusykan diri dengan mengedit thesisfie yang tak jumpa titik noktah dah.

Sabtu (21 Feb 2015)

Pepagian sudah mengemas apa yang patut. Sambung continue semula thesisfie sampai ke petang.
Kali ini tugas masak-memasak, rasa-merasa bukan lagi tugas Cik Ina.
Almaklum la, busy thesisfie, sesiapa pun Cik Ina tak layan. Hanya layankan diri sendiri.

Dah petang baru terjojol muka di dapur sebab perut dah menangis minta diisi.

Pukul 6 petang, rasa bersalah, ke dapur tanya nak buat apa

Okay !!
Masak sayur Jawa - buat sambal belacan + sambal kelapa - potong buah tembikai - buat air

Uwaaa !! senang betul kerja !! bisa diaturin kok..kekeke!!

Makan Hidang

Syukur Alhamdulillah. Orang surau datang bacakan Yassin, geng mengaji mak pun datang support, esok rumah deorang pulak. Hehehe !! Tetiba rasa sayu pulak, mak pergi tak ada siapa pun yang ikut. Memandangkan sekarang syarat tak ada mahram tak boleh pergi, memang Cik Ina, mahupun busu dengan Eda tak dapat la ikut. Tapi tak apa, mak kuat. Insha Allah.

Menu Kenduri

1. Nasi Putih
2. Kari Ikan nyonyok
3. Udang Sambal Petai
4. Rendang Ayam
5. Sayur Jawa
6. Ulaman + Sambal
7. Buah Tembikai + Puding jagung
8. Air Teh/Kopi/ Teh o + Air Anggur


Kenduri selesai !!


"Semoga Puan Emak, selamat mengerjakan umrah, sihat walafiat dan dilindungi oleh Allah SWT sepanjang berada di tanah suci. "

Wednesday, 18 February 2015

:: Minggu Mencabar dan Di Cabar ::


:: Minggu penuh cabaran ::

Namun manis sungguh pengalaman itu. Bayangkan ! Orang yang kita tak sangka berkahwin akan berkahwin. Menjadikan hari-hari yang dilalui penuh kesyahduan. Di tambah perasa dengan kehilangan kesayangan hamba. Mr Tabbin. Bersemadilah !
Semoga saat kecintaan kita bersama dikenangi. 

Ana'sue_nam'un


Welcome ana'sue_nam'un

Terima kasih kerana menerangi malam gelapku. Minggu mencabar pulak rasanya mengeluarkan duit tanpa henti. Dah melabur dekat ana'sue_nam'un , terlabur lagi dekat Maxis Broadband. 
Adoii, pitih lagi. Melabur lagi dekat buku tesis setebal 300 pages!

Okay ! Ilmu Cik Ina oi.

Melabur pula lagi dekat U-Mobile. Ahhh, duit oi, apesal kali ini leburan itu menakutkan Cik Ina. Selalunya tak akan terkeluar sebanyak itu. Okay ! Steady Cik Ina.


Tugasan Feloles

Pun ! Bila dah nak bukak sem baru. Mula la busy. Angah cakap masa zaman dia, muka felo pun tak pernah tengok. Amiyoyoyoyo! KTHO lain ye. Muka felo mesti kena ada dalam office. Namun, Cik Ina ambil pendekatan, kalau ada kerja baru menapak, kalau tak ada, haruslah duduk menyendiri dalam bilik ditemani oleh soni-soni ka dolli lokka.

Semalam meeting Februari. Hah, nasib badan la. Meeting itu, meeting ini.
Cik Ina sibukkan diri install game. Yehhhaaa ! 

Tak susah la tugas felo !! Senyum je buat kerja. hehehe! 
Tetiba macam expert buat failing !. Indeep sangat. Hahaha.

Husseinians masuk 22 Feb. Yehaa ! Happening sampai pening Cik Ina. Memandangkan bilik Cik Ina strategik sangat dengan bilik-bilik band, bilik meeting. Amiyoyoyo !
Tak apa, semua bisa diatur. Bukan letak kepala terus pejam ke ko Cik Ina oi?? 

Most WANTED

THESISFIE

Yes ! Tahukan. Februari merupakan bulan sesak Cik Ina. Cik Ina akan submit thesisfie. Ye, betul.
Masa print, macam nak teroyak laju-laju, tapi boleh cool sebab ramai sangat orang. 

Bayangkan ! Setahun menanti.

Tak sabar nak viva ! Nak tahu gred ! Nak bukukan ! Nak Jurnal kan !

Nak orang baca !

Nak orang share !

Nak orang aplikasikan.

Yang PENTING tak sabar nak jadi SCHOLAR .


Tapi............

Sebelum tersenyum kegirangan  ..........................


Pembetulan EDIT Tambah Tolak

Ye ! Tetiba rasa BI makin kelaut China Selatan. Hahaha, benda lain kena edit sikit-sikit. Sekali abstract BI kena garis-melintang-membujur-scar-et al. Hahaha !

Sampai begitu sekali

Mohon Alang tunjuk ajar adindamu ini. Semakin menjadi-jadi kebrokenan Inggeris ini.

Tapi Cik Ina memang perasan !!
Ahh, UKM kan memartabatkan BM. (Ayat backup diri sendiri). Hahaha.


Tuesday, 17 February 2015

:: Kehilangan dan Pengganti ::


:: Dimanakan ku cari ganti ::

Hye MLA. Baru 6 hari menghilangkan diri. Belum 6 bulan. Rilex! Rilex! 

