Thursday, 28 August 2014

Welcome "Warga Muda Belia" UKM



"Campus life"!! Are you sure??


Haiii, assalamualaikum MLA. Hari ini Cik Ina ada meeting dengan 'Dr Penyelia'. Minggu ini Cik Ina faham, beliau teramatlah sibuk-sibuk-sibuk dan sibuk sampaikan buat appointment punyalah lamanya. Muahahaha. Tak napa-napa Cik Ina faham wahai 'Dr Penyelia'.

Hari ini Cik Ina menggatalkan diri pergi dengar kolokium pelajar Dr Falsafah Sains Politik. Makaihhh!!
Malunya Cik Ina sebab memang tak pandai BI. Takat broken English tu lepas la jugak. 
Alahaii!! Susahkan bila BI jadi pengantara bahasa. 
Susah dekat Cik Ina.
Lama-lama duduk dalam bilik kolokium tu, rasa nak kentut pun tak lepas,
penyudahnya Cik Ina minta izin keluar. Bakal-bakal Dr falsafah ini bukan calang-calang orangnya, ada yang dah 50 tahun, bekas pengetua sekolah, pensyarah di UiTM.
Uwaaaaaa, rasa kerdil sangat sekarang ni!!!
Motif nak kabo???
Sebab sekarang rasa 'rendah diri' tersangat-sangat!! Okay!! cool Cik Ina...coolllllllllllll......

Rasa macam susah pulak tak ada tempat nak siapkan analisis, Cik Ina try-try jalan dekat foyer fssk ini. Mak aihhh!! ramainya orang. Bila Cik Ina duduk dekat sini, seorang kerani tegur 
"Dik, jangan ubah kedudukan ye, kalau nak duduk sini."

Yela!! tak ubah, saya memang nak duduk sementara menantikan pukul 2. 

Bila Cik Ina tanya kenapa nampak busy bebenor sampai cat-cat pintu, susun meja, cat palang-palang pokok bunga, sapu-sapu, cabut pokok renek-renek tu..
Oooohhhhh, nak menyambut kedatangan pelajar baru.
Wahhh!! ini kira bagus sangat.


Cik Ina dah alihkan sikit meja!! Jauh sangat dari kerusi ini..muahahahhaa. Nanti betul balik. No worrieeeeesss k

Bila Cik Ina ingat-ingat balik, mula-mula masuk sem 1, tak ada pula sambutannya sedemikian rupa. Mungkin sebab Cik Ina hanya berurusan di PPS (Pusat Pengajian Siswazah) sahaja. Perjumpaan dengan ketua jabatan pun masa itu tak adalah meriah, takat jumpa dekat pejabat dekan, sembang-sembang. Lepas tu balik, tidooooooo sampai ke petang!!

Tapi bila kenang balik mula-mula kaki Cik Ina melangkah ke USM, uwaaaaa!!! memang sebijik macam rupa " PENDAFTARAN PELAJAR BARU".


Kakitangan UKM.
Well said  . Apa-apapun. Tahniah kepada adik-adik yang dapat masuk UKM.

Selamat melayari bahtera pendidikan sepanjang usia.
Selamat merasa 'campus life',
Selamat men'transform' diri'
Selamat macam-macam!!
Dugaan, cabaran, rintangan et all,
itu perkara biasa!!
No worriiesss, everything will be fine!!


Nahhh!! Sedas kata-kata pujangga dari Cik Ina.

"layarilah alam kehidupan di U,
dan lampirkan memori-memori suka derita itu dalam kanvas kehidupan,
Percayalah, suatu hari nanti,
kita pasti tersenyum simpuh menantikan saat-saat itu kembali."

'Selamat Datang ke UKM'

Daripada Cik Ina,
Pelajar Master Sains Pembangunan,
FSSK. 

Thursday, 21 August 2014

:: MARRIED + SUNDAY = VARIOUS FOOD ::


!! Kita tumpang happy bila kawan kita dah ber "Suri" !!

Hye MLA, Assalamualaikum. Kali ini Cik Ina nak me'memori'kan kenangan 2 orang rakan Cik Ina yang telah menjadi "SURI" . Hamboiii!!. Walaupun dah lama, minggu raya ari tu deme married ,
tapi takpa la dari tak adakan. Kot-kot mana tahu..jeng~~ jeng!!

