Friday, 28 November 2014

:: Kisah hati 22: Bukit Gambang Waterpark ::


:: Fully sponsor by MakNgah ::

Hye MLA, tengah-tengah buat korelasi yang tak berapa nak korelasi tu sangat, tangan jenjoren je cucuk external . Konon nak layan Korean movie, alih-alih terbuka folder album gambar. 
Eh, aku tak pernah sampai Pahang la, eh pernah la.
Pergi makan ikan patin Tempoyak dekat Temerloh, ala!! tu bukan jalan-jalan.
Ada!! Cik Ina pernah pergi ber'holiday' dekat Pahang.
Tak caya aihh!! Belek-belek. "Eh, bila masa aku sampai sini?? Bila??".Getus hati besar.

Ye!!!

Bukit Gambang Waterpark, Pahang.

Hah, betulkan
Hah, betulkan! Cik Ina dah sampai la ke sini. Photolicious kebanyakkannya diambil selepas bermandi-manda selama lebih 3 jam. miahahaha. 

Cik Ina, MakNgah, Dik Kuan, AbgLong, Nurul, AbgNgah & PakNgah
Tukang sponsor Cik Ina, MakNgah. Janji tolong tengok-tengokkan anak beliau. Ahh, sampai sana, tinggal la semua. Cik Ina bermandi-mandaan dengan Nurul (Anakbuah PakNgah). Walaupun jarang jumpa, bila jumpa, kecohhh!!. Macam dah lama kenal. Nampak tak mainannya dekat situ?


Menginap dekat Carribean Bay Suites
Urusan penginapan (Studio Suites), pengangkutan, yuran & lain-lain semuanya ditanggung halal oleh Puan MakNgah. 

Acara Malam

Malamnya pula, macam-macam acara. Lagipun memang dah ada tiket free sekali dengan tiket masuk Gambang, hotel dengan tiket masuk zoo Gambang ni la. Pergi la Cik Ina jenjalan dekat Jungle Walk, Saddle Castle & et al.

Tarian Api koooo!!
Ramai orang!! Mat Saleh & Minah saleh pun over jugak. Siap tepuk-tepuk, puji-puji. Cik Ina pun jadi excited pulak. Asalnya rasa biasa-biasa sebab masa kecik biasa dah main api ni, tapi bila dah tengok tersembur-sembur api tu, terus jadi gelabah excited ko. miahaha.

Pun boleh
Dah ada dekat sini, rugi pulak rasanya tak berjalan-jalan sekitar area ni. Belum tentu dapat pergi lagi lepas nikan. Nama pun dah free belaka. Harus appreciate gila. 

Dengan mereka
Dengan siapa Cik Ina ber'holiday'?

Hah, dengan family PakNgah. Deorang memang kaki jalan. Cik Ina tak kenal la sangat, tapi kalau duduk rumah MakNgah, deorang selalu la jugak jumpa. Tapi di dalam photolicious ni ada jugak yang Cik Ina tak kenal. Ah, layankan aja.
Dah macam family Cik Ina pulak rasanya. Deorang enjoy!! Cik Ina pun enjoy le jugak. Harus.

Safari Park

Balik hotel tengok MakNgah & family dah melabuhkan tirai. Amboii!! Cuci muka, basuh kaki, bentang toto, Kroooohhhh, krooohhh!!

Subuh kena kejut! 

Breakfast.

Swimming pool!! Dekat dgn Coffee House

Memang tak la bebudak ni breakfast. Dah nampak kolam, wajib terjun tiruk. Balik bilik, salin balik swimming suit, terjun.

Kan dah cakap, tengok le AbgLong (baju hijau). Udah tak sabo

Ikut kan le ragamnya. MakChik nya pun sama, takdan nak makan. Mohhh!!. Makanya, takdak photolicious seterusnya sehingga ke balik. miahahaha. Nampak sangat bateri pun dah kong.

Itu jela kisahnya.

Yehhhaaaa!! Rupanya dah sampai berkali-kali jugak Pahang ni.

Tq MakNgah kerana mengsupport adikmu ini.

P/S: Korelasi makin kelaut nampaknya. Susah gila nak buat!! Adakah kerana bermain dengan nombor telah membingungkan Cik Ina?? Matematik dulu B okay!! Tak de le bodoh piang sangatkan??.

Thursday, 27 November 2014

::Kisah Hati 21: Jom Makan MEE UDANG Tg Tualang ::


:: Mee Udang Tg Tualang ::

Tetiba pulak tekak nak makan mee udang dekat Tanjung Tualang tu, mungkin sebab tengok dekat gambar makanan yang tersimpan banyak-banyak dekat folder makanan. Cisss!! tula ragamnya.
Sebelum makan, baca doa, lepas tu selfie food namanya.

Beria nak tangkap dari macam-macam posisi. Lastly, lapo sebab tengok photolicious makanan yang maha banyak nie. Nanti balik nak ajak Puan Emak dengan Alang makan sini le.

Dah bagus dah, beso kedabak 

Tapi tula, kedainya tepi jalan, kereta lalu lalang, takut bebudak lari-lari terus ke jalan. Lagi bagus tah sapa punya lembu melintas. Selambe je lelembu tu melintas tak tengok kiri kanan. (dah asal lembu pulak Cik Ina oiii??).

Pegun tengok lelembu melintas jalan sambil bontot kiri kanan kiri kanan

Tengok le muka Leesya. Macam kan tak pernah tengok je. Masa ini tengah tunggu mee udang. Datang tengahari sebab petang ramai orang. Lagipun, memang nak makan sini pun. Tak ada nasi berlauk ye dekat sini. 

P/S: Puan Emak pandai buat muncung gitu, nakkhabar ke Leesya 'tengok tu'..

Antara menu K.A.M.I

Macam-macam tempah, mee udang special, mee udang biasa, nasi goreng udang, ketiau udang!! Apa sahaja udang-udang-udang. Yang paling sedap, haruslah MEE UDANG. Terasa!!. Habis makan, tak ada yang membazir.

Mohon terlio balik ye Cik Ina. Uisss, nak pergi lagi le. 

Ala, memang Cik Ina kaki makan-makan. Ini semua salah Puan Emak,
hari-hari menjongket ikut puan Emak ke bendang, sawit!!
Lepas tu lajak ke kedai makan. Moncahhh!!!.

Okay la, jom balik kg, pekena mee udang Tanjung Tualang.

Wednesday, 26 November 2014

:: Kisah Hati 20: BI UPSR Alang 26 orang= A & 3 orang= B ::


:: Bangga jadi adik seorang Puan Guru BI ::

Hye MLA. Hah tengok-tengok. Cik Ina selalu bangga!! 

Cikgu paling G.A.R.A.N.G

Tengah buat analisis korelasi bab 7 pulak dah, sambil-sambil berwassap dengan anak-anak Ahmad Saidi, tengok-tengok alang senaraikan keputusan UPSR sekolah-sekolah dekat Changkat Lada tu. Namun apa yang penting, kita nak tengok bebudak beliau berapa orang yang dapat result marbeles punya.

