Tuesday, 30 December 2014

:: 1 Hari Terakhir 2014 ::


:: Harapan yang terbaik::

Agree!!
kredit:Hijabiz

Tak pasti!!
Adakah esok hari terakhir 2014 akan menjadi Sejarah tersimpan untuk memori akan datang!!

Hanya Allah Azzawajallah yang mengetahui.

Semoga hari mendatang hadir dengan 1001 senyuman terindah buat kita semua.

Agar hari seterusnya membuka lipatan kenangan manis

Agar hari mendatang ,

hari kasih sayang sesama Islam

hari ehsan sesama muslim

hari kita lebih kukuh keimananya.

Amin.

Penutup 2014,

Kehadapan MLA,
syukran jazilan kerana sentiasa sudi mendengar kisah suka duka Cik Ina,
sentiasa tabah mempunyai tuan belog yang suka syok sendiri,
kuat menghadapi hari-hari mendatang bersama Cik Ina,
menggembirakan hati tatkala hati kesedihan kuat juga kegusaran.

Wahai MLA,
Anda pendengar terbaik.

Kehadapan 2015, please be nice. Peace!!!

Tinta akhir Cik Ina (2014)


:: 2 Hari Terakhir 2014 ::


:: Sesunguhnya di sebalik tangisan dan kedukaan, terdapatnya kegembiraan ::

Dah boleh bayangkan laluan nak ke kebun
Rasanya tak pergi kebun Puan Emak dengan Uda punya pun dah tahu keadaannya bagaimana,
 tu tak masuk lagi bendang, 
aihh memang dah boleh tahu bagaimanakah keadaannya lepas banjir ni.
Itu belum kira kepenatan untuk mengemas rumah bagai,
buang barang yang tak patut.

Walaupun keadaan Kg Gajah tak seteruk Kelantan, 
namun perasaan kita sama. Sama.

Rumah BIL 15 langkah dari Sg Perak,
Kelapa sawit Uda belakangnya ban CL. Ahhh, mana satu yang kita nak menjenguk dulu ye?
Okay!! Fikir 2 sekali. Tak apa-tak apa, kita tunggu dan lihat kesan bah dulu.

Harap Cik Ina?? Ahh, tak payah la.
Kawasan liar begitu bukan tempat Cik Ina.
Yang sesuai adalah busu. Cik Ina kerjanya dirumah. hehe!

Jom, berfikir positif

Cik Ina nak sebarkan aura-aura positif khas utk MLA.
Janganlah kita berdua asyik bersedih duka.
Barang yang lepas harus dikenang, namun perjalanan untuk hari mendatang haruslah dengan kekentalan jiwa yang maha dasyat.

Syukur Alhamdulillah, semalam K.Ain kata saguhati 2 dah masuk.
Memang ada niat nak memberi sedikit sumbangan kepada mangsa banjir. 
Cik Ina bukan mangsa banjir teruk, Kelantan Terengganu teruk.
Dah macam tsunami Malaysia pulak rupanya.

Cik Ina ada follow seorang hamba Allah ni. Tapi percayalah tak kenal Raja Shamri ni siapa,
tahu pun dari FB bila ramai sangat yang share status beliau. Cik Ina pun sepanjang seminggu ini memang akan tunggu berita dari beliau.

Team Raja Shamri 
Pun tak kenal sesape di dalam photo tersebut.

Tapi atas dasar kemanusian, why not kalau kita sumbang apa yang patut.
Cik Ina dok fikir jugak nak sumbang tenaga, tenaga perlu digunakan untuk kemas rumah jugak. 
In Sha Allah,
sumbang makanan?

Tak apa la, dapat saguhati, jadi la sumbang duit.

En Raja Shamri kata, banyak benda nak beli. Minyak lagi, makanan.
Kiranya sekali la dah tu.

Maaflah. Dapat sumbang duit yang sedikit amaun je. Thank Allah.

Saham Akhirat mungkin. 
Jom la MLA. Kita derma apa yang patut. Jadikan ia saham akhirat kita disamping membantu sesama Islam. Kalau tak kita, siapa lagi yang dapat merasa derita ini. Mari tanggung bersama-sama.
Aikk, seperti bunyi ustazah je. Tapi itu hakikatnya.

Cik Ina sertakan no akaun kedua-dua insan terpilih ini. 
MLA nak derma terus je. In Sha Allah, mereka akan gunakan sebaik-baiknya.

Maybank Jerteh : 5130 4105 0271 (Raja Shamri)
CIMB Pasir Puteh : 8601829019 (Abd hadi hafiz)

Cik Ina nak bersiap siaga mengharung air bah ini.
Doakan keselamatan Cik Ina dan keluarga ye MLA
begitu juga dengan mangsa bah yang lain.

Semoga kita kuat!!

:: 3 Hari Terakhir 2014 ::


 :: Kesedihan VS Kegembiraan ::

Kan!! Kan!!

Pun masih lagi memikirkan akan kesilapan-kesilapan kita yang dulu bukan?
Kita bukan maksum, tapi kita boleh jadi lebih baik.
Kan setiap manusia itu sentiasa diberi peluang!
Selama mana kita hidup dimuka bumi Allah ini,
selagi itu kita diberi kesempatan untuk jadi BAIK.

Hujan pun satu kemanisan yang hanya kita sendiri yang rasai.

Ada orang rasa tak syok dengan hujan,

itu ini lah.

Ada orang yang sangat-sangat-sangat seronok dengan hujan.

Cik Ina??

Aihh, mestilah suka dengan hujan. Tapi nak request hujan rintik-rintik, sejuk.
Tak nak sampai bah-bah banjir. Boleh tak macam tu?

