Tuesday, 15 July 2014

:: Temporary BLIND ::

:: Ohohoho!!! Ishq ka Bina Kya!! ::

Okay!! Tajuk tak ada kena mengena dengan buta-membuta-mahupun kebutaan. Pagi-pagi yang sunyi sepi dengan tingkap bilik dibuka seluas-luasnya, sambil halwa telinga digendangi oleh lagu-lagu hindustan yang tak pernah jemu dilalakkan ditelinga, jari-jemari pula tari-menari mengikut rentak muzik. Hamboii!!. Tiadalah henti nampaknya puitis kerepek-mepek ini. 

Yang sebenarnya, Cik Ina sedang kebuntuan untuk menyiapkan "thesisfie" Cik Ina. Kadang-kala rasa putus asa itu ada. Namun, tak mungkin separuh jalan, TAK MUNGKIN. Demikianlah arakiannya cerita pagi ini.

Lama sungguh rasanya Cik Ina tak on9 FB. Percayalah! Takkan ada yang perasan. Bhahaha. Siapalah daku kan? Alahai, tetiba Cik Ina terlihatkan photolicious demikian. Auooochhh.. Lamanya tak berkeadaan sedemikian. Nangis!!.

Nak oiiii, Sabo!! Sabooooo
Terkadang, rezeki kita belum sampai lagi.Tak perlu la nak mengeluh bagai. Mesti berpijak di alam yang nyata. Semuanya antara hendak dan tak nak sahaja. Berjimat Cik Ina oii. Percayalah!!! Percayalah!!! Mohon perkuatkan semangat dengan penuh kekentalan dan keraksasaan.

  satu masa nanti, apa yang kita inginkan dalam hidup ini bakal jadi kenyataan. 
Masa itu pasti datang. Nantikan dengan penuh sabar.

Notahati :Nampaknya baju raya tak ada tahun ini. Hati sedang dupdap memikirkan "thesisfie" yang semakin kelaut. Yohoiiiihoiii.


Sunday, 13 July 2014

:: Taraweh & Wanita ::


:: Jom bertaraweh mengejar pahala berganda ::

Assalamualaikum MLA. Hari ini Cik Ina nak kongsikan pendapat 20 cent Cik Ina seperti biasalah. Kita kasi syok sendiri!! Siapa suka pergi surau sembahyang berjemaah. Yes!! Bagus !!! Thumbups banyak-banyak!!. Yela, manakan tahu, tahun hadapan mungkin kita dijemput menghadap Ilahi. Wallahualam. Masa inilah kita penuhkan. Kadang-kadang, boleh topup lah sembahyang yang terkadang terbabas dan dipenghujung-hujung (krik~~krik) yang ya amat gemar kita buat. Betul tak? Betul tak? Ehem-ehem, Cik Ina pun sama. terkadang dah hampir ke penghujung baru bergegas ke toilet , berkejar-kejaran anak nak solat Asar. Hoiii, ape punya ragamlah. Mak mertua pun boleh rejected

Taraweh situ sana sini. 

Universiti Sains Malaysia USM. Hohoho!! Sewaktu zaman degree pernahlah menjejakkan kaki. Ewahh. Walhalnya MASJID USM betul-betul dekat gate utama USM Sg Dua. Tiap kali nak keluar , wajib lalulah. Lagipun, masjid tersebut merupakan penginapan pertama sewaktu Cik Ina mendaftarkan diri. Ramai-ramai berjemaah tidur dekat luar tu. Disitu jugalah perkenalan Cik Ina dengan rumet Emi. Kami sama-sama pakai baju kurung purple . Opps!! Lari tajuk nampak. Okay! Disebabkan asrama Cik Ina yang lebih dikenali dengan nama desasiswa Fajar Harapan sangat hampir dengan masjid, makanya, bolehlah beriftar beramai-ramai di masjid. Dari bilik Cik Ina boleh dengar orang azan, mengaji, bertadarus et al. Haruslah. 

