Monday, 23 June 2014

::: No Words at Mega Bazaar 2014 :::


:: Cik Ina bukan addicted ::

 Selepas ke Floria Putrajaya 2014 semalam, dengan lenguh-kebas-tak cukup rehat- ,Cik Ina gagahkan juga ke MAEPS sebab memang responden Cik Ina disana. Kali ini Cik Ina pergi dengan roomate Mas. Perjalanan tak lama. Hanya 18km dari UKM, Bangi. Disebabkan kami tak tahu arah, Cik Ina gunakan kelebihan waze. Thanks !!. Sampai-sampai terus edar responden, tapi kecewa sangat!! Seperti yang pernah Cik Ina sembangkan sebelum entrylocious ini.

Pintu Utama ke Dewan

Berpusinglah Cik Ina mencari responden. Tengah jalan-jalan tu. Mas cakap. 'akak,SAYWHO'. Kaki Cik Ina teruskan jugak berjalan, sempit la katakan. Selamat belum lagi bontot bertemu bontot. Cik Ina balas balik , 'Apa? Sapa cakap apa?'. Hahaha!! Faham tak? Okay!! Fine. Abaikan. Sedang mata melilau mencari responden sesuai, akak tengok ada satu booth yang orang kerumun ramai sangat. Nak tak nak kena lalu booth tersebut. Okay!! artis yang ini Cik Ina kenal iaitu Nealofa.  Amboi ramainya orang nak bergambar dengan beliau.

Jalan lepasi booth Nealofa, ada booth sapa ke tu. Hah isteri Mawi. Maaflah. Tak pasti pula nama isteri beliau. Tapi kenal la kembar tu. Super duper cantik bila dah bertudung ini. Jalan lagi kedepan. Hah, ini baru betul. Baru betul-batul rare!!  Hehehe!!

Cik Ina : Kakak, boleh tak kita nak tangkap gambar?
Beliau : Boleh, boleh. MasyaAllah. Ini apa ni.
Cik Ina : Ohh, ini borang soal selidik saya.


Ada 2 photolicious

Hahaha. Siap ada conversation lagi. Cik Ina tak dapat la nak beli pakaian dari koleksi beliau. Takat tengok-tengok jela. Orangnya MasyaAllah. Cik Ina terpegun. Dahulu, Cik Ina tak berapa nak ambil port tentang beliau, tetapi apabila beliau semakin matang, Cik Ina suka. Mulut beliau tidak lepas dari mengucap MasyaAllah!! MasyaAllah!! MasyaAllah.

Yezaa!!. Cik Ina bergambar dengan beliau sahaja. Sebab artis yang lain, Cik Ina tak berapa kenal dan tak admirer. Hoii!! ayat bajet sombong, hakikatnya Cik Ina memang tak kenal mereka-mereka. Mana boleh lying yang kita ni fanatic fan sangat walhal kenal pun tak. 


Ter'beli'. Oh, itu perkara lagha' Cik Ina

Maaflah duit!! Tapi sudah terbekenan. Ambilkan juga. Tapi tasbih tersebut memang cantik. Bolehlah dihadiahkan kepada Puan Emak. Hehehe.

Candid yang tak berapa candid!!
Muka Bengang Cik Ina nampak sangat dengan segerombolan polis tersebut.

Cik Ina tak suka membazir. Mana ada Cik Ina pakai selagi tak lusuh. Cewahh!! Dari pemerhatian Cik Ina, tiada bezanya dengan bazar yang ada, mahupun uptown Kajang. Yang membezakannya peniaga adalah daripada individu yang sangat aktif menjual di laman online

Persoalan : Agak-agak seramai inikah manusia di pesta buku mahupun di kuliah-kuliah ilmu? Mestilah RAMAI mungkin. Yezaa!!.

"Hebatkah kita dipandangan mata manusia? 
Hebatkah kita dimata Allah,
Adakah kita hebat? Andai kata YA!! Benarkah
Tepuk hati, biar hati kecil menjawab.
Andai TIDAK, audit semula.
Dimanakah kelompongan itu".




