Tuesday, 27 May 2014

::: Salam Isra' Mikraj 1435H :::


:: Nabi Muhammad SAW sebaik-baik pemimpin ::

Indahnya ISLAM

Ajaibkan!!! Semuanya yang terjadi atas kekuasaan Ilahi. Siapalah kita untuk mempersoalkan itu dan ini. Siapa jugalah kita ini kalau dibandingkan dengan para ulama dan anbia'. Kadang-kadang, terfikir juga akan dosa-dosa silam, dalam sedar dan sedar, usia makin hampir ke kematian, namun terkadang tidak gentar. Adakalanya sehinggakan berdebar-debar mendengar hal kematian. MasyaAllah. Ketakutan itu sebentar, kemudian hilang begitu sahaja. Ah, itulah MANUSIA. Tak pernah sempurna. Tak juga cuba berusaha untuk memperbaiki diri. Bukan sesiapa. Tetapi AKU sendiri. 

Apakah yang kita risaukan?

Iyalah!! Sering juga kerisauan tentang hidup melingkar-lingkar dibenak fikiran. Memikirkan akan kerja yang tiada, memikirkan akan jodoh yang tidak kunjung tiba, memikirkan akan perkara-perkara yang sepatutnya mungkin. Walhal semua itu sudah menjadi aturan hidup. Tetapi namanya MANUSIA seperti aku, tidak pernah terkalih untuk memikirkan semua perkara. Terlalu risau dengan dunia, sehingga kerisauan di Akhirat terabai. Subhanallah. AKU kah itu?

Agar ILMU ku berkembang

Alhamdulillah. Aku bersyukur kerana aku CINTA AKAN ILMU. Ilmu itu aku gali, tarah, ilmu itu aku jadikan laluan ke arah kejayaan. Tapi! Sejauhmanakah aku berjalan-jalan, mengadaptasikan ilmu itu dalam kehidupan seharian. Adakah ilmu itu aku layangkan kepada mereka? Adakah dengan ilmu juga aku semakin sombong dan angkuh dengan yang Pencipta? Allahurabbi. Allah Maha Besar. Siapalah aku kiranya dibanding dengan 'mereka-mereka".

Mari MLA, mari kita audit diri.

Sejauhmanakah kita melangkah di dunia ini? Berapa banyakkah kebaikan yang kita sajikan? Bergunungkah pahala dan amal yang kita laksanakah? Persoalannya MLA, siapakah kita ? Cukupkah hanya pada nama ISLAM sahaja? atau adakah kita benar-benar beragama Islam. Oh Ya Allah.

Monday, 26 May 2014

:: Putrajaya again & vision ::


:: Interview, interview & interview ::

Hyep MLA, dekat wechat aku tak habis-habis naik status nervous-nervous gitulah. Sampai tak lena tidur malam tadi takut punya pasal. Well, aku kena buat indeeeeeepppp interview pasal tesis aku. Cadangnya tak nak pun adakan indeep interview ni, tapi bila dah kena satu bab pasal dia saja. Nak tak nak, gigihlah aku ke office buat surat menjalankan penyelidikan. Nak dapat surat pun seminggu walhal surat bercetak komputer je. Baguslah!!.

Minggu lepas aku telefon bahagian sekretariat Pelancongan ni, konon-konon nak buat appoinment bagailah. Alhamdulillah, perjalanan itu nampaknya smooth je. Mungkin sebab skala excited nak siapkan semester ini jugak kot. Aku ni sanggup tunggu Sabtu Ahad ini semata-mata hendak berjumpa pegawai tersebut.

Indeep interview pukul 11, memang sharp pukul 11 aku call En Zaffwan ni. Perjalanan nak ke Putrajaya pun lancar sahaja. Ditemani roomate. Hoii, menggigil jugak la drive di Putrajaya. Nak tak nak tawakal sajalah. Bayangkan, aku ini kalau sebut banyak-banyak kereta, skala fobia itu memang paling teratas sekali. Tapi, aku tahu. Allah denganku.

Fokus dan fokus

Almaklumlah, bila berurusan dengan human being ini, terkadang mesti akan berubah-ubah. Ewahh!!. Tunggulah aku dalam 10 minit menanti En Zaffwan yang tak kunjung tiba. Akhirnya penantian berakhir. Dibawanya aku dan roomate Mas ke biliknya. Makanya, bermulalah sesi soal-jawab-soal-soal-jawab-jawab.


Nampak tak, soal-jawab-jawab-jawab-soal-soal
Hoii, akhirnya selama sejam lebih soal-soal-jawab-jawab, settle jugak. yehaa!!. Tak sia-sia menanti beberapa hari semata-mata mahu berjumpa beliau. Tersangat friendly, memahami tiap bait-bait soalan yang ditanya, menjawab dengan pantas,padat dan berinformasi. Tahniah En Zaffwan. Hehehe!! yang sebenarnya sememangnya aku nakkan semua yang diberikan kepada aku. Yuhooiii semangat nak siapkan tesis!! Semangat. Dah tu, siap bagi goodies bag lagi. Yang menariknya dibaginya sekali kera bekantan tu. Aku pun bagi juga. Tu tu hah dalam bag UKM tu. Siap-siap nak bagi. Hahaha. Orang berbudi, kita berbahasa. Tak gitu?