Taraweh di USM sangat berlainan. Merdunya suara Tuan Imam menggamit sanubari aihh. Bacaannya tersangatlah mendayu-dayu daripada surah-surah Al-Quran (bukan surah lazim ye). Terasa macam di Mekah kadang-kadang tu. Ewahh!!.  Jemaah wanita akan diletakkan di tingkat atas. Makanya, wanita tak nampak jemaah lelaki. Begitulah sebaliknya. 8 rakaat disertai 3 witir dirasakan tersangatlah sebentar. (kalau dapat tuan Imam yang merdu alunannya, hehehe). Nampaknya sudah 4 tahun melewati. Masih seperti dahulukah acara taraweh di USM? Wallahualam.

Universiti Kebangsaan Malaysia. UKM.  Almaklumlah, disebabkan thesisfie yang tak siap-siap itu. Terpaksalah Cik Ina menetap temporarily di KTHO. Merasalah ke Masjid UKM sekali sebab kan sekarang ini Cik Ina di rumah menjadi mak bidan moden. Di UKM, berbeza sedikit dimana, para wanita diletakkan di tingkat bawah, manakala lelaki di atas. Okay! fine. Sama seperti di USM, 8 rakaat 3 witir. Menariknya. Selepas selesai mengerjakan solat Isyaa', kami akan bersama-sama membaca tahlil. Disedekahkan kepada individu yang menyemponser moreh pada hari tersebut. awesome. Walaupun ia mengambil masa dalam 15 minit, itu tidak menjadi masalah. Oleh itu, dianggarkan pada pukul 11.30pm, selesailah sudah solat taraweh berjemaah.

Apa yang menariknya di USM dan UKM?

Ramainya manusia yang mengejar pahala! Bersolat! menjalinkan ukhwah! serta mempersiapkan anak kecil akan akhirat. Wowww!!! Menarik bukan. Rasanya bukan di sini sahaja orang berlumba-lumba mencari pahala berganda ini, di mana-manapun sama. Bukan? Walaupun kadang-kadang anak-anak kecil agak sedikit bising dan boleh menggangu, namun tak mengapa bagi Cik Ina. Apalah sangat bising kanak-kanak daripada bising orang dewasa. Ayoooo!! Namapun kanak-kanak

Surau Fasa 5, Changkat Lada. Hohohoho!! Haruslah digembar-gemburkan. Yes!! Itulah destinasi pilihan Cik Ina. Dari kecil sehinggalah membesar seperti batang pokok rambutan depan rumah, disitulah tempatnya Cik Ina mendirikan solat taraweh beramai-ramai. Surau Fasa 5 menjadikan 23 rakaat termasuk witir. Woww!! Namun Cik Ina tak pernah kesampaian. Surau Cik Ina berhadapan dengan rumah. Makanya haruslah dilawati sekali dan berkala-kala. Apa yang menariknya? Yang menariknya Cik Ina boleh beramah-tamah dengan jemaah wanitalah. Sempatlah bersembang mun sepatah dua. 

Yang pasti, kalau kita tak ada, deme-deme boleh sedar. "tak ada semalam, kemana?". Hah, nampak tak jemaah wanita. Tersangatlah mengambil berat. Ada sekali mak Cik Ina tak datang, mak chik Pah tanya kemana mak. Hamboiii!! Jiran-jiran Fasa 5 sangat friendly, awesome, et al. Rasanya tak tertanding dengan tempat lain. Muahahahaha.


Ada yang kata, wanita tidak digalakkan solat taraweh di masjid dan surau kerana khuatiri boleh mendatangkan 'fitnah' , zaman Nabi Muhamad SAW wanita tidak mengerjakan solat taraweh di masjid. Maka keluarlah dalil-dalil itu dan ini.
Bagi Cik Ina yang seringkali remid myself akan erti
 ISLAM ITU INDAH DAN MUDAH,
tak menjadikan ia penghalang.
Nawaitu' itulah yang sebaik-baik diterima,
jangan jadikan ia sesuatu yang sukar.
Apa yang penting.. 
adakah amalan-amalan yang kita laksanakan itu diterima oleh Maha Pencipta?
Wallahualam. Allahurabbi.



Saturday, 12 July 2014

::: #prayforGaza :::


:: Dugaan itu hanya kepada mereka yang merasa pedihnya penderitaan ::

Persoalannya ? Adakah kita benar-benar merasa akan kepedihan dan kesakitan yang sedang mereka alami kini. Kesudahan yang pahit apabila hal nyawa dan kehidupan menjadi taruhan dan galang gantinya. Selama bilalah keadaan ini berlarutan ?