Sunday, 22 June 2014

:: Falling In Love at Floria Putrajaya 2014 ::


:: Menepati KONSEP jiwa Cik Ina ::

Amboi! Beria nak KONSEP-KONSEP ini. Apakah ia? Yela MLA, kalau dibandingkan antara membeli-belah dengan menikmati panorama-panorama yang tak perlu nak keluar duit sangat, Cik Ina akan vote Floria. Wuhuuu!! Dari USM lagi Cik Ina gemar pergi pantai-pantai, pergi Bukit Bendera, duduk lepak-lepak depan seagate. Sebab utama Cik Ina pergi sebab memang MINAT sesangat. yang kedua sebab nak cari responden (Ok, abaikan).

Orkid ohh Orkid

Serba sedikit informasi tentang FP2014. Ia diadakan pada 14-22 Jun 2014. Serentak dengan itu, pada sebelah malamnya pula diadakan 'Magic OF The Night". Dikenakan bayaran sebanyak RM3 kepada Dewasa manakala kanak-kanak sebanyak RM1. Dahulu tak dikenakan bayaran (motif bagi tahu??). Sebab dalam borang soal selidik Cik Ina, Cik Ina tanya patutkah dikenakan sebarang bayaran? Banyak daripada responden kata, tak adil!! MOTOUR, please take note and give feedback with others compliment!! Tapi aku faham kenakan charge !!

Masuk entry terus Cik Ina di sambut dengan colourful umbrella ella ella . Tapi tak berkesempatan nak selfielicious sekarang. Kejap-kejap lagilah. Tempat pertama yang Cik Ina tuju adalah Garden Bazaar & Hortmart (belah kiri daripada pintu masuk). Tengok-tengok bunga apa yang dijual, cuci mata sambil minta responden jawab borang soal selidik.

Theme : Bunga Begonia 

Seterusnya Cik Ina masuk ke Floral Pavilion. Waaaww!! terpegun tengoknya. Tak tahu nak artikulasi macam mana. Sesiapa yang tak minat bunga & tumbuhan, satu deria ditarik mungkin. Dah puas berselfielicious beserta mencari responden, Cik Ina ke Taman Sekolah & Universiti dan Taman Pameran Alam Flora. Hoihoihoi!! Kalau ada anak-anak makngah memang habislah dicabutnya bunga-bunga yang ada. Cantik semuanya. Tak ada yang tak cantik melainkan wonderful, amazing, cheerful et al.

Nak buat satu dekat rumah sendiri nanti

Puas bergambar, banyak kalilah Cik Ina cakap, "aisss, yang manalah tempat pelamin-pelamin ni, tak sabar nak naik pelamin ni", (macam je desperate tapi tak ya!!). Dik Mira siap jawab lagi "tak apa kak Ina ,kitorang bawakkan." Sepanjang nak sampai ke sana, bergambar dan melihatlah kerjanya Cik Ina. Penat teleng-teleng, tenggong, penat tenggong Cik Ina duduk, penat posing ,Cik Ina minum air mineral. Oh ye, sepanjang seharian di sana, sudah 4 botol air mineral. Panasnya Allah sahaja yang tahu.


Peneman Cik Ina [Farah Orkid & Akak Mira]

Nampak tak Cik Ina pegang apa? Yes!! A bag. Hah, di dalamnya penuh dengan 100 set borang soal selidik. Walaupun menghadapi cabaran dalam mencari responden, muka tetap senyum dan manis!!

Tersangatlah awesome


Dimanakah K.A.M.I??
Photolicious seterusnya adalah di Taman Sekolah & Universiti. Omakekau!! Dedeme semua memang kreatip. Cik Ina tak sekretip ini. Takat puji-pujian manis je yang dapat dikreatipkan.

ME, MYSELF..masih Syok Sendiri

Mohon lihat di belakang, pemandangannya MasyaAllah

Photolicious seterusnya bertemakan : 
"pelamin anganku belum musnah dan takkan musnah.
 InsyaAllah, jodohku ada dan bila kahwin nanti pelamin mesti awesome .
Forever after . Till jannah"

Mohon jangan buat-buat muka ye MLA. Mohon memberi support kepada Cik Ina!! Hohoho. Tema je dah panjang berjela-jela. DahkaukenapaCikIna??

Ada cerita disebalik gambar ini
Akak Mira : 'Bakal Encik tunang sedang bersiap siaga membawa segerombolan manusia hadir ke majlis perkahwinan beliau.'

Cik Ina: ' Sedang menanti Encik 'fruitliver' datang sambil mengorak senyuman'.

Best photo
Motip!!! Sebab laluan ini merupakan laluan ke pelamin anganku. Yehaa!! kalau buat dekat rumah design begini. Macam tak sesuai pulak. Buat kat rumah sendiri? Mungkin iya!!.

