Friday, 30 January 2015

:: DAY 4: Seri Pacific Hotel ::


:: Sehari sebelum Parlimen Mahasiswa Bersidang ::

Bayangkan ! Mungkin sebab dah letih tersangat, boleh lepas Subuh tidur balik. Terjaga pada pukul 9.30 am. Bedesup siap sebab student semua dah bergerak ke Parlimen untuk rehearsal
Ate, dah mengapa boleh lewat? Letih.

 Cik Ami kita ni mentang kereta baru, boleh pederap 160KM. 
Mengucap Cik Ina ! 

Lapar? Jangan cakap. Semestinya. Berenti R&R apa ke namanya, kita makan gulai tempoyak (kuah aje). Walhal ada meeting Tan Sri. Tak apa, kita minta excuse kejap. Perut meminta untuk diisi.
Tambah pula, Cik Ina dah rasa parkinson kot. Lapar weh !

Sampai Seri Pacific - Lobby - Minta tunjukkan lorong yang benar lagi membenarkan ke bilik Tan Sri. Uuuuuuuuiiii, bila orang kampung masuk hotel, fulamak!! Batak !.

First Time masuk tempat orang besar-besar ini, terasa kegerunannya. Dah nampak sedikit leruk-lerap,
tertekan bell bilik, bukan bilik meeting. Dah mengapa pulak? Pelerap !

Jadi bahan lawak bila silap bilik

"Hah, masuk bilik sebelah lain jadinya, nasib masuk bilik meeting saya". Adoii. Lawak !.

Bilik Tan Sri, makaihh ! Nak je bergambar. Tapi yela. Tak  mungkin nak berselfie . Namun hati meronta-ronta. Tapi tak dapat. meeting itu, meeting ini.

Yehaaa ! 
Tak payah ke Parlimen. Setel kan kerja yang disuruh. Malam ini NAK.

Orang besar-besar ni memang kerjanya bagi arahan ye??

Ingat masa kerja dengan FWS. Macam ini la. Tapi bos dulu SS. Kakakakah!


Cik Ina, Abg Sopi, Mazian

Discuss lagi ! Biasa la. Tak puas hati nak pilih siapa layak, siapa yang sederhana, siapa yang erkk !
Boleh bertinju kot masa ini. Tapi, alhamdulillah DONE !

Meeting Second Round hari yang sama (Pukul 6.30pm)

Menangis kot nak siapkan ! (Ayat sungguh).  Dah siap print boleh berlari-lari anak nak menyampaikan ke bilik Tan Sri. Ingatkan meeting dalam bilik dia je. Rupanya disuruh pergi naik tingkat 30.

Aik, apa ada dekat sana tu?

Eh, bukan tingkat paling tinggi ke?

Dah kenapa kena masuk ni?

Eh tak boleh masuk la, ace tekan loceng tu hah.

Hahaha! Kitorang ke Club Floor /Exclusive Lounge.
Woowww!! Masuk-masuk aje tengok ade Dato', Tan Sri -Tan Sri dan juga menteri-menteri yang ada diantaranya Cik Ina kenal. Tapi rata-rata yang ada dalam tu memang tak kenal.
 Hahaha. Malu sangat !

Eh, mana Tan Sri ni? Nak keluar kena pakai kad, ate? Tunggu la. Berpeluh-peluh rasanya.

Tunggu dalam 3 minit, discuss itu ini. Setel. !

Yehaa!!


Eat Time !


Mahal sangat !!

Masa tengah ambil makanan (bufet), tengok dekat guest desk tu tulis Tan Sri Dato Sri Aziz and 3M .
Ishhh, 3M tu stand for what ye? Hahaha! Tiap kali makan dengan Tan Sri mesti 3M. Adakah itu dimaksudkan dengan Membaca, Menulis dan Mengeja?? Hahaha.

Nak photolicious pun tak pandai dah. Bayangkan le. Mereka yang ada di dalam tu muka steady je. 
Takkan la nak keluarkan hp, then photolicious. Memang memalukan.
Nak tangkap view pun tak dapat. Ahh, ruginya.

Kompem tak ada dah makan dalam ni. 

Kalau macam tu, nak kawen dengan Dato la macam ni. Hahaha!.

Muka excited masuk exclusive lounge

Nak cerita harga Cik Ina makan, segan-silu pulak. Dah tu, 1 group Dato tepi meja kitorang asyik pandang-pandang. Terpaksa (Ayat) introduce myself. Adakah itu bermakna memperkenalkan diri? 

Tapi apa yang penting. MAKAN. Sedapnya ! Paling sedap yang hak dalam sudu tu. 
Nak menyebutnya pun tak reti. Nak ambik lagi. MALU. 
Deme dalam tu perati je ! Dah mengapa?

8PM. Makan Malam bersama Parlimen Mahasiswa.


Cik Ina meja paling last

Nak tahu kenapa paling last. Sebab makan banyak. Haruslah!
Pengalaman mendewasakan. Tak kenyang makan dengan orang besaran ini. Belum sampai bilik, perut dah nangis-nangis minta diisi. Derita perut Cik Ina.

Cukuplah makan dengan orang beso-beso ni. Kome tak kenyang punya MLA. Percayalah!.
Lagi sedih sebab takdan nak tukar-tukar baju. Selamat perfume standby siap-siap.
Tak ada la bau menusuk kalbu. Malam ini acara santai. Makan biasa-biasa je.


Urusetia

Hamboii ! Urusetia dari Universiti masing-masing. Penjaga mahasiswa dari hari pertama sampai sekarang. Hidup kami bersama adalah sama ! Makan ! Makan ! dan Makan!.


Cik Ami dan Mahasiswa Universiti

Kamera Cik Ina ada dengan Cik Ami. Penuh photo bebudak ni. Cik Ina sekeping pun tak ada. Haha!
Cik Ina ada urusan dibelakang. Takdan tangkap photo sekarang, kita tangkap esok. 
Aihh, esok lagi syok.


dessert ! U're mine
Dah makan ! Kita makan lagi. Selalunya dessert memang akan jadi pilihan. Kalau orang dessert mesti lepas makan, Cik Ina tak mungkin. Dessert anytime, anywhere. 
Protokol makanan? Abaikan.