Kera bekantan & maskot VMY 2014
Sebenarnya apa yang aku nak sampaikan?

Kadangkala, sifat dan keperibadian kita ini mencerminkan siapa diri kita sebenarnya. Kalau kita mudahkan ia, maka segalanya akan menjadi mudah. Sekiranya kita menyukarkan ia, semuanya akan jadi sukar. Kita yang mencorakkan segalanya. Makanya, kita juga yag bakal menerima bentuk corakkan itu.

 Tak gitu?

Yehaa!! Jom sambung buat bab ini. Moga-moga Supervisor Mami akan menerima tanpa bangkangan serta senyuman lebar sebab tiap-tiap evolusi edisi itu aku dapat. Yehaaa!!!


Insan yang penuh dengan semangat.

Sunday, 25 May 2014

::: Berdosakah kita? :::


::: Adakah semua perkara yang kita buat, semuanya ke arah kebaikan? :::

Assalamualaikum MLA, hari ini tiba-tiba jejari ini laju sahaja mahu berkongsi buah pandangan. Boleh untuk menidakkannya. Boleh juga untuk menerimanya. Kan kita berhak!! Lagha'kah aku menghabiskan masa-masa yang ada dengan menonton cerekarama kisah-kisah yang dipaparkan di FB, blog-blog, mahupun medium-medium elektronik ini. Mungkin ada masa kita fikir apa yang kita buat akan menjadi sesuatu yang akan digemari oleh orang, tetapi hakikatnya tak pun. Kita menghabiskan masa-masa yang ada dengan me'nyekodeng' orang, selepas itu, hati tak tenang sebab dah sakit hati.


Kadangkala, kita hilang sifat istiqamah, mahupun nilai norma yang baik. Dahulu, motto-motto ilmiah seperti 'hormati orang tua", memang tidak lekang dari memori kita. Namun begitu, terhakiskah sudah memori itu? Bayangkan, adegan 'takseronok' ini sering kita saksikan. Ibu mengandung mahupun mak cik yang berusia hanya berdiri di satu sudut dalam train KTM. Dimanakah nilai pekerti murni ini apabila tidak ada sesiapapun yang sudi memberikan tempat duduk untuk mereka.

Terlalu banyak sebenarnya tanpa kita sedar, kita berdosa.

Hilang sudah sifat-sifat baik yang dianjurkan oleh Nabi tercinta. Apakan daya, kita sering diasak dengan bisikan syaitan yang direjam [ah, ini semua alasan]. 

Sebenarnya, apa yang kita hendak dalam dunia ini? Pekerjaan? Keluarga? Kewangan yang kukuh? 

Apa?

Mungkin, mungkin kita lupa sebenarnya tujuan asal kita wujud di muka bumi ini mungkin. Hakikatnya tanpa kita sedari, kita semakin jauh. Jauh dengan matlamat, misi dan visi kita. Kita semakin pergi meninggalkan kejayaan kita yang sebenarnya.

Oleh itu, BERDOSAKAH KITA?

Hasil mainan jejari,
Cik yang sedang mencari MAKNA!!

Thursday, 22 May 2014

:: HUSNUZON ::


"Husnuzon" kah aku ke atas segala perkara yang berlaku??

Hyeep MLA, HUSNUZON tu dalam bahasa Arab tetapi dalam BM , ia bermaksud BERSANGKA BAIK. Baiklah, bersangka baikkah kita selalunya? Bila tengok satu-satu kejadian, apakah yang terlintas dalam benak fikiran anda semua? Perkara baik di dahulukah mahupun andaian-andaian jahat terlintas?. Yang pastinya, semua itu tak boleh diukur dengan pembaris, termometer mahupun dengan tali tangsi bukan? Makanya, jom audit diri semula, bersangka baikkah kita?

Tamsilannya,

Ada rakan kita meng'upload' satu pic yang cantik sangat disertakan sekali dengan caption "syukur Ya Allah, atas nikmat hari ini". Dah tu pic makanan yang sangat delicious tersangat. Apakah sebenarnya yang dia nak beritahu sebenarnya? Adakah dia bersyukur atau mahu post pic tersebut?

Hah, disinilah sifat husnuzon itu diperlihatkan. Kalau ikut kita yang seringkali dipaksa oleh setan nirojim, mesti menyampah tengoknya, takpun buat poyoyo.  Oleh itu, jom bersangka baik, dia meng'upload' pic tersebut untuk mengucapkan Syukur atas nikmat pemberian yang diberikan. 

Aku pula, skala bersangka baik aku sentiasa melebihi skala sakit hati. Oleh itu, aku sering abaikan perkara-perkara lag'ha ini. Tapi terkadang kita akan ter'tengok' bukan? Oleh itu,ingin aku kongsi tips sering aku buat kalau aku tetiba tak berapa nak sangka baik. 