Hati sedih. Bendang mungkin tak menampakkan hasil yang baik memandangkan kawasan bendang seperti laut, jalan raya ditengah-tengah. Ahhh!! Dunia sungguh. Tapi, masih bersikap positif. In Sha Allah, Allah akan menggantikan yang lebih baik lagi.
Nampak?

Sepanjang hari hujan renyai-lebat-rintik.

Di sebalik pintu kaca ini, mata masih memandang langit.

Oh langit, hentikan tangisanmu,
kecaman hati tak tertahan menanggung sakit,
Hentikan tangisanmu wahai langit.

Wahai daratan,
Pulihmu mengembirakan hati duka,
Namun,
ia kembali menderitakan!!

Duhai Ya Allah SWT
Beri kami kekuatan
kuat keimanan,
kuat kesihatan,
kuat juga emosi,
agar kami tidak terkalih
terkalih walau sesaat

Kehadapan hati
MOHON BERJIWA


Monday, 29 December 2014

:: 4 Hari Terakhir 2014 ::


:: Semakin menguji keimanan ini wahai Ya Allah ::

Pun hari ini digemparkan dengan berita kehilangan AirAsia dari Surabaya ke Singapura.
haiii Ya Allah.

Pun macam tu, dapat photolicious banjir Kg Gajah dah sampai ke rumah dia pulak.
Pusat Penempatan Sementara Sek Men Nazrin dgn SK Dato Sagor pun dah kena pindah ke UiTM pulak.
Hailahai Ya Allah.

Kg Gajah

Pun sedih. Bila tengok je Kg Gajah macam ini, mula tak senang duduk.
 Aik, tak sampai 2 KM nak sampai ke rumah Alang. Tapi Alhamdulillah. Air tak masuk kawasan perumahan dia. Belum lagi.

Allah menguji kita dengan pelbagai musibah.

Kemalangan

Kematian

Kehilangan tanpa dapat dikesan

Bencana yang pelbagai

Peperangan.

Hah tengok, nampaknya kita mempunyai keimanan nan tinggi kerana masih mencintai yang SATU.

Betulkan. Kadangkala bila berlaku macam ini, 
perlu sebenarnya kita bermuhasabah dengan setenang-tenangnya.
Fikirkan kembali kesilapan dan kesalahan.
Sedikit demi sedikit nikmat yang ada ditarik kembali.

Tak macam tu ke?

Sepanjang 5 hari dalam rumah sewa, tak pernah ada sekalipun ahri-hari yang berlalu dalam keadaan dan cuaca yang tenang.

Terkadang,
hujan rintik-rintik,
Terkadang
hujan lebat sehinggakan bumi UKM  dilitupi air hujan,
Cerah yang sementara.
Matahari mula muncul 
namun kemudian malu menyembunyikan diri
Langit nan cerah sementara itu tiba-tiba gelap gelita
Tiba-tiba muncul kembali sang suria, 
namun hampa pergi tanpa sempat menatap.
Ahh, nampaknya sengaja muncul
sengaja juga menyepi kembali,
Hai dunia,
makin menggoncang perasaan,
Entah bila akan muncul sinar kegembiraan?.

Terkadang cerah

Terkadang lebat

Perasaan Cik Ina?

Ahh, jangan ditanya akan rasa yang timbul selang sesaat.

Terkadang debaran yang maha dentumnya,
terkadang rentaknya tanpa bunyi.
Ahh, semuanya menakutkan,
Namun hati, jiwa dan rasa itu kental
Semoga sinar bahagia kembali terjalin.

Saturday, 27 December 2014

:: 5 Hari Terakhir 2014 ::


:: Pengakhiran yang mendukacitakan ::

Betulkan? Betulkan?

Tengoklah, pengalaman yang tak syok sepanjang 2014 yang dirasai sendiri Cik Ina.
Kadang-kala bila tak kena dekat diri sendiri, rasa empathy tu tak berapa sangat.
Tapi cuba kena dekat diri sendiri. memang mahu teroyak dibuatnya. Pun sebenarnya dah teroyak banyak kali.

Walau macam manapun, semua yang berlaku, pasti ada hikmahnya.
Tak semua yang didatangi itu bala yang maha besar yang Allah nak bagi,
mungkin ini masa, peluang dan ruang utk kita sama-sama muhasabah dan berfikir sejenak (berjenak-jenak) pada pelbagai rencana yang kita telah dan akan kita buat.

Tak gitu?

Kemarau 3 bulan

Mula-mula Cik Ina merasai sendiri pengalaman kemarau sampai tak ada air nak mandi,
nak ambil wuduk, nak masak air. Semua pakat beli air dekat econsave.
Masa tu, air botol pun jadi mahal. Memang nak kaut untung betul Econsave!!

Cuba bayangkan, mandi guna air 1 baldi. diulangi. 1 baldi sahaja.
Apa rasa? 

Cik Ina ambil inisiatif, beli tong sampah hitam, angkat air sampai 3 4 5 kali nak penuhkan,
buat mandi. Lagi sedih bila period, manakan kita nak dalam keadaan bersih,
tambah pulak duduk dekat asrama, bukan kita saja yang duduk kolej KKM tu,
makhluk Allah yang lain pun sama.

Tapi masih husnuzon sebab ada tangki air!!
In Sha Allah, air tak tercemar. Yeke?
Masa itu jangan cakaplah, bilik Cik Ina dah la dekat dengan toilet, 4 langkah dah sampai.
Baunya. Ya Allah, MasyaAllah.

Boleh imagine tak?