Yes!! PELAMIN ANGANKU

Simple decoration but fully package. Hamboii!! Saja la tu.

Last but not least
Nahhh ni makannya!!!

Nampak tak mainannya disini? Nak buat lek lu lek wat peace!! Akhirnya, Floria Putrajaya 2014 melabuhkan tirainya. Tahniah!! Semoga acara festival ini berlangsung masa akan datang. Boleh bawa family  Cik Ina datang sini. Mak mesti suka sebab banyak sangat orkid. Belum kira orkid mak lagi. Lepas ni mesti jadi Datin Lijah Orkid la jawabnya.

Well, sebelum menutup tirai ini, Cik Ina nak bagi sedikit sentuhan idea lah.

1) Mungkin boleh disediakan lebih banyak kawasan rehat dan kerusi panjang disepanjang perjalanan dan laluan. Kesian dekat makcik-makcik tua nak cari tempat duduk. Memang la ada. Cuma perlu ditambah mungkin.

2) Surau. Hai la hai. Sangat kecewa. Siapa sampai ke surau mesti mengadu punya. Tolonglah alert perkara-perkara begini. Sangat sempit. Cik Ina kesian dengan akak yang nak menyusukan bayi beliau. Sempit dan sangat TAK SESUAAAIIIII.

Yang lain. AWESOME!!!!!!!

"terkadang, kita perlu untuk mencari ketenangan, 
supaya sifat syukur dengan rahmat Allah SWT itu sentiasa ada,
terkadang, dengan keseronokan yang diperolehi
lebih membawa kepada perhubungan yang berpanjangan."

:: Responden ohh responden ::


:: My lovelies..Assalamualaikum ::



Tiga hari berturut-turut bermula Jumaat sehinggalah ke Ahad, kesibukan aku sehinggalah ke tengah malam. Bila sampai bilik, mandi basahkan badan, Qada' solat, makan, terus tidur. Tak ingat dunia! Ohh, itu perkara biasa. Well, aku nak cakap ni, questionnair aku telah di'approve ' oleh penyelia. Sebab tu la semangat nak buat. Hoii, kan aku cakap aku nak graduation sem ini juga. Tak sanggup nak continue sem depan. Apatah lagi, mybrain menyemponser aku setakat semester ini sahaja.

Tadi, sedang menantikan responden menjawab. Aku terserempak dengan junior classmate

JC: Akak buat apa dekat sini. Ohh, cari responden ye!
Aku : Ha'ah. Adoi, letih la. Dari 2 hari semalam tak dapat tidur lena. Hehehe.
JC : Susah tak nak cari responden?

Hah, yang ini la yang aku nak share kan kepada MLA. Manalah tahu idea 20 cent  aku ni berguna serta memberi sedikit semangat kepada yang dah down teruk-teruk dengan masalah responden. Before tu, mari baca sedikit pengalaman aku mencari responden. Aku dah siap-siap simpan dalam myDiary.

1. Floria Putrajaya 2014, Jumaat 20 Jun 2014

Sampai-sampai terus asingkan 100 set sol selidik. Mungkin barakahnya hari Jumaat itu, sampai-sampai ada segerombolan responden iaitu pelajar sekolah Form 5. Terus minta mereka jawabkan. Free giftnya adalah pen berlabelkan UKM. Penaik semangat!!. Seterusnya kaki melangkah masuk ke floria Arts  & Craft. Terus edar soal selidik dekat penjual-peniaga-pelancong tempatan. Yang menariknya tengah tunggu-tunggu mereka jawab soal selidik, boleh cuci mata kejap.

Tengah hari. Dengan keadaan yang panas terik. Mungkin salah aku juga. Aku hampir ke kumpuln wanita yang bekerja di Putrajaya. (aku tahu sebab terpandangkan tag nama mereka). Aku pun memperkenalkan diri. Inilah yang dikatakan cabaran seorang pelajar mungkin.

" Eh adik, tak nampak ke panas terik ni. Apa ke jadahnya nak minta orang jawab questionnair ni. Apa tadi, pelajar master? Ohh, ingat pelajar master senang-senang ke nak minta orang jadi responden. Tak nak. Tak nak."