1) JANGAN TENGOK. Itu sesuatu yang sangat sukar bukan? Tapi selalunya aku boleh. Almaklumlah, disebabkan FB bukanlah medium sosial utama aku, maka aku dengan mudah dapat untuk tidak menengok. Kita ini manusia sifatnya sentiasa berubah-ubah. Oleh itu, first step adalah dengan  tidak tengok.

2) THINK POSITIF. Nak berfikiran positif sentiasa pun, tak boleh jugak kan? Ala, tak perlu nak berkaunseling bagai sangat. Cara mudah nak berfikiran positif adalah dengan memakai pakaian yang boleh membawa aura-aura positif seperti putih, biru laut, hijau pucuk pisang et al.

3) DENGAR ZIKIR. Mudah bukan. Kalau nak dengar surah-surah lazim pun okay. Percaya tak? Dengan mendengarnya pun kita dah tenang, inikan pula nak kekalkan sifat bersangka baik tu. Sambil-sambil dengar, kerja pun siap. Wahhh!! heaven sangat bukan.

4) BE YOURSELF. Ye MLA. Selama mana kita mahu jadikan orang lain sebagai idola. BE YOURSELF AS A IDOL. Hati senang, jiwa, keperibadian juga terserlah. Terkadang, dalam bekas transparent, barang di dalamnya dapat dilhat dengan jelas kesemuanya, tapi kalau ada sesuatu yang berbeza, percayalah itu yang akan membuat mata-mata yang memerhati memandang tanpa kerdipan.

Bersangka baik itu sifat terpuji,
kerana coraknya kita lakarkan sendiri,
Terkadang kita tewas dalam mainan perasaan,
Terkadang ia meyakitkan,
makanya,
bersangka baik itu perlu diketika itu.

Cik yang sedang bersangka baik.

Wednesday, 21 May 2014

:: Kepadamu kekasih:::


:: Pesanan Buat Kekasih ::


Tengah menaip laju-laju sampaikan ejaan pun tunggang-langgang, lagu spring di corong speaker aku yang maha kuat ini. Aku pun stop taip laju-laju. Terus dengar bait-bait lirik tersebut. Okay!! Sekali!! Dua kali!! Tiga kali!! Empat kali!! Lima Kali. Okay! Stop. Ada bait-bait yang terngiang-ngiang di pendengaran ku ini
" ingin aku berpesan, kepadamu kekasih...".. Okay jom fahamkan sebentar lirik lagu tersebut.

"Sewaktu kau melangkah Meninggalkan diriku 
Sebaknya rasa di dalam dadaku Menahan titis air mata Ingin aku berpesan 
Kepadamu kekasih Sekiranya engkau merinduiku 
Hubungilah aku di sini Jika ada kesilapanku 
Maafkanlah diriku oh sayang 
Dan izinkan aku bertanya Mengapa kau berubah hati 
Kiranya kau ada penggantiku 
Tetapi hidupmu tak bahagia Relaku memaafkanmu 
Dan menerimamu sayang Walaupun hatiku kau lukai 
Namunku masih menyayangi Kerana sehingga waktu ini 
Cintaku masih untukmu 
Oh sayang di mana kau berada Janganlah kau lupakan aku 
Ingatlah aku walau sesaat Seorang insan yang terluka

 Ingin aku berpesan,Kepadamu kekaksih
Kiranya engkau trasa dan tak lena Itulah hembusan rinduku."


Hah, apa aku nak ceritakan sebenarnya? Percaya tak? Dalam hidup kita ini kadangkala, bila kita terlampau menyayangi seseorang, kita seakan lupa siapa diri kita sebenarnya. Bila kena tinggal, (mungkin jodoh itu bukan untuk kita), kita seperti baru teringat siapa. Air mata, kenangan, wlahal segala benda yang pernah kita buat bersama dahulu akan kita kenangi. Namun, hakikat sebenarnya, "dia" bukan untuk kita.

Kalau aku,
Cukup sudah sekali dia lepaskan kita. Dia bukan untuk aku. Aku tak akan pernah rela untuk terima dia lagi. Kerana telah aku katakan dahulu, biar sesiapa pun, tetapi bukan "dia". Bagi aku, sesiapa pun menerima "dia" kembali, kamu sedang membuka semula luka yang pernah tercoret atas nama cinta dengannya. Oh siapalah aku untuk berceritera cinta ini. Sebagai manusia biasa, aku jadikan pengalaman-pengalaman dahulu sebagai rencah dan acuan dalam melayari bahera kehidupan ini.

Cukup sekali terluka, selamanya aku akan baluti.