Jerebu yang menyakitkan

Jerebu? Jerebu? MLA kena tak?
Ye. Cik Ina kena sangat. Memandangkan Bangi,Kajang memang kawasan hot spot gamaknya yang akan kena tempias semua jenis bencana gamaknya. Wallahualam.
Bayangkan! Bila jerebu banyak benda berlaku dekat Cik Ina.
Demam. Sakit mata. Sakit Hati. Segala benda nak sakit.

Pergi Pusat Kesihatan pun setakat dapat panadol dengan mask.
Lagi bertambah-tambah perit seminggu asyik kena ambil darah.
Bila dapat result lagi mendukacitakan.
Tak apa ya Allah, Cik Ina terima dugaan ini.

Bergantung dengan ubat-ubatan sangat menyakitkan.
Bila makan ubat, mula rasa empathy pada diri.

Tak apalah. Allah nak uji hambaNya.

Keluar kemana saja mesti pakai mask, melambak mask dalam drower.
Dengan harapan tubuh badan sihat. Aktiviti luar pun semakin kurang.
Duduk diam-diam dalam bilik sambil layan thesisfie.

Banjir Kilat di Sg Tangkas

Siapa kata Cik Ina tak rasai. Sanggup redah air paras lutut semata-mata nak balik rumah sewa.
Kecewa betul dengan sistem masa tu. Mangkuk mana la yang buat pembinaan membabi buta ni.
Habis kereta orang kena masuk air. itu belum masuk dalam kedai lagi.
Lantak kome, dekat akhirat kelak, menjawab le kome.
Nasiblah!! 

Tapi yang paling mendukacitakan


...........................







...........................................







..........................................................

Ya MLA.

Thesisfie yang tiada penghujung

Betul la tu MLA. Kita merancang, Allah menentukan. Perancangan Cik Ina dapatlah kiranya Cik Ina konvo bulan 11/2014. Tapi bila kata ada perubahan-perubahan dan penambahbaikan. Cik Ina pejamkan mata.

Kecewa? Memang kecewa tau.

Tapi tak apa, Allah sudah mengukir laluan hidup Cik Ina.

Apapun, walaupun pelbagai onak ranjau duri bagai terjadi sepanjang tahun 2014 ini,
Cik Ina masih boleh tersenyum kambing kucing. kehkehkeh.

Akhir kalam,

Selamat Datang 2015
Semoga 2015 Mengukir Senyuman.

Friday, 26 December 2014

:: Last year solemnization ::


:: Tahniah bff Puan Zura ::

Kenduri kahwin akhir tahun 2014 yang Cik Ina hadirkan diri. Alhamdulillah dapat jugak bersama-sama mengjointkan diri. Tahniah Pn Zura yang telah selamat disatukan. Ewahhh!! Walhal Cik Ina tak kenal pun En Suami beliau. Memandangkan dia nak kahwin pun tak ada angin tak ada ribut, terus dapat invitation. Wooowww!! Sangat suprise.

Cik Ina kan kepochi, jadi harus mempersoalkan akan susur galur family En Somi beliau.

Ohseemmmm la.

Tak nak bercinta lama-lama.

"Jom kahwin, awak"

Ohohoooo. Nak jugak macam tu. Tapi macam tak je, macam tak je!

Sebenarnya Cik Ina tak dapat pulang, tapi dah Cik Amin ajak pulang, ohoo, haruslah. 
Tapi nak jadi cerita sampai rumah pukul 11.40am, bersiap. Dah Cik Dayah sampai pukul 12.
Makaihh, macam topan Cik Ina mempersiapkan diri. Trojan betul.


Bajet RM30
Hah nampak tak. Cik Ina memang dah cakap siap-siap. Hadiah member mesti tak lebih RM30.
 kikiki. Korang jangan time Cik Ina bagi baju tidur seksis sudah. 
Macam boleh bayangkan dah siapakah makhluk Allah yang nak bagi tu. miahaha.

Pun tak ada card bagai. Lantakkan! 

Cik Ina dan Pn Zura
Siapakah? Siapakah yang cantik mantik tu? Cik Ina ke Pn Zura? kehkehkeh. Cik Dayah cakap pengantin semua cantik. Kan itu hari terindah dan bahagia. Tapi dalam masa yang sama, hari yang sedih jugak. Tapi tak apa. Jom, kejar bahagia.

Mereka BFF Cik Ina
Nampaknya Cik Ina sorang je yang bukan berpink kaler. Ate!! Abaikan saja. hehe.
Lepas ini sapa pulak? 
Cik Ina ke? Cik Dayah ke? Cik Nas ke?
Pening-pening!!

Cik Ina dah siap kabo kat mereka berdua, mohon hadir rumah Cik Ina 3D3N.
Mereka seharusnya menjadi dayang-dayang Cik Ina (#aihhh macam confirm je aku dulu).
Ahh, tak kisah janji deme mesti ada time Cik Ina pulak. Tamak la katakan.

Atas Pelamin
Perasan tak? Perasan tak? Cik Ina mesti ada atas pelaminkan. Ooooooo!! haruslah.
Cik Ina suka benar kalau ada photolicious sekeping dekat pelamin.
Almaklum le, pelamin ni kan macam 4 musim jugak.
Macam-macam trend pelamin ada. Rambang mata kome oii.


Entah tahun 2015, pelamin dah macam istana pulak. Apa pulak jenis pelamin 2015 nanti ye?
2014 menyaksikan ada candy booth, photo booth adik-beradik booth,
2015 apa la pulak ye!

Tapi tak apa, apa yang penting
kome kawennnnn wehhhh!!!
 

Wohohohohoohohh
Seronok la tengok orang kahwin. Ada satu perasaan yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata.

Walaupun perkahwinan itu sangat simple dimple, tapi tetap ohseemmm.