Kehilangan?
Yes ! Cik Ina telah 'kehilangan' Mr Tabbin. Yang disayangi dan dicintai.
Mungkin dah sampai masanya kami berpisah. Dengan cara sedemikian, Cik Ina yakin bahawasanya peneman seterusnya akan membahagiakannya seperti mana beliau bahagia bersama Cik Ina. Ewahhh ! Ayat sungguh !

Benar bagai dikata,

Barang Yang Lepas Jangan Dikenang

Cik Ina pun membelanjakan diri dengan memiliki sebuah lagi Tab.

Ye benar ! Cik Ina tak boleh pegang Hp, rasa macam kecik je dekat telapak tangan, takpuas la nak tengok, tak seronok la, tak itu la, tak ini la. Jangan risau, tak tawaf pun shopping mall tu. Memandangkan masa suntuk, terus je pergi ke satu kedai, tengok-tengok, tanya-tanya, okay ! Nak.

Alhamdulillah.

Perkenalkan kepada MLA, rakan baru

diberi nama

ana'sue_nam'un 

Macam mana nak menyebutnya pun?
Okay !
Anak Sue Nak Mun

Tapi ejaannya ana'sue_nam'un 

Tah ape-ape, menyusahkan je nak sebut. Dah kenapa tak cakap je tab. Kan senang !
Eh sukati la. Kan Cik Ina suka letak-letak nama ni. Penghargaan ye! Penghargaan. Hahaha!
Dah gila !
ana'sue_nam'un
Kehkehkeh! Gigih sungguh nama beliau !

Welcome . 

Tuesday, 10 February 2015

:: KTHO: Amukan Beruk ::


:: Emang dasar BERUK sungguh ::

No photo available. Takut punya pasal. Belum lagi action melompat dari katil. Pergghhh !.
Gegar adrenalin Cik Ina semalam MLA oii. Memandangkan semalam (Isnin 9/1) Cik Ina kena jumpa Puan Penyelia, dengan tak tidur malam siapkan GAYA UKM yang tak habis-habis tu, 
jumpa pulak Puan Penyelia sambil airmata nitik-nitik sebab tak pandai GAYA UKM.

Macam-macam la semalam.  

Dengan 2 jam setengah jumpa Puan Penyelia !
Dengan lapar tak ingat dunia !
Dengan ngantuk ya amat !
Dengan bilik macam Titanic karam !
Dengan baju tak lipat. Longgok-longgok atas meja !

Senang cerita,
hidup Cik Ina tak terurus sejak 2 menjak ini. Ini semua sebab thesisfie GAYA UKM yang tak habis-habis tu. Mencikkkkk !!

Petang tu , dengan tak makan, Cik Ina tidur. Ngantuk tersangat la MLA.
Dah syok-syok tido tu, tertiba dengar bunyi kaca pecah. pintu peti sejuk kena bukak. Dah kenapa pulak. Mata malas nak bukak lagi. Masih pejam. Tapi tak sedap hati. Bebudak Husseinians tak masuk lagi. Dah sapa pulak tu.

Sekali jenguk .

Melompat atas katil. Terus cabut keluar. Dengan tak berkasut. Tak tutup kepala.
Alamak !

Besarnya BERUK. taringnya besar. Mengalahkan bayi 6 bulan besarnya. Makaihh !
Nak nangis rasanya. Macam mana nak minta tolong. Takkan jerit pulak.
Ala, tertinggal phone pulak. Beranikan diri bukak pintu slow-slow, tengok-tengok mata En Beruk tu memandang tepat mata Cik Ina. Tutup balik pintu. Ini kali memang nak nangis dah.
Emang dasar beruk betul la. Tak pernah pun menceroboh bilik Cik Ina. Cubaan kali kedua, ketiga, keempat, kelima gagal dengan jayanya. Kali keenam, mungkin En Beruk tu masuk toilet Cik Ina kot, terus pedesup ambik phone . Call la sorang ini, alamak, tak tolong pun. Okay ! Fine !.

Call Cik Ami, minta no sesiapa. (phone Cik Ina prob, no tak naik). Tak sampai 3 minit pun, Abg Bob KTHO & the geng datang dengan mop ditangan Sekali dengan penyapu ! Hebat. Cik Ina memang nak menangis dah. Bayangkan. Dah la kita sorang-sorang. Bila kena jerkah bagai, baru si beruk tu melarikan diri.

Selamat ?

No !

Habis dapur Cik Ina, dengan sambal adabi Cik Ina kena makan. Dinding bilik kena conteng dengan sambal. Mee Megi berbungkus-bungkus kena koyak , telur 1 pak kena pecah. Siap lengkap pakej main baling-baling dekat dinding. Air Vitagen bertaburan. Roti kena carik-carik. Baju dekat ampaian kena salat dengan sambal. Pinggan pecah. Habis beterabur bagai Cik Ina punya dapur.

Sedih ?

Memang la. Sampai tak tahu nak mula kemas dari mana. Apa-apa kena tutup lubang yang membolehkan En Beruk masuk lagi. Trauma gila rasanya. Dari peti sejuk penuh dengan barang makan, sampai kosong jadinya. Memang beruk betul. 

Pengalaman betul la jadi Feloles KTHO ini. Hahaha !
Apa pun, bilik dah kemas. Memang browning habis bilik. Siap boleh menyanyi-melalak lagu akak Ziana la.