MLA suka dengar lagu jiwang-jiwangkan? Aku pula suka dengar lagu raya, hindustan, Indonesia, sikit lagu Melayulah. Karang kata lupa daratan. Tapi bait-bait lirik ini, aku BENCI. Apapun, aku nak berpesan kepada mereka-mereka:

" Cinta ini bukan untuk ditangisi, 
bukan juga kembali kepada dia yang pernah tinggalkan kita,
waima untuk dia yang rakus membiarkan titisan air mata kita mengalir,
Cinta ini, untuk dia yang memahami,
untuk dia yang menerima,
untuk dia yang ikhlas menyayangi.
Cinta ini untuk penyatuan dua hati,
bertintakan Allah SWT juga, Cinta ini bersemi,
Dan
Cinta Ini,
Untuk Dia yang tercipta untuk Cinta Ini.

tetiba jadi minah penyajak!!


::: Kolej Keris Mas & Dinnerlicious :::


:::: Malam Anugerah Mahasiswa dan Amal 2013/2014::::

Hollaaummm peps MLA. Hari ini semangat untuk menaikkan entrilicious . Tersebutlah kisah dimana aku telah menper'joint'kan diri ke dinner KKM malam tadi 20 Mei 2014/8PM. Temanya tersangatlah princess & Prince sesangat.  "Malam Lukisan Hati Realiti Seindah Mimpi". Hamboii engkau deknon, tema nak gempak, harap-harap perjalanan event pun gempak ye dik. Disebabkan rumet merupakan sekretariat (oh, UKM panggil AJK), makanya proses penempahan meja dan semuanya telah aku serahkan sepenuhnya kepada beliau. Nampak tak mainannya? Pemalas sungguh aku nak pergi tempah-tempah ini. Nak menunjukkan kemalasan yang maha karya malasnya ini, baju dinner pun aku beli malam Isnin. Isnin pagi pergi oter, buat Dat dan sebagainya. Fuyooo. Nak tahap lagi malas, orang dah siap-siap pukul 7, aku pukul 7 iron baju pun belum. 

Yang sebenarnya, semalam aku non-stop buat kerja dari pagi bawak sampai ke petang, dah tu banjir kilat pulak dalam UKM ni, terkandas, siap bermandikan hujan lebat. Bawak kereta sampai tak nampak jalan dah. MasyaAllah, hujan. Menggila nampaknya. Dah petang, badan longlai, mana nak enjoy sangat kalau kepala dah tingtong, hidung dah berhingus. Dimana? Dimana?

Tapi,
Atas prinsip tak mahu melepaskan peluang dan makan, aku gagahkan juga pergi. Namun, aku pulang awal. Pukul 10 dah sampai bilik. Berdengkur. Yehaaa!! Sedang Pengetua memberi ucapan, kitorang sudah makan apa yang patut. maaflah ye!! Semua orang tergesa-gesa malam ini. Kami berempat ada hal yang tak dapat nak dielakkan. Due date nak hantar malam ini, nak kena betulkan templats bagai. Ohhh, namakan pelajar yang tak ada kerja sekolah? 

Sesiapa yang tengok pamplet ini. Apakah pandangan anda?

Kalau mengikut tentatif program, makan selepas ucapan-ucapan dibuat. Namun, maaflah ye! Tak dapat nak ikut.  Pelajar-pelajar, waawwww, anda amazing sesangat. Awesome bagai. Sangat fairy tales uolss. Yang aku tengok, ramai berdress bagai. Cantik-cantik. Siap tempah mekap lagi. Hamboiii ko adik. Akak ini tak dan nak mekap-mekap. Ingat nak makan je dah ni. 

Sampai-sampai ada adik satu aras panggil masuk, wahh bagus-bagus tak payah tunggu berbaris panjang-panjang. Thanks ye dik. Kalau dari pandangan kasar aku, AJK yang dilantik memang berprotokol. Oleh itu, aku nampaklah kelancaran semasa program berjalan. Berperingkat-peringkat yang masuk ke dalam hall. Bagus! Thumb ups untuk AJK.

Kami-kami masuk, terus dengar MC kata "diumumkan ketibaan blablabla, hadirin diminta berdiri". Okay!! berdiri dan menyanyikan lagu Negaraku, lagu UKM. Opppsss, maafin aku UKM, ini 1st time aku dengar lagu UKM. Makaihh, rancaknya lagu UKM. Hehehe. Akhhirnya aku berjaya donlod lagu UKM. Nanti jangan ada yang kata belajar di UKM, lagu UKM pun tak tahu. Hehehehe. Me LOVE UKM.

Berdiri sambil melihat perarakan masuk VVIP
Kalau diikutkan memang ramailah manusia pelajar KKM di dalam hall ini. Semuanya cantik-cantik belaka. Baju, dress semuanya sangat muda-mudi. Warna yang menyinari kebanyakkannya aku tengok kaler pastel. Ade yang terang-benderang kaler bajunya, tapi memang cantik-cantik. Aku siap tanya beli dekat mana? Nampak tak? Siap tanya dengan adik yang duduk semeja dengan kitorang, "dik, tempah mekap ke ni? sepesen je muka ni."

Hiasan dan kedudukan meja

Sempitkan? Sempitkan? Apakan daya DEKTAR memang sempit. Ini pun kira ada juga ruang. Dan aku percaya. Mereka telah susun atur sebaik mungkin kedudukan meja kerusi ini.  Ada aku bagitahu tak, iringan muzik sepanjang program adalah petikan daripada lagu Frozen tula. Let It Go. Hamboiii!