Nas , Bride Dayah , Cik Ina, Cik Ainur
Ye!! Betul-betul. Kami ni student lagi. Semangat tahu. Cik Ina suka ye tema-tema meriah, ceria, semangat ini ye. Ohh ye, kali ini photolicious semuanya dari Handphone Sony Cik Ainur, entahlah bila di'transfer' ke laptop jadi macam ini. Cik Ina tak pandai edit-edit ni. Jadi le. Tak gitu??

Sapa kalau pergi rumah kenduri kahwin tapi tak makan?

Yes!! Agree!!

Rugi la weh. Masa tu la nak makan nasi minyak. Moncahh orang Perak kata.
Macam-macam boleh rasa tau.

Cik Ina mesti WAJIB duduk atas pelamin
Orang dulu-dulu cakap, sapa belum kahwin jangan jadi pengapit. Nanti lambat kahwin.
 La, Cik Ina tak tahu pulak !! Kalau macam tu Cik Ina tak nak jadi pengapit , Cik Ina nak cepat kahwin. miahahaha. Gatal!! Fullstop.

Puan Wa Dollah

Well, Cik Ina dah beliau sekolah dari sekolah rendah lagi. Bila dah besar, semua bawak haluan masing-masing. Wa Dollah masih macam dulu. Happy, enjoy, joren. Bhahaha. Cik Ina gembira tengok dia dah melangkah ke satu gerbang lain. Apapun, weeding beliau GEMPAKKKKK!!! 

Semua ENJOY & GOJESSSSS
Tahu tak apa Cik Ina rasa tiap kali menghadiri majlis sebegini.
::::::::::
::::::::::
::::::::::::
:::::::::::::::::
:::::::::::::::::::::::::::::::
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Ye!! Cik Ina rasa Cik Ina bukan lagi BUDAK REMAJA.
Fuhhhhh!!!
Dying slowly  kalau memikirkan usia makin meningkat,
otak makin tepu dengan soalan bila nak kahwin?
bila nak kerja?
bila nak beli kereta baru?
bila nak belanja?
BILA...BILA,...BILA...dan BILA..
Hohohoho!!!

ingat pesanan Cik Ina ye MLA.

"Jangan disoal bila dan dimana,
jangan diaju siapa dan kenapa,
bila tiba masa sesuai,
waktu itu akan tiba jua,
Cik Ina juga bukanlah sesiapa,
Andai ada jodoh yang Allah tetapkan,
Maka dia lah pilihan hati,
Andai itu belum terjadi,
Cik Ina pasti..
Allah itu telah menjanjikan yang terbaik."

Wednesday, 20 August 2014

::: UKM + AIR = NORMAL :::


~ Kembali semula ke UKM sentiasa menderitakan namun membahagiakan ~

Mentang dah lama berdampingan bawah ketiak mak sepanjang cuti puasa  merangkap raya sekali, rasa lemau itu sememangnya dah sebati dalam diri Cik Ina. Alahai badan, nasiblah. Tak selamanya Cik Ina akan memerap je dekat kampung. Ace cuba bawa-bawa kembali ke pangkal jalan. Jangan sampai supervisor dah marah-marah tanya mana pergi, tenggelam-timbul katanya Cik Ina. mihahaha. Alahai "Dr Penyelia", jangan mareeee Cik Ina ye!!

Baiklah, sampai-sampai je UKM, perkara pertama tanya "weh , kome dekat mana?".. Haha, kembali merapatkan silaturrahim yang terpisah dek kerana semua sibuk pulang ke kampung, jumpa encik somi & et al. Hamboiii!!! tak kurang jugak wassap & wechat tanya ada air ke tak dekat KKM? 

Sapa duduk KKM UKM? mesti wajib sakit hatikan. Semedang TAKDAK AYO!! 

Haisshhh, bayar la mahal setara mana, maki berbakul-bakul pun, kalau dah kata takdak air, maknanya TAKDAK. Hari-hari berulang ke blok 11, 12, 13, 14, 15. HAMPA!! Memang YA. 

Tak apalah weh, takdak air pun , yang penting thesisfie Cik Ina bergerak. Doa-doa ye!!

Ada masanya

Kalaukan AYAT... Don't give up!! Hakikatnya, Hoiii, sesiapa yang sedang buat thesis, mohon menangis teriak-teriak-teriak. Kalau orang tanya, "weh, tesis ko sampai mana?", mohon jeling tajam-tajam. Bhahahaha. 


Okaylah!! Nak beradu sebentar . Esok Cik Ina nak persiapkan diri untuk berjumpa dengan " Dr supervisor". Haap-harap bab-bab sebelum ini takdak la sampai kena reject ye!! Doa-doakan.