Sekolah Dato Sago = 13 orang A
Sekolah Seberang Perak = 11 orang A
Sekolah Changkat Lada 2=5 orang A

Terkejut juga sebab selalunya Changkat Lada 2 mesti keluarkan pelajar yang dapat result yang bagus-bagus punya. Tapi tak apa sebab semua sekolah bagus-bagus belaka. Sebab apa bagus. Sebab ini sekolah kampung. Pedalaman okay. Bukan BANDAR.

Jadi, bila dapat 10 orang pun, dah boleh buat sujud syukur. Kenduri.

Yang Cik Ina nak tekankan disini adalah subject BI yang diajar oleh Puan Alang. 

29 orang pelajar.

26 pelajar A
3 orang B

Wahhh, mantapnya. Kalaulah yang hak 15 orang tu tak terkandas dekat subjek lain, mesti sek Seberang Perak mencatat rekod, 26 pelajar 5A. Wahhh!! Berangan kuat. 

"Tahniah Alang kerana kegigihan anda mendidik sehingga bawa sampai kerumah, 
campak buku masuk longkang, menjerit-jerit ditambah perasa ayat-ayat ugutan.
Anda memang layak untuk dapat APC berkali-kali."

Bangga tahu bila sekolah kg produce pelajar yang bagus-bagus. Sekolah kampung. Alahai banyak kali tekankan ayat sekolah kg. Sebab kena faham kampung dan bandar tersangatlah jauh corak pendidikannya.

Di bandar, anak-anak boleh pergi kelas tambahan berbayar. kalau di kg, minta mak bapak bayar yuran sebulan RM15 pun belum tentu bayar. Tak mampu. Apa cikgu-cikgu buat?

Halalkan.

Tak pernah pun berkira tenaga, kudrat, duit, titik peluh yang dikeluarkan.
Isikan borang itu ini nak memastikan anak murid dapat masuk sekolah yang lebih baik.
Kalau nak senaraikan tugas guru, masya Allah. Tak terkira.

Ini mahu lagi mempersoalkan hal-hal yang berkaitan dengan guru. Almaklumlah, bila hidup Cik Ina dikelilingi dengan guru-guru-guru-cikgu dan cikgi!!.

Tahniah SEKOLAH SEBERANG PERAK

Kakak Puteri dan Leesya
Semoga mereka juga berjaya dunia dan akhirat.

'Sememangnya gred A itu hanya pada kertas, namun itu adalah batu ukuran untuk pergi lebih jauh. Bermula dari bawah sehinggalah sampai satu tahap, kejayaan itu bukan lagi diukur dari berapa banyak A yang kita perolehi, 
tapi kejayaan itu diukur dengan terjemahan pada sesuatu'.
Macam yang Cik Ina buat. Terjemahkan weh, jemah-jemah. miahahaha.

Till then, bye!!.



:: Kisah Hati 19 : Bawa Aku Pergi::


:: Yukk semua, kita 'pergi' ::

"Ohhh, buku merah jangan lupa bawa,
moga-moga belum tamat tempoh,
kali ini kita pergi lebih lama,
pergi lebih jauh"

Dah tetiba sebut-sebut buku merah ni? Ayoyoyo!!
Tersirat sangat maksudnya itu. miahahaha. Jom buat buku merah siap-siap.
Mana tahu kot-kot ada rezeki nak pergi jalan jauh sikit musim-musim cuti ni. Mana la tahukan!!

Buku Merah dan Pembalut beliau

Cik Ina pergi buat dekat Kajang. Masya Allah, ramainya manusia yang nak buat passport, sijil kelahiran, renew passport. Aisshh, macam-macam la. Dah tu pulak, kenapa hari ni ramai sangat manusia dekat Kajang ni? Ohh, rakyat Selangor dapat bantuan kewangan dari JKM. 
Bagus. Bagus.

4 jam 1/2 duduk dekat jabatan imegresen ini, memang menguji kesabaran tahu tak? 
Mengantuk. Menguap dah 225+ kali lah. Kejap-kejap tersenggok-senggok kepala. 
Makaihh, boringnya weh oii. Selamat perjalanan nak buat buku merah tak lama sangat.
Kerja pegawai-pegawai ini pun bagus!!
Cepat, pantas, mesra pelanggan.



Ada 2 3 booth jual peralatan ber'holiday' la kononnya. Backpack, casing, et al. 

Cik Ina nak beli casing buku merah je. Tak nak membazir. Casing = RM9.90. Okay!! POOH sesangatkan. Entah bila kesukaan photo begini. Ahh, layankan aja!!.

Haruslah kita upload dekat wechat apa kita buat hari ini,
alahai kengkawan pun. Jangan lupe sebinior katanya!! Cisss!!
Suka dedeme ye. In sha Allah.
Kalau ada lebih, apakan salahnya menghadiahkan ada. 
Tapi faham-fahamlah, bajet pelancong yang sebenarnya seorang pelajar, memakan hasil duit biasiswa, apa sangatlah yang dapat dilaburkan. Cewaaahhhhh!!!

Okaylah. Jom sambung korelasi!!.



Tuesday, 25 November 2014

::Kisah Hati 18: Kesilapanku = Pembunuh ::


:: Manusia biasa tidak lari daripada melakukan kesilapan::

Ilmu itu untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Jangan SOMBONG dengan ILMU
Hye MLA, benarkan. Manusia seperti kita yang bukan maksum ini selalu tak lekang dari melakukan kesilapan. Antara kita sedar atau tak saja sebenarnya. Tapi Cik Ina sedar akan kesilapan Cik Ina. Macam kisah awal pagi tadi pukul 12.30 AM. Selalunya kalau no tak naik nama ini Cik Ina selalu abaikan, tapi kali ini banyak kali call. Bila angkat tak dijawabnya pula, ishhh, sakitnya hati kita macam ni.

Kali kedua, ketiga, keempat - - - - - - -  pun sama!!.

Dah tu naik no lain pula. Masa ni hati dah bengang, dah la cuak nak jupa Puan penyelia pagi-pagi buta esok. Nak tidur, mata tak boleh lelap. Cik Ina angkat tapi dalam nak marahlah.

Caller 1 : Boleh tanya, kenal maria tak?

Cik Ina : Maaf tak kenal. Silap no! Terus letak. Biadap!!

Dapat call lagi. Ishh, no lain pulak. 

Cik Ina : Hello, ni sapa pulak lagi ni??

Caller 2 : Assalam akak, ini mardiah (suara sedih), maaf kacau pagi-pagi buta ni, akak nak minta tolong..blablablabla.

Alamak, yang call dari tadi banyak-banyak kali tadi family member Cik Ina. Jiran sebelah bilik masa sem 1. Memang diorang ada simpan no Cik Ina kalau-kalau ada emergency case ke apa ke. Ya Allah. Salah Cik Ina weh. Alhamdulillah setel tolong apa patut. Banyak kali suruh cakap dengan ayah, akak minta maaf. Adoii. 

Selalunya kalau dapat call pagi-pagi buta mesti orang tak semenyak punya lah. Tambah lagi kalau no tak kenal. Ragam Cik Ina lagilah, kalau ada yang call kata silap call le, ni no kawan la, apa le..Maaf la. Silap orang!!