Okaylah ! Nak berjaga-jaga. takut En Beruk memerhati dari jauh. 


Monday, 9 February 2015

:: Jam 3.59 Pagi ::


:: Masih segar bugar mata ::

Headache Thesisfie
MLA pun naik boring kalau Cik Ina asyik cerita pasal thesisfie je. Haha ! Mohon layankan tuan anda ini ye MLA. Nak layan sapa lagi? Mata masih segar bugar selepas 4 paket nescafe ditelan.
Campur pulak 1 paket Milo (cis, kata boikot). 
Pun menunjukkan tanda-tanda semakin taknak tidur. Hati asyik berdebar-debar.
Jiwa betul la thesisfie ni. Pesanan dari Cik Ina,
sesiapa yang nak sambung belajar, fikir semasaknya. Hahaha !
Jahat la Cik Ina !

Sepatutnya bagi la kata-kata peransang. Ini lagi nak takut-takutkan orang. Apparaaa !.

Yela ! Bila Puan Penyelia mesej suruh jumpa, baru la kelam kabut. 
Rasa macam 24 jam /7 day tak cukup. Rasa nak tambah 8 9 jam lagi. Baru cukup.

Pun dah siap !

Mata tetap tak mengantuk. Jantung dup dap dup dap laju kemain.

Apakah ini mainan thesisfie . Hai, hanya dia yang bergelut dengan thesisfie sahaja yang memahami.

Kalau tak bercinta dengan thesisfie, maknanya bukan scholar la gitu.
Ini kata lecturer Sc Pembangunan ye !.

Mohon sentap berjemaah ye MLA.

Kata hati: Cik Ina nak peluk cium, sembah santun dekat jawatankuasa panduan penulisan tesis Gaya UKM kerana menyebabkan malam-malam Cik Ina diselubungi misteri. Nightmare sangat kot !.
Makanya, kalau jumpa nak peluk-peluk. Boleh tak gitu?
 

Sunday, 8 February 2015

:: Release tension : IOI City Mall ::


:: Tempat yang sesuai ::

Haiiya MLA. Bila mana hati stress sangat dengan thesisfie mulalah Cik Ina meraung keseorang dalam bilik. Tambah pula bebudak tak ada. Lagi la keboringan itu di tahap yang maha karya nak mengamuk pun ye. Sunyi je. Suasana tenang ! Bagus ! Tapi sunyi ya amat. Takut !.

Bila husseinians balik, dah bising pula. 
Jiwa betul la jiwa ni. Nak jadikan cerita sabturians  pula,
Puan Penyelia mesej suruh check email. Dah tengok dari awal lagi. Cuma malas nak reply,
sebab tak reply tu la memang boleh mendatangkan amarah. Padan muka Cik Ina.

Cik Ina tahu, mesti ada prolem dalam thesisfie Cik Ina.
Tu yang malas tu. Malas sangat ! Sebab tu bila orang tanya Cik Ina pasal thesisfie, memang akan rasa nak mengamuk pun ye. Tak tahu la.

Kalau orang lain boleh kurus sebab thesisfie , ahhh berbeza dengan Cik Ina.
Asyik nak makan-makan-makan-makan.
Sehari makan mesti sampai RM25. Mampu ko MLA? Itulah Cik Ina. Bengang punya pasal.
Dah balik bila, tengok je Mr Blue, mesti rasa bengang tak sudah. 
Inilah dianya perasaan bila buat thesis . Macam-macam weh oii.

Okay ! Abaikan bebelan di awal pagi ini.

IOI City Mall

Memandangkan kami-kami stress sebab takdak air dekat kolej, boring ya amat sangat pun, lebih baik keluar bilik !. Keputusan yang baik.

Pergi ambil Ju dekat Presint 11, terus pecut ke IOI. Memandangkan tak pernah masuk. Haruslah beriadah dari satu kedai ke kedai lain. Hehehe ! Hilang terus word thesisfie. Nampak mainannya.


Test ! Test !
Cuba teka outlet mana yang paling lama sekali?

Ye betul. Kasut !

Carlo Rino

Menemankan bakal pengantin untuk pilih kasut. Terminat pula dekat perfume Carlo Rino. 
Terpejam mata, kalau beli confirm kena marah punya. Baru 2 minggu lepas dapat free gift perfume .
Ini boleh mendatangkan amarah kepada si pemberi. Hahaha !

Asyik-asyik perfume ! Dah gila ke Cik Ina oi?

Makanya, haruslah kita temankan Cik Mazian memborong sepasang kasut special edition punya.
Hehehe ! Cik Mazian kata kalau pakai hati rasa berbunga-bunga. Amboi, metafora sangat ko dik!.
Cik Ina mampu gelak-gelak manja je.
Ikut kau la dik oi, janji bahagia bunga-bunga,

Cik Ina, Cik Ami, Cik Ju
Cuti-cuti memang ramai orang. Syok solat dekat IOI tau. Besar. Bersih. Tapi kalau dah ramai, sesak jugak la. Tapi tak apa. Cuma kalau boleh adaka1 section untuk para wanita cantik-cantik ni tempat untuk bersolek kembali. Hehehe! Ye la, deorang nak pakai tudung, nak calit bedak sikit, takdak ruang.
Sedihnya ! Kan kecantikan dan personaliti itu sangat hampir dengan wanita.