Inilah ye MLA, yang kita katakan bodoh jangan ditunjuk, bengap jangan diikut. Walhal masa aku introduce diri tadi aku dah cakap "tiada paksaan untuk menjawab. Tak nak pun tak apa, terima kasih".  Walhalnya ye MLA, dalam 20 langkah lagi makcik-makcik senduk ni boleh masuk Floral Pavilion. Sejuk kot dalam tu! Dalam hati, memang maki hamun tak ingat dunia la.

Sebelah petangnya pula, aku menyelusuri Lake Corner. Hah, selamatlah. Ada responden. 

2. Mega Bazaar 2014, MAEPS,Serdang. Sabtu. 21 Jun 2014

Kali ini lagi mencabar mungkin. Bila ditunjukkan borang soal selidik, hanya tangan penjawab pertanyaan. Kebanyakkan yang menjawabnya adalah bekas pelajar ijazah sarjana muda yang telah bekerja dengan angka RM2000++. Kadang-kadang, aku selalu kata ,"alah, typical malay women. They are too annoying. Always assummed richers than others." BELAGAK. Bila kita introduce, muka mereka menunjukkan apa yang mereka fikirkan. Hello!! Aku bekas pelajar SOCIAL WORK. Memang hampir dengan aku bab-bab psikologi ini. 

Pengalaman satu. Bolehlah seorang mamat kerek ini (Asal Kelantan sebab pelatnya tak hilang). 
"Aih, satu udahlah. Gapo bagi banyak-banyak ini. Ingat orang nak jawab sangat ko?"

"Maaf, sebab saya ingat Encik nak jawab sekali"

"Toksih-toksih, maso-maso gini ore nak jale-jale ngan gilfriend la
, awok nyusahkan ore jawab borang awok ni"

Okay Encik, saya ingat kata-kata Encik ini. Satu masa nanti, semoga Encik kenang kata-kata tersebut. Itu sahaja. Noktah.

Pengalaman kedua. Satu kumpulan polis ini sedang berchit-chat antara satu sama lain. Mereka bukan sedang menjalankan tugas ye. Aku pun faham. Tak boleh ganggu sedang mereka bekerja. Bila nampak aku datang sambil memegang borang soal selidik, sorang demi sorang melarikan diri masuk dalam konti mereka. Bila sampai suruh jumpa ketua mereka. Akhirnya terkeluar ayat ketua mereka.

" Oh, patutlah deorang keluar ikut pintu belakang ini. Bila saya tanya kenapa sorang pun tak jawab, rupa-rupanya ada orang datang. (Sambil gelak-gelak). "

" Ohh, tak apalah macam itu Encik, tak apa, tak perlu takut. Saya bukan jual produk. Cuma nak minta buah fikiran dan pandangan. itu sahaja. Tak minta duit, cuma minta sedikit tenaga menjawab. Tak perlu berfikir, hanya tick sahaja. Jawapan dah disediakan. Maaflah. Encik-encik yang tadi itu poliskan. Ohh yela, polis ini mottonya berbakti untuk rakyat. Membantu tak kira apa jua hal. Terima kasihlah sebab lari. Tapi percayalah. Saya tak jual produk". - aku jawab.

Allah SWT itu Maha Mengetahui. Aku dah putus asa sebab dah pukul 5 tapi soal selidik ada 60+ lagi. Akhirnya hanya berserah semata-mata. Aku duduk dekat satu tempat tu, tengok-tengok ramai yang duduk. Aku cuba-cuba edarkan. Akhirnya mereka sudi menjadi responden. Pen UKM sebagai free gift. Nak lagi seronok, ada sekumpulan brader Tune Talk sudi nak tolong edarkan borang soal selidik aaku. Mungkin sebab mereka memahami kesusahan aku. Tambahan pula, mereka pelajar Master Sains Politik di UIA. Alhamdulillah. Mungkin lepas ini, boleh borak-borak sebab dah tukar-tukar no. Bila kita jumpa individu yang sama pemikiran, semua jadi mudah.

Akhirnya dekat pukul 7.30pm, 100 set selesai.

TIPS UNTUK BERHADAPAN DENGAN RESPONDEN

1. Bersedia
Yes!! Anda kena bersedia dari segi mental dan fizikal. Mental sebab akan ada sentuhan negatif kepada mental anda. Mula-mula rasa bersemangat. Bila asyik kena rejected saja, makin kelam sahaja anda rasakan. Jangan begitu. Fizikal pula adalah kerana anda akan berjalan-berjalan-berjalan dan berjalan. Berdiri, nak tunggu responden jawab. Kalau ada yang baik, akan bagi kerusi untuk anda duduk, tapi kalau yang buat poyo je, memang kena berdiri la.