Sedang kita gembira dengan juadah berbuka, bola ohh bola, dan segala macam agenda harian, sedarkah kita akan kesusahan mereka?. Mungkin! Mungkin sekiranya kita ditempat mereka, baru kita sedar akan tingginya langit, rendahnya kita. Kalau tak pun, baru kita sedar dan nyata akan kehidupan dunia kini. 

Seruan Cik Ina , marilah kita bersama-sama menadah tangan, berdoa kepada yang Maha Esa agar menempatkan mereka di bawah lindunganNya, agar kebahagiaan itu milik mereka suatu ketika nanti, semoga mereka tabah dan kuat menghadapi pahit getirnya ujian itu. Amin.

#prayforthem

Ya Allah, aku tak kuat menghadapinya,
hanya dengan doa aku titipkan,
agar mereka di lindunganMu,
kembalikan senyuman mereka.

Laknatlah mereka-mereka yang menidakkan ketiadaanMu,
mereka yang angkuh dan pendendam
Timpakan mereka akan malapetaka yang maha gempita.

Ya Rahim , mereka yang berdiri teguh tanpa pincang itu hambaMu,
mereka insan yang mulia,
Tempatkanlah mereka dalam lingkungan insan yang iman dan taqwa.
Amin.


Friday, 11 July 2014

:: Bulan Ramadhan nan Penuh Penghayatan ::



:::: Salam Ramadhan MLA ::::

Yohoooiii!! Rasanya tak terlambat kot kalau Cik Ina nak ucapkan selamat berpuasa dan menjalankan ibadah mulia ini dengan kekentalan hati dan kekhusyukan jiwa. Hamboii!! Almaklumlah, minggu pertama puasa Cik Ina sudah membawa diri pulang ke kampung halaman. Segala macam perancangan seperti berbuka puasa di Masjid UKM, bersembahyang tarawih (dapatsekali) di masjid UKM, beriftar di PWTC dan sebagainya terpaksa ditolak ketepi sebentar. 

Misi kali ini sangat PENTING.

Yes!! Cik Ina dapat anak buah kali keseterusnya. Sebagai Mak bidan yang telah dilatih sebanyak 7 kali, Cik Ina berharap dapatlah serba sedikit membantu apa yang patut. Bhahaha!! Siapa tak suka bayi yang penuh dengan bau 'dadah'. Kenapa bau 'dadah'?? Sebab Cik Ina dan yang lain-lain ya amat gemar mencium dahi dan kepala bayi kerana ada satu bau yang tak dapat digambarkan. Katanya itulah bau "SYURGA". Oleh itu, ia menyeru Cik Ina untuk mencium-mencium-mencium dan mencium untuk kali kebanyaknya.

Gembira bukan kepalang sebab lahirnya dikala bulan penuh dengan barakah. Sebelum berbuka puasa!! Sampaikan semua yang hadir menanti penuh debar kenyang dengan berita gembira ini. Apa yang penting, nurse-nurse dekat bilik bersalin awesome sangat. Mungkin tak ada orang lain yang bersalin ketika itu, kami bertujuh dapat masuk untuk melihat. Photolicious. Ada. Tapi kata orang tua-tua jangan diupload lagi. Biarlah dah besar sedikit. Makanya, Nah!! Dari kejauhan .

Welcome HOME Muhammad
Ohh ya. Selalunya bila mula-mula puasa ini, skala semangat kita memuncak-muncak nak menyambutnya bukan? Samalah dengan Cik Ina. Suka syok sendiri. Puasa kali ini, CIk Ina berharap segala yang diimpikan dan diinginkan akan menjadi kenyataan. In Sha Allah.


Nah...sedikit TIPS kepada MLA 
Tips berikut diambil daripada FB ya. Cik Ina tolong share kan agar amalan-amalan sharing and caring ini dapat diteruskan. Akhirnya semua orang berganda-ganda pahalanya. Ewaaahhh!!. Okaylah! Cik Ina nak teruskan perjuangan mengkey in data. Hohohoho!!!

Hidup bukan hanya perlu memikirkan akan kehidupan dunia,
Alaskan diri dan sematkan ilmu untuk disoal kemudian hari,
Agar ada JAWAPAN kepada setiap persoalan.