Tambah ruang ye IOI. Perempuan - Cermin - Mekap tak dapat dipisahkan !!

Setel tawaf IOI, jom cari buku - cari makan - cari air nak mandi.

Malam, balik bilik. Tengok Mr Blue, stress kembali.

Jom, tidur !


Friday, 6 February 2015

:: How are you today ::


:: Bagaimanakah MLA hari ini? ::

Choose it

Hari Jumaat ini berlangsungnya dengan pelbagai rasa.

Ada mad ! Ada so so ! Ada tired ! ada good !

feeling grateful . Yang paling Cik Ina rasa, ada hikmah disebalik semua yang berlaku hari ini.
Mungkin ada sebab kenapa Allah jadikan begitu. Akhirnya, tadah tangan ucap Syukur Alhamdulillah, ambil bantal. slow slow exhale. Hamboii !

Tak akan lupa hari Jumaat ini. Sebab itu Cik Ina semadikan ia dalam MLA ini.
Agar menjadi ingatan sepanjang masa, detik dan ketika.
Mengingatkan Cik Ina akan senang dan susah, kesakitan dan sihat,
malah membuka kembali rasa beware Cik Ina.

Syukur syukur Ya Allah.

Terima kasih atas peringatan itu.



:: Pening GAYA UKM ::


:: GAYA UKM di UKM ::

Paling rigid sekali dengan penggunaan GAYA UKM adalah FSSK.
So, kepada sesiapa yang mempunyai keinginan untuk sambung belajar di UKM. Anda harus bersedia mental fizikal ye. Almaklum la, kalau terdouble spacing mungkin peratus nak kena maki itu ada ye.

Aihhh, ayat macam bengang je, macam bengang je !

La ! Tak la. Ini hakikatnya. Sedangkan Dr OT sendiri pun masih memikirkan kerelevanan GAYA penulisan Universiti masing-masing. Yang Cik Ina pening la kan, USM dulu APA style dah. Kadang tu tak payah nak ikut sangat la. Janji assignment tip top
Ini kalau gaya je beria, isi zero, apah tak guna jugak.

Macam pepatah kata
"Biar papa asal bergaya", gitu kotnya kekdahnya.

Haiiishhh, ayat pepagi Cik Ina macam menyakitkan hati je. Yela MLA. Jarang Cik Ina nak melampiaskan rasa hati ini kalau ia kearah membawa ion negatif dalam diri. Haruslah jangan disambungkan rasa negatif itu kepada MLA. Tak gitu?

Tapi pagi-pagian ini pukul 12.25AM ni, mata tak mengantuk, hati menderita.

Punca ?

Betulkan rujukan yang tak ikut standart gaya UKM .
Terlebih spacing satu.

Apa? Tertekan enter 2x?

Apa? enter tertekan 2x. Boleh PERASAN !! Omaigod ! 

Itu yang menjadi persoalan. Arggghhh !

Lunyai dah buku GAYA UKM
Dah kena conteng-conteng dah. Itu belum lagi kena koyak-koyak sebab bengang punya pasal.
Hehehehe ! Haruslah. 

Tak ada sebab pulak nak sakit hati dengan Dr OT. Kenal pun tak.
Sakit hati sebab cara penyampaiannya simple sangat. 
Lagi bertambah sakit jiwa. 
Ehhh ! sakit la tengok buku Dr OT. Tapi dah tersayang dekat Dr OT ni. Macam mana tu?

Dalam SEJARAH

Memang dalam sejarah. Tak penah penah dibuatnya Mr Blue tak boleh on. Mungkin Mr Blue pun jiwa macam Cik Ina kot. Sejam tunggu. Asyik loding starting windows je.
Nak nangis rasanya. Puan Penyelia nak rujukan gaya UKM  ASAP.
Mr Blue pulak buat ragam. Sepanjang setahun pakai tak pernah buat hal.
Ke saja nak bermanja-manja kala Cik Ina tengah kelam ni? Jiwa dengan engko Mr Blue.

Penyudahnya landing atas katil. Sedu-sedu kejap.
Bukak balik Mr Blue. Oooohyeeii. 
Boleh on balik.
Thank You Allah.

Ya Allah, Cik Ina suka sangat kalau bulan Februari ini melakar bahagia tanpa sempadan.
Takmau la sakit-sakit jiwa dengan thesisfie ke, manusia ke, apa ke,
Nak happy-happy-happily ever after  la senang cerita.
Bolehlah Ya Allah. Boleh la .


"Semoga Februari penuh dengan Baby Doll"

Wednesday, 4 February 2015

:: Hati Kecil Menangis Kegembiraan ::


:: I thought I'm strong than others. In reality, I'm NOT !! ::

Suka menghadirkan diri di majlis solemnization sesiapa pun

Biar Cik Ina mulakan mukadimah dengan photolicious Cik Ina bersama Uda. 
Kan. Allah dah tetapkan jodoh kita.
Bukan dengan dia yang kita sukai dari zaman kecil, mahupun tidak  kita kenali dahulunya.
Ketetapan Allah itu jelas. Cuma lambat dan cepat, jauh dan dekat.

Bersabarlah Cik Ina. Anda sedang diuji dengan kebahagiaan orang lain.

Manusia. Yang bernyawa, bernafas dan masih boleh berfikir. Terkadang kita impikan bulan  bintang, langit matahari, hujan panas. Namun, terkadang, apa yang kita inginkan bukan milik kita. Sakit . Itu PASTI.