Suka tunding jari ye?

Dedeme dari UIA. Banyak sembang pasal UIA, keluarga, impian et al.
Kak Ina harap korang berjaya menjadi diri sendiri yep.

Habis makan malam pukul 12 lebih. Mata nampak bilik sahaja. Namun kunci bilik tak ada lagi. Motip lambat dapat? Biasa la. 

Dah dapat. Tak tersangka la pulak. 

Tingkat 26 

Bilik 10 . Huwaaaaa!!! Tingginya. Atasnya !!

Cantiknya pemandangan. Tak sanggup nak tidur malam ini.
Betul ke ni dapat bilik Deluxe room ni? Arahan siapa ni dapat bilik atas-atas ni?
Orang lain tingkat 6, 7, 8. 

Thank you ! Thank you ! Tocehh, tocehh!.


views of Twin Tower
Melekap sebentar di cermin kaca ! Batak sungguh rasanya. Tak sanggup tidur malam.
Rasanya kalau nak lebih tahu boleh google hotel ni. Sedang asyik bukak katup pintu, Cik Ina terperasankan minibar. Aik, dah ada bar-bar ni. Ni pasaipa ni?

Bukak-bukak peti tu. Masya Allah.

Aik, katup balik. Jangan bukak.
Alahai, ingatkan nak pakai la heater, cawan, gelas semua nak buat nescafe, tak apa la.
Kita minum air botol. Was-was la pulak.

Harga Mini Bar

Apapun, bilik memang terbaik. Dalam banyak-banyak hotel yang Cik Ina dah pernah pergi.
Ini kali pertama rasa macam nak stay lama-lama. Rasa macam tak nak keluar bilik je.

Toilet pun ada dua. 1 private shower, 1 lagi seperate shower room.

So, sesiapa rasa nak duduk dekat Seri Pasific Hotel (Deluxe room) punya, sediakan RM350++ untuk 1 malam. Cik Ina bertuah sebab disponsor. Kalau tak meraung nak masuk. selalu lalu je sebab nak ke pesta buku PWTC memang akan lalu hotel ni. Layankan kelerapan Cik Ina ni ye MLA.

Okay la! Setel hari ke-empat.

Bersambung ! untuk story day 5.


:: Day 3 : Mahasiswa , Kerjaya dan Social Life ::


:: Sambil menyelam minum air ::

Tugasan parlimen Mahasiswa hari ini adalah menyediakan bahan untuk perbahasan usul dan jugak isu yang hendak diketengahkan oleh kumpulan masing-masing. Seperti biasa, moderator En Ismail yang memainkan peranan. Cik Ina main peran je. nan hilang.

Cik Ina memang tak ambil bahagian langsung untuk berucap ke, apa ke.

Tak layak. Hahaha!

Bagi orang KPM yang menyediakan modul-modulnya ye.

So, sepanjang hari deorang ada dalam dewan ini, bincang. Cari bahan dan bukti !

Berbeza dengan Cik Ina.

Hari ini PENTING sebab penilaian kali ke-3 dilaksanakan.
Jadi kena peratikan bebudak ni sekeping-sekeping. Ada yang menguap. Ada yang bersemangat. Ada yang macam nak bergaduh. Rilex-rilex. Korang belum masuk Dewan Parlimen lagi. Taruh energy tu dik oi. Lagi bertambah lagi, lagi banyak pula senarai nama yang dipilih.


Mencari Pilihan

Pun begitu. Cik Ina boleh bertenang. Jangan risau. Cik Ina ada pilihan Cik Ina tersendiri. Bukan hanya menilai dari aspek personaliti kendiri, ketrampilan mahupun lontaran idea.

Ada lain yang Cik Ina cari dalam diri seorang mahasiswa tersebut.

Makanya, akan berdebatlah kami bertiga sebab budak ni tak nak, yang ini nak.
Yang itu boring, yang sana eeeuuuwwww.

Cis !!

Raptai

Pilihan Pembawa Usul, Penyokong, Pembawa Isu. Semuanya ditentukan oleh KPM dan urusetia.

Pun begitu, tak semestinya mereka seramai 30 orang ini adalah pilihan kami.
Pun boleh bergaduh dengan En Ismail. Hahaha!

Percayalah. Pilihan KAMI adalah yang terbaik untuk MUBARAK. Bukan senang nak stand atas pendirian kita. Karang kena bersoal jawab dengan Tan Sri kenapa pilih dia, dia, dia.

Cik Ina selalu kata, pilihan itu tak akan ada istilah bias (sebab tak kenal), namun pilihan atas suara hati kecil. Yela ! Hati kecil Cik Ina kan jujur.

3 BUNGA ROSE dari MUBARAK MALAYSIA
Pun boleh bermasam muka sesama sendiri bila memilih perwakilan mahasiswa.
Bila Cik Ina suka, Cik Ami dan Cik Mazian tak suka. 
Bila deorang suka, Cik Ina pulak tak berkenan. Dah tu, artikulasikan kenapa.

Pun senang mendapat kata sepakat. Namun. Belum finalize lagi ye.

Masih boleh tersenyum

Sedang perwakilan membahaskan isu, kami akan menyibukkan diri bertanyakan hal itu ini.


Kalau siapa yang kena dengan Cik Ina, soalan mesti tingtong!

Antara soalannya,

" Siapakah ADUN kawasan awak?" (tak ada kena mengena dengan isu pendidikan)

" Kalau diberi peluang untuk menjalankan 1 projek, projek apa yang awak nak buat?"

"Apa pandangan awak tentang Pro-M dan ASPIRASI?"

Soalan tak tercapai dek akal, apa itu KURIK KUNDI, MERAH SAGA.

Budak sekarang ni, nak ajak berhujah tentang falsafah pun payah. ngeh ngeh!!