Tapi,

Lepas apa berlaku, memanglah. Tak semestinya call pepagian buta itu yang bukan-bukan. Mesti ada sebab call 2 3 4 kalikan? MasyaAllah. Insaf pula bila layan orang sambil lewa ni. Lepas ni tak nak buat macam tu lagi. Kalau dapat call, no tak kenal. Jawab baik-baik. Jangan sombong. Allah bayar cash.

Tulah. Allah bayar percuma je.

Kan kena marah dengan Puan Penyelia.  Sebab?? Banyak!! 
1. Jangan ini ini ini ini!!
2. Jangan blablabla.
3. Jangan situ sinun sana..
4. Jangan jangan jangan
5. Jangannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.

Kan? Nampak tak ayat kena marah. Padan muka Cik Ina. Makanya hari ini jadi mood lari. Tapi Insha Allah, esok cool balik. Sekejap je touching sampai ke dasar hati, esok lepas makan bihun goreng Singapore, confirm setel. No hal.


Pengajaran Cik Ina perolehi hari ini

"Berbaik sangkalah. Terkadang pertolongan itu datangnya dari banyak sudut. 
Sombong itu PEMBUNUH. Membunuh emosi dan jiwa. Sombong itu mengatasi rasa hati. Makanya elakkan dari menjadi penyombong dengan manusia.
Tolong, kalimah itu perlu kita semat dalam diri.
Percayalah, akan dikenang hingga akhir hayat pertolongan kita itu.
Tiada balasan didunia, kita tunggu di akhirat kelak iye.

Akhir kalam. Maaf ye!! Khilaf Cik Ina. 
Allah membalasnya sedikit sahaja, namun kesannya menikam.
MLA, Maafkan Cik Ina juga ye.


Monday, 24 November 2014

:: Kisah Hati 17: Heart, Let Me Hold U::


:: MY Heart ::

Yess, My PROMISE
"Sebaik-baik rancangan itu, datangnya dari-Nya"

Kan? Kadang kita dah berjanji baik punya. Okay Set Ina, kita jumpa petang ni. Lastly, macam-macam halangan, hujanlah, ada tetamu datang rumah la, nak kena bawak Puan Emak ke Teluk Intan la. Uissshhh, itu la pasal. Kita merancang, Allah juga yang tentukan.

Tapi bukan itu yang Cik Ina nak story telling, tapi nak story tentang "hati". 

Ye, HATI (dah capital + bold pulak, nak beri penegasan la tu ye)

Percaya tak, kita pernah berkasih dengan dea, lastly dea kahwin dengan orang lain. See. Allah dah tentukan. Tak payah nak teroyak air mata darah aih. Dea memang bukan jodoh kita. Entah-entah, jodoh kita orang yang paling hampir dengan kita. Takpun, jumpa selisih tepi jalan pun boleh jadi itu jodoh kita. Wohoo, scary gila. Tapi, dah nama jodoh kan?

HATI Cik Ina, haruslah dijagai dengan baik. Almaklumlah,hati Cik Ina ada 2 okay. (hakikatnya ada 1 je,miahaha). Tentu ada 2. Kalau tanya Dr, dia akan jawab 1, tapi kalau tanya Cik Ina, jawapannya 2 la.
 
1= Hati Besar
2= Hati Kecil

Hati besar ini namapun  besar, selalunya sifat negatif tu banyak la. Riak, takbur, hasad, dengki belaka semua ada. Lengkap package orang kata.

Hati kecil tu pula, bila dia bersuara, kita confirm akan sentap 24/7. Tapi tak apa, sifatnya jujur, amanah, tabligh, fato'nah belaka la. 

Dulu, bila hati dipermainkan, selalu menyalahkan sekeliling. blaming surrounding
Tapi bila semakin meningkat kedewasaan ini, namungkin lagi nak salahkan orang lain, tetapi salh itu jatuh dibahu Cik Ina sendiri.

Hati!
Bila dipermainkan, sakitnya bukan kepalang. Rasanya dunia ini tidak indah seperti yang dikhabar,
Namun, bila manisnya itu dirasai. Oh, dunia.

'Itu kisah dulu, kini!!
Kita tutup KISAH HATI dahulu, kita buka lembaran baru.
Kita cipta hati nan baru, putih dan suci.
Mari kita corak lukisan baru diatas kanvas hati itu.'


Tinta bicara,
Hati kecil Cik Ina


Sunday, 23 November 2014

:: Kisah Hati 16: kenal-mengenali ::


:: Cik Ina memang fail la kalau nak ingat muka orang ::

Itu memang tak dinafikan lagi. Kalau jumpa orang baru, mesti wajib jumpa berkali-kali, baru boleh cam ini sapa, itu sapa. Kalau taknya, maaf lah. Ini memang masalah Cik Ina dari dulu lagi. Nama ingat, muka tak cam. Adoii. Dulu-dulu, masa sambung UKM, walhal yang mendaftar hanya 10 orang sahaja perempuan, ciss! Pun masalah yang sama. Tak boleh cam. Bayangkan, dah la deme berbaju kurung, bertudung yang fesyennya sama, ate, macam mana tu?

Deorang boleh la cam Cik Ina, masalahnya Cik Ina yang tak boleh cam deme. Dah masuk kelas 2 3x barulah. Ohh, yang macam belangkas tu Mira dengan Ct, yang tinggi lampai berspeaking tu Ain Zainal, pakai baju kurung tudung labuh-labuh tu Kak Ain, yang hak tembam-tembam tu, bonda Mie, sebelahnya pulak putih melepak tu Ida. Yang suka berbeg sandang belakang tu Kak Nik, yang berstyle tu Mea, pendiam tu Nazihah. Ahhh, baru boleh cam. Itu pun kena pandang lama-lama. Hah, nampak tak?? Perghh, nak ingat muka pun macam sepesen je?? Ala!! Malas la macam ni.

Tapi. Syukur. Dapat cam jugak. Terus enjoy dengan classmate. 

MLA ingat Cik Ina hafal ke muka semua deme ni?? Kadang nama pun lupa
Tapi bila tengok photolicious , mesti sebut balik nama sorang-sorang. Gila. Photolicious ini digabungkan semua sekali master tahun 3, 2,1. 

Dah KENAL
Suka okay.Masalah tak kenal orang. Selesai. 
 
Mama Mea, Bonda Mie, Tante Ina dan Kakak Mira

Kan. Bila dah kenal semua boleh buat kerja. Nak pergi kerja lapangan pun tak menjadi masalah. Dulu, nak panggil nama pun tak tahu apa. Entah apa nak jadi la dengan masalah tak kenal orang ini. Adakah ini penyakit keturunan? Tak pula.

Sebab?

Adik Cik Ina, Ebi ada netball tournament dekat Perlis. Dah tu singgah sebentar dekat Padang Besar, sempat la mengorder barang. Tapi, hampehh!! Ini orang suka "mohon pencerahan" mana ada duit. Asyik mohon pencerahan je!! So, order tu takat masuk dalam group wassap family Ahmad Saidi jela. 

Busu: org jumpa Cikgu Rahman sedara kt, dia anta anak ke UITM arau. Pulak, jumpa sedara kat padang besar, tempat lain tak jumpa pulak.

Uda: Cikgu Rahman mana ni?

Busu: Sedara kt la. Dok Selat Pulau.

Cik Ina: Cikgu Rahman? Aikk, i tak pernah taw kt ada sedara nama Cikgu Rahman? Adakah i duduk di gua?? mahupun bawah batu?? 

Busu: Ishh, kome ni. Ms kenduri yong nei kt ade jumpe. yele, kome xfemes, dia kenal kakta, makngah, lang dgn org je.

Adesss!! Memang pun Cik Ina tak femes weh. Orang tak kenal pun anak arwah Mat Spring yang ini. Yela, humble, cun, perempuan Melayu terakhir. (dah puji apesal?). Tula MLA oii, Cik Ina memang tak kenal saudara-mara. kalau pergi kenduri, takat salam-salam, hye-hye, bye-bye. Macam mana ni? Harap-harap tak lama keadaan tak kenal-mengenali sedara mara ni.

Okay la! Lepas ni, kalau jumpa manusia yang baru muncul dalam hidup. Cik Ina nak tangkap pic banyak-banyak. Biar jadi reminder , lain kali kalau jumpa, hye, i know u, u nie anak pak bidin, blablabla!!!!. Harus jadi peramah serba boleh. Yesss!!


:: Kisah Hati 15: Jualan Buku Akhir Tahun 2014 KLCC ::


:: Akan pastikan impian untuk membuka mini library di rumah tercapai ::

Assalamualaikum MLA. Kan!! Kan!! Suka nak hebahkan dekat MLA impian itu ini sana sinun. Ahh, moga-moga dreams will come true. Yehaaa!! Masa kecik dulu suka main cikgu-cikgu. Time rehat pergi library, guna la buku mana yang ada masa tu. Siap ada kad nak pinjam buku. Mungkin dari situ kot, minat nak menyimpan buku sangat tebal dalam diri. Tambah lagi menguatkan keinginan tu masa Ting 3 (jiwa tengah feeling-feeling dewasa, baca novels u all), pergghh, memang minat dengan Norhayati Berahim punya buku, siap buat simpanan. Lupa dah tajuk novels apa, memang ada kisah heroinnya jadi owner mini library. Pergghh!! memang sentap.

Perasaan lagi membara nak buat mini library bila Alang dan adik dah mula beli rak-rak buku, tagging buku 1-200, siap Puan Emak jugak dah ada 2 almari buku agama. Huaaa!! Cik Ina punya rak dah kena kebas dengan BIL (Brother in law). 

Semalam, hosmet ajak pergi KLCC. Ada pesta buku. Aihh, haruslah Cik Ina tak lepaskan peluang itu. Lagipun Cik Ina tak pernah pergi KLCC naik LRT. Nak tahu jugak macam mana rupanya naik LRT> Sedih!! Selalu pusing-pusing naik KTM>ETS, ETS<KTM. 

Cik Ina pergi 5 orang (hosmet Lija, Ben, Dila, Ida). Tapi, berpecahlah kitorang bila masing-masing pergi ke booth lain-lain. Tinggal la Cik Ina dengan hosmet Lija. Sebelum nak jalan jauh, jom santap dulu.

Mee Wantan
Hooii, lapaar tahu tak, makan-makan-makan. Cik Ina makan Mee Wantan. not bad. Sedap!!
Haruslah makan banyak sebab nak jalan jauh okay!! 

Cik Ina dan Hosmet Lija
Nampaknya photolicious  semuanya selepas memborong buku-buku ye. Tak ada sebelum. Masa ini nak cari dimanakah tempat tersebut. kaki ikut jela ramai-ramai manusia ini. Maybe deorang pun nak pergi tempat yang sama. Ben biasa jalan KLC, so dia lebih tahu. Ikutkan aja la Ben. Jangan sesat sudah. miahahaha. 


Terowong mencari LOVE
Haruslah ye!!Bila tempat tak pernah sampai, haruslah kita berphotolicious. Bukan Cik Ina je bergambar, ramai kot. Jalan sikit, ada satu pasangan bergambar, jalan lagi, satu kumpulan lain pulak. Weh, orang dah tak hairan nak bergambar dekat mana, jangan dekat kubur sudah la. Takut ada makhluk lain joint  sekaki. Wooohhooo!!.

Tanda dah sampai ye!!


Koleksi wajib di rak
Yang sebenarnya, Cik Ina selalu beli majalah NUR, Dara, Hijabista di Metro Kajang je. Tapi bila ada free gift haruslah kita rebut ya. Bila Cik Ina minat menjadikan mereka-mereka ini koleksi peribadi, Nah!! Bila duduk dekat USM. Tiap-tiap bulan kumpul. Duit gaji mesti spent untuk mereka-mereka. Mantopp!! 

Betul ke Cik Ina kumpul majalah Ujang??
Tak la. Dulu jangan harap dapat baca majalah picisan macam Remaja, Ujang, APO la apa-apa je la. Sebab? Memang tak boleh nak baca pun. Kalau nak baca majalah REMAJA , sanggup pinjam dengan Ainur, baca pulak dekat sek. Nampak tak?? 
Cik Ina tak beli kalau tak ada promosi, 3 buku RM10 dapat beg 1. Majalah ni pulak, kalau dah tak tahu nak buat apa, baru cari-cari belek-belek, lepas tu berdekah-dekah, senyum kambing sorang-sorang. Dah kenapa! Seronok, seronok. 

Nampak tak penanda buku PCD tu? Hah, itu Cik Ina beli nak bagi dekat BFF Cik Ina, bonda Mie!! Sekarang ini Mie tengah bergelut dengan Bab 3, susah oi Method, so banyak buku dijadikan rujukan. Kan bagus kalau ada penanda buku. Jadi, Cik Ina nak bagi penanda buku 1 dekat bonda Mie. Harap kalau tengok muka PCD ni boleh bawak mood nak baca buku. hehehe!!

Tak pernah lupa dekat KakLong Anje & Kakak Puteri & Intan
KakLong punya koleksi Ana Muslim tak tahulah dah berapa banyak. Bila makin kurang bukunya, dia kata bagi kawan pinjam, tak tahu la pulang ke tak. Nampak tu, tajuk pun cuti sekolah, miahaha. Kiranya buku ini hadiah sebab periksa No 7 dan No 10 la. Usaha lagi KakLong dengan Puteri.  

Beg itu yang penting

Hah! Itu yang sebenarnya. Cik Ina gila dah. Kumpul beg kertas Ujang ini. Dekat Cik Ina dah ada 5 beg, dekat Alang ada 3 kot (tak pasti), kitorang berdua memang akan kumpul, simpan. Jangan koyak atau kena air. Tak tahu la apa pe'el kami adik beradik, gemar kumpul beg-beg woven macam Ana Muslim la, Upin Ipin, hai la hai. Pe'lak itu lain-lain ye MLA. Mohon jangan hairan.