Menu
Okay!! Fine. Bila tiba tang menu, aku mesti nak merungut bagai. Aku rasa bukan aku je, separuh darinya mungkin. Nasi mentah. Itulah masalah bila kita makan menu begini. Pelik tak? Tema wonderland, menu Orang kahwin? Ayooo!! Tema dah havoc sangat, makanannya macam nak pergi sambut menantu. Tiba tang meja aku, nasi mentah lansung tak boleh makan. Ragam aku pulak, kalau kata makan-makan, aku memang simpan perut sebab nak makan. Aku rasa yang ini sahaja yang aku tak puas hati. MAKANAN. Bila nasi hujan panas yang tak panas dah tu mentah, takat boleh ratah-ratah jela. Katering mana ni ye? Sampai hati, balik bilik masak megi sebab dah tak lalu nak pergi cafe.

Namun begitu, walaupun makanannya 'lekyoooiii" tapi props dan photo booth sangat awesome. Amazing. Wonderful & Wonderland. 

Winter & Wonderland

Okay!! Bab props dan photo booth aku salute. Memang cantik. Kami-kami keluar awal, makanya tak ramai yang bersesak-sesak. Boleh tangkap macam-macam style dan props lah. Boleh tangkap sorang-sorang jugak. Ada dua photo booth. Tapi yang ini aku suka. Hahaha. Kami berempat. Dah Mie tak ada, tak cukup korum le pulak. Nampak mainannya 1 Perakian, 3 Kelantanese

Princess Zurina Bt Ahmad Saidi
Auocchh!! Nak jugak tambah nama princess-princess ini. Sememangnya baju aku tak ikut tema. Apakan daya. Aku bukanlah nak bertema bagai. Ini pun semuanya last minutes preparation. Seperti yang aku cakap Malam Isnin mencari baju di "boutique uptown" , hari Isnin pagi pergi hantar tailor & francis potong sedikit kain bawah, buat tali,hari Selasa petang pergi ambil. Selendang memang dah ada. Eda punya. Senang cerita pakai mana ada, brooch, pin kebarung semua memang dah ada. Tinggal nak mix & match jela. Ikut kepala. Tangan gatal tengok kalau-kalau baju ini boleh diubahsuai, tengok online boutique, . Hoii, tak mampu. Apa pening-pening, lebihan kain potong aku buat tali, IKAT. Dari nama baju ini Dress Emma Maembong, jadilah dress ini Dress Ina Maembong [nakjugaknamamaembongtu]. Apa yang aku suka dekat Dress Ina Maembong ini adalah kainnya berat, tidak jarang & tak crowded dengan perhiasan bagai. Tone warna juga sekata. Oleh itu, aku memberi 10/10 terhadap Dress Ina Maembong ini. Bhahaha. Nampak syok sendiri disitu ya!!.

free style dari Puteri Ina Elsa
Gigih nak jadi puteri Elsa. Akhirnya bagikan nak jugak Elsa tu. Secara overallnya , aku suka dengan baju aku. Hahaha. Siap upload dalam wechat.Kata nak pakai baju ini time raya. Nampak mainannya tak payah beli baju raya. (Ahh, tipu ini semua). Well, apapun, secara kasarnya kerana aku hanya berada selama sejam sahaja di dalam acara ini, aku lihat semua orang bekerja keras menjayakan makan malam ini. Semua orang enjoy dengan artis jemputan, makan-makan, bergambar bagai. Hari penuh keceriaaan. Tahniah kepada petugas-petugas yang tanpa henti bertugas. Kalau tak ada anda, anda dan anda, event mungkin jadi tak semeriah ini. Apapun, thumb ups kepada semua.

Untuk aku pulak.
Tak payah nak beria sangat. Mulai start hari ini sehingga minggu depan akan menghadap laptop sepanjang masa, nak siapkan questionair untuk officer TMM2014, nak hantar itu ini, isi form sana sini, kehulu dan kehilir. Harap-harap urusan aku dipermudahkan. Amin. 

Akhir kata, wawww!! aku enjoy sangat!!!


Adik-beradik Puteri Elsa,
Puteri Zurina. 

Sunday, 18 May 2014

::: Siapa Suka BEKERJA:::


:::Mungkin aku kot!! ::

Hollaaa!! Nak kata aku ini seorang yang workerholic !! Ohh, mungkin tidak. Mungkin sebab dahulu lepas SPM dengan STPM aku nak la try-try kerja tapi tak dapat. Minta kerja kilang finisar, bila interview, soalan femes mereka "awak ini lepasan STPM, tak nak sambung belajar ke?" . Ala, mesti deme-deme dah tahu kita nak kerja sekejap je tu. Makanya deme pun tak ambil lah aku bekerja. Kerjalah aku dirumah. Bhahaha.

Bila aku mula start bekerja?