2. Jangan cepat melatah
Bila orang tak nak jawab borang soal selidik anda, sedih boleh. Tapi, jangan berpanjangan. Tak sesuai. Take time untuk sedar semula. Kalau 'makhluk-makhluk Allah" ini tak nak jawab, mesti ada orang yang akan jawab.Pergi cari lain pulak.

3. Buat muka selamba
Betul!! Jangan takut-takut. Jangan malu-malu. Lagipun kita bukan nak jual produk atau merompak. Kita nak minta buah pandangan serta sedikit tenaga mereka untuk jawab. Tak susah. Kan dah disediakan jawapan. Kalau orang caci-maki kita, jawab dengan baik ya. Anda sebagai individu terpelajar. Tolong jangan meletakkan taraf anda selevel mereka. Jawab baik-baik. Confirm mereka terasa sebab tajamnya jawapan anda terletak daripada fikiran anda. 

4. Ucapan Terima Kasih dan have a nice day.
Itu sangat klise. Tapi itulah yang aku buat. Bila kita collect borang soal selidik itu. Ucaplah terima kasih ke, selamat membeli ke, apa ke Yang baik-baik. Kalau responden itu preggy women , cakaplah 'saya doakan akak selamat bersalin, dapat anak bidadari syurga, soleh solehah. Hah, ayat yang boleh buat orang senyum tanpa henti. Kita pun gembira. 

5. Berdoa dipermudahkan urusan ini
Bila aku kena dengan makcik-makcik senduk dekat Floria. Nak dijadikan cerita dah nak lewat Zohor. Apa lagi solat Zohor sambil sambil berdoa kepadaNya. 
" Oh Ya Allah, dugaan apakah ini? Aku bersemangat dan positif.
Walaupun mereka menolak, InsyaAllah akan ada yang mahu membantu
Ya Allah, aku mohon permudahkan pencarian ini,
Aku tahu, siapa yang usaha lebih pasti akan dapat lebih,
Ya, aku berusaha. KepadaMu aku berserah"

Syukurlah. Lepas Asar macam itu, ramai pula yang menjadi responden. Tadah tangan sambil bersyukur. Macam itu juga aku buat dekat Mega Bazaar, pukul 7.30pm , kira-kira borang soal selidik  sambil senyum lebar, tak henti-henti ucap syukur. 

Inilah serba sedikit pengalaman aku mencari responden. Kalau nak kira dari semester 1 lagi dah cari responden, cuma yang ini menarik sebab tujuan tesisfie aku. Bila jadi macam ini dekat aku, tergamak ke aku nak buat dekat orang lain yang sedang mencari responden? TAK. Tiap kali mereka datang, aku tak pernah mengelak nak tolong jawabkan. Oleh itu, kepada MLA yang akan menyiapkan tesis anda dan perlu mencari responden, ingat ya.

 "We are dealing with human mankind, human being. They have a thought,feeling and heart. Please be nice with others. Allah will lead you. InsyaAllah."


Wednesday, 18 June 2014

::: Tips 9: Exam Week :::


:: Peperiksaan Pembunuh :::

Siapa pelajar?
Perasaan MEREKA begini

Hai MLA. Rasanya tak terlambat mungkin kalau Kak Ina nak bagi tips-tips dalam menghadapi peperiksaan yang sedang berlangsung ini kan. Sebelum itu, Kak Ina nak MLA duduk properly dulu. Sebab apa yang Kak Ina nak kongsikan ini mungkin ada yang tak boleh diterima akal yang waras lagi jelas. Selalunya bila kita berbicara tentang peperiksaan ini, yang terlintas dalam benak fikiran MLA nak dapat dekan. Betul tak? Betul tak? Kalau tak dapat dekan, MLA rasa macam menyesal sangat, tak lalu makan, fefeling tak pandai, et al.