Semakin kita cuba, menghentikan ! Hidup semakin meruntun jiwa.
Harapan yang ada, ia mengubati sendu yang terbit !

Kemanakan kita bawa, semakin pedih rasanya !
Namun yang pasti, itulah realiti.

Aihh, dari manalah perlu Cik Ina mulakan desah resah fikiran ini. Mulakannya dari satu berita ke berita seterusnya? Ah ! Kusut Cik Ina rasai. Apapun, Cik Ina gembira dengan berita itu.
Masih ada sinar senyuman yang diukir.

Cik Ina sangat - sangat - sangat yakin dengan Qada dan Qadar dari-Nya.

Kunfayakun.

Maka jadi, jadilah ia nya.

Tahniah buat rakan seperjuangan Cik Ina dalam mencari erti hidup. 
Anda berjaya membawa perubahan dalam diri. 
Kiranya anda mendahului Cik Ina. I'm proud of you!


Hingga ketemu.

Barakallah hulakuma .


Bersangka BAIK- BAIK
Sehingga ini,

Duhai Hati Cik Ina, mohon kembalikan senyuman itu,
Duhai jiwa, sinarkan kembali edan kasmaran ini.


:: KTHO : Meeting COPIA ::


:: Apa itu COPIA ::

 Adakah sejenis makanan yang disaluti dengan tepung, dibakar sehingga naik bau, kemudian.Pergghhh!! Makan je yang asyik menari-nari di dalam benak fikiran Cik Ina ye !
COPIA

Code of Practice for Institutional Audit
(Service Centre)

Meeting COPIA

Memandangkan Cik Ina tak pernah join, skala excited untuk tahu apa menatangnya COPIA ini adalah di tahap yang tinggi. Dengan penuh iltizam, sampi bilik meeting sharp pukul 8.45am. 
Walhal memo dapat start pukul 8.30am.

Nampak bukan mainannya disitu?

Yes! Cik Ina sangat 'menepati' masa. Kiranya diantara yang terawal sebab ada lagi yang paling 'awal' datang. Hahaha!

Meeting - Discuss - Edit - Submit

Setel ! 

Jom makan, ada makan-makan ye. Nasi + Ayam kunyit + kangkung belacan + sambal.

Yehaaa !!


Monday, 2 February 2015

:: Top 20 Perwakilan Parlimen Mahasiswa ::


::  task yang menguji dan teruji ::

Yang sebenarnya, taknak langsung berstory pasal pilihan Top 20 Parlimen Mahasiswa yang terpilih tu. Pun begitu, ada yang bertanyakan "akak macam mana?', "akak, saya OK ke?', "akak? akak? akak?". Ayoyoyo ! Nak reply takut tersalah maklumat. Nak share pulak rasa tak adil untuk yang lain. So kesempatan yang ada, yang masih lagi tersimpan di benak fikiran ini. Eloklah kiranya Cik Ina kongsikan agar pertanyaan demi pertanyaan terjawab. Cisss, ayat ! Buku teks sangat.

Masih memilih

20 Top PPM. 

Jujur Cik Ina katakan. Semoga tiada bias dalam pilihan tersebut.
Kerana semuanya terletak ditangan kami bertiga. Merangkumi unknown person yang menilai sama.
Mula-mula Cik Ina nak abaikan tingkahlaku-tingkahlaku PPM, tapi lepas sehari dilihat, aihh, tak boleh jadi.

Kena observe keseluruhannya.

Apa PPM ingat Cik Ina hanya melihat kepada pembahas, pengusul usul/isu mahupun pencelah.

Oh, TIDAK.

Memandangkan Cik Ina telah memberikan task , haruslah korang buat. Ada diantaranya tak buat langsung. Tentu-tentunya bukan lagi dalam senarai list Cik Ina. Harap maklum. Cik Ina berpegang kepada prinsip siapa usaha lebih, dia pasti dapat lebih.

Ada seorang yang benar-benar menarik minat Cik Ina, beliau berjaya menjawab soalan Cik Ina

"yang kurik itu kundi, yang merah itu saga"

Awesome. Terus namanya disemat dalam hati. DONE !

Kalau penganalisis yang lain menganalisis dari aspek kelantangan berbicara, personaliti, kebolehpercayaan, keyakinan mahupun dari aspek-aspek lain. Berbeza perihalnya dengan Cik Ina. Cik Ina lebih gemar melihat daripada tingkahlaku . Okay!

Bila hati kecil bersuara. Terus dia dikeluarkan dari senarai pilihan.

Oh ye, ada Cik Ina cakap tak, PPM bukan daripada golongan Majlis Perwakilan Pelajar. Mereka datangnya dari background yang berbeza-beza. Ada debater, ada juga yang nerdy (sepertiku jua). Pun begitu, mereka layak untuk berada di pentas Parlimen. Yehaa!!

Ragam Cik Ina pulak, lebih suka bersembang, berdiskusi dan berkongsi pendapat tentang isu yang mahu diketengahkan. Ada 1 isu yang menarik minat Cik Ina. Golongan OKU di Universiti. Pun begitu, apabila dipresentasikan, aduiii !! Terpaksa di KIV sebentar.

Hari kedua (Sabtu 24/1)

Dari pagi bawak ke petang, semua bersemangat. Semua cuba bercakap. 
Tapi Cik Ina masih mencari. Bayangkan ! Baik Cik Ami dan Cik Mazian kita dah ada pilihan tersendiri, Cik Ina masih kalut memikirkan "siapalah gerangannya yang menyentak emosi".