Masih boleh tersenyum

Alhamdulillah, bila dapat tahu aku dapat sambung USM. Aku gembira sangat. Tapi yang tak best, bayangkanlah aku sorang sahaja yang dapat sambung USM. Takdak member. Uwaaaa!!! Tah macam mana tah, walhal tak terduga pun dapat sorang-sorang. Sedih itu pasti tapi aku seronoklah. Sekurang-kurangnya aku boleh mula langkah pertama dengan mencari member yang baru. Takgitu?

Hoiii!! Bayangkan SEMESTER 1 aku dah bekerja part time dekat kiosk Fajar Harapan. Alkisahnya aku pergi photostad IC, gatal mulut tanya ada nak pakai part timer tak kiosk ini. Terus tuan kedai cakap (Abang Senior pendidikan), okay, bolehlah kalau nak bekerja. Aku pulak yang tercengang-cengang. Okay gak tu!! Gigih taw aku kerja sampai ke malam, tutup kiosk pukul 10 malam. Bayangkan,aku bukak pukul 9 tutup 10. Tapi ikut masa tak ada kelas aku lah. Bila dapat duit poket, gembira bukan kepalang lagi. Siap belanja rumet Emi makan dekat Bukit Jambul. Kehkehkeh!

Bawak ke SEMESTER 2 DAN 3 aku bekerja di kiosk. Menjadi sleeping partner seterusnya menghandle bagai. Pergi beli keropok, call tukang baiki printer dengan mesin photostad. Macam-macam lagi lah kerja aku. Macam Bos termporary pula rasanya. Bila pergi kedai photostad, rasa gatal pulak tangan nak buat sendiri. Bhahaha. Keuntungan masa tu banyak dekat print dengan photostad. 

Pergi ke SEMESTER 4 , aku dah tak nak buat kerja macam ini dah. Sengajalah aku cari-cari income lebih. Hah, ada orang nak pakai guru tuisyen. Kelebihan gitu-gitu. Aku call, interview, terus dapat! Mengajarlah aku semester 4 dekat Tadika An Nur, USM.(luar USM). Berulanglah aku dengan Mr Red ke Tadika tu. Yang bestnya, makanan untuk guru disediakan. Huaaa!! Huntung ko, dah ngajar dapat makan.  Hungtung lagi bila gaji dapat. Masa tu, tak adda la banyak sampai RM1000 lebih, tapi bolehlah nak beli kasut vincci , seluar nichi, mahupun barangan yang tak branded langsung. Alat mekap?? Ewwyuuu, aku kuranglah masa tu.

Promoter Kasut budak Garfield

Buka SEMESTER 5,  Tadika tersebut berpindah ke Balik Pulau, tuan owner suruh continue tapi weh oii, Balik Pulau tu bukan belakang USM, tapi disebalik bukit oooo, memang tak naiklah Mr Red aku tu. Tambahan pula, aku dah try pergi sana naik Mr Red, namun semput ditengah jalan. Bhahaha. Akhirnya aku ambil keputusan bekerja di Queensbay. Huaaaa!! Huntung berganda, tapi letih oo.
Yang syoknya, ramai kawan. Ramai sangat, selalunya lepasan SPM lah. Adik-adik kau, dah pandai cari kerja. Yang tak syok, bila musim orang dapat gaji. menyampah betul lah, penatlah aku nak layan. Sebab tu, bila aku pergi pasaraya besar-besar ni, aku tak suka punggah-punggah tak tentu hala, kesian dekat promoter tu.

SEMESTER 6, aku nak rileks. Amboii, bila rileks, badan aku pun bagai dipam-pam rileksnya. 

KOLEJ TAJ, IPOH. Tak convocation lagi aku dapat kerja dekat Taj Collage. Okay fine!! Dalam SEJARAH. Mungkin bukan rezeki kot nak lama-lama disitu. 

FARISHA WEBUCATION CENTER.  Okay!! Sini memang syok. Masa inilah aku buat dua kerja sekali mengajar di PTRS Dun Batang Kali. (Matematik &Sejarah). Yang menariknya FWS adalah tempat kalau nak belajar mulakan bussiness dalam Score-A. Senangkan ayat, kalau nak buka center pendidikan disinilah tempatnya kerana FWS menyediakan peluang tersebut. Dalam masa yang sama, disebabkan aku mempunyai kelayakan dalam mengajar, selepas diinterview aku diberi peluang untuk mengajar di PTRS Dun Batang Kali. 

Baju Kenshido masih disimpan dengan baik. SAYANG
Program PECUTAN PERDANA bersama OSMAN AFFAN
Yang ini kena handle 3 bijik bas lah pulak.  Tapi kenangan-kenangan weh. Ramainya pelajar SELANGOR masa ini. Berjumpa dengan guru-guru dari DUN lain. Alahai!!! Aku dah tak macam cikgu dah, dah macam budak-budak sekolah aku rasa. Yela!! deme-deme pun tersangatlah kamceeeng dengan aku.

