Friday, 31 October 2014

:: STORY 8 : Rumahku Syurgaku ::



:: Kehidupan baru, niat yang sama ::

Assalamualaikum MLA @ fellaslicious . Tahukan? Tahukan? Apa? Tak tahu. Memanglah Cik Ina tak pernah gembar gemburkan. Tengok-tengok dah duduk rumah sewa. Tapi kalau MLA tengok moment Wechat Cik Ina mesti MLA tahu yang beberapa minggu lepas Cik Ina sedang berusaha mencari bilik. Memandangkan Cik Ina tak dapat lagi kolej kediaman, bayangkan. Apapun yang terjadi ada hikmah disebaliknya. always think positive. Hakikatnya?

Alhamdulillah. Bila kita susah. Bila kita tak ada lagi tempat mengadu, kita kembali semula kepada Pencipta (ewaahh ayat), syukurlah. Adanya pertolongan kala Cik Ina betul-betul memerlukan. Dealing lah Cik Ina dengan orang rumah ini. Bayar deposit, bawalah beg troli dan bantal 1 (huaaaa, rasa merempat sangat). Miahahaha. Akhirnya, here am I. 

Seronok bukan kepalang dah ada tempat tinggal. Tak perlu fikir nak tumpang bilik member, nak angkut barang macam mana, apa-apalah. Menakjubkan. Boleh berdiri di atas kaki sendiri a.k.a berdikari. Mantopp!!

Dimanakah lokasi Cik Ina?

Menghadap UKM tercinta
Siapa kata Cik Ina jauh dari UKM? Tak jauh aihh, dekat sesangat sehinggakan pintu gate UKM pun nampak, kubah masjid, padang bola (boleh intai abang player oii),  Danau, hoiii..kalau nak tahu bumbung KKM pun nampak. Cisss 4x ganda. Miahaha. Rasa cinta akan UKM meresap diseluruh pembuluh darah. Meremang bulu roma taip ayat ni hoii.

Kawasan yang sangat strategik
Ruang tamu rumah memang berhadapan dengan villa tropika. Menampakkan setiap sudut, rumah sapa tak pasang lampu, rumah mana yang ramai orang. Semua boleh tahu tau. Bumbung yang jelas ini pulak adalah dari kejiranan tropikana. Miahahaha. Yang Cik Ina peliks apakah asbab utamanya kawasan sini dipanggil tropika? Adakah disebabkan oleh kita di Malaysia? atau kerana perkataan tropika berasal dari lembah beringin? atau apakah? (dahakukenapa?)

FULLY FACILITES
Okay! Fine!. Memandangkan Cik Ina tak pernah menyewa di mana-mana. Ini adalah kali pertama Cik Ina menyewa luar. Dengan penuh kekhilafan Cik Ina mencari kawasan perumahan yang selamat. Alhamdulillah. Ada guard, parking kereta (1 kereta 1 rumah), parking motor berbumbung, ada maintainance setiap bulan. Ohh, itu sudah mencukupi ye. Tak perlu banyak-banyak. So, MLA rasa safety tak? Cik Ina rasa safety sangat memandangkan ramai pelajar yang menetap dekat sini. Ada student GMI, student UKM dan macam jenis student la.

Kalau di villa tropica tu ramai foreigner, tapi di kediaman Cik Ina ramai kita lah. Yang hak parking motor tu ramai student lah termasuklah Cik Ina. Aras Cik Ina ni pun ramai student gak tapi tak pernah terserempak. Mungkin sebab Cik Ina berselubung dalam rumah je. Strategik tak lokasi rumah Cik Ina?

Strategik tu memang strategik sangat. yang taknya kena menghayunkan 200 langkah. Memang akan kurus. In Sha Allah. Dari saiz pinggang 35, memang mendapatlah lepas ini. Miahahaha. Makanya apa yang Cik Ina nak khabarkan pada dunia MLA adalah

Cik Ina telah memulakan langkah pertama. Anda bila lagi?? Miahaha.

Jangan diukur kisah semalam,
jadikan semalam kenangan , hari ini sempadan, esok pengajaran,
dunia tanpa dugaan, bukanlah cabaran,
cabaran tanpa sahutan,
tiadalah makna,
Selami dan ilusi ia,
agar ia menjadi kekuatan abadi.

P/S: apabila Cik Ina bersastera! taksiakan ilmu membaca. miahaha.

Wednesday, 29 October 2014

:: STORY 7 : "THESISFIE" MAKIN MENJAUH ::


:: Kemanakah arah tuju thesisfie aku ini ::

Assalamualaikum MLA, bangun pagi, dada bedebar-debar memikirkan hala tuju thesisfie Cik Ina tu la. Bayangkanlah! Hampir 2 bulan Cik Ina tak sentuh langsung. Bila buka je laptop, bukan thesisfie yang Cik Ina buat tapi main game sampai lebam . Ahhh!! Semua itu dusta belaka.

Semakin rasa menjauh pulak thesisfie ini bila Dr Penyelia menyatakan Cik Ina tak dapat viva
Mulalah menjauh hati. Adoii. Rasa macam segala jerih perih keringat dan kesakitan-kesakitan yang dialami hanyalah ilusi semata.
 
Bukanlah apa, memang Cik Ina berharap sangat dapat menghabiskan pengajian selama setahun setengah sahaja. Ini sudah membawa ke semester empat. Kekalutan itu berlaku sebenarnya dari awal lagi. Ah, percaturan Allah sudah ditetapkan. Itu pun bersyukur sebab masih ada yang sudi menjadikan Cik Ina mentee beliau. Terima kasih Dr Penyelia.

Namun,

Hati Cik Ina makin tak kuat,
tak kuat nak menghadapi semua ini lagi,
Lelah lemas dan tersiksa rasanya.

Sesiapa mahu sambung belajar,
pastikan hati kental dan rela menjadi kosong dan dalam,
Mampu mengharungi liku-liku di mana ketidakpastian itu berlaku,
kala itu, jangan toleh ke belakang.

Masalahnya kala ini, 
entahdari mana datangnya penyesalan bertubi-tubi ini,
Ah, entah syaitan yang direjam mana yang sedang bertahta di hati Cik Ina kali ini. menyebabkan hati Cik Ina tak tenteram. Menyebabkan hati dilanda ribut kencang serta ombak menghempas. Sakit.
Alahai, dari manakah hadirnya semua perasaan negatif ini, Cik Ina tak pasti!

Hati,mohon lebih fahami akan keadaan kini,
tak mudah untuk menjadi kuat kala ini,
tak utuh lantang berdiri teguh saat dan ketika ini,
perasaan dan jiwa,
mohon bersatu
semoga perancangan itu sampai ke matlamatnya.

Ya Allah, perkuatkan semangatku,
kentalkan ragaku agar tidak lelah aku dipersimpangan,
Perkenankan doaku Allah,
Andai itu mampu mengubahku
menjadi Cik Ina sekental dahulu.
Amin.

:: STORY 6 : Nikmat Dunia ::


:: Nikmat DUNIA seharusnya diagih-agihkan ::

Tajuk mesti ada double meaning. NYAMPAH betul le. Miahaha. Ehh, memanglah kita perlu berkongsi apa yang kita ada. Kecuali. Aik, ada kecuali ye, opkos la. Kecuali SUAMI. Hahaha. (DahekaukenapaCikInaoiii!!). Almaklum le, balik kg hari tu, Cik Ina mempersama-sama Alang ke kenduri kahwin jiran tetangga (la ni rumah deme takdak tangga dah). 

Memandangkan Puan Emak memang tak berapa sihat, makanya kami-kami ini la yang akan mewakilkan Puan Emak. Walhal, Cik Ina memang suka makan kenduri. Bayangkan! Dulu Puan Emak memang katerer, lauk yang paling diminati Cik Ina adalah ayam masak merah kayu api . Mengapa kayu api? Sebab dimasak menggunakan kayu, bukan tong gas ye. Ada satu bau dekat ayam masak merah tu yang buatkan Cik Ina akan bungkus seketul dua guna tisu. (nampak tak?)

Tapi sekarang tak lagi. Sebab. Sebab lauk kenduri sekarang hyper lauk. 

Apa itu hyper lauk??

Hyper lauk maksudnya lauk yang tak kena gaya. Entahlah mungkin sebab tekak Cik Ina tekak orang kampung. Makannya mesti nak sambal belacan, ulam-ulaman, masak-masak lemak, gulai-gulai. Auuumakk, makan nak moncah aje!!

Hakikatnya, baru nak cerita kisah sebenar entrilicious kali ini.

Cuti-cuti yang bermulia ini, Cik Ina duduk dekat rumah sambil layan HBO 411, sambil menantikan deme-deme balik kebun. Apa? Apa? Cik Ina tak ikut sama?. haruslah. Mana boleh ikut. Jatuh keduli maha mulia lagi karya oi masuk kebun dengan macam-macam haiwan pemangsa dan mangsa dalam kebun tu. oh noooo!!

Bila deme-deme balik, mesti bawa buah tangan yang seberapa-rapa. Hahaha.

Tembam-tembam tahu cabai ini. Siap boleh buat jeruk cabai  

Memandangkan keluarga Cik Ina suka makan pedas. Haruslah ye.  Harus ada pokok-pokok cabai supaya memudahkan laluan masa hadapan. Agak-agak tengah makan meggi Vits tu, petik aja dekat pasu tu. Kompem pedas membahang-bahang oii. Cabai-cabai ini diambil di kebun jauhhhhh nunnnnn di alor bemban. Miahahaha.


Harap-harap bila Cik Ina ada rumah sendiri, Puan Emak wakafkan pokok cabai dekat Cik Ina

Hahaha, tak menahan. Minta dulu wehh oii. Memandangkan cabai sekarang pun mahal. Haruslah kita cari alternatif. Bagi penggemar tegar, pastikan ada pokok cabai ye dekat rumah. Nampak tak? Nampak tak. Menceracak cabainya. Haruslah bangga dengan usaha yang ada. Baris tepi rumah saja Puan Emak memonopoli dengan memastikan setiap sudut ada benda nak ditanam. cabai, serai, daun kunyit, daun kari, pokok amberah, pisang, mempelam, betik.

Untuk pengetahuan MLA, sudut hujung 90 darjah ketimur tengah rumah (kompiuuusss), Cik Ina telah berbudi kepada tanah dengan menanam pokok pisang. Yehaaa!! Menampakkan hasil. Nanti nak tangkap photolicious untuk pembuktian. Miahahaha. Batak. 

Apa ke namanya pokok ini?

Apa ke namanya pokok ini. Yang pasti bukan Cik Ina yang tanam. Buahnya sepanjang masa ada je. Memang tangan sejuk la abang ipar Cik Ina yang sorang tu. Main campak-campak pun mesti membuahkan hasil. Kalau tangan Cik Ina, bukan membuahkan hasil. Tapi membuahkan bebanan ye!! Huaaa. Haaaa.

So, nikmat apa yang diagih-agihkan??

Hah, nikmat yang diagih-agihkan adalah, apa ada dekat rumah kompem kena bedal bawak balik rumah masing-masing. Miahaha. Percayalah MLA oii, kalau deme-deme balik rumah, ada je barang dari rumah yang deme angkut bawak balik.

Contohnya

Bunga orkid Puan Emak
Serai dekat tepi rumah MakChik Ruby
Kunyit dalam pasu
Beras Felcra Puan Emak
Ikan masin, belacan
Cabai tu tentunya

yang lagi handal

kopi dengan gula pun siap angkut sekali.
tak lain tak bukan itu kerja adik a.k.a busu dengan Cik Ina la

NAMPAK TAK MAINAN ANAK AHMAD SAIDI??

Kalau lah rumah tu boleh diangkut. Lama dah deme-deme angkut sekali.

Itulah kisahnya cerita NIKMAT DUNIA DIAGIH-AGIHKAN pada tempatnya.



Monday, 27 October 2014

:: STORY 5 : Ke Klinik HAIWAN ::


:: Nabi kan suka KUCING, MUEEZA nama diberi ::

Apapun, ahmeeoww tak diberikan nama-nama sedemikian lantaran beliau hanyalah kucing liar. Kalau boleh nak letak nama pungut je, tapi nampak zalim pulak nama tersebut. Selepas beliau beranak pada 16 Sept (anakmerdekaoii), Cik Ina ambil keputusan untuk pulang seketika ke UKM memandangkan ada urusan yang tergendala. Sekarang, Alhamdulillah, dah setel.

Balik semula ke kampung tengok-tengok mata beliau bernanah dan berlendir. Ohh sakit mata. Kesian kau Ahmeeow, takdak sapa nak bawak ke klinik. Kucing-kucing Cik Ina sebelum ini kalau sakit, deme boleh survive sendiri, namun berbeza dengan ahmeeow.

Okayy!!

Makanya, satu hari diperuntukkan untuk membawa ahmeeow ke klinik haiwan. Konon nak pergi klinik kerajaan (ada ke?), dah tak jumpa arah. Cik Ina ambil keputusan untuk pergi klinik veterinar swasta (hah,swasta lagi tu kome oii). Bayangkan, tak pernah dibuat pergi klinik haiwan, sejarah. Sejarah.

Dapat tahu klinik ini pun dari kawan sekolah.

Marah ropenye Ahmeeow bila kata nak ke klinik
Apa maknanya tu kalau dah tak nak keluar kereta? Protes le tu. Diam je duduk bawak seat tu. Muka beliau memang tak puas hati. Tapi apa nak buat, memang kena bawak pun. Mata makin teruk tengoknya. Bukan apa, anaknya pun dah berjangkit-jangkit sakit matanya. Salah siapa tu?


Klinik Haiwan di Teluk Intan, Bandar Baharu dekat dengan bustand Teluk Intan
Thanks Dr Radha!! Superb okay! Siap bagi instruction bagai. Siap bagi gift  lagi tu. Tak menahan. Katanya suruh bawak ahmeeow kesini bila dah sihat matanya. Untuk bagi ubat bulus-bulus plak memandangkan sekeliling mata ahmeeow dah hilang bulus-bulus. Miahaha. Kelakar pulak tengok muka ahmeow la nie.


RM45 only
 "Dr Radha :"U mahu cecair atau pil?"

Hohoo, haruslah cecair. Senang okay. Kalau tak nak makan, ngangakan mulut deme seluas-luas alam, hah, sumbat. Tapi Alhamdulillah la. Deme suka makan makan ubat. Tak susah. Dalam duk sembang- sembang dengan Dr Radha ni, Cik Ina siap tanya lagi boleh ke nak di 'kasi'kan Ahmeeow.
Hamboii, siap nak memandulkan ahmeow, patutlah beliau presure je mukanya. Tak nak IKUT.

Tapi bila tengok dengan mata kepala sendiri ada seekor kucing kat luar bilik ni kena bedah, buang peranakan. Hoii, tak sanggup weh. Kesiannya. Ahh, biarlah ahmeow nak pregnant pun. Tak sanggup nak bedah-bedah bagai ini.

TAK SANGGUP. Bagi makan pil 3 bulan sekali pun aku tak sanggup. Biarlah. 


Ahmeeoww's family after 4 day
Alhamdulillah. Lepas 3 hari nampak kesan. Anak-anak beliau Elsa,Anna,Kristoff,Olaf makin sembuh lepas makan antibiotik, selesema dan demam. Ewahh! Mata ahmmeeow pulak boleh bukak.
Harap-harap lepas ini tak sakit-sakit lagi.
Memandangkan Mak Yang pun dah beli big cage , namun deme tak suka.
Bhahaha, tetap nak freedomsambil bersumo antara satusama lain. Miahahaha.

So, Sapa-sapa yang ada masalah sakit mata, selesema, demam, gatal kus-kus (kucing la bukan MLA okay), bawak-bawak la pergi klinik ye!!

Friday, 24 October 2014

:: STORY 4 : GUNUNG LANG'S EXPEDITION ::


:: Unexpected journey ::

Yohoooiii MLA. Selang seminggu nampaknya kan! kan! Macam segan-segan je nak bukak MyLittleAdore ini memandangkan jarang sesangat. Almaklumlah. Semenjak internet pun tak ada (telah menterminate berokben) atas alasan walaupun dah bayar line macam cekadak! 

Hohoho. Bila rasa macam dah tak ada arah saja duduk dekat UKM tu, pulanglah kembali Cik Ina ke kampung halaman dengan penuh kegembiraan tiada galang-gantinya. Dah dirancang, tapi sajalah cakap tak rancang dah kenapa?), mereka beramai-ramai kata:

 "Jom, Gunung Lang. Nama je orang Perak tapi Gunung Lang pun tak tahu".

Lagi sakit hati adalah

> Gunung Lang itu laluan utama Cik Ina nak pergi kerja masa dekat Ipoh dulu. Cisss!! Boleh tak tahu. Argghhh!! Nampak sangat kehidupan zaman remaja dihabiskan dengan pergi kerja balik kerja. Argghh, menandakan bahawa No Life ..Miahahaha!! <


Memandangkan semua orang tertanya-tanya apakah yang ada dekat Gunung Lang itu, makanya kami beramai-ramai muafakat menjadikan destinasi Gunung Lang sebagai destinasi menghabiskan masa di samping memperabihkan duit. Miahaha.


See??
Tengok saja dah tahu dah pemandangannya yang cantik. Makanya, kalau sesapa nak datim release tension or others yang berkaitan dengan jiwa dan perasaan. Majukan lah diri anda ketempat-tempat sebegini. Nescaya, akan adanya perubahan ketara. Tak banyak mungkin sedikit. Yang pasti, anda release!!!

Thumb up untuk kehadiran Cik Ina dan keluarga
Sejarah tercipta bila datang ke tempat macam ini dengan keluarga. Tak nye asyik-asyik pesta buku, shopping mall, air terjun, Teluk Batik, takpun ke Sg Buloh. Moh le kita memperjongketkan diri kita ke tempat begini pulak. Tak gitu Puan Emak oii??Miahaha.

Me & niecesssss
Hoilahai weh oii, anak buah pun dah besar panjang belaka. Dulu-dulu ya amat kecik, sekecik tapak tangan Cik Ina je. Perkenalkan KakLong Anje, Kakak Puteri dan Intan. Dedeme ni bukan boleh berpisah tiada nampaknya. Kalau beli barang, mesti kena semua sekali dapat. perghh!! Mendapat le nampaknya.



Menarik. Gazebo.
Bayangkan! Mohon bayang ye. Bayangkan deme sebijik kete lagi tu boleh sesat (walhal aku pun sesat), Cik Ina duduk-duduk di gazebo ini sambil berfikir. Elok jugak kiranya ada gazebo satu depan rumah, tapi nak letak mana?

While waiting them

Cik Ina takdak pulak masa kecik dulu ingke sangatdengan park cenggini. Tapi kalaukan KakLong, Intan, Puteri. Mana saja ada taman, wajib main. Haissshhh! tak faham MakChik kome tahu tak.

Belah sananya
Kalau nak ke belah sana, kena naik feri yang disediakan. (Cik Ina tak tahu le feri ke atau bot). Kena bayar ye. Dewasa RM3, kanak-kanak RM1.50. Untung-untung. Tak jauh pun. Ala, nama lagi kawasan lombong. Tapi percaya la. Tasik ini tak berbau pun. TAK BERBAU. Okay!
Kami di sebelah tasik
Sampai ke jetty sebelah sana terus kitorang ke tepi tasik. Nak bagi makan ikan. Hoimakekau. Ikan deme, MasyaAllah. Besar nak die. kot. Dea punya nganga, ngalahkan nganga seekor beruk yang kelaparan (dahakukenapa?).

Siapa adik, siapa kakak?
Puan emak nak bergambar dengan bunga. Layankan ye! Almaklum le tak cukup dengan bunga orkid kat rumah, beliau nak angkut pokok bunga nie sekali balik. Ewahh-ewaahhh puan emak ye. Gambar-gambar seterusnya sangat banyak sehinggakan Cik Ina membuat keputusan tak payah le nak share  lebih-lebih. Just MLA imagine saja, kalau dah nama pusat rekreasi, apa ada selalunya? Hah betul-betul. Taman, gazebo, pemandangan et al. Uwaaa!! Bagus-bagus.


Nak balik ke jetty semula. Hujan lebat gila arghhh

Memandangkan tengah kitorang jalan-jalan tadi pun dah renyai-renyai. Naik je feri tu terus hujan. bederumm . Hamboi! Memang lebat oi. Tapi syok. Sambil tu layan keropok dalam kereta. Ingatkan bila dah hujan lebat tu, balik rumah terus. Ohh NO okay! Kan kata Cuti-Cuti Tak Dirancang. Haruslah menjongket jauh-jauh lagi. 
Dedeme nak ke Kuala Kangsar. Makanya terus masuk highway. Dalam 20 minit. Ohh!! Welcome to Kuala Kangsar. Puas berjoli dan memperabiskan duit yang tak berapa nak banyak tu di Lembah, balik le kerumah. Hohoho!!! itulah percutian tak dirancang. Tapi tak buang masa.

P/S: Hujung tahun ke Langkawi. Tapi Cik Ina dah pergi!!

Wednesday, 15 October 2014

:: STORY 3 : CARS ::


:: Kenapa orang nak mengukur kekayaan orang dengan kereta yang dipandu? ::

Marilah ye MLA kita sama-sama memaksa medula oblongata  kita berdenyut-denyut laju memikirkan persoalan kajian tersebut. Dulu masa kecil-kecil selalu terasa hati. Bila hujan Cik Ina tunggu hujan reda sikit, kayuh basikal sambil berpayung ke sekolah. Bila tengok kawan pergi sekolah, bapa deorang hantar naik kereta WIRA, jelessss gila!! Hahahah!! Bebudak sangat.

"Mengapakah ukuran itu terletak pada kereta yang dipandu?"

Jadi, bagi Cik Ina yang hanya menjadikan Mr Red sebagai kenderaan utama selain public transport ini tak kayalah. (ohoiii, memang betul!!). Namun begitu, Cik Ina tidak bersetuju dengan kenyataan kaya=kereta=pekerjaan=jenama !! Argghhh, persetankan semua itu. Almaklumlah, tinggal Cik Ina dan busu je yang tak punya kenderaan. Mengharap belas ehsan kakak untuk tumpang balik, takpun, menapaklah duduk dekat KL Sentral tunggu ETS ke Tapah Road. Apa ada hal!!!. Janji dapat balik Changkat Lada, esok masak ikan keli gulai tempoyak! Nikmat dunia oiiii.

International VS domestic

Dulu Cik Ina tak faham, kenapa orang sibuk sangat bila balik kampung tayang kereta baru sambil hon pin-pin-pin duapuluhtiga kali. Bayangkan, dari simpang tu dah dengar bunyi hon kereta. Sekarang dah meningkat dewasa, dah mengerti sangat rasanya. Hanya mampu senyum manja-manis sambil cakar sampah dekat laman.

Sememangnya MYVi dihati

Bila lalu je sebelah MYVI KUNING mesti cakap " hah, jom masuk. Jangan malu-malu". Bhahaha. Hasad sungguh.

I HEART Malaysia


Hah pilih-pilih. MLA nak pakai kereta apa. Memandangkan raya 2014 semua ahli keluarga kami ada (ohhh, tak p beraya pun.Orang datang sampai raya ke-7, nangissss!!). Kalau MLA, lebih prefer nak pakai kereta macam mana? Memandangkan keluarga Cik Ina bekerjaya. Mereka memilih kereta jenis mampu milik. 

"Ahh, tak kisah la Saga AJE pun, janji ada kenderaan nak ke sekolah"

" Ohoooi, nak pakai meriah sikit. Al-maklumlah, anak dah ramai."

"Jenuh dah pakai kereta Malaysia, moh try test luar oversea pulak. Jalan jauh kot."

Kalau MLA nak tahu, tiap kali balik kampung. Tak kiralah cuti perayaan mahupun cuti biasa dan luar biasa cutinya. Kemeriahan itu terasa bila tengok dekat laman rumah penuh dengan kereta adik-beradik. Bukan keluarga Cik Ina je, keluarga jiran-jiran pun kompem meriah. Hah, masa tu adalah sesi-sesi "ramah-tamah" ye MLA. 

MLA nak pandu kereta apa??

Kalau Cik Ina nak pandu MYVI atau HONDA JAZZ. Aummm!!

Ohoooo!!! Kasi Aummm sekali



Auuummm!! Auummm!!
Persoalannya: sampai sekarang Cik Ina tak pakai kereta. Adakah kerana Cik Ina miskin?? miahahaha.


:: STORY 2 : EXHAUSTED!! ::


Tajuk konon nak meletop la kononnya. Walhal tak ada isi pun. Ayooo!! Kononnnn sangatkan. Well, well, well. Bukanlah nak story-mori apa sangat pun Cik Ina. Ehemm, nampaknya kedua-dua paraph tidak memberikan apa-apa maknapun. 

Okay!!!! Jom kita mulakan sekali lagi.

curi dari UKM GAGS
Mesti student UKM  tengah pening, manalah nak angkut air lagi. Bayangkanlah dari tingkat enam nak gendong air sebaldi. Auummm!! Kekuatan tenaga badang diperlukan kala itu ye adik abang. Semester lepas Cik Ina dah ada back up planning. Dengan menyediakan tong sampah hitam besar + baldi + botol-botol. Memandangkan bilik Cik Ina yang strategik, masalah air bukanlah satu bebanan yang maha karya sukar. Tapi, bau toilet, MasyaAllah. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu.


Menyesal?? Hahaha. Mestilah. Tapi itu hanyalah sementara waktu. Bila dapat berfikir dengan kematangan di skala 3.45%. Ohh itu sudah mencukupi rasa akan nikmat dunia. Ehemmm!! ehemm!!. Mula-mula memang sakit hati, namun lama-kelamaan, ia dah jadi perkara biasa dengan masalah air yang selamanya akan ada. Kenapa?? Ohohoho. Jangan peningkan kepala nak fikir masalah politik negara. Jom fikir 'Thesisfie'  Cik Ina yang dah kelaut ni. Al-bayangkanlah, dah dekat sebulan lebih Cik Ina tak pergi jumpa Dr Penyelia. Memang kena hampuk la nampaknya. (Padanmukaaku).

P/S: Jiwa sedang bercelaru & berkocak sambil mendengar lagu Baby Doll!!

Thursday, 9 October 2014

::STORY 1: gift form 'WORLD' ::


~~ Best hoii kalau tiap-tiap hari dapat present ~~

Kalau macam tu la,memang Cik Ina akan syorkan semua pergi melancong. pehtu bila balik bawak gift banyak-banyak menandakan deorang ingat Cik Ina walaupun sedang berbackpacker tak kiralah dalam dan luar negara. Ewaahhh (ingat orang ingat kau ke Cik Ina?). Cik Ina pulak permasalahan yang dihadapi adalah 'takdan-dan nak berbackpacker'. Hari tu konon dah merancang ke Pulau Pangkor, lastly yang perginya hanya deme-deme je. Cik Ina dengan alang duk la rumah melangut tak pasal-pasal.

Kalaukan gaya nak pergi sana sini sinun cuti nanti. Penghujungnya lokasi wajib cuma ke kebun sawit takpun ke bendang. Hoii, kampung sangat. Dah puas merendek tengok kawasan (dah macam kaklong kawasan pulak!!), benti la mana-mana, kepis-kepis mana yang patut, kadang tu tak bawak pun purse, carila mana tau kot-kot ada selit-selit dekat dashboard ke, bawah kerusi ke, dah tu beli milo ais, opssss, boikot ye!! beli le teh ais.

Adoii, melalut ke laut le tu. Suka tak istiqamah dalam berstori tu tau. miahahaha. 

Kisahnya nak story hadiah-hadiah super-duper (argghhh).

Dari 1st sem sampai ke last sem  ni Cik Ina selalu dapat keychain (argghh, tak tahu la betul ke tak eja aku ni). Hoilahoiiii!! keychain Cik Ina rasanya dah mencecah 30 ke 40 kotnya. Tak ada le pulak photoliciousnya. Almaklumlah, barang pesaka semua dah hantar sg buloh. Ni pun duduk dekat UKM ni pun dah macam apa je, hari ini baju ni, esok lain, tulat tukar balik pakai yang sama. (makaihh, touching!!! sentap). Muahahaha. Seharusnya kena bermuhasabah ye Cik Ina. Okay. Fine!!.

Apa yang pasti keychain-keychain tersebut berasal kebanyakkan dari international country. Konon bila sebut antarabangsa macam gempak la. Gempak tak? gempak tak? Ada yang dari Indonesia, Singapura (obersi ke?), Disneyland, Korea, Taiwan, aih negeri sebelah nie pun ada. Thailand!! Obersi..obersikan.. Hehehe!! Selalunya Cik Ina buat koleksi. Semua ada dalam special pencil case. in case kalau orang tanya dah pernah sampai ke? Kot la boleh ngecek cakap "Haah, dah sampai dah. Puas jalan-jalan aihhh"..Bhahahaha (gelak biadap).

Shinning + Bling-bling kring-kringgggg. I loike!!

Cantikkan!! cantikkan. 4ur information, Cik Ina gilakan jam. Tak kira mahal/murah. Ini kali kedua Cik Ina dapat jam. Hohohoho!! Jam asyik hilang-ranap-tumpo-mati dan seangkatan dengannya. Adakah kerana pemakaian yang extreme? (dipersoalkan disitu ye?).  Spread my love to you mieeeeeeeeeeeee!!! Sebelum Cik Mie melangkah masuk Thailand siap call lagi tanya nak apa-apa tak?? Ewahh, bagai disorongkan bantal.. terus buat tempahan. COD lagi tu!!.


Honeymoon GIFT maybe!!!
Seronok wehh dapat member yang walaupun sedang berhoneyyyymuuunnn  tapi masih ingat kat kita. Touching. Lagi touching bila puan Kas kita nie beli hadiah semua sama belaka. Bhahaha. Bagus2!! Jimat dah masa dekat situ. Almaklumlah. Honeymoon!! Okay!! I got it. Yehaa!! (perlukah yehaa semua tu).


Perfume

Memandangkan kewangan semakin meruncing, Cik Ina telah membatalkan hasrat untuk menghadiahkan diri sendiri hadiah perfume TBS (The Body Shop perfume). Then pergilah beli perfume harga RM10 dekat pasar malam!. Nak dijadikan rezeki kempunan tadi, tiba-tiba dapat perfume. Apa kome rasa?? Apa?? Bhahaha. Memang Cik Ina nak le kan. Nak. Nak. Nak. Thanks sesangat weh. 

Mewah dengan cekelat

Cik Amin baru pulang dari kursus di Langkawi. Alkisahnya Cik Ina tempah daim je. Dahtu, siap yang ini dibaginya. Daim takdak. Tula, banyak sangat orang order ye. "encik kastam, kawan saya nie seludup cekelat banyak sangat, tahan dia ni"..Kikiki. Suka sangat bila orang ingat dekat kita!!

Well, well, well. Thank semua yang sentiasa mengenang Cik Ina walaupun sedang berbackpacker, berhoneymoon, dan ber sebagainya. Kalau ada sumur dilandang (dah kau kenapa), bolehlah Cik Ina membalas jasa dan ingatan kome-kome semua ye. In Sha Allah. Habis siap tesis ini jom berjimba semuanya. Mohon planning baik punya. Kikiki.

"rakan itu maknanya dikala senang didampingi,
dikala kesulitan dirasai,
dikala kedukaan dibantui,
dikala mana kita rasa kita memerlukan rakan,
maka dia datang menghampiri,
ertinya itulah rakan"

** dah kenapa puisi aku macam touching je!!