Hakikatnya, berapa banyak A yang diperolehi, berapa carrymark yang MLA dapat bukanlah penentu kepada kejayaan MLA masa hadapan. CUMA, ia batu loncatan untuk dinilai suatu masa dahulu. Makanya, tak perlu gundah gulana. Apa yang penting? Kepraktikkan yang MLA dapat dan aplikasikan sepanjang masa. Contohnya [ Kak Ina suka jadikan diri sendiri sebagai contoh sebab PEMBELAJARAN DATANGNYA DARI PENGALAMAN DIRI SENDIRI ]. Bila Kak Ina ambil Major KERJA SOSIAL, Kak Ina masih blur-blur , apakah jadahnya !! Tapi lama-lama baru faham. Dekan? Syukur. Paling tinggi masa Semester 5 [3.89]. Tapi, apakah itu sekadar dekan? Tak. Kak Ina dapat lagi banyak, pengalaman handle klien, memahami deeply their thought et al. [malas nak sembang fasal social work].

Yang paling Kak Ina suka. observing . Ohh, itulah yang Kak Ina buat dikala bersendirian tiada peneman. Memerhatikan manusia. Pernah jugak dapat pointer [3.02] tapi itu tak mematahkan semangat. Makanya Kak Ina nak tanya? Apakah pentingnya Pointer + Dean List ?. 

IMAM MALIK kata apa itu ILMU

Justeru itu, Kak Ina nak share idea 20 cent. Mungkin ada yang sama pe'el nya dengan Kak Ina. 

1. Nota yang ringkas untuk bacaan terakhir

Waw, bunyinya macam kedekut je note nak share-share. Alahai, bukan begitu adik-adik sekalian. Kak Ina lebih suka nota tersebut yang paling minimize perkataannya. Ini membolehkan Kak Ina menggoreng dengan sehabis rentung. Janji ada keyword-keyword yang penting. Disebabkan course Kak Ina bermain dengan teori merangkap dalam jawapan yang diberikan perlu ada praktikal sekali, makanya jawapan lebih kepada sumber yang nyata, jelas dan tersusun.

2. Tidur Sejam Dua Jam Tiga Jam dan Berjam-Jam

Bila kita rasa fedap sangat-sangat. Jangan baca. jangan tekankan diri. Tak guna memaksa diri kalau diri tak boleh terima. Tula korang ini, bila dah nak dekat exam baru kelam (ewahhh, marah pulak). Yang PENTING, jangan memaksa. Tidurlah. Bila bangun nanti kita akan lega. Masa-masa macam ini otak memang cepat stress, stuck, non-funtion et al. 

3. Bawak berbincang dengan rakan berbeza jantina

Mengapa berlainan jantina? Sebab kalau discuss dengan sama jantina ini lain jadinya. Kejap nak tengok FB, Instagram, twitter-mister lah. Hoii, macam-macam tahu. Tak jadi nanti discussionnya. Lagipun bila ada group discussion ini , ia membolehkan perbincangan menjadi lebih telus dan jitu.

4. Minta MAAF

Terkadang, masa kita buat assignment group, mungkin sumbangan idea kita kurang, takpun kawan berasa hati dengan kita, takpun kita ada mengata-mengata member kelas. Tak perlulah cakap apa bendanya. Cukup sekadar minta maaf. Lagi baik dari kita berdendam, dia pun berdendam sama. Menariknya coursemate Kak Ina adalah, setiap kali last class , kami akan bergambar dan  minta maaf sambil laga-laga pipi. awesome!!!. Makanya, kalau terasa-berasa-merasa dan seangkatan dengannya, sudah-sudahlah tu. Kata social worker!! .

5. Jangan PUTUS DOA.

Yes!! Doa itu senjata umat Islam. Setuju?. Yes!!. Masa inilah kita nak mengadu-domba padaNya. Bukan dekat FB ye. Cakaplah apa-apa pun, nak guna bahasa urdu, mandarin mahupun perakian, itu tak mendatangkan masalah. Janji BERDOA. Selalunya doa Kak Ina merapu-rapu. Contohnyalah 

" Oh Ya Allah, aku selalu macam inikan, bila dah dekat exam mulalah merepek-meraban, 
macam tak ada arah tujuan. Ampunkan dosaku Ya Allah, selalu la'gha malam-malam,
mengumpat sana-sini, mengata itu ini. Aku le tu Ya Allah,
Ampunkan dosaku Ya Allah, aku manusia khilaf.
Tahu salah tapi buat, ini semua setan yang direjam yang bersalah.
Tapi Ya Allah,
PadaMu aku serah segalanya, aku sudah buat yang terbaik.
 Akhirnya aku Tawakal kepadaMu.
Moga aku juga dalam kalangan mereka yang dilindungi olehMu. Amin".



Inilah sebenarnya ERTI pelajar

Apapun, Kak Ina ucapkan Selamat Menjawab Peperiksaan kepada pelajar-pelajar yang sedang bertungkus-lumus belajar tanpa sempat makan-minum, jogging dan enjoy. Kepada Busu aka Adik, Selamat Menjawab Peperiksaan Last Sabtu ini. Bhahaha. Selamat menggoreng dengan kuali pemanggang ajaib.

Satu pesanan Kak Ina : Jadilah DIRI SENDIRI dalam menentu arah kejayaan anda.

Idea 20 cent,
Bekas pelajar social work USM

Tuesday, 17 June 2014

::: Kemana Hilangnya 20 hari :::


::: Cik Ina tak HILANG ke mana, cuma pulang ke Kg Halaman :::

Assalamualaikum MLA, kali ini aku men'jongket'kan diri kehulu kehilir, macam tak ingat dunia pula bila berjalan sakan selama mana ada di kampung. Ini semua terjebak dengan rencana dan agenda Datin Lijah la ni. Aku cuti bermula 30 Julai - 17 Julai. Hah, tak lama ke duduk dekat kg? Apalah yang aku dekat kg lama-lama tu. Tula kome tak faham. Orang kampung macam aku yang sangat naive (hamboi), kalau tak pergi melawat-pelawat-selawat dan seangkatan dengannya memang tak sahlah.

360 yang MENIPU

31 Julai dan 1 Jun. KENDURI KAHWIN,AKAD DAN NIKAH. MLA kena faham, kalau dah mak kata "moh semua pergi kenduri mak cik blablabla". Ia bermakna semua kena siap ye, pergi kenduri sedara. Makanya tak boleh nak bagi alasan seperti "mak, org tak bawak balik baju kurung, mak orang ada kenduri kawen kawan sekolah, mak, org blablabla". Alasan-masan semua tak akan diterima. Nak tak nak kena kumbas balik baju kurung lama-lama mana ada. Ewah!. [kome sakit perut tak? Aku memang kalau makan rumah org kahwin nie, perut memulas-mulas minta ihsan].

2 Jun /Isnin. KE NEGERI SEMBILAN. Kali ini mak yang bersemangat waja perwira dan perkasa. Kalau dulu-dulu bukan main macam-macam alasan cik puan emak memberi alasan, tapi kali ini nak pergi berjalan elok je. Sampailah kami sekeluarga ke rumah Uda di IPD Jempol. Kali ini tak banyak tempat kami jalan-jalan di negeri sembilan sebab nak pergi tempat lain. Ada le ke Hutan rekreasi Ulu Bendul, mandi-manda. Pergi 3 bijik kereta. Almaklumlah, yang seorang tu dah pakai kereta baru. Nak try test sampai Johor katanya. Amboi. Baguslah. Aku tumpang gembira MakLong oii.

3 Jun / Selasa. TEMERLOH,PAHANG. Mak buyung nak makan ikan patin gulai tempoyak sampai temerloh sana oii. Ikutkan juga. Men'jongket' la sampai ke sana. Tah apa dibuatnya entah. Aku follow je. Bukan aku yang drive. Gambar tak ada sebab semuanya dalam kamera abangipar. Beliau nak balik ke Johor, tak dan-dan nak ambil gambar tu. Nak harapkan tab, hp dan seangkatan dengannya. Bateri asyik sold out je. Mana taknya, si AbgLong asyik main game je. Pakai power bank pun tak guna. Ayooo!!!.

Aku tak makan ikan patin, ini kali pertama. Tak hanyir. Tak rasa paya. Apa tah nama kedainya tepi sg temerloh tu. Sedap dimakan kala itu, bawak balik rumah, tak makan, buang. Sedapnya sebab beliau masak depan orang. Sepinggan RM10. Kami ini ber3 kereta. Makanya, bila makan memang banyaklah. Okaylah!! Tapi mungkin tak setanding Ikan Keli Gulai Tempoyak MakChik kot. Terlaris di rumah. Bhahaha.

4 Jun / Rabu. MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam lebih menggunakan waze. Bhahaha. Walhal bukan tak pernah sampai, cuma tak pernah sampai dengan keluarga. Bawak mak pergi beli belacan semata-mata. aptb. yang sebenarnya Datin Lijah kaki jalan. Bagi aku yang dah sampai beberapa kali, aku tak ada la excited sangat nak naik macam-macam tu, tapi bila dah ramai-ramai, aku on ja. Kesian kat aku sebab jadi tukang ambik gambar. Huwaaa!!!. Kami sebijik kereta je. Yang lain dah balik dengan ke Johor.

Diatas Kapal A'Famosa
Siapa yang excited nak masuk. Ace teka. Yes!! Betul. Betul. NUR ALEESYA ADRIANNA. Cik kecik Lisyot. Bila dia tengok arca-arca kapal tu, dia yang excited. Macam faham!! Tekun ya amat. Asyik bercakap je kerojenya. Letih nak dengar kalau dapat anak saudara yang kaki nyembang ni.

Lisyot nak naik
Konon nak tengok dari atas. Last-last dia tidur pulak. Penat mamanya dukung. Tak habis-habis tunjuk menara ni. Tapi kena kejut bila sampai atas. Kesian, terpinga-pinga Lisyot MakChik. Mak pula berurut kaki dekat menara tu. Ada sekumpulan OKU penglihatan yang buat service urut kaki. Yang urut kaki ikut jantina la kan. Mak siap tambah 15 minit lagi. Kami-kami pulak tengok dari atas. Hehehe.

Kota A'Famosa sepenuhnya
Aku dah cakap banyak kali tak payah naik aih beca-beca ini. Takat bawak mak dah la. Tapi Uda ni nak semua. Dah kena tutuh RM60 x 3 beca. Bukannya bawak kemana pun. Haiiisshhh. Alang cakap kitorang boleh jalan kaki. Tapi dah beliau nak belanja, ikutkan saja. lagipun beliau tunggu hari nak bersalin. Takut pula. Sampailah ke Kota A'Famosa. MakChik sempat pula menceritakan sejarah-sejarah Melaka. Dah kau kenapa MakChik?

Ada la sekeping gambar MakChik
Hoiii, gambar deme-deme penuh dalam Mr Tabbin ni. Okay!!! Done transfer.

7 Jun / Sabtu. KENDURI TAHLIL DAN BACAAN YASSIN. Alhamdulillah. Aku tahu ada kenduri pun hari rabu. Kenduri ini bukan keluarga Ahmad Saidi yang buat. Opah Slim River yang buat. Kenduri ini diadakan bersempena kesihatan Mak Usu yang siihat daripada penyakitnya. Tahlil dibuat untuk ahli keluarga yang telah menghadap Ilahi. Arwah atuk, abah, pak sedara- paksedara, mak sedara- mak sedara dan et al. Bacaan Yassin dibuat dirumah atuk di Slim River dengan kehadiran cucu-cicit,anak menantu. Alhamdulillah, selesai semuanya.

Sebahagiannya

9 Jun - 15 Jun. BABY SITTER, MASTERCHEF ZURINA, TUKANG KARUT AHMEOW ET AL.  Hahaha. Minggu seterusnya aku tak rasa macam nak balik lagi. Sebab? Deme ada dekat rumah. Bila dah balik kampung, perasaan nak balik UKM memang tak la dah kan. Makanya, hari-hari  melayan anakbuah. Mengamuk. Nasyid. Lagu sendu. Lagu Indon. Hoiiii!! Aktiviti utama adalah HBO411, 412,413,701,702,729. Filem Melayu? Sorry!! Tak sempat pula. BERITA TV3 pun tak tengok. Bhahaha. Yang penting, bergaduh dengan kakak puteri rebut remote TV. Disebabkan MakChik deme ni garang, pengakhirannya remote TV dapat ke MakChik. Bhahaha.

Nampak tak? Nampak tak? Ada tak aku cerita pasal 'thesisfie'. Bhahaha. Sekali baru tersedar dari sesat jalan yang berpanjangan. Menangis tak tidur malam menyiapkan bab 4. Bhahaha. Penemannya ahmeeoww. Ada bagusnya beliau kadang-kadang tu. 

Ahmeoww BERADU TERADU

Bila dah dapat hidaya' baru ingat 'thesisfie' yang tak siap. Berpeluh-peluh, mengeletar seluruh badan. Pengakhirannya mulalah tingtong. Mulalah merapu-kerapu dengan mak. Bhaha. Time men'jongket' tak ingat dunia. Tak apa. Tak apa. Lepas ni kena pulun. Kena seru semangat donkey dari donkey . 

Akhir kalam, cerita tak seberapa dari MakChik untuk MLA.

Kaki Merapu,
MakChik.