Dimanakah aku??
Exam perlu!! Soalan telah disediakan oleh bahagian pendidikan. Aku tinggal nak hulur-hulur je ye kome-kome. Salah jawab, aku tolong betulkan. Apa yang patut. Tak Adil.Tak Adil. Masa bos datang, aku minta deme-deme jawab betul-betul..jangan tiru-tiru. Bila keluar je, "hah, kome boleh disscuss, tapi jangan bising-bising ya". Baik tak aku? Baik tak? Ala, itu cuma kertas exam je. Okay!

Mungkin Allah sedang memberi aku peluang-peluang lagi, akhirnya di UKM tempatku kini. Semuanya tak dirancang. Tapi, aku ikutkan sahaja langkah kaki dan hati. Yehaa!! Mana tahu, semua yang terjadi ini rentetan dan catuan dariNya. 

Di UKM, aku bekerja sebagai RA (Researh Assistant) . Nampaknya aku dan kerja tak dapat dielakkan. Bhahaha. Bila recall balik benda macam ini, banyak yang menjadi tanda tanya. Sungguh!! Aku kuat berusaha nampaknya. Baru aku perasan, aku banyak beli barang. Bhahaha.Dan penghujung SEMESTER 3 MASTER UKM ini, aku harap, akan ada peluang untuk aku bekerja. Macam dah tak sabar nak bekerja je aku ni. Hahaha! Dah aku kenapa?.

Aku rasa kalau aku tak dapat biasiswa, tak mungkin aku akan sambung. Mungkin sebab yuran je dah buat aku longlai dah. Tapi sebab yuran dah tak bayar, hanya yuran penginapan sahaja. Aku pejam-pejam jugak lah. Masih boleh survive. Aku percaya "walaupun kita tak bekerja kerana menuntut ilmu, rezeki Allah itu ada untuk kita membayar segala macam yuran maknena tu".

Bila bekerja nak sambung belajar, bila dah sambung belajar nak bekerja pulak? Ayooo.

Inilah serba sedikit pengalaman aku sebagai seorang pelajar dan dalam masa yang sama bekerja. Seronok oiii, kalau pandai membahagikan masa. Dulu berat 43kg je, la ni badan bagai dipam-pam bila tak bekerja ini. Nampaknya kena eksesais le. Akhir kalam, semoga ada peluang aku bekerja selepas tamat belajar ye!!

Cik manis yang sedang mencari kerja.

Saturday, 17 May 2014

::: Cuti dengan Shah Rukh Khan ::::



::: Mohabbatein selamanya HINDUSTAN :::

Huaaaa!! MLA. Baguslah, cuti-cuti ini kalau tak terperap dalam rumah, dalam bilik asrama macam aku ini. Dalam Sejarah betul la, tak tahu nak buat apa, bangun-tidur-bangun-tidur-bangun-tidur. Penyudahnya, aku on laptop, capai external dalam box, buka folder hindustan , hah, ambik kau. Jom layan Mohabbatein. Tah kali keberapa ribu gamaknya aku tengok cerita ini. Siap mop-mop mata bagai. Tiap kali tengok, tiap kali tu jugaklah aku touching lebih. Bila dah touching mula sedih-sedih. Ishhh, memang hindustan betullah. 

Dedulu-dulu lagi masa aku kecik-kecik aku memang dah layan hindustan. Kan dulu masa sekolah baik TV2 dengan TV3 berlumba-lumba tayang filem hindustan pukul 2pm. Aku kan peminat, makanya memang tak lepaskan peluanglah!. Siap tunggu lagi. Dulu tak ada astro! Ala, masa tu cerita dekat TV3 baik TV2 dah cukup untuk aku. Lagipun masa-masa tertentu je aku tunggu nak tengok. 

Kali pertama ditayangkan siap beli CD nya lagi, aku sedih tersangat, mulalah asyik mempersoalkan itu dan ini.

Contohnya:

1) Ala, ngapa bukan Kajol ? Kenapa Aishawarya tu? Macam tak sesuai?
2) Kenapa Amitha Bachan muka ketat je?
3) Mengapa? Kenapa? Bagaimana? Adakah? Dimanakah?

Ayooo!! banyak sangatkan soalan. Bila habis filem tu, Huaaaaa!!1 nak tengok lagi. Besttt!!! Seronok sangat!! feeeeeliiinnggg sangat. Akhirnya semua persoalan yang ada terjawab. Okay!! Semuanya aku setuju. Tiada bangkangan dari pihak aku sebagai peminat no 1001 anda wahai Yash Chopra. Bhahaha.

Skala PERCINTAAN 10/10
Entahlah, sama ada aku ni hyper sangat ke dekat filem hindustan ini sampai siap download,simpan seterusnya tengok berkala-kala. Tapi yang sebenarnya aku memang suka filem jiwang-jiwang karat ini. Filem Melayu, adoiii. Tak gemor ye. Tapi Tanah Kubur tu tengoklah. Bhahaha.