MUBARAK Hebat
Setel minum petang, deorang ada sesi bergambar. Okay la!. 
Dah tu kena lalu ikut atas nak balik bilik. Bila tengok je kitorang lalu, siap jerit-jerit

Hidup MUBARAK. Hidup MUBARAK.

Amboi korang. Melobi kuat kome ye !

Mula-mula korang ingat kitorang Urusetia ye, bila tahu wakil MUBARAK, pandai korang mengampu ye! Tak apa adik-adik. Akak korang bertiga ini boleh membuat perbezaan ye.

Taman Santai Strawberi Genting

Balik bilik - Solat - Salin skirt. Keluar.

Bertembung dengan Dato' Rahman. Pun nak ikut. Jom!.

Jangan tak men'jongket' orang Perak kata.

Cik Ina, Dato' Rahman, Cik Ami dan Cik Mazian
Almaklum la satu hari pandang muka budak, dah tu tengok pulak muka deorang kat senarai nama perwakilan. Memang boleh tingtong kot. Makanya, jom cuci mata.

Picture tell 100 story

Ingatkan nak photo yang berdiri-diri gitu je. Sekali En Dato ni buat lawak. Habis photo jadi begini. Pun boleh la.

Cik Ina Rose

Pun Jadi !

Sesi suap-menyuap
Takdan nak basuh. Kita layankan. Cik Ina buah strawberi memang tak berminat. Sorry!.

Tapi telah dibelanja En Dato Strawberry Milk Tea ! Acane tu?
Cik Ina tak suka stroberi-stoberi ni. Tapi orang belanja, ambik. Jangan kata sombong.

Tapi Tan Sri selalu kata Cik Ina sombong. Dari dulu sebelum kenal sombong,
dah kenal pun masih sombong. Tang mana sombongnya, pun tak tahu.

Alahai MLA oi, tak kenal memang la kena sombong. Takkan la nak peramah-ramah sangat.

Bila dah disatukan dalam program besaran ini, baru kenal Cik Ina siapa.
Leruk-lerap, clumsy, yang penting JOREN. Hahaha!

Kalau beli, bulan ni makan megi
Temankan En Dato' ni beli madu kelulut. Cik Ina dengan Mazian duk main-main dengan madu. Oh, banyak rupanya jenis madu-madu ni ye. Madu ni manis. Jangan 'madu' lain sudah. Itu cari sakit.
Dah orang bagi rasa, kita rasa.
Namun, tersekat dekat tekak. Apa boleh buat. Cik Ina bukan suka.

Dengar pula penerangan dari penjual madu (betul ke penjual madu?)

1. Madu jangan disimpan di dalam peti sejuk. Letak luar.
2. Jangan guna sudu besi. Guna sudu plastik.
3. Jangan minum dengan air panas, ambik air suam.


Balik - Makan Malam - Balik Bilik - Solat - Masuk dewan

Bermula kembali tugas sebagai Penganalisa.

Till then, Bye !


:: Day 2 : Pencarian Top 20 MUBARAK ::


::Suka sangat double meaning kan::

Pemilihan untuk kali pertama

Skala kesengihan di tahap tertinggi. Dengan azam, okay ! Aku bersedia. Kononnya.

Penipu sungguh Cik Ina.

Mengantuk ye.

Penyudahnya minta izin keluar dewan. Baik sembang dengan rakan seUniversiti dulu. Lagi best !

Hari ni tak banyak yang Cik Ina tengok. Yang banyaknya kesudian PPM untuk mendengar taklimat. Weh, korang tahu tak? Cik Ina sangat tak suka dengar bengkel yang mana suara penceramah mendatar je. So bored !! 

Tapi korang kena dengar jugak. Kalau taknya, kena taji nanti. Kekekeke!

Bayangkan, hari ini tak ada photolicious. Nyampah sangat !.

Jiwa sangat

Ni namanya feeling-feeling retis. Walhal dalam bilik je. Konon profesional. 

Dusta belaka !

Sekali lagi

Selebar talam rasanya muka. Tapi jangan risau ! Muka harus confident !.

Hari kedua selesai dengan jayanya. Deorang dah ada pilihan. Cik Ina masih kabur mabur lagi. Acane nie? Nampak sangat pemilih. Bajet bagus ! Konon nak unexpected person .

Okay ! Baru hari kedua. 

Akan bersambung ..

:: Day 1 : Langkah Pertama ke Perwakilan Parlimen Mahasiswa 2015 ::


:: Langkah pertama membawa ke arah langkah seterusnya ::

Mana nak mula ye. Dari A ke atau terus ke Z? Macam mana tetiba boleh menjadi ahli perwakilan MUBARAK ye? Macam mana tetiba boleh berada di dalam Persidangan Parlimen Mahasiswa ye?

Memandangkan semua itu Private & Confidential . Terpaksa untuk tidak bercerita lebih lanjut.

Mungkin MLA pun tertanya-tanya. Macam mana boleh dijemput untuk menjadi salah seorang Penganalisa Parlimen Mahasiswa. Aihh, sedangkan Cik Ina pun masih terkejut dengannya. Bayangkan, tak tidur malam.

Asyik fikir. Dah kenapa aku pulak?

Siapa la Cik Ina ni. Selalu perkenalkan diri sebagai pelajar. Weh, Cik Ina student tahu tak. Makan duit biasiswa. Takpun, duit program, takpun duit sugar daddy  sugar mami dekat kampung tu. Haha !

Persiapan terakhir

Bila melaksanakan kerja dengan baik, seharusnya kita thumbups berkali-kali. Mohon siapkan sebelum bergerak ke Genting Highlands. 3 Hari di Genting, 3 hari di PWTC. Ohooo !

Sampai-sampai terus cari makan. Nak check in pun masih awal lagi.  

Bila sejuk, makan banyak

MLA tahu tak. Bila mana kita sebut tentang makan. Makanya, makan harus banyak. Berlebihan.
Apa orang kata, TAMAK. Hahaha ! Tapi Cik Ina tak kisah. Janji dapat makan sedap-sedap.

Cik Ina dan Makan, tak dapat dipisahkan.

Sempat berwassapei bersama family

Kalau Cik Ami sibuk dengan kertas kiri kanan, Cik Mazian sibuk dengan selfie, Cik Ina pulak sibuk dengan Mr Tabbin. Haruslah mempersibukkan diri jugak.

Tersusun

Dessert semua mewahan

Kalau orang dessert diambil selepas makan. Berbeza dengan Cik Ina. Pada bila-bila masa. Haruslah.
Yang jarang-jarang makan, mesti kasi penuh itu pinggan. Bebudak pun mesti ralit tengok, dah kenapa Kak Ina ni atas meja penuh pinggan makan? Mohon jangan tanya. Makan je !.

Lebih suka makan buffet
Pengalaman makan semeja dengan orang besau nie buat Cik Ina tak lalu nak makan.
Baik la kita amik buffet. Boleh tambah banyak kali.
Boleh penuhkan atas meja !. Nie kalau dengan dedeme, lekung lekang bunyi sudu garfu belaga-laga.
Dah tu berprotokol sangat. Ah, tak minat. 

Bilik KAMI
Bilik luas. Bilik sebelah lawan karaoke dengan kitorang, dia nyanyi lagu Hafiz, kita nyanyi lagu Ziana. Hahaha! Dah malam kecut perut. Ada orang ke bilik sebelah? Cik Ina ni dah le sangat 'berani'.

Yang tak syoknya, air pancut beliau. Apahal bila sejuk panas, bila panas bertambah panas?
Ini boleh mendatangkan amarah ni. Marah ni. Haha ! Ni yang nak pindah duduk Awana Genting ni. Hahaha !

Malam Perasmian oleh Presiden MUBARAK, Tan Sri Dato Sri Aziz

Sambil-sambil dengar Dato' Seri Zaleha, Rektor UIA berucap. Moh kita berwefie. Amboii, joren sangatkan. Brooch yang Cik Ina pakai tu siap kena puji lagi dengan Dato Zaleha.
 

"Eh Dato', ini murah ni RM4.90 je ni !".

Kami dari PERWAKILAN MUBARAK (3M)
3 Bunga MUBARAK ini pada asalnya tidak dikenal pun. Ada tu siap panggil kami suruh buat itu ini. Tak apa, moh kita layankan bebudak ni ye MLA. Bila dah perkenalkan diri. Hamboii kome!

Syukur ! Hari pertama berlalu dengan keadaan baik. Balik bilik - discuss - sembang pasal perwakilan - tidur !

Esok, Penting !!

Till then, bye MLA.


Thursday, 22 January 2015

:: Teaser : Adakah ini vacation mahupun tugasan? ::


:: Jom menjongket, berlibur sambil memantapkan kendiri ::

Tak tahu la MLA, Cik Ina nak katakan ini vacation mahupun tugasan, mahupun suka-suka ataupun social services yang dapat Cik Ina sumbangkan kepada Negara, Mahasiswa mahupun untuk memantapkan keperibadian diri. Ahhh, buntu mencari makna yang tersirat.

Apa-apa pun Cik Ina telah BERSETUJU untuk menyertainya.

Makanya terpisahlah kita selama 5 hari di alam maya ini ye !

Mohon MLA jangan merindui Cik Ina. mehehehe ! Sentiasa bersangka bahawa MLA adalah 'seseorang'. Iye, 'seseorang'.


Menjalankan tanggungjawab

Yang sebenarnya, Cik Ina dah send final thesisfie dekat Puan Penyelia. Namun, disebabkan Puan Penyelia ada conference dekat Langkawi, tak dapat la Cik Ina berjumpa dengan beliau.
Tak apa-apa. Minggu depan kita jumpa ye Puan Penyelia. Harap semuanya baik-baik belaka.

Kalau boleh rebus 250 pages thesisfie  , memang Cik Ina rebus.

Hah, khatam terus. Okaylah.

Malam ini nak final draf untuk agenda nanti.

Doa-doakan Cik Ina tak bias, matang dalam membuat keputusan, menilai dan mengartikulasi
semua perkara dengan hati kecil. Ala, kan hati kecil ini sifatnya positif.

Nervous la pulak rasanya.

Till then, bye MLA. L.O.V.E.


Wednesday, 21 January 2015

:: Syukur, Alhamdulillah ::


:: Terkadang, kita tak pernah cukup dan jarang bersyukur ::

MLA !
 Biasa kan dengan ragam Cik Ina ini. Bila ditimpa musibah, malapetaka, mahupun kesukaran yang maha karya dasyatnya, barulah tangan ditadah, doa dipinta. 
Kalau taknya, hanyut tak bertepian. Itulah fitrahnya manusia. Namun, memandangkan 2014, 
pelbagai duka, pahit maung, penderitaan dan kesulitan yang hebat. 
Barulah Cik Ina kembali bermuhasabah
akan segala macam yang telah terjadi.

Amboi, ayat memang tak menahankan.

Azam 2015, menjadi yang lebih baik. In Sha Allah. Semoga Allah mempermudahkan.

Uda suka share-share dekat wassap family akan berita dan perkembangan semasa.
Tapi hari ini tersentuh banyak-banyak-banyak.

Kadangkala, Cik Ina tak bersyukur dengan apa yang ada. Dah tu bila berdoa mesti mintak itu ini.
Rakus sangat ! Nak thesisfie dapat grade yang urmmppphh,
nak dapat kerja bagus-bagus, nak beli itu ini,
nak pergi sana sini, nak show off  itu ini dekat sana sini.
Hah, itulah manusia.

Tapi hari ini. 
Cik Ina tak nak minta apa-apa dari Allah SWT.

Cik Ina nak ucapkan Syukur Alhamdulillah atas segalanya.

Syukur Ya Allah atas nikmat kesihatan yang baik buat Cik Ina dan keluarga,
Syukur Alhamdulillah kerana Cik Ina mempunyai keluarga yang harmoni,
Syukur Alhamdulillah kerana masih berkesempatan menjadi insan Islam walaupun perjalanan keimanan itu jauh-jauh-jauh,
Syukur Alhamdulillah kerana Cik Ina berpeluang untuk belajar, bekerja dan berehat,
Syukur Alhamdulillah kerana Cik Ina masih diberi kesempatan bernafas di tanah sementara ini,
Syukur Ya Allah !

Notahati : Bila baca luahan adik SBP. Terus sayu hati.

Semoga Allah melindungi semua.

Tuesday, 20 January 2015

:: Jeruk PETAI pun ditanya ::


:: Cik Ina bukan Chef ::

Tapi !

Yang sebenarnya ragam, tingkahlaku baikpun perangai serta kemahiran-kemahiran
Puan Emak sememangnya jatuh dekat Cik Ina mungkin. Kot la!

Aih, tak pasti la. Puan Emak dulu ada katerer perkahwinan. Suka tau ikut Puan Emak pergi rumah makcik Dah, sambil-sambil tu curik peha ayam goreng. Tambah lagi kalau masak ayam masak merah kayu api. Pergghhhh!! Memang terangkat.

Manakan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Tak gitu.

Mungkin sedikit sebanyak benda yang Cik Ina suka buat, menjadi satu kebiasaan.

Cik Ina ingat lagi, MakNgah kahwin, petang Jumaat tu Cik Ina buat  Nasi impit kuah lodeh dengan udang sambal petai. Menusuk kalbu! Makcik-makcik yang datang siap tanya sapa masak. Almaklum le Cik Ina masak dekat luar rumah.

Masa itu kebanggaan sangat bila orang cakap sedap ! Sedap.

Lepas itu, bakat memasak dikembangkan lagi dengan try masak sup tulang kawah besar. 
Ini khas untuk kenduri kahwin Uda. Bayangkan mula merebus tulang-tulang dan daging-daging itu dari pagi lagi. Pun guna bara api. 

Malam akad nikah. Sold out  !

Pun bangga. Tapi malam itu memang langsung tak merasa apabila Cik Ina dikejarkan ke klinik kerana lutut semakin membengkak. Balik-balik nak makan, memang tak ada dah.

Skill memasak semakin diasah-asah bila tiap kali buat kenduri baik kenduri besaran mahupun kecilan, tukang pemasak utama adalah Cik Ina dan dibantu oleh Kakta. Yang lain, tukang bantu mulut ke mulut (merasa itu ini, sedap tak sedap).

Sebenarnya, Cik Ina suka bagi orang rasa air tangan Cik Ina. Seronok bila tengok hak kita masak tu Sold out!. Rasanya dah menjadi tanggungjawab kot, pergi rumah sesapa pun baik kakta, baik MakNgah baik rumah Uda, haiiilahaii, muka Cik Ina jugak la yang ke dapur.

Tapi Puan Emak selalu marah.

Marah sebab bila masak nyanyi, bila nyanyi masak.

Ala mak ini, orang nak jadi macam Dato' Ct. Dapat suami kaya. hahaha. Motip?

Yang sebenarnya, tengah dok belek-belek thesisfie dari pagi tadi, tetiba masuk wassap family,
Uda dok tanya macam mana nak buat jeruk petai.

What??

Jeruk Petai?

Cef Ina

Yang lagi tak boleh menahan tu, bila cuka dengan garam pun tak tahu nak sukat macam mana. Macam mana tu? 
Ate, agak-agak dah le. Hadoiii dedeme ini. Itu le dianya keluarga Cik Ina.
Kalau tak ada rindu-rinduan, bila ada asik bengang je. Haiiila haiiii.

Okay la, hujung bulan balik kg. nak buat jugak jeruk petai.

 Hoorayy!!

:: KTHO: Interview & Jawatan tidak terpisah ::


:: Dunia Baru Cik Ina ::

Hye MLA. Memanglah MLA tak tahu Cik Ina dah jadi fellow. Kan tak pernah cerita. Cuma Cik Ina cakap Cik Ina akan berpindah dari rumah sewakan. Ala, kan kitorang ada buat makan-makan bebudak 1 rumah. Lupa la tu. Okay ! Fine !.

Yes! Asalnya Cik Ina kena lapor diri awal bulan 12, namun atas masalah teknikal yang tak dapat dielakkan, Cik Ina masuk awal bulan 1. Hah, sebulan lewat. Bagus. So, barang semua dah angkut balik. Aikk, masuk balik dalam UKM ye? Kata taknak dah. Poyo gila Cik Ina.

Mula-mula fikir, nak ke tak nak jadi felo ini. Time isi dan interview dulu tak terfikir boleh dapat. Konon sebab nak merasa. Konon boleh la mencantikkan CV. Konon la. 
Tanya pendapat orang lain juga, okay ke?

Lepas fikir lama-lama, boleh la. Sekurang-kurangnya masa terisi dengan program-program kolej.

Akhirnya. Here I Am.

tak lama lepas tu, dapat email, interview kali kedua dengan TNC. Ohohohoho!

Ini ye. Ini ye cuak.

So, semalam tak ada apa yang hendak dipreparekan, iron baju
baca sejarah KTHO sikit terus pecut ke HEPA. Pun tak pernah tahu dekat mana HEPA. Nampak sangat. Bila dah gerun, berpeluh-peluh mula tanya dekat semua orang
"weh, bilik gerakan HEPA tu dekat mana weh?"

Bilik Interview

Ala, dekat dengan pejabat pos dekat Pusaneka tu la. Nampak sangat Pusaneka pun jarang-jarang pergi. MLA kena faham, Cik Ina bukan suka jalan-jalan area UKM ini. Sebab? Sebab letih oooo. Nak ke FSSK pun malas, inikan pulak nak ke Pusaneka. memang tak la.

Bakal fefelos

Ramai oii, ada 33 orang yang sedang menanti untuk di interview. MLA tahu tak, ini saringan?
Bila tengok deorang bersungguh-sungguh menghafal motto, visi, misi UKM, 
ia mendatangkan kegusaran di hati Cik Ina. Lebih-lebih la bila deorang baca KRA.
Apakah itu KRA? confirm Cik Ina tak menahu. 
Apakah?


Kumpulan 5, candidate 1

Ini yang menyampah ni, jadi candidate 1. Bila kena soal, mesti jadi orang pertama yang jawab. Cis, menyampah.Disebabkan kumpulan 5 ada 3 orang, makanya digabungkan dengan kumpulan 6. Jadi semua sekali 8 orang candidate dengan 11 interviewer termasuk TNC.

Apakah mainannya?

Nak dijadikan cerita, semua candidate ini sememangnya telah menjadi felo sementara.
Ada yang dah 6 bulan, ada yang setahun tapi tak diinterview lagi. huaaa!!
Cik Ina walaupun dah dilantik selama sebulan. Tapi baru masuk seminggu kot!!
Tapi tak apa. Marilah bersangka baik-baik ye MLA.

Cuba MLA bayangkan. Candidate semua tu bukan calang-calang orang. 
Ada yang MEP tertinggi selama 3 tahun berturut-turut, ada yang mewakili U dalam pertandingan itu ini, ada yang blablabla.

Amiyoooyoyoyoyo!!! Cik Ina ada apa? 

Cik Ina ada diri Cik Ina jela. Jawatan?  TAK ADA.

Bila fikir-fikir balik, Masa diinterview oleh pengetua. Cik Ina dah terangkan pelbagai perkara. Jadi tak perlu ulang semula la. 

Cuma soalan cepumas yang sampai sekarang masih menjadi titik persoalan. Asalnya soalan ini untuk candidate dari fakulti medic je. tapi bila ada masa, deorang suruh kitorang jugak jawab. So, Cik Ina orang kedua last yang jawab. Nak tahu apa soalannya. Hah ini dia nya.

"Pendapat tentang PRK  UKM dan ASPIRASI?"

Ayokk ! Korang tahu tak? Cik Ina tak minat politik. Langsung tak.
Tapi tak minat tak bermakna kita tak ambil peduli. Nama pelajar. Wajib ambil peduli akan semua perkara. Dari seremeh-remeh isu, sehingga sesukar-sukar isu yang diperbahaskan. Itu lah pelajar.

Nak tahu apa Cik Ina jawab?

Secara jujurnya, saya tidak berpeluang menyertai PRK UKM baru-baru ini. 
Namun ia tidak bermakna saya tidak mengetahui akan perdebatan yang dijalankan dengan adanya bantuan media sosial seperti FB dan bolg khususnya.
Bagi pendapat saya PRK UKM seperti 4 musim. Hanya untuk seketika. Macam 4 musim.
Suka saya membuat perbandingan diantara PRK USM dan UKM.
blablabla.....

Mulalah kemerepekan Cik Ina. Tapi yang syoknya bila tengah bagi pendapat ada 2 3 interviewer yang Cik Ina lihat agak berminat dengan pendapat Cik Ina. Siap angguk-angguk kepala. Dah tu tolong betulkan ayat Cik Ina. hahaha. Tahu tak Dr, Cik Ina ni kelentong je tapi jujur dengan pendapat itu. kekekee!!!

Malamnya pula, terus meeting fefelos KTHO !

Terus dapat jawatan.

Nampak sangat !

Semester 2 ini banyak progam luar. So, banyak la yang Cik Ina boleh kongsikan dengan MLA.
Pengalaman kan! Dari pengalamanlah yang boleh mendewasakan kita. Tak gitu?
Bebudak kolej tak ada lagi, so mendiam la Cik Ina dalam bilik sambil edit thesisfie

Pejam celik, pejam celik.

Cik Ina dah nak sampai ke titik noktah terakhir.

Doakan ye MLA.

Nanti-nanti Cik Ina nak kongsi kisah hidup Cik Ina sepanjang bergelar felo KTHO.
Mesti ada kisah pahit manis suka duka.Bakal mewarnai kehidupan 2015 Cik Ina.

Tungguuuuuuu!!!

Sunday, 18 January 2015

:: Cuti AHAD, awesome sangat ! ::


Sarkastik sangat !

Namapun sarkastik, mesti sakit hati. Ewah! Almaklumla, orang cuti-cuti ini mesti nak keluar berlibur, tak pun tidur sepanjang hari men'qada kan hari-hari kerja tu. Tak gitu. Kalau Cik Ina tak ada pulak istilah meng'qada kan tidur sebab udah terlebih tidur ye.
Ate cuba MLA senaraikan pelajar mana yang tak cukup tidur?
Tak mandangnya. Kalau tak ada kelas confirm terbongkang atas katil.

Hoii, menimba ilmu ini letih tahu. Ala tahu la. Tahu la.

Kadangkala tak tercapai dek akal keletihan itu. Pergghhh! sampai tak capai dek akal tu yang tak menahan tu. 

Yang sebenarnya, Sabtu dan Ahad inilah hari percutian yang terindah buat Cik Ina.
Nak tahu pasal apa?
Nak tahu tak MLA?
Bagus.

1











2









3

Edit ! Edit !

Heaven sangat duduk bilik sambil layan thesisfie (uweeekkkk)
. Nak pergi cari makan pun MALAS. Malas sangat sebab "sayang sangat nak tinggalkan thesisfie"
Hahaha. Sangat sarcasm sungguh. 

Hadoii, perut dah merayu minta diisi. Sambil boleh pulak perut ni nyanyi lagi baby doll Ragini tu. Cis, asyik nak lagu hindustan je. Takde lagu Melayu ke?
Hahaha.

Cis, Jalan-Jalan Cari Makan , tayangkan makanan yang meriahuolssss oiii.
Terus perut semakin lapoooo, tak apa-tak apa. Lexlulexwakpisss!

Minggu cuti yang awesome sangat!!

Mencikkk !

Saturday, 17 January 2015

:: Putrajaya: cerita K.A.M.I ::


:: Apabila Kelantan bertemu Putrajaya ::

Ohooooii MLA, Cik Ina ni macam Chipsmore pun tak jugak. Kejap rajin sangat berblog , kejap tu nak bukak pun ya amat malas ya amat amat! Okay! Penekanan sungguh pada word amat tu. hehehe. Layankan aja le.

 penipuan Hp akak

Adik-beradik KakMi datang UKM! Hooraayy, dapat jumpa akak lagi. Dulu dah jumpa, sekarang jumpa lagi. Sebab apa suka, sebab Hp akak best! Kalau tangkap photolicious, mesti guna Hp akak. Nampak mainan Cik Ina?

So, cadangnya bawak dedeme jalan-jalan Alamanda dan sekitar Putrajaya.

Hurmm, almaklum la Cik Ina nama je duduk dekat 20 minit je ke Putrajaya, tapi kalau tak ada hal, memang tak la pergi sana. Kalau urusan rasmi macam ke KPT ke, Kementerian Pelancongan ke, hah baru la. Nampak sangat!!

Alamanda, Putrajaya

Selalu la janji pukul 10.30 pagi, pukul 11 lebih jugak baru nak bertolak. Janji Cik Ina la katakan. 
Bukan boleh pakai. Tapi tak apa la. Bukan urusan rasmi. 
Siap ala kadar, kemas bilik dulu. Baru gerak. Konon nak meragut mun sepasang kasut vincci.
Memandangkan kasut vincci Alamanda macam nak pergi kerja, terus tak jadi.
Tunggu la.


Akak, KakMi dan Cik Ina
Deme berdua pakai tudung neelofa. Cik Ina pulak bawal RM5. 
Ohoooo, kedekut betul kalau berkaitan dengan tudung ni. Ehemmm, kembali semula berjinak-jinak dengan bawal ni. Tapi tak rasa nak pakai. Ahhh, ikut hati nampaknya berpakaian. Memandangkan azam tahun ni nak 'serabai". Dah MENGAPA pulak nak serabai?
Nanti la sembang. kekekeke.

Kalau boring-boring, pergi page coach ...Alamak! Cantiknya handbag. Bila boleh beli?
Amiyoyoyo!! Tak apa - tak apa.. husnuzon. Boleh dapat dengan usaha lebih.
Makanya kita berphotolicious je. Jadi la. 

Wajib
Pergi banyak kali. Ini 1st time berphotolicious memandangkan tak jumpa hala tuju. 
Selalu begitu. Nak kena pergi dengan KakMi gamaknya baru jumpa. 
Macam menjadi trademark pulak kalau datang Alamanda mesti ada pic dekat pokok buluh betong ni ye? 

Anis, Akak dan KakMi. sibling together.

Sepesen je muka deorang. Family Cik Ina tak ada pulak sepesen.
Lain-lain pulak tu.  

Friendship are never END
Walaupun semester ini Cik Ina duduk luar, walau lama tak jumpa tapi kami tetap berhubung. Thanks Wassap. Dah mengapa wasap pulak? 
Memang la. Kalau mesej biasa memang tak la.
Pantas je nak reply balik. 

Masjid Putra

Bayangkan. Okay. bayangkan. Lalu dah banyak kali. Memang akan lalu kalau nak ke Kementerian Pelancongan. Tapi tak pernah singgah. Makanya, kali ini kita dah niatkan. Niat nak solat dekat masjid Putra. Alhamdulillah. Tercapai. 

Lah, bukan tak pernah masuk. Pernah. Zaman STPM. Rombongan pergi PARLIMEN.
Singgah Masjid Putra dulu. Ala, lama punya cerita. 

 pintu UTAMA
Masa kitorang sampai, ada satu rombongan dari China.
Eh, mesti pakai jubah ye kalau kita pakai seluar? Ke macam mana? Dah semua orang pakai, kita pun pakai jugak. Gelak-gelak akak ngan Anis. 

Seni Bina = awesome
Selesai !

Cruise Tasik Putrajaya

Asyik tengok orang naik. Jom kita pulak. Lagipun nak balik rasa macam awal lagi. Tapi mesti balik sebelum orang balik kerja, kalau tak jemmmmm karen. Kalau pakai MyKad dewasa RM20, Kanak-kanak RM15. Cik Ina pakai card student, kena RM15 saja. Deme kena RM20.

Kejorenan terserlah
Nampak tak latar belakang kitorang. Yess! Itu yang kita nak ye.
kitorang naik  perahu dondang sayang. Amboii.

Dondang Sayang
Siapa kata Cik Ina tak berani? Memang iye pun. Nak masuk pun takut. Namun, muka harus excited.
Boleh tengok pemandangan. itu yang gemar tu. Memang kena dengan jiwa. Jom MLA, tengok la sikit apa Cik Ina dah tangkap. Tapi banyakkkkkk sangat. Pilih ini je dah la. 

1

Tetiba lagi bertambah-tambah respect dengan Tun. Dulu, kini dan selamanya. Kalau la Cik Ina pandai macam Tun. Macam-macam nak buat. Nak buat itu, nak bina ini,
nak tambah sana, nak buang sinun. Nak itu, nak ini.

Okay !

Angan je la.

2

Bila dapat masuk?

No yet ! One fine day. Of course.

3
Tak reti nak sampai sini naik kereta macam mana. Nampak sangat banyak lorong-lorong haji taib yang Cik Ina tak habis jelajah. miahaha.


Berjaya dengan JAYANYA

Yehaaa!!
Haruslah letak Yehaa!! menandakan kita berjaya menjelajah Putrajaya. Konon sangat. 
Walhal asyik pakai waze kalau nak pergi cari kementerian lain. Nampak sangat tak pandai arah.

Rasanya elok balik dah. Orang opis dah nak keluar. Takut jem. 
well, tak habis dekat situ. Malamnya kitorang pergi karaoke dekat uptown Kajang. Haruslah.
Tapi no photo available sebab tak sesuai dipampangkan. Cewaahh!!
Selesai pukul 2AM. 
kikiki. Marahlah abah Yusof kalau tahu Cik Ina bawak anak dia sampai pukul 2.
Jangan marah ye abah. Nanti Cik Ina nak datang Kelantan, nak makan macam-macam dekat Pulai Chondong. Tak sabar ni. hehehehe!

Itu jela, kisah kejorenan Cik Ina dikala thesisfie kena hantar ASAP.

Nampak sangat tak hiraukan thesisfie. 

Okay! Okay!. Jom sambung baca hijabista Dec (beli bulan 11, baca bulan 1, nampak tak?)
Lepas tu baru thesisfie. Eh! eh!.

Till then, byebye MLA.




Thursday, 15 January 2015

:: Back to school ::


:: Umur anda sememangnya berada di sekolah ::

Hari pertama persekolahan 12/1 , Cik Ina ada di rumah lagi. Paginya baru bergerak bersama-sama kakta & BIL pulang kembali ke UKM tercinta. Tahun lepas pun begitu,
hari pertama mereka bersekolah, Cik Ina akan ada di rumah.
 Tugasnya  adalah untuk tangkap photoliciuos je. Cis 2x !

Kakak Puteri & Kak Long Anje
Pun kaedahnya sama. Hari pertama mesti tak ada lencana sek Puteri ni. 
Pelik MakChik tengok ragamnya. Nak tunggu ayah jahit le gamaknya. Tahun ini tema 
masih seperti itu. FROZEN EVERYWHERE
Masih seperti Tahun 1 mungkin dimana ragamnya tetap sama.
Habis sekolah, terus berambat ke bilik guru, capai air kotak dalam freeze gamaknya.
Mungkin masih menjadi ketua kumpulan geng wanabe dimana 
kumpulan bajet otai taiko disekolah.
Kita akan dengar cerita dari Alang tak lama lagi akan salah laku anaknya di sekolah.
 hehehe.

Berbeza dengan KakLong Anje
Memandangkan UPSR menjengahkan tirainya. Nampaknya tak boleh nak main beria-ria sangat.
Maybe awal tahun dipenuhi dengan bola jaring, bola-bola dan persatuan plus pertandingan itu ini, 
jadi masih boleh diterima lagi.

Ada berita gembira tentang keputusan UPKK Sek Agama.
Tapi selagi tak dapat result betul-betul, tak boleh nak umum lagi. Tapi rasanya dah betul la kot.

TAHNIAH KakLong Anje atas kejayaan anda memperolehi 7A 1C (UPKK).

Wajah kesayangan hamba
Kalau Cik Ina balik kg, routine harian tetap sama sekiranya waktu sekolah.

7AM - 2 PM = Sekolah Pagi
2 PM - 6 PM = Sekolah Petang (Agama)
6 PM - 7 PM = Mengaji Al-Quran
8.30 PM - 11.30 PM = Tuisyen

 Jadual kita dulu KakLong sama. Cuma yang membezakan adalah tuisyen.

 MakChik punya tuisyen malam adalah di depan TV. kehkehkeh.

Apapun, good luck for UPSR. 
From MakChik to KakLong Anje.

Intan
Hailahai anak buah Cik Ina yang ini. Memandaangkan Intan duduk di Batang Kali, sekolahnya waktu petang. Tahun 2 seperti Puteri. Tahun ini dapat jadi Pengawas Sekolah. Amboii!!
MakChik bangga dengan Intan. Dikatakan nak dapat jawatan ini kena interview dengan ujian bertulis.
Amboii, sek bandar betul. Katanya kena bersaing dengan kawan-kawan.

Okay! Fine. 

MakChik macam dapat rasakan kewibawaan dan ke'jipang'an anak buah Cik Ina yang ini.
Hehehehe!!

Nampaknya kedua adik-beradik ini Pengawas Sekolah.
Jangan jadi macam MakChik ye. Bukan Pengawas tapi Mawas. 

Ingat lagi zaman Cik Ina jadi Pengawas Sekolah.
Pagi-pagi kena jaga barisan time perhimpunan. Cisssss!!

Dapat buku 555 tu kan, nama kawan-kawan yang jadi mangsa
Cth la .......
1) Siti Ruhana = tak pakai lencana
2) Aminah = lewat
3) Group 6 Kuning = tak keluar kelas time rehat

Hahaha! Poyo tak? Poyo kan.

Gila kau buku 555 kau bersih tak ada kesalahan?

Nampak sangat Cik Ina seorang yang mendula.

Anak Soleh MakChik
Yang sorang macam Imam Muda Hassan. Yang sorang lagi baru lepas Juvana ape?
Alolololo. Ini yang buat makin bertambah sayang sambil nak bagi penampo sedas dua ni.
Tahun pertama mereka masuk sekolah.

Abg Long memang dah masuk private school. So, tak menjadi kesukaran untuk bergaul dengan orang lain. Yang risaunya AbgNgah. Hai, tak tahu le apa kisahnya.
MakNgah senyap je dekat wassap, tak ada cerita pun gelagat anak nye. Maybe okay!

Handsome ni bila besar nanti !

Perasan tak?

Sebenarnya, anak buah Cik Ina semakin membesar.
Tak boleh cakap kasar-kasar dan double meaning dah. hehehe!
Deme dah pandai membaca , jadi bila TV tayang cerita lucah serta adegan mesra-mesra,
sangatlah tak sesuai untuk dipertontonkan.
Memandangkan Cik Ina penggila cerita omputih, deme pun tengok sama. Ayoyoyo.
Haruslah berhati-hati. Terutama KakLong Anje. 
Dah pandai touching , tapi bersyukur sebab tak pandai nak menjawab bila kita marah. Bagus.

Banyak benda boleh share sekarang. Impian, cerita keremajaan. Macam-macam.
Almaklum la. MakChik deme ni kan social worker deme.

Apapun, Cik Ina juga semakin membesar dengan jayanya.

Buktinya?

Berat NAIK MENDADAK.

Oh Nooooooooo!!!

Till then, love MLA.