Dato Rahman kata Cik Ina memilih, sebab tu sampai sekarang tak ada Bf. Cisss Dato ! Mana Dato' tahu Cik Ina tak ada Bf, memandai je.

Pagi Cik Ina berlalu dengan sedikit kekecewaan. Individu yang Cik Ina inginkan tak kunjung tiba. Pun begitu, ada yang mencuit hati. Namun di bahagian yang lain, dia menyakitkan hati. Ahh, sudah.

Petangnya. Andai tidak ditemukan jua. Wajarlah kiranya Cik Ina menggunakan modul lain.
Nampaknya pembentangan isu-isu yang dibawa sedikit membuahkan hasil.

Okay! Yang ini + + + , yang ini - - - 


Hari Ketiga (Ahad 25/1)

Susahkan untuk membuat pilihan. Ketua KPM datang dan berkongsi jawapan. Siapa pilihan kami.
Sangat berbeza dengan pilihan KPM. Maaflah Encik, Cik Ina tak gembira dengan jawapan Encik.
Penilaian kita banyak berbeza. Dari kaca mata Encik, dia layak kerana kelantangannya berbicara.

"Encik, lantang sahaja tidak mencukupi sekiranya dia tidak mendalami dan memahami. Macam mana nak kenalpasti, lihatlah dari aspek tingkahlakunya. Ketidakselesaan dia membawa isu tersebut, ditambah pula dengan kegugupan, ketidaklancaran dan kepetahan dalam menjawab persoalan. Dan banyak lagi. Namun apa yang penting, lihatlah matanya."

Hari yang penting buat Cik Ina. Memandangkan deorang dah ada pilihan tersendiri. Cik Ina jugak yang kerunsingan. Semua orang boleh cakap, dan yang penting semuanya mahasiswa.


Hari Ke-empat (Isnin 26/1)

Jumpa penyelesaian.

Eh korang tahu tak. Nak memilih pun boleh bertumbuk. Boleh bermasam muka.
Yang paling penting stand dengan pendirian kita. Kenapa kita memilih dia. Kenapa Cik Ina pilih kome? Kenapa? terangkan !

Kalau Tan Sri tanya, apa Cik Ina nak jawab?

Sebab dia handsome Tan Sri. Kacak. Menawan. Tertawan.

Aik, mahu kena pelangkung. 

Masa ini kami ada top 28. Benci rasanya bila 150 ++ yang lain tidak terpilih.



Hari Ke-lima (Selasa 27/1)

Persidangan kali pertama Parlimen Mahasiswa 2015.
Masih berdoa agar pilihan ini yang terbaik untuk semua. Mencabarkan.

Cik Ina, Cik Ami, Cik Mazian dan Dato' Rahman duduk di tingkat atas.
Duduk selang semeja. Dah mengapakan. Suka nak berahsia di antara kita. Ewaaahhh!



Masih mengisi kelompongan yang ada


Cuba bayangkan. Yang bukan di dalam top 28 pun menyerlah sinarnya masa hari persidangan. Terkedu sekejap.

"Aihh Dato', bukan budak ni tak syok semalam, kenapa hari ini dalam perhatian?". Ayat Cik Ina.

"Tu lah, deorang bersemangat kot duduk dalam Parlimen". Ayat Dato' Rahman.

Betul kot. Semangat korang ye duduk dekat kerusi panas. Kerusi Cik Ina jugak yang tak empuk. Kesian Cik Ina. Banyak sangat dalam perhatian, dah rombak balik. Kalau Dato' Rahman punya analisis dengan pemberian markah, berbeza dengan Cik Ina. Cik Ina lebih suka main right dan wrong.

Oh ye bukan main tick-tick gitu je. 

Sebelum pukul 8 PM, berjumpa Tan Sri di lobby, itu - ini - itu - ini

Finally...


Finally....

Sampai tak sempat nak turun join makan malam bersama Timbalan Perdana Menteri korang tahu tak. Akhirnya, pilihan telah dibuat. Nak kata dapat kata sepakat, pun ye!
Namun, kebanyakkan top 20 yang dipilih. Sangat berkelayakan. Berkebolehan. Berwibawa. Mahasiswa sangat. 

Syukur,
 Tanggungjawab telah selesai. Andai ada diantara Perwakilan Parlimen Mahasiswa 2015 yang pada asalnya terpilih, namun demikian tidak terpilih, jangan risau. Anda Terbaik.

Cik Ina suka sangat dengan pilihan Top 20 tu.
Memang seperti yang diharapkan. Cik Ina harap kita akan terus berkolaborasi untuk terus berganding bahu membawa suara mahasiswa. Agar ia didengari. Mari kita memimpin bersama-sama. 
Selamat menjadi warga MUBARAK. Selamat berjumpa kembali di masa akan datang.

Coming Soon . Tak lama dah !

 US
Akhir kalam dari Cik Ina

Semoga kita berjumpa lagi !. 
Meh MLA, baca another entry tentang pengalaman Cik Ina sepanjang menjointkan diri di Persidangan Perwakilan Mahasiswa.

Bercerita tentang pengalaman. Banyak sangat !

Banyak ! banyak !
Sampai tak tahu nak mula dari mana. Oleh itu, sematkan sahaja di dalam minda dan jiwa !