Okay!! Sepaddan untuk filem ini

Apa yang menariknya bila kita ada simpanan sendiri, nak percepatkan, ulang semula, stop kejap sebab nak pergi toilet, waaaa!! semua boleh oooooo. Part yang aku akan ulang bila SRK ajak Meegha menari..Uwaaaa!! Okay. Done! ulang lagi. Ulang lagi sambil sengih-sengih. tetiba berazam, kalau ada en.somi suatu ketika nanti nak ajak dance Indian dance. Nampak tak mainannya disitu?

Lagi part yang aku akan review banyak kali masa SRK nyanyi lagu masa "Hari Holi".. sambil pegang gendang sambil nyanyi "duniya mein kitni hei nafratein, fir bhi dilon mein hai chaate".  Huaaaaa. Smaartttt sangat. Ibarat dunia ini, milik beliau. 

Lagi part yang aku akan ulang tayang, time Karan & Kiran menyanyi dalam hall . Ala, masa deme berdua aja.  Berhantu betul maknanya!. Uwaaaa!!! Ishh, banyak sebenarnya part-part yang aku ulang tayang. Bukanlah apa, nak menunjukkan mainan emosi sungguhlah. 

Nampak tak? Nampak tak filem hindustan ini macam mana? 

" We come to love not by finding a perfect someone,
but by learning to see an imperfect person perfectly!"

" Love is that condition in which the happiness of another person
is essential to your own!!"
Karan&Kiran


Cinta ini ibarat hidup dan mati,
ia tak selamanya senang,
dan ia tak selalunya membawa kebahagiaan,
dan jika kita tidak berhenti hidup kerananya,
kenapa perlu berhenti bercinta?
From: Megha.


Peminat Hindustan, tegar punya!!

Friday, 16 May 2014

::: Selamat Hari Guru :::



:: Guru:  Pencetus Kreativiti Peneraju Inovasi :::

Hye MLA, mungkin entrilicious aku kali ini tersangatlah panjang sehingga boleh dijilidkan mungkin, siapa tahu. Kikiki. Seperti tahun-tahun sebelumnya, hari guru memang akan diraikan oleh semua bekas-bekas pelajar, pelajar, pekerja kerajaan mahupun pekerja swasta. Sesiapa pun yang pernah mendidik secara langsung dan tidak langsung sering kita ingti. Bukan?. 

Tahu tak, di sekeliling aku penuh dengan mereka-mereka yang bergelar guru. Bahkan ahli keluarga Ahmad Saidi juga terdiri daripada cikgu-guru. Makanya, kali ini, aku nak mengup kan mereka yang pernah menjadi guru sepanjang helaan nafas ini. Amboiii!! Ayat kemaih sangat!!. 

"GURU DULU, KINI & SELAMANYA GURU BESAR"

Puan Emak
Ye semua, puan emak merupakan guru yang selamanya akan menjadi guru. Didikan yang telah beliau berikan sememangnya 'tiptop'. Hal ini demikian kerana beliau seorang yang ganas dalam mendidik. Untuk puan emak, apakan daya, perangai anaknya ini tidak tumpah seperti beliau. Pandai masak,'ehem-ehem', pandai tanam pokok,'ehem-ehem', senang cerita semuanya tiptoplah didikan yang diberikan. Cita-cita beliau adalah menjadi seorang guru, namun tidak kesampaian. Oleh itu, legasi cita-cita tersebut telah diamanahkan kepada anak-anak beliau. Masih aku ingat ya MLA, dulu-dulu kalau tak pergi mengaji rumah ustazah Zaleha, memang kena pelupoh, bukan dengan rotan ye tapi dengan pokok daun kuning tu. Tah apa tah namanya! Itulah beliau, puan emak. Guru dulu, kini dan selamanya.

"GURU TERBAIK DARI SEGI PENGAJARAN DAN PALING GARANG"

Teacher Yati

tahun lepas Alang dapat tittle GURU PALING GARANG. Beliau telah mendidik pelajar Sekolah Kebangsaan Seberang Perak selama lebih kurang 10 tahun kot. Aku pun tak kira!!Bhaha. Yang pasti beliau mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris. Namun adik beliau yang ini tak pandai BI. Puihhh!! Yang pasti tiap kali hari guru, soalan familiar yang akan aku tanya, berapa kotak hadiah tahun ni?? Selalunya..hadiahnya kain pasang, sabun, pen merah,biru. Takpun mug dan seangkatan dengannya. 

Kalaukan tengok gaya, macam sopan. Hakikatnya kalau mengajo, suaranya boleh dengar sampai ke kantin sekolah. Itu belum lagi time beliau mengamuk marahkan student. Aku selalu dengar cite macam-macam dari beliau. Yang pasti, beliau tersangatlah workerholic. Manakan taknya, sambil ngajar BI, ngajar bola jaring (dapat pergi peringkat negeri ye weh?? Tahniah!!) Tak sia-sia muka hitam.

Tahniah, tahniah.
Puan Emak siap suruh bawak tikar bantal ke sekolah??

Walaupun tahun ini, beliau tak pegang kelas, tapi jawatan-jawatan penting dekat sekolah sememangnya akan menjadi tugas beliau. Dulu, kini selamