Wednesday, 24 September 2014

:: Anak Kampung VS Jiwa Bandar ::



Assalamualaikum MLA,

Ke'boring'an Cik Ina sekarang di skala yang tak ternilai. Almaklumlah, thesisfie Cik Ina dah kelaut Antartika. Itu belum lagi perkara-perkara lag'ha yang Cik Ina asyik buat!! Ohhh, what a life??? Well, well!!  Cik Ina sekarang ini sedang dalam proses menguruskan berat badan. (.............................................................) , okay!! Fine. 

Masa-masa yang ada sepanjang duduk dekat kampung, banyaknya mengarahkan Cik Ina untuk menjadi unofficial driver untuk Puan Emak ke kebun Kelapa Sawit & Bendang (** bagi yang tak faham bendang tu Sawah Padi laaaaa). 

Cik Ina mmng jarang-jarang bawak kereta, tapi kalau dah terpaksa. Henjut aje la!! Janji tak melanggar atau dilanggar. Tak gitu?

Cuti lama-lama hari tu inilah kerjanya. Menengokkan kerja orang. Usulan untuk membuat longkang untuk memudahkan hal-hal akan datang. Cewahh!!!!!!!! Hoii, Cik Ina memang anak kampung yang berjiwa kampung. Sehinggakan hari ini, longkang hanya dapat disiapkan separuh sahaja. Almaklumlah, kan musim hujan sekarang ini. 

Membuang 'pokok hantu'

Cik Ina bukanlah kaki masuk sawit-sawit ini. Memang tak boleh harap ye!! Harap makan duit hasil. Number ONE!! Takutlah weh, kot ada pacat ke, lintah ke, anak ular ke, ape ke.. eeewwuuwww!!!


Bendang yang baru sekali sikat

Sebenarnya datang pun nak tengok sempadan tanah dengan jiran bendang sebelah. Baguslah!! Bendang pun Cik Ina tak tahu menahu. Yang tahunya hasil berapa je!! Wakakaka!!. Memang bukan jiwa kerja kampung betul la. Kalau kena ajak ke bendang dengan sawit, punyalah tak nak. Tapi disebabkan semakin meningkat dewasa serta inilah peninggalan arwah abah, seharusnya legasi ini tak pupus. Bukan begitu?

Semoga musim ini, raih hasilnya meningkat seperti tahun-tahun sebelumnya.
Semoga kami boleh bersedekah lebih-lebih-lebih lagi untuk anak-anak yatim 
Semoga hasil itu dapat diagihkan kepada yang memerlukan juga.
Doakan ye!!

Tuesday, 23 September 2014

:: Ahmeoww & Family ::


:: Jom tambah aksesori rumah Datin ::

Hyee peepss MLA. Lamakan tak jengah-jengah MLA. Almaklumlah lepas jadi bidan orang bersalin la nie jadi bidan kucing beranak pulak. Aik, dah Cik Ina ni kenapa? Cuti lama wehoiii!! Banyak hal dekat kampung sambil-sambil bermuhasabah diri kot. Fikir ke mana hala tuju. Tapi kali ini bukan itu yang Cik Ina nak abadikan, tetapi ahmeoow telah menjadi seekor emak kepada 4 ekor kitty yang super duperrr 'oren'.

Sebelum ber'anak'
Kelihatannya Ahmeeow macam tension je. Bila ajak main pun beliau tak nak. Okay. Fine. Asyik baring tidur - baring tidur. Makan 24/7. Haisshh. Makanan kucing pun beliau tak nak. Bagi makan ikan rebus, siap muntah-muntah. Lastnya, bagi udang kepal. Hah, mau pulak. Memang KUCING betul la.

Semua orang mempersoalkan kehamilan beliau pada mulanya
Kikiki, masa mula-mula tengok perut beliau kedepan, Cik Ina pun saspen jugak. Makin lama tegok macam makin besau je perut beliau. Dah kompem bila melihat perubahan semakin ketara. Hah, kan dah kena marah dengan Puan Emak. "Ahmeeoww gatal", kata Cik Ina. Hahaha. 

Ahmeoow's family
Selalunya sedang Cik Ina sapu sampah pagi-pagi buta (tak berapa nak buta la), "Aik, takdak pun ahmeow nie merengek-rengek nak makan, kemanakah beliau"? Habis Cik Ina tawaf 1 rumah, pun takdak. Hati rasa tak sedap, duk cari-cari rupa-rupanya. Nah!! Dekat dalam almari KakLong. Beranak. Bhahahaha. 4 ekor kesemuanya. 3 ekor warna oren + 1 ekor warna putih.

Alih-alih terus letak nama anak-anak beliau dengan nama pelakon Frozen tu la. Nak meletakkan nama pun seharusnya kena gaduh-gaduh manja dengan KakLong, Puteri dan Lisya. 

"Asyik MakChik je yang letak nama, bagilah KakLong pulak" (Ayat KakLong)
"Awak nak bagi nama MakChik, MakChik jangan sibuk" (Ayat Puteri)
"Awak nak Elsa" (Ayat Lisya)

Penyudahnya MakChik jugak yang meletakkan nama mereka-mereka berikutan asbab 
"AKUKAN MAKCHIK"

Elsa
Anna
Kristof
Olaf

Apa yang menariknya, deme berempat ekor ini ANAK MALAYSIA sebab lahir 
16 September 2014.