Okay MLA.








: DAY 5 : The Real Story of "MAHASISWA" :


:: Persidangan Parlimen Mahasiswa Sesi Pertama 2015 ::

Alhamdulillah, mulakan pagi anda yang heaven itu dengan senyuman manis seperti air gula Puan Emak buat. Yela kan ! Bangun pagi terus mata tidak berkedip bila tengok KLCC depan mata. Wahh ! Macam tak caya. Betul ke, ke mimpi. Balik malam terus pejam mata. Memang nangis la sebab tak cukup masa, terkejar sana sini. Alahai Tan Sri oooiii. Beri peluang la dekat kami-kami ini menikmati waktu begini. Ewaaahh !

Pink ! Pink ! Ohh Pink nya awak

Rasanya ini entry yang paling panjang sekali-kali. 
Sebabnya, kisahnya sampai ke malam. Ah sudah ! Letih la MLA nak melayan Cik Ina kan? 
Letihkan? Aissshhh, mana boleh letih, learn from experience . Mahal kot !

Pagi-pagian pukul 6.50 am dah ada dekat ballroom. Sarapan. Wajib.

Macam-macam ambik. Yang tak pernah  makan pun, gatal nak ambik. Bila tak kena dengan tekak kampung, mula meronta-ronta taknak. Perangai sungguh!. Setel makan, bersamalah kami bertiga naik bas UIA menuju Parlimen. Tan Sri awal-awal lagi dah warning jangan drive sendiri. Tak ada parking.


Lawa Bas UIA. Jeles

Pun tak apa. Naik bas UIA yang baru. Wohooo!! Tak macam bas UKM ye adik-adik. Sedih nengoknya. Udah nak roboh sangat. Ace tukar !

Walaupun begitu. Alam menaiki bas sudah lama-lama ditinggalkan oleh Cik Ina. Naik je bas. Nak pengsan rasanya. Haha! Mintak pelempang le tu. Sampai terus cari 100 Plus.

Urusetia, KPM, UIA

Sesampai ke Parlimen, tunggu Naib Canselor, TNC dan orang-orang besar. Jom, kita bergambar.
Tapi bagi pembahas dan pembawa isu sekalian, muka terukir kekhuatiran (betul ke eja ni?).
Ada yang siap tambah teks lagi. Muka semua tak sabar nak duduk di kerusi panas.

Cik Ina jugak yang tak merasa.

Cik Ina dapat duduk di atas.

Muka SAYA
Muka tengah stress ! Aduyai, masa bengkel tak menyerlah. Masa ni kuat menyerlah sampai bersinar-sinar korang. Macam mana. Yang sebelum ini bukan di dalam top 28, kini dah masuk.

Bukan PILIHAN terakhir

Tambah masuk bila  Dato' Rahman duduk sekali dengan kitorang dekat atas.
Lagi kuat kena soal. Pilihan  Dato' tak sama dengan kami. Nanti kena soal lagi. Ini yang buat tenat otak Cik Ina. Tapi bila makan, tak tenat dah. Haha!

Selesai Sesi Pagi
Pun berphotolicious. Cik Ina rasa  Dato' layankan je ragam kitorang yang amat peramah dengan kamera ni. Kejap-kejap gambar. Bila kena sound baru takut. Tapi tak apa, ada backup. Hahaha!

Buat ingatan masa hadapan. Oooo, gini rupanya Parlimen.

Hah !

Majlis Jamuan Makan Tengahari bersama YB Datuk Seri Panglima Pandikar Amin 
YDP Dewan Rakyat

Pengalaman 4 hari lepas mengajar Cik Ina sesuatu. 

Jangan duduk semeja dengan orang besar !!

Lapar kemudian hari.

Pengalaman sungguh. Maklum le, makan guna sudu garfu ni bukan style Cik Ina ye! Nangis tekak nak dapatkan makanan dari sudu tu. Lambat sangat katanya. Makanya Cik Ina cari meja paling jauh-jauh-jauh sekali. Kalau urusetia di row kedua, Cik Ina di row ke lima. Jauh tak? Jauh tak?

Siap tersorok belakang dinding lagi. Memang lokasi yang strategik.

Makanan kali ini memang awesome !!

Malu nak tangkap photo lauk-pauk ni.

Excited dengan makanan sahaja
Nak tambah pun tak malu. Tapi malu le jugak dengan Tuan KPM yang makan bersama. 
Ahh, perlantakkan semua itu.

Sesi Petang bermula

Boleh pengsan sebab perut sebu makan banyak. Siap ratah-ratah lagi udang, ayam yang ada.
Fail kalau macam ni depan ibu mertua ni. Kekeke!

Alhamdulillah, YDP Speaker melanjutkan masa. Kalau tak pukul 5 dah kena tutup buku.
Selesai semuanya. Cik Ina pun seronok sebab tugas semakin ke penghujung.


Perwakilan Mahasiswa
Cantik kan mereka?

Sangat talented. Bersemangat memperjuangkan hak mahasiswa.

Seronok Cik Ina dapat berkenal-kenalan dengan mereka. 

Kami adalah ALUMNI School of Social Science USM
Tak tersangka kan !
Mula hari pertama Cik Ina dah perasan. Tapi takut nak tegur. Lama tu tengok vest dia USM.
Tengok nama, ooo En Syukri, rupanya kita satu kelas Sains Politik dulu.
Dah jumpa boleh pulak tercerita siapa dah kawen, siapa dah ada anak, siapa-siapa belaka.

Gembira dengar semua kawan-kawan dah MAJU menceracak !.

Selesai SESI bersidang dengan MEREKA
Sesampai bilik terus siap-siap sebab kena meet Tan Sri sebelum Majlis Makan Malam. Pun sesak nafas rasanya. Konon-konon nak melompat-lompat tiruk atas katil. Pun tak merasa weh oii! 
Sampai-sampai berebut bilik air, nak iron baju bagai. 
Ahhh, stress tapi best !

MAJLIS MAKAN MALAM PERDANA BERSAMA TIMBALAN PERDANA MENTERI


Tahukah MLA bahawasanya Cik Ina tak sempat nak joint makan-makan ?

Ye betul. Tan Sri mahukan senarai Top20 malam ini jugak. Alahai !
Nasib la. Sambil-sambil tunggu Cik Mazian kita bersiap, pun boleh bergaduh tarik-tarik rambut nak pilih 20 yang terbaik.

"Eh, asal kena dia?"

"Aik, dia tak konsisten. Leweh dan itu ini."

" Ahh, stressnya, ada 4 kekosongan lagi. Pilih betul-betul."

MLA tahu tak, pemilihan kali ini memang tenat. Kali ini, lepas ini kalau disoal kenapa pilih mereka, apa nak jawab? Apa? Apa?

Tapi tak apa. Kami ! Terlah bersedia dengan kawapan masing-masing.

Harap-harap top 20 akan berterima kasih sesangat-sangat sambil belanja kitorang makan best best punya ye ! Yehaaa. Makan.

Cik Ina sampai ballroom tengok orang dah habis makan. Kecewa weh !.
Nak makan jugak. Akhirnya dapat duduk makan bersama-sama dengan urusetia UIA dan KPM.
Pun masih boleh bergelak ketawa, discuss itu ini.

KPM story pasal pilihan mereka. Dah ditanya pulak pilihan kami.
Maaflah. Selagi tiada apa-apa kenyataan, kami tak dapat nak keluarkan nama-nama yang disenaraikan. Tunggu dan Lihat la nampaknya kita ye bersama-sama.


Adik-adik Cik Ina
Yang sebenarnya jenuh Cik Ina tawaf 1 ballroom mencari NC USM, TNC UiTM dan rektor UIA (Dato Seri Zaleha). Sedihnya, tak jumpa pun. Yang Cik Ina nak bergambar sangat-sangat tak dapat. Yang tak disudikan sangat, kita bergambar ye. !

Tak apa la, tak ada rezeki. Lain kali mesti ada lagi. Masa tu Cik Ina nak tunggu tepi pintu. 
Okay ! Nampak mainannya dah.

Ban Jia Yong

Walaupun tidak berapa fasih berbahasa Melayu. Itu bukanlah ukurannya. Betapa bersemangatnya beliau membawa isu Kefasihan BI dalam kalangan Mahasiswa. Noted ! Beliau dipilih bukan atas tiket Chinese Look ye ! Tapi atas dasar dia layak berbanding perwakilan Cina yang lain.

List sentiasa berubah-ubah. Tapi dia masih konsisten. Itu yang diperlukan.

Banyak sangat photolicious 
Perwakilan betul ni
Yang lain-lain takyah masuk la. Biar jadi simpanan masa hadapan.
Semoga kita semua boleh bertemu suatu masa nanti. Sama-sama menegakkan pendirian kita.
Sama-sama membawa 1 idealisma baru untuk kesatupaduan mahasiswa akan datang.

Sambil-sambil duduk tu, mata Cik Ina melilau kanan kiri memerhatikan perwakilan mahasiswa.
Nampak sangat diorang happy MLA. Teruja bergambar dengan Dato', NC, TNC diorang.
share moment-moment indah ini.

Yang dok tanya Cik Ina ada FB ke, Insta ke, aiyooo !
Tak pandai la. FB pun jarang-jarang. Sendu sangat dah Cik Ina ni !

Apa?

Gambar dengan orang besau-besau?

Aihh, biar jadi kenangan Cik Ina je !. malu pulak nak publish . Tak syok la !
kadang-kadang ada moment yang kita tak nak kongsikan. Hah, inilah salah satunya. Biar jadi peribadi dan private sangat. Mehehehe!

Chereza Lounge

Setel dinner , berkumpullah Cik Ina, Cik Mazian, Cik Ami, Tan Sri Aziz dan Dato' Rahman.

Uiissshhh! Tetiba seram sejuk pulak. Sambil minum-minum, kita bincang ye !

Gitulah peranan Cik Ina dan 2 Bunga Mubarak yang lain.

Orange Juice

Akhirnya !

Done !

Amanah yang dikendong sepanjang berlansungnya Persidangan Perwakilan Mahasiswa telah termeterai. Cik Ina rasa bebanan yang digalas adalah satu tugas yang mencabar.
Bukan mudah untuk memilih 20 terbaik daripada 184 perwakilan yang ada.

Bagaimana pendirian Cik Ina untuk memilih mereka.

Macam mana kuatnya untuk tidak bias dalam pemilihan.

Syukur Alhamdulillah. Semuanya SELESAI.

Pemandangan yang Ohsem dari bilik Cik Ina
Nak duduk lagi

Tahniah untuk Cik Ina jugak !!
(nak jugak)

Bye MLA.