Pengantin Baru
Ala, sedih la pulak. Apasal deme kawen awal-awal ni. Aikk, awal ke?
hehehe! ke Cik Ina yang telat?

Tapi tak apa. Mohon jangan lost contact ye bff belaka. Anda merupakan penyeri kejorenan Cik Ina kala Cik Ina pulang ke kg. cewaaaahh!!

kepada Pn Zura dan En Somi

Tahniah!!

Okayy!! itu je ayatnya. Tahniah. kekeke!!
Ucapan panjang lebar dah banyak dah dari hari itu lagi.


So, siapa nak kahwin 2015?
Angkat tangan.

..........Yesss!! Its ME. Its ME.........

Thursday, 25 December 2014

:: Banjir Kg Gajah, Ohh Ya Allah ::


:: Debar-debar jantung ::

Kampung Cik Ina tak pernah kena banjir (Changkat Lada). Syukur Alhamdulillah,
tapi kali ini Kg Gajah banjir. Rumah mertua kakak dekat Kg Tanjung tu dah masuk air. Dah rumah Kg Tanjung tu tepi Sungai Perak. Ohoiii, lagi menggerunkan.
Memang mendebar-debarkan jantung sebab Cik Ina tak pernah merasa banjir dan tak ingin pun nak kena banjir. 

Kuatnya semangat rakyat Kelantan Terengganu menghadapi dugaan ini.
Hari ini saja Cik Ina asyik berulang alik tengok wassap family tengok photo Alang hantar,
tengok group hantar photo kawasan masing-masing.

Tambah kesian bila tengok macam-macam video yang deorang share.
Tak terkata rasanya penderitaan dan kesulitan itu.
Betapa beratnya dugaan Allah beri kali ini.

Cik Ina tak nak persoalkan mana pihak-pihak tertentu, 
yang Cik Ina persoalkan..

Makankah mereka?
Dimanakah mereka berlindung?
Sakitkah mereka?
Sejukkah mereka?

Ahhh, banyaknya fikir sampai nak nitis air mata, nampak kental. Hakikatnya bila tengok video sikit dah kesat-kesat air mata. Dah tengok si Alang pulak ada dekat Kg Gajah. 
Lagi kuat seriau. Walaupun kawasan Kg Gajah sepanjang petang tadi dah sampai lutut,
ini malam ni tengok dah makin naik.
Dapat pulak info kata air dekat empangan akan dilepaskan malam ini.
Lagi kuat ketakutan Cik Ina. Biarlah barang-barang tu.
Mana nak buatnya dah. Dah nak kena. Mana nak angkat berat-berat ni?

Runsing duduk dekat rumah sewa.
Dekat wassap family tak habis-habis Cik Ina suruh simpan air bersih, 
simpan bekalan makanan, buat stok takut apa-apa berlaku. Changkat Lada tu pun kalau tak 
sebab ada bukit Changkat dengan bendang, haiii entah lah.

Adoii, dah bebukan-bukan Cik Ina fikir.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

Ya Allah, terimalah doa kami

Baca banyak kali-kali, Ingat ye MLA! Masa ini semua kena bersedia dari semua
 kemungkinan yang ada.

Petronas Kg Gajah

Sedangkan tengok air bah yang hanyalah di paras biasa terasa akan kesakitannya. Inikan pula tengok bah sehingga menenggelamkan satu kawasan perumahan, lagilah kuat mencengkam rasa hati.
Semoga mereka kuat menerima hakikat ini. Bersabarlah duhai hati-hati yang diuji!!


Rumah Kg Tanjung
Malam ini punya takat air tak tahu lagi, tapi apa yang Cik Ina tahu makin naik. Adoii!! Seriau rasanya Ya Allah. Tak pernah berkeadaan begini. Memang menguji. Hanya Allah Azzawajalla tempat kami bermohon pertolongan.

Ya Allah
 sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa kami 
Ya Allah,
terimalah taubat kami.
Andai ini dugaan yang Engkau berikan, kami terima.
Namun Ya Allah, kami insan lemah yang sentiasa memerlukan pertolonganMu,
berikan kami kekuatan dan keimanan untuk terus mengharungi dugaan ini.


Tinta bicara,
Cik Ina yang kerunsingan memikirkan saudara-saudara sekalian

Wednesday, 24 December 2014

:: Beriadah & Teriadah di Awal Pagi ::


:: Cuti terluang dengan MEREKA ::

Cik Ina memang garang orangnya. Kalau tak caya tanya anak buah!

Garangkan?

Garangkan?

Tapi dalam garang-garang tu bolehlah kawal anak-anak buah dari meragam berpanjangan.
Dedeme ni jenis emak belaka. Tak nampak muka emak, confirm meragam. Tapi kalau tak ada emak, elok je perangai tu. Tak faham lah Cik Ina. Mungkin nak faham kena tunggu ada anak!! (#ladahkenapapulak).

Sebelum nak balik petang tu, beri kebebasan kepada mereka untuk main beska dahulu.
Almaklumlah, beska baru beli. Tambah pulak kawasan kg, selamat in Sha Allah.
Kalau dah balik Sg Buloh nanti, beska tu teperap mungkin dekat stor.
Jadi, tak apa la, lagipun lorong rumah Puan Emak tak banyak kereta lalu-lalang. 
Kalau ada pun jiran tetangga.

Mereka dan basikal masing-masing
Tak cukup ini. Tak cukup anak buah Cik Ina ni. Lagi 3 orang tak ada. Kaklong anje dan Intan dekat Batang kali, Dik Hadif dekat Nogori.
Yang heroan pun sebab cuti sekolah. Mama pun steady la.
Tak menahan tengok muka dik Kuan. Macam manakah nak pelupoh mereka, bila bersuara pun dah boleh menyebabkan mereka menangis. Cisss, garang betul MakChik Ina deme ni.

Kepala Sawat. Kakak Puteri
Leesya dah Elsa. Semua baju nak frozen. Naik pening dah Cik Ina tengokkan ragam deme ni.
Berani lah lepaskan deorang main atas jalan tar sebab tak ada kereta lalu-lalang.
Kawasan kampungkan. Changkat Lada dihatiku.

Muka kecil mereka
Tetiba rasa mereka makin membesar dengan jayanya.
Garang-garang MakChik deme ni masih disayangi. kekeke.
Buktinya masih dapat ciuman dari mereka.
Pun jadi la.

Nak hadiah selalu, tapi bagi MakChik hadiah tak pernah pun. Sebak je!


Bila kepala sawat conduct aktiviti

Bagikan. Cutikan. Bila bukak sekolah memang tak dapat dah.
Mana tak sekolah pagi, sekolah agama, tuisyen lagi.
Nasib koranglah.
MakChik tengok dari jauh jela.

Makanya, cuti-cuti Cik Ina hanya jadi pemerhati selaku ketua juri  sekiranya ada gaduh-gaduh di antara Kakak Puteri dengan AbgLong mahupun AbgNgah. Jadi juri ye MLA.

Bila MaChik bersuara. Diam belaka.

Itulah fungsinya Cik Ina.

Sekian. Wassalam.

:: Farewell & Welcoming Party ::


:: Time to gain the "looser" weight ::

Eh! Eh! haruskah Cik Ina menunjukkan "looser"  disitu? 
Walhal bila makan, nafsu makan semakin menjadi-jadi. Sungguh menipu!

Ehemmm, ehemmm!! Memandangkan CIk Ina dan Pn Zakiah tidak akan menetap lagi di teratak Tropika, makanya ramai-ramailah bersungguh-sungguh nak makan dekat Seoul Garden. Pun harapan tipis nampaknya memandangkan kewangan meruncing dan masa semakin suntuk.

Steamboat Antarabangsa

pun jadilah!

 Janji together-gether kita makan.
Nak kumpul beramai-ramai macam ini kadang-kadang. 
So eloklah, kita pinjam 1 malam, kita makan-makan, sambil pandang-pandang,
 serta kenyang-kenyangan. Heaven di dunia.

Lija, Zakiah, Bia, Farha, Cik Ina, Nurul

Mereka lah peneman Cik Ina dirumah. Memandangkan mereka juga student ukm , haruslah beramai-ramai meluahkan perasaan-perasaan yang ada. 
Hosmet Cik Ina ni ya amat gemar cerita Korea, akhirnya Cik Ina juga terjerumus ke kancah kekoreaan. Adooiiiyaii!!!

Bayangkan, deorang hafal lagu korea!!

Macam Cik Ina hafal lagu hindustan. miahaha. 

So sama-sama seri okay!

Nurul baru masuk. So sekali welcoming ye.

Mereka

Lija dan Bia dari Sabah.

Zakiah dan Nurul = Bagan Dato' Perak

Farha = Pahang

Lain negeri, lain bahasanya. Lija kata Cik Ina mula-mula masuk rumah terus bajet ruangtamu milik Cik Ina. kikiki.

Maaflah. Cik Ina memang tak tahu malu.

Mula-mula masuk rumah sewa terus pasang lagu hindustan soni-soni ka dolle lokka siap speaker merah lagi. kekeke!! Sabar je deorang tengok ragam Cik Ina.

Deorang rajin masak. Sedap. Cik Ina tukang makan sampai licin.
Haruslah memberi banyak pujian dengan motif esok deme masak lagi. Yehaaa!!
Tapi bila dah keluar Teratak Tropika ini rasa lagi sedih.
Siapa nak masak untuk Cik Ina ni?
Takkan nak masak sendiri. Dasar pemalas!

Ko buat-buatkan Ina? = Farha
Haruslah penipuan belaku. Cik Ina tukang mengarut je selalunya.
Tetiba rasa macam tak ada life je lepas ini memandangkan duduk sorang-sorang semula.


Portion banyak
Almaklumlah, tengok je kurus-kurus. Bila tang makan, macam ada belaan je rupanya.
Tak apalah, deorang sanggup tahan perut tak makan semata-mata nak membedal dekat steamboat antarabangsa ini.


Vege Cik Ina

Suka makan banyak-banyak. Kalau dekat rumah tu, Cik Ina dan Lija memang kaki menghabiskan makanan yang ada. Memandangkan Cik Ina kurus!! Hah?? kurus?? Biar betul.

Memula nak masuk rumah sewa, macam-macam perasaan ada. Macam nak masuk asrama teknik balik rasanya. Sebabnya dengar cerita kawan-kawan kata duduk negeri lain, perangai lain, ada pengotor la, ada itu la, ada ini lah. huarrrggghhh, takutnya.

Tapi bila dah masuk. Aik, okay je. Mana kotornya?
Mana perangai yang tak semenggah tu? Mana?
So, belum cuba belum tahu okay!

Haruslah cuba. Baru tahu.


Tuan Belog yang joren
walaupun tak lama, kira campur tolak darab bahagi belaka, 3 bulan jugak Cik Ina 
menetap di teratsk Tropika ini. Macam-macam rasa ada. 
Ada kawan baru, ragam baru, perangai baru
semua Cik Ina rasa dalam masa 3 bulan.
Harap-harap persahabatan yang terjalin ini kekal sampai bila-bila.

Oh ye, korang jangan lupa jejak-jejakkan kaki ke bilik Cik Ina ye.

Ada TV.Hahaha!

Boleh tengok running man tau!!

Till then, thank you so much sebab sudi jadi kawan merapu Cik Ina di TeratakTropika ini.


Dari:
Hosmet 3 bulan
Cik Ina

Wednesday, 17 December 2014

:: Big Bad Wolf ::


!! Khas untuk Mysis Alang yang kepingin sangat nak ke pesta buku Big Bad Wolf !!

Ohooooiiiihoiii!! Entrilicious kali ini Cik Ina tujukan buat Puan Alang yang kepingin sangat nak datang pesta buku big bad wolf (BBW) ini. Kalau dekat wassap family Ahmad Saidi, tak habis-habis cakap nak jugak datang. Tapi banyak sangat alasannya.

Siapa nak jaga anak le?

Deme nak tinggal dengan sapa le?

Apa-apa la.

So, Cik Ina nak kasi pengajaran sedikit. Lepas ini, kalau dah kata ada lagi exhibition macam ini, mohon abaikan segala gundah-gulana dalam diri. Hendak seribu kepayahan untuk sampai, tapi bila dah sampai lelah kepenatan itu akan hilang bila tengok timbunan buku ya MasyaAllah. Banyakkkkkkkkknyaaaaaaa!!

Panas tak Alang? panas tak?

MLA tahu tak? Cik Ina datang BBW sebanyak 2 kali. Okay!! Penegasan sekali lagi. 2 kali. 
Sebab?? Sebab tak puas hati pergi kali pertama, rasa maccam tak puas hati buku macam tak cukup.
Tak apa - tak apa, MLA tengok la apa Cik Ina borong. 

Dalam pada duit elaun semakin kurang dan berkurangan, Cik Ina seluk-selukkan la jugak cari mana simpan-simpan duit tersembunyi. hehehe.

Kali PERTAMA

Tuan Belog yang eksaited
Selalu macam ni kan? Selalu sangat tu!! Mesti nak up photolicious sendiri.
Tak la, Cik Ina nak bagitahu dekat Alang, ini kali pertama. hahaha.
Nampak tak, nampak tak lighting belakang Cik Ina tu Alnag oi??

besar tak Alang?
Photolicious ini Cik Ina pinjam dari kawan FB. miahaha. 5 jam kaki Cik Ina melangkah dari 1 row ke row yang lain. Penat? Memang la. Sampai rasa nak pengsan pun ye!. 
Tapi best oii!! 
Dari yang tak terdaya nak melangkah lagi kuat nak menjongket bila tengok uncle sorang ni,
dah tua-tua pun boleh usung troli merah tu!
Tengok dalam troli, makaihh berapa ratus nak bayar ni?


Lambak punya
Hohoho! Kan dah cakap. BBW punya style yang berbeza dengan pesta buku lain yang teletak dan tersusun. Ini kali kita lambak punya. Lagi lambak lagi syok.

Teteleng-teleng kepala nak baca tajuk
MLA akan rasa berpinar-pinar bijik mata tahu tak. Dah la orang yang maha ramai. Dah tu, buku pulak terlampau omputih sangat. Ini kalau Alang, confirm tak nak keluar. Rambang biji mata weh, bayangkan murah sangat-sangat. Tak akan membazirlah wahai anda membelinya.


Tak tahu nak pilih
Betul la MLA. Cik Ina pusing berkali-kali. Punya banyak buku yang Cik Ina nak ambil. Tapi tak ambik. Apasal? Sebab otak tepu nak memilih. Dah otak mencanang pelbagai hal. Antaranya:

1) Hoii Cik Ina, bila nak baca? Yang hak beli dulu sentuh pun tak lagi.

2) Cik Ina oi, satu buku 2 tahunkan?

3) Cik Ina, BI masa SPM dapat berapa? (auuumak, ngengada sungguh otak persoalkan 'kebolehan' ini?

4) Sudahlah Cik Ina.

Kali KEDUA

Hohoho! sebelum pergi, nak setel macam-macam dulu ye!
Ambil buku potostad , Done!
Jumpa KakAin bagi buku. Done!

Sourvenir from KakAin

Rezeki. Rezeki. Dapat kain pulak. TQ Kak Ain.

Okay! Okay! Sambung cerita.

Cik Ina rasa tak puas hati. Tambahan pula memikirkan Alang yang tak habis-habis tanya apa beli, ingat anak buah-ingat anak buah (dah kenapa kena ingat anak buah ni?), lantas Cik Ina pergi lagi sekali. Ye! Gigihkan. Nak cari jugak. Tak nak bagi alasan tak ada duit, tak ada duit. Itu semua mainan ayat Cik Ina semata-mata. Ewahh.

Friendly, hardworking & helper
Kalau tak jumpa buku apa yang dicari. Minta tolong dengan runner ni ye! Deme memang membantu sangat. memandangkan Cik Ina nak belikan buku Cik Dayah, tak jumpa. SO, minta tolong.


Before membayar. Snap.Snap

Oh no! Kali ni no debit card, bayar cash only! Pengeluaran wang nampaknya seperti air terjun mencurah-curah. 

Cik Ina dan hosmet Lija
Hosmet Lija datang untuk kali ke-3, Cik Ina untuk kali ke-2.
Hectic sangatkan. Penasaran sampai nak datang lagi.

Ko tengok tu Alang, tak ke ramai manusia belakang Cik Ina ni, lagi pulak susunan buku yang sangat lambak. Memang boleh pengsan-bangun-pengsan-bangun. miahaha.


Pun Boleh
Ikutkan kata hati. Agak-agak kalau ada Aleesya @ Elsa ni, dekat sini dah berminit-minit.

Sekarang nampak lebih teratur dan planning well
Dulu pergi macam pesta buku biasa. Kali ini memang luar biasa. Rugi la kalau tak datang.

Entrance
Wajib ada ye! Masuk je ada orang welcoming dekat kita!
Dah tu masuk-masuk terus mata tengok "wah, RM3 je, fuyoooo!!

Okay, ambik bakul dulu. Ambik bakul. Sabar! Sabar!

Day 2
Nampak tak Alang? Berapa banyak edisi Chicken Soup kita ada? Berapa? Berapa? Perggghhh!! 2 tahun baru dapat khatam ni. Cik Ina kan pemalas ya amat. Tambahan pula, BI. Ciss!!

Bookmark 13 keping = RM10

Beli banyak sebab nak bagi-bagi dekat orang. Haruslah. Dekat bonda Mie, Cik Dayah dan dekat buku-buku yang ada. Cik Ina kan pelak lain sikit.

Kesemuanya RM100
Siapa kata mahal? Ya Allah, murah weh. Chicken soup tu harga kalau dekat Popular Rm49.90 tahu tak? Dekat sini RM8 je. Tak ke rasa nak pengsan? Okay Alang, ada novel thriller,love, motivation, et al. Pilih nak mana satu? Pilih-pilih. Kuasa memilh diberikan kepada anda sebab anda tak dapat hadir.

Khas untuk Cik Dayah
Cik Dayah bff Cik Ina ini berpesan agar membelikan beliau buku. Siap suruh pos bagai. Disebabkan kita dah makin jarang-jarang jumpa,, asyik berwechat saja, Cik Ina nak menghadiahkan buku-buku ini sempena birthday 1 years ago. Hahaha.

Penulis Novel Cinta Seorang Kekasih tu adalah kawan Cik Ina. Elee Mardiana
Novel Kak Elee semua pasal cinta-cinta-cinta-cinta. Sekarang ini novel Kak Elee yang tengah hot Kalau Dah Jodoh...haha, memang sesuai sangat dengan kita berdua ye.

So, I belanja U satu lagi, cara-cara beromantik. Memandangkan u tengah hot bercinta. miahaha.
Okay! Okay!

Yang sebenarnya, buku belajar lagi mahal. Tak caya? Tak caya?

Okay!

1




2





3


RM50
Hahaha. Disebabkan ilmu, senyum kambing-kambing jela.
Okaylah Alang, sila pilih buku mana yang anda mahukan memandangkan Cik Ina nak balik 
awal bulan depan, nak hangkut sekali hadiah,present, gift,cenderahati, sourvenir yang disimpan menjadi pekasam itu.

Aminyoyo!! 1 beg troli penuh barang korang jela nampaknya.

Minta perhatian Ahmad Saidi'rian , Cik Ina nak pindah ni, macam mana nak angkat barang dari tingkat 4 nie! Any suggestion?

Untuk Puan Alang, lepas ini kalau ada BBW

Jommmmmmm pergiiiiiii!! Rugi oi, kalau lepaskan peluang buku RM3.

Nampaknya impian untuk membuka mini library semakin menjadi kenyataan. 
Kumpul-kumpul-kumpul. Tagging buku semakin menghampiri angka ratusan ribu trilion. Yehaaa!!



Sunday, 14 December 2014

:: Part 5 : Johor Premium Outlet & Ayer Hitam ::


:: Sakan memborong walaupun poket semakin menipis, Cik Ina la tu ::

ALL OF US 

Hari last, aktiviti pagi adalah dengan bermandi-manda di tepian kolam renang. Itu yang bagus tu. Biar tak makan ye, mandi diutamakan. Macam trademark PM pulak, rakyat didahulukan. (motip sangat). So, trademark AbgLong, biar tak makan, janji mandi kolam diutamakan.
Cik Ina bukan skip breakfast tapi kalau ada roti pun dah mencukupi ye.
Kasi can dekat double Angah untuk berdua-duaan. Kome tengok, sangat memahami tau adik kome yang ini.

Tak apa - tak apa, tinggalkan hero-heroan dengan Cik Ina. Kome pergi le!!

Seperti biasa, deorang bawak dulu anak deorang pergi pool, Cik Ina nak kemas barang-barang Cik Ina. Barang mandian, baju kotor, souvenir nak simpan bagai, nak double check tiap penjuru bilik. Ewahhh!! Ada bunyi macam mak-mak orang tak?


Sambil-sambil tengok hero-heroan mandi, kita berselfilocious
Pagi-pagian ini mana ada orang mandi. Dedeme le yang conquer semua.
Cik Ina perati je lagak dedeme ni, baik anak baiklah mak pak nya jugak. Hamboii mengkome!!
Cadangan jela, kalau nama ada anak-anak, pastikan chalet ke, hotel ke
Ada swimming pool ini. Kalau ada, tak ada la dedeme terperap je dalam bilik.

Mesti adrenalin nak mandi tu memancor (*kata orang perak).



2 Jenis permainan
Yang hak gelongsor putih tu gerun sikit, memang air  masuk hidung tu perkara biasa ye!.
Yang menjadi pujaan AbgLong adalah gelongsor kuning tu. Nak main dekat pool orang dewasa.
Cik Ina masuk pun, air kolam tu sampai tengkuk, tapi dia slumber badak je. Mentang ada pelampong ajaib.

Nampak tak mainannya tu??
Hari pertama takut! Hari last. Berani.

Dah tak payah dikawal. Percayalah.

"Kanak-kanak belajar melalui tingkahlaku persekitaran" 
(human behavioural, kerja sosial)

Free style
Dah dia saja yang main dengan sepupu-sepupu dia. Conquer habis lah diorang ni. Cik Ina perati je ragam ko AbgLong.

Dik Kuan & Sepupu Syamel

Dik Kuan pun tak menahan. Nak jugak. Tak sedar diri gitu la dianya.
Nak taknak kena ada orang jaga dekat bawah tu. Lantak kome le!

Biarlah Cik Ina duduk sambil perati je lagak extreme korang ye!

Cik Ina LIFEGUARD

Apa?? Apa?? Cik Ina pun main sama okay. Haruslah. Tapi apasal bila time Cik Ina, tak selaju dedeme? Boleh pulak kena tolak-tolak sebab terbehenti di tengah-tengah gelongsor.
 Alasan?

Siap. Jom mandi. Sambil berphotolicious ye!.

Pukul 12 tengah hari check out.


Dihadapan bilik orang lain
Sekarang ini tak payah nak berkasut k-pop. Kita bagikan selipar jamban sudah. Karang kerojenya dalam kereta nak cabut kasut je. Bikin kepala pusing. 

Tunggu PakNgah bayar
Hehehe!! Cik Ina tak termasuk dalam urusan bayar-bayar ye. kikiki. Dekat lobby pun meriah, maka jom kita menambahkan keceriaan yang ada dengan berposing mun sekali dua.
Masalahnya, tak ada la dapat nak gambar sedirian berhad.
Dimana ada Cik Ina, disitu jugalah adanya hero-heroan.

AbgNuar: Aku book guna agoda.com . Murah le kotnya.

Cik Ina: yeke?? tak pernah buat. tak reti pun. Hahaha.

Johor Premium Outlet


Bukti penyampaian

Bergerak ke Johor Premium Outlet. Well, well, well.Memang hati teringin nak datang sini. Apa ada ni? Apa? Apa? Kawan siap beli barang hantaran dekat sini. Murah ke? Murah ke??

Ohhh nooo!!! Takat cuci mata boleh la kotnya.Jalan dengan orang tak ada duit macam Cik Ina ni, takat perati je mampu. kehkehkeh.

Muka sebelum masuk
Sebelum masuk= lain
Selepas masuk = pun lain jugak

Muka Cik Ina yang tak mampu
Dari dulu dok dengar kawan-kawan cakap murah, murah! Woii, kat mana murahnya? 
Kat mana? Perfume paling mahal pun Cik Ina mampu beli RM100 je.
Mana murahnya weehhh. Okaylah, jom cuci mata.

KakShima: Idak aku nak beli, ni handbag pun datin yang bagi. Aku nak beli tak tahu bila
Cik Ina: Orang beli time sale Sogo KakShima, lagi tak merasa nak pakai mahal-mahal. Awak tak mampu.
MakNgah: Nampaknya kena jeling-jeling PakNgah

Cik Ina asyik gelak-gelak je. Deme tengok dari luar. Hadoiii!!

 Ikut korang la. Cik Ina memang tak nak masuk. takat duduk dekat kerusi luar tu sambil berselfilicious orang lalu-lalang.
Ohh ye!! masuk dalam tak boleh berphoto-photo ye. Prohibit okay!

Okay. Jumpa titik tujuan
Kornea mata duk cari jugak. Mana ye! Mana ye!! Takkan tak ada. Rasanya ada.
Ada. Ada. Okay jumpa. Jommm!!
  
Admirer
Dulu gila branded vincci. Dulu! Dulu!.

Masa zaman mencari personaliti diri. Masa mencari kepuasan berjenama, masa sedang menagih perhatian. Dulu la senang cerita. Masa dekat USM, kalau ada jumbo sale vincci dulu,
sanggup duduk berjam-jam nak cari yang sesuai kononnya. Sangat memahami bila tengok orang berpusu-pusu berbaris nak beli tudung fareeda (tapi Cik Ina tak sampai tahap itu la)

Kena beli ke?

Membazir tak ni?

"Ishhh tak la membazir, pakaikan", nafsu berbisik dekat telinga

Hati besar memaksa

Hati kecil suruh fikir baik buruknya

Watch & belt
Pergghhh, bunyi macam beli mahal-mahal. Hakikatnya beli jam je. Hehehehe!!
Belt tu MakNgah belanja. Mostly TQVM!!

AYER HITAM, JOHOR

Lah, apa ada dekat sana? Tak pernah tahu pun. Dalam kereta, terus googler Mr Tabbin tempat best. Oooooo!!!

Okay jom PakNgah kita gerak dulu.

Pasar lambak punya!

Pening pening

Deretan kedai-kedai berdindingkan zink gamaknya. Steady la. Cuaca pun steady je. 
Hero-heroan duduk dalam kereta, biar Cik Ina pilih-memilih menemankan Puan MakNgah memborong sakan.

Ada makanan macam jeruk, buah-buahan, kerepek-kerepek 3 peket RM10, takpun timbang. 
Aksesori rumah, kereta, patung, mainan dari murah ke mahal,pasu,
bunga-bungaan. Ahhh, malas la nak explain apa ada dekat sini.

Rugi kalau dah sampai Johor tak singgah sebentar dekat sini.
Cik Ina dan Nurul
Cik Ina tak ada beli apa. (Tipu le tu).
Takat beli gitu-gitu la. Almaklumlah, mana ada pitih. Awak tak keroje lagi. miahaha.

Akhir kalam la Cik Ina

Cik Ina seronok berjalan, jaga budak (tipu), gembira perabih duit yang tak banyak,
rasa macam nak bawak mak dengan yang lain-lain pulak,
ada rezeki nak pergi berjalan naik airplane pulak, ewaahhh!!

Jom Cuti-Cuti Malaysia


Tahniah MLA
Tempat luahan perasaan Cik Ina.


Marilah MLA baca another part

Part 4: Universal Studio Singapore
Part 3 : Legoland
Part 2: Johor M_Suite Hotel
Part 1 : Holiday