Kalau di pesta buku, Cik Ina lebih gemar beli buku picisan je, buku ilmiah hanya di kedai buku mahupun secara online . Lagipun, pesta buku selalunya buku-buku motivasi, buku cerita penglipur lama, Al-Quran dan segala jenis item buku la. Apa nak? cakap. Semua ada! In sha Allah.

Okaylah!!! pesta buku. Done.



Thursday, 20 November 2014

:: Kisah Hati 14: USM dan UKM, tetap dihatiku ::


:: Tempat jatuh lagikan dikenang ::

Menyambung pelajaran adalah salah satu impian Cik Ina, mungkin kerana family surounding. Keluarga Cik Ina keluarga berpendidikan tinggi. Haruslah itu menjadi batu ukuran untuk kita pergi lebih jauh. Mungkin juga kerana arwah abah dahulu sangat mementingkan pendidikan. Didikan arwah abah dahulu sangat extreme ya MLA, dibaginya rotan dekat cikgu sek, suruh pukul kalau tak siap kerja sek, ponteng. Itu cerita dahulu.

Bila anak-anak dapat masuk Universiti, habis dicanang dikedai kopi, dibangga-banggakan kami sekeluarga. Tambah pula, jiran mengopi semua anak-anak mereka berjaya. Dibelanjanya semua orang minum, makan. Bangga!! Terlalu seronok bila anak-anak semua berjaya di depan matanya. Tak sia-sia pengorbanan abah. Terima kasih abah.

aik, touching pula!!

Okay, cukup-cukup. Kenangan dahulu kita semat, biar jadi penguat kala kita tak kuat.

Universiti Sains Malaysia

"dimana kan ku cari ganti?"

Masih Cik Ina kenang. Seorang diri!! Tiada kawan seperjuangan di Ting 6. "Mengapakah aku sorang yang tercampak jauh nun di atas sebuah pulau?". Getus hati besar Cik Ina. Almaklumlah, orang lain ada geng, apasal aku sorang-sorang? Tapi tak apa, bukankah Cik Ina dah cakap, Cik Ina nak transform myself. Memang mengtransform lah.

Antara muka tak bersedia dan tidak. Ahh, pedulikan!!

Masuk USM satu kenangan terindah. Disitulah berjumpa kawan. Disitu jugalah berjumpa lawan. 
Campus life?? Ye!! Cik Ina merasai alam kampus. Berhang out bersama rakan kelas dan rakan desasiswa, berkaraoke, berMcD , berenang di Batu Feringhi, bermacam ber yang tak mungkin dapat disenaraikan kerna panjangnya bermuka-muka.

Semua detik, memori terindah mahupun terluka masih utuh disemat, mungkin kerana Cik Ina pecinta kenangan. Walau sepahit hempedu kenangan itu, ia menjadi satu memoir yang tak akan dapat dilupakan.

Teringat kembali zaman kejatuhan bila mana pointer terendah 3.02 sehinggalah tertinggi 3.89. 
Teringat semula tarian India beserta kayu-kayu yang dijadikan alatan,
Terimbas kembali kenangan membawa Mr Red ke Balik Pulau
Ahh, tak mungkin Cik Ina lupakan semua itu.

Teringat akan putusnya tali silaturrahim, mungkin kerana kita sama-sama menegakkan benang yang basah, ditambah pula jiwa memberontak, mengatakan hak dan batil, menyalah pada yang tidak, mengumpat pada yang dikeji. Alahai, sememangnya itu jiwa remaja. Sedang membentuk peribadi.
Bila dikenang?? Masya Allah, semoga tali persahabatan itu kembali terjalin.

Apa kenangan lagi??

Banyak ya wahai MLA.

Universiti Kebangsaan Malaysia

"Berulang kali, kau menyakiti, berulang kali kau khianati, 
sakit ini cuba fahami, ku punya hati bukan tuk disakiti"

Semakin membesar dengan jayanya. Membesar jualah cabaran mendatang. Di sinilah, tempat dimana rasanya kesakitan, penderitaan, kesengsaraan bermula. Namun, ahh..ada namunnya ya. 
Disini jua lah segala perasaan itu membahagiakan. (mendalam betul maknanya Cik Ina oi).

Semakin bersedia ;)

Ye. Walau bagaimana sengsara dan deritanya, UKM tempat yang menyenang dan mendamaikan. 
Disini tempat Cik Ina semakin rancak mengatur langkah, memulakan langkah pertama, menangis kegirangan malah rakus menegakkan pendirian.

Harapan Cik Ina agar tidak ditarik nikmat yang ada.
Agar semuanya menjadi milik Cik Ina.




:: Kisah Hati 13: Main Masak-masak ::



: Pagi buta Cik Perut nyanyi-nyanyi lagu 3 suara ::

Adakah sebab Cik Ina meminati penyanyi 3 suara tersebut, makanya perut pun menyanyikan lagu itu ketika lapar datang mengundang. Kriukkk~~kriuukk

Pagi tadi tetiba dengar perut nyanyi "dimana-dimana, dimana harusku mencari cinta yang sejati......."

Hah, mampu ko MLA perut ko nyanyi lagu macam tu. Kengkadang gerun gila bila fikir balik. Hahaha. Memula-memula tak layankan kerenah perut ni, dah tak layan terus keluar lagu lain pulak 
"Kau katakan padaku, inginkau mengakhiri semua ini......tak bisakah engkau coba, melihat diriku, dan semua cintaku oooohhh ooo oooo, tak bisakah engkau coba, hargai hatiku..."

Hambik ko MLA, perut siap nyanyi macam tu lagi, haruslah ke dapur, tengok apa ada dalam peti. Nah ekau perut. Ngengada sangat kau kan??

Kari ayam Semua Isi hatiku
Kari Ayam Semua Isi Hatiku

Disebabkan ada ayam je dalam peti harta karun ni, Cik Ina rasa nak makan kari, mana tahu kot-kot petang karang buat jemput bawang ke, cicah dengan kuah kari ini.
 Almaklum la, sini susah nak cari santan perah fresh dari buah kelapa sendiri, 
kita pakai santan kotak punya. Mantopp!! (dah asal puji diri sendiri ni?)

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam (makan 3 orang)
2 biji kentang
1 biji lobak
Bawang merah / Bawang Putih
5 biji cabai merah
Santan
Kari

Keting-keting, creng-creng, tu'm-tu'm..Hah, siap!!


Kangkung Belacan Beribu Sesalan
Bahan-bahan:
1 ikat kangkung
1 biji bawang merah
6 biji cabai

Pun sama!! Masak la macam mana pun. Tadaaa. Siap!! Jom makan.

 Tekak Cik Ina memang tekak kampung, makanya makan pun mesti nak kekampungan punya.
Duduk rumah sewa, ada dapur, ada peti, rugilah kan kalau kita makan kedai je. Tekak dah muak dah makan kedai, dah tu mahal. Yang ni, sampai boleh taruh sampai ke malam, tak ke happening je hidup. Seronoknya duduk rumah sewa!!

Kalau tahu duduk rumah sewa kita enjoy , tak rasa tertekan dengan sistem UKM, staff office yang kerek,cakap kasar tu, dari dulu lagi Cik Ina duduk luar. Ewaahhhh!! Tapi tak apa, nikmat itu dah ada.

Dah apasal pulak melalut-lalut ini? Okay la. Bye.


Wednesday, 19 November 2014

:: Kisah Hati 12 : Jeruk Mempelam Epal Angin Syurga :


:: Cik Ina perati je perut ni, melampau je, tajuk mesti nak panjang-panjang berjela-jela kononnya ::

Mentang-mentang la bab 5 macam membuahkan hasil, siap ada pujian mesra-mesraan dari Dr Penyelia, memulalah, angan-angan dan impian nak makan beria-ria hadir. Tapi, kena kuat semangat ye MLA. Kalau macam tu, asyik nak makan je la.

2 3 bulan sebelum ni heboh juga orang makan jeruk mempelam letak asam boi + cabai. Amboii, Cik Ina dulu-dulu lagi dah makan benda macam tu, masa kecik-kecik dah makan asam + limau kasturi. Beli le asam dekat kedai Pak Din, naik basikal. Minta pula limau kasturi rumah Mak Ngah depan rumah. Kalau agak nak lagi extreme kait buah pelam depan laman rumah, buat macam yang sekarang ni. Bezanya Cik Ina tak letak cabai. Mantopp!!.

Sibukkan. Siap beli mempelam epal dekat pasar semalam.
Buah mempelam epal, fresh dari ladang
Laman rumah Cik Ina dulu memang lebatlah dengan buah mempelam padi. Memang ohsem!! Tiap kali nak buat sambal pelam, petik je. Pergghhh, ingat lagi masa Ting 1-3, kawan Cik Ina Ainur dengan Farahin selalu datang rumah, makan buah pelam sabil cicah sambal kicap + air oren. 

Tapi itu kisah dulu, masa rumah felcra. Sekarang bila renovation , habis dengan pokok rambutan sekali kena tebang. Melopong!! Balik sek asrama, tojen je laman rumah. Ate, mana nak makan pelam lagi lepas ni??


Mantop !! Marbeles
Bahan-bahan:

6 biji mempelam epal yang ki'gho (faham tak ki'gho tu apa??Ki'gho tu maksudnya kekuning-kuningan rupanya)
3 biji cabai
2 biji limau kasturi (nak jugak)
Gula / Garam

Makanya terhasillah Jeruk Mempelam Epal Angin Syurga

(Nama nak canggih-manggih je)

Buat banyak untuk hosmet sekali

Karang, perah je limau kasturi tu, mesti lagi ermm, auuummm!!!

Okaylah MLA, selamat malam ;)

"Hidup indah itu tentunya impian,
Hidup dengan keindahan itu tentulah harapan,
Harapan dan impian itu adalah suatu kehidupan".

:: Kisah Hati 11 : Alquran dan Nazar ::


:: Bernazar untuk yang terbaik ::

Hye MLA, entrilicious kali ini sebenarnya untuk menjadi reminder kepada Cik Ina.
Bermalam-malam yang lepas, Cik Ina di landa rusuh dan kelam. Hasil perbuatan jahat thesisfie
Gundah-gulana, ketidakseronokan, kekeliruan punca kepada tercetusnya mood-mood negative . Itu la sebabnya makan pun berpinggan-pinggan.

1 malam yang hening, tengah-tengah mengaji boleh pulak bernazar.

"Kalaulah aku siap thesisfie sem ni sekali dengan viva sekali, aku nak buat makan-makan. Bagi orang makan, tak kisahlah. Janji bagi MAKAN."

Hah, sampai macam itu sekali tak sanggup nak menghadapi alam thesisfie ini. 2 3 kali terdetik dekat hati. Selalunya bila hati kecil mula bersuara, Cik Ina percaya.
Lastly, terlafazlah dimulut.

"Ya, kalau siap, nazar bagi makan, cepat lambat belakang kira, janji bagi makan"


Alhamdulillah

Oleh tu, Cik Ina berharap sangat kali ini akan betul-betul jadi milik Cik Ina,
dah kata tak dapat viva bulan 10 haritu, memang bukan rezeki Cik Ina lah kan. Tapi Insya Allah, ini kali milik Cik Ina. Doakan ye!!


Sesungguhnya berkatalah benar walaupun pahit

Ayat mesti nak tangkap lentok tekepelai. Hakikatnya untuk berkata benar itu sukar.

Well, harapan Cik Ina agar dapatlah kiranya Cik Ina menyiapkan thesisfie ini merangkap melunaskan segala angan dan impian Cik Ina agar menjadi kenyataan. Doa-doakan ye MLA.

Doakan Cik Ina kuat,
tabah mengharungi liku cubaan dunia,
menempuh detik-detik kecemasan itu,
melangkah dengan penuh gemilang,
berdenyut jiwa dan hati dalam menjadi satu.
Doakan ye MLA.

:: Kisah hati 10 : Minggu Stress::


:: Kalau stress, pasang lagu hindustan, volume 100 + speaker ::

Kalau nama tengah buat thesisfie ,ayat stress tu memang akan meniti dekat bibir aje kan?? Ala dah la, sesapa pun yang tengah buat tesis baik degree, master, phd sekalipun, mesti wajib rasa fedap, putus asa, bengang, jantung dup dap-dup dap laju kemain tak hengat, tak pun mengalami fenomena tidur berpanjangan, makan kemain lagi, mandi beria-ria.

Okay, itu simptom Cik Ina la.

Makan kemain lagi, pagi buat air teh sejug, biskut jacob 20+ keping, 
Tengahari nasi +sup ayam +sayur tumis +ulam + sambal
Petang goreng keropok + air teh / milo
Malam makan lagi.

Makanya, istilah makan untuk hidup tu ala, memang ngecek le!!

Tapi!!

Minggu ni dada itu banyak debar-debar ye. Sebab janji dengan Dr Penyelia akan hantar progress pada 10/11. Namun menjengah ke 18/11 tak kunjung tiba juga muka Cik Ina ke bilik Dr Penyelia.
Haruslah kata makian dan cacian dihamburkan (Dr Penyelia Cik Ina baik okay!!).

Masa ini kefedapan di skala tak ternilai
Hoii la hai, memandangkan lama sangat Cik Ina buntu memikirkan hala tuju thesisfie , Cik Ina kembali ke alam nyata. Abaikan dugaan hidup yang sentiasa ada disisi. Lantas, buka semula buku hijau dan coretkan rentetan-rentetan yang perlu Cik Ina lalui. Hamboiii!! (dahakukenapa?)

Nampak tak speaker Cik Ina tu. Homakekau, sound nya ohsem. Speaker dulu dah sodakallahulazim.
Ayat mau maneh aihh, minta dekat Alang, bak la bagi kat orang!!Hosmet Cik Ina suka pakai earphone dengar lagu, tengok cite Korea. Cik Ina dah tak pakai dah. Dah labang (orang Perak kata). Dah tak dengar. Almaklum la, masa F4 dulu Cik Ina bawak wokmen ke sek siap pakai earphone, time cikgu ngajar Cik Ina kusyuk lagu OH BABE (KRU). Penyudahnya kesan bila orang cakap tak clear.Hahaha, padan muka aku.

Minggu ini asyik belajar buat graph aja. Dah Dr Penyelia nak graph bagai. Memang putus asa sebab dulu-dulu dah belaajr, tapi lupa. Bayangkanlah!! Masa belajar komputer baru Tingkatan 1 kot, memang tak dah la kan. Minta tolong member pun, deorang kata tak reti, pergi kedai komputer suruh tolong buatkan, suruh ambik kelas komputer, (Kak, saya nak cepat la).

Last-last, try google. tak faham.

Blog?? lagi aku tak faham. Dah print screen bagai, tak diajar pulak step by step. Cik Ina kan ngek piang. Memang tak la kan.

Penyudahnya. Sambil makan asam, . Tak sangka.

TADA..

1









2










3


Semua jenis graph ada
Hahaha!!

Semua jenis graph ada.

Bar graph, line graph, pie, scatter, other charts.

Nak graph 2 3 4 5 item, komponen dalam 1 bar. Hoii semua ada!! Riak gila dengan diri sendiri. Siap puji melambung tinggi sampai ke dasar hati. Sampai hati kecil siap warning kata "udah-udah le tu Cik Ina oii, jangan riak sangat, Allah tak suka" .

Hati kecil kalau berbicara memang akan buat sentap.

Pagi tadi email ke Dr Penyelia, Alhamdulillah. Diterima. Tapi seperti biasa akan ada je penambahbaikan dari semasa ke semasa. Selagi tesis Cik Ina tak dibukukan, selagi tu la asyik tambah-tolak-darab-bahagi. Ikutkan je la. Siap menerima puji-pujian. Ohh, itu Cik Ina suka. miahahaa.

TQ Dr Penyelia. Sesungguhnya jasa Dr amat Cik Ina kenangi. Ayattt!!!

"Bercinta dengan Thesisfie, berkahwin juga dengan Thesisfie. 
Oh, what a life??"


Monday, 17 November 2014

:: Kisah Hati 9 : Duit Kutu dan Saguhati ::


:: Cik Ina dapat duit kutu dan Saguhati, yehhhaaaaaaaaaa!!!! ::

Tulakan, beberapa minggu lepas memang sengkek sesangat rasanya MLA oii, tapi Alhamdulillah duit ASB ada lagi. Memang kalau dah sesak teramat sangat ASB memang penyelamat sebab Cik Ina matikan terus duit dalam ASB. Tiap bulan masuk RM500, Alhamdulillah. Itu lah duitnya kalau sesak nak balik kg, duit kecemasan. Tapi tak pernah cemas lagilah. Menabung le sangat. Kisahnya duit itu akan dilaburkan untuk melancong satu ketika nanti. Sabar oii, sabar!!

Tahukan Cik Ina main kutu dengan cikgu sek Alang. Sek Keb Seberang Perak. Sebulan RM100 x 10 orang. Cik Ina cakap siap-siap nak jadi orang last ambik duit kutu. Makanya bulan 10 dapatlah Cik Ina duit kutu. Balik hari tu, Puan Emak tunjuk duit je, bukan dibaginya pun. sekupang pun tak dibaginya. Aje haru.

" Duit ni masuk tabung haji terus. Tak payah guna. Daftar terus nama pergi haji."

Makaihh, langsung sekupang pun tak merasa. Tambah pulak bukan Cik Ina yang masukkan duit, Puan Emak pergi dengan Alang dekat TH Bota sana nun. Terus daftar Haji kot. Nak daftar Haji, dalam buku simpanan kena ada RM1500 kot. Tak pasti le pulak.

Kome tahu tak ragam Puan Emak, kalau dah masuk dalam TH, jangan harap dapat keluar lagi. Kira dah beku terus. (teroyak lelaju-laju, lenjun baju). Puan Emak kalau nak pergi umrah, memang boleh sponsor Cik Ina dengan Adik la. Miahahaha. Makanya, tak merasa la Cik Ina duit kutu Cik Ina. Baru berangan nak beli gelang tangan satu. Haihh, jeling je la.

TAPI!!!

1









2









3


Alhamdulillah sekali lagi


Syukur!! Syukur.  Esok nak transfer ke Bank Islam. Nak kumpul sikit lagi baru dapat beli laptop baru. Kesian pulak MakNgah nak buat kerja, laptop nya ada dengan Cik Ina. Oleh itu, angan-angan nak beli tab 4 macam tak jadi je.

Ada je yang tanya,

"weh Ina, ko bukan kerja tapi tengok ada je duit. Mana dapat? sugar daddy ke?? 

Harap janganlah sebiadap itu ye. Cik Ina masih boleh berfikir secara sihat dan positif ye. Tula orang cakap rezeki Allah itu ada je dekat mana-mana. Lagipun Cik Ina ada keluarga yang harmoni, tak ada duit sikit, call cakap mohon pencerahan. In sha Allah, akan ada bantuan punya.

"rezeki Allah SWT ini luas. Dimana pun kalau kita redha dengan apa yang ada di sekeliling kita, In Sha Allah, Allah senangkan urusan kita yang lain. Percayalah."


:: Kisah Hati 8 : Pilihan Raya Kampus UKM 2014 ::


:: Mengapakah perlu kuseru PRK ini ::

Ahh, tak ada sebab pun. Bukannya aku boleh mengundi pun. Lagi sibuk-sibuk nak cerita beria pasal PRK UKM. Almaklum la, tahun ini belum berkesempatan nak dengar manifesto kedua-dua pihak. Baik Aspirasi mahupun Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM).

Nahh, hambik kau MLA. Tetiba Cik Ina nak berpolitik bagai.
Tak kuasa Cik Ina nak perdebatkan siapa bagus siapa tak, siapa yang cakap atas angin, siapa pula yang betul bersemangat wira perkasa. Lantak mengkome la. Lagipun seperti yang Cik Ina selalu tekankan, ia hanyalah pilihan raya kampus. 

Tak payah sampai nak bergaduh, serang-menyerang, tumbuk-menumbuk.
Boleh la cakap Cik Ina, ekau memang tak layankan?? kan?? kan??

Miahahaha (gelak sopan).

Dari zaman Cik Ina belajar di USM lagi, Cik Ina bukanlah penyokong tegar mana-mana pihak. Cik Ina lebih suka menilai melalui semua elemen. Bukan sahaja pada rupa paras, pembawakan watak dan kendiri, mahupun kelantangan bersuara dalam mengkondem pihak lawan.

well, semua orang boleh menilai. Undian kan rahsia. Elleh, lani dah boleh tahu dia sokong sapa, sapa sokong sapa. Fanatik gila mengkomekan?? Jangan tak mengundi okay!! 

Eleh, undi-undi tu pergi dengar tak deorang berkempen??

Haruslah pergi dengar. Tapi bukan hari-hari okay!! 
Baik Cik Ina pergi kerja. Cari bersuap-suap nasi. Hidup Cik Ina kan terisi dengan kerja-kerja-kerja-kerja. Kadang tu sebelum pergi kerja pukul 2 ptg tu,siap kena tahan sebab nak bagi pamplet, weh tak tahu ke aku dah lambat ni, masuk kerja pukul 2 kotttt!!! Selalunya habis kerja barulah sempat pergi dengar. Itupun kadangkala tak tahu hujung pangkal. Tapi tak apa. Cik Ina lebih suka makan masa dengar deorang berkempen. Baiklah korang buat begitu.

Nampaknya kalau Cik Ina berkesempatan nak juga pergi dengar, tapi rasanya harapan tipis je.
Almaklum le, lagi banyak Cik Ina dengar, lagi banyak simpulan kasih yang tak terungkai. Ibaratnya berapi manapun kata-kata yang dilafaz dan dijanjikan, akhir kalamnya hanyalah tin kosong yang diketuk-ketuk. Habis diketuk, tak ada lagi bunyi yang dihasilkan.

MLA nak tahu tak ragam pe'el Cik Ina??
Cik Ina masa dulu, mula-mula terjebak dengan kempem-mengkempen ni, bila pergi dengar orang berkempen, Cik Ina suka tulis apa yang diperkatakan. Janji-janji yang disampaikan, sampaikan masa PRU13 hari tu pun, itu lah ragam Cik Ina, cuma yang membezakan sekarang tak tulis dalam memopad, tapi tulis terus dalam tab (Mr Tabbin).

Masa pergi dengar Abdullah Fauzi Razali berkempen pun tulis, masa dengar ustaz Ishak (Cik Ina satu fasa, rumah pun dekat) berkempen pun pergi dengar jugak. Tapi sekejap-sekejap. Baik pergi pasar malam, dapat makan rangka ayam. Fuyooo!! Wajib tulis apa deme kata. wajib. So, Cik Ina nak pesan, tulis la apa-apa pun. Janji boleh direview semula janji manis mereka.

Ikut mengkome la. Cik Ina harap mengkome dapat menilai dengan kata hati ye. Sebab akal ini kadangnya banyak penipuan (ahh, tamsilan sungguh).

Ingat pesan Cik Ina

"Siapa pun kita hari ini mencorakkan kita masa hadapan,
apa yang kita fikir hari ini, membawa kepada satu tindakan dan harapan."

SELAMAT MENGUNDI WARGA UKM


Sunday, 16 November 2014

:: Kisah Hati 7: KakLong dan Intan ::


:: Haruslah bercerita tentang dedeme ::

Mula-mula sekali Cik Ina merasa pegang bayi masa Cik Ina tingkatan 3. KakLong lahir! Masa itulah dapat cium bau bayi, tengok pampers, taik baby, terjaga dari tidur sebab dengar baby nangis. Hahaha, masa usia Cik Ina 15 tahun baru merasa itu semua. Dah tu pulak Cik Ina sekolah di kampung, so, lepas balik sekolah tengok KakLong tidur dalam buaian.

Masa baby Cik Ina tak diajar pegang baby, takut jatuh, ubun-ubun masih lembut la, Cik Ina tak pandai la, takut jatuh la. Dah diasak dengan benda-benda negatif. Namun..

Namun, lepas besar sikit, baru diberi kepercayaan untuk mandikan baby, tidurkan. Haiikk, cepat la pulak faham istilah-istilah mak-mak bidan kampung. Tak gitu. Rasa syok la pulak. Sebabkan cucu sullung, panggilan pun tak  mau kalah, terus panggil anje. Dah tu melekat terus nama anje.

Tapi kalau kat sek jangan panggil anje, panggil huda. Malu le tu!!

KakLong Anje dan Intan
KakLong anje duduk dengan Puan Emak dikampung. Adik dia Intan duduk dengan mama dan daddy dia dekat Batang kali. Deorang berdua terpisah sejak kecil lagi. Kisahnya, opah dengan atuk tak boleh berpisah. Akhirnya buat keputusan KakLong anje duduk dengan opah. Atas tiket duduk dengan atok opah, ape nak semua dapat. Cissss!!!

La ni, kaklong dah besar, tahun depan dah darjah 6, last UPSR. Sek pulak sama dengan Alang, Cikgu BI merangkap MakLang dirumah. Memang kena balun le. Hari-hari tuisyen, kelas tambahan, smart reader merangkap bola jaring, bola baling, lumba lari, khalam jama'ie. Lagi apa lagi acara + perlawanan + pertandigan kaklong tak turut serta. Habis dijoinnya. Kesian. Kesian. Tapi tak apa!! UPSR bagus, 1 Tab akan dibelanjakan. Ada berani kaklong??

Nur Nazira Najwa
Walaupun KakLong famous dekat sek sebab anak cikgu merangkap join banyak program, Intan pun sama. Tak kurang jugak anak buah Cik Ina yang sorang ini. Baru darjah 1. Perangai macam dah besar je. Haiiipp, kecik besar je makchik tengok ko ni dik!.

Pergi sek taknak bertudung. nak free hair. Bila balik sek siap berpimpin tangan dengan kawan dia 2 orang lagi. Konon wonder girl. Hishhh, budak baru nak up. Cerita tak ada le lain. budak laki sek itu ini. Ikut ko la adik, jangan menggatal sudah dekat sek.

KakLong Anje, Abg Wan, Kakta, Intan
Cepat sangat membesarnya kome berdua ni ye?? Baru je MakChik rasa lepas tangan-tangankan korang. hari ini dah pakai baju kurung, nyanyi lagu frozen.



MakChik dah tak  serupa MakChik

 Kalau balik kampung, mesti macam-macam cerita diperdendangkan. La nie Kaklong banyak tanya!!

"Makchik, apa beza SBP dengan sek harian biasa??"

"Macam mana punishment yang Allah bagi dekat orang yang tak puasa?"

" Kenapa MakChik suka masak?"

"Kenapa, Mengapa, Dimana, Bagaimana??"

Ahhh, semua soalan mesti akan kena tanya punyalah. Sediakan saja jawapan bernas.

Apa yang pasti, KakLong percaya dekat MakChik (padahalnya Cik Ina cerita balik dekat Alang).Miahaha. Anje cerita pasal budak lelaki yang minat dia dekat sek, kawan dia yang tak solat, yang suka mekap, yang macam-macam la. Pening nak jawab.

Kalau dengan Alang taknak cerita semua ini, kalau dengan MakChik, Busu. Habis ko cerita ye KakLong. Ikut kau la KakLong.

MakChik dan Intan di Genting

Terasa Cik Ina semakin meningkat usia. 

Tapi tak apa, Age is a number. Jangan risau. (walhal hati gundah sentap).

Nampaknya mereka semakin membesar.
Kelakuan
Percakapan
Pakaian
Pemikiran

Haiiissh, budak sekarang cepat sangat membesarnya. Cik Ina rasa, Cik Ina nak besar take time jugak la. Darjah 5 masih lagi main ting-ting, rondes, main masak-masak, emak-anak, cari tin main tuju tin, tuju kasut. 

Nak kembali zaman kanak-kanak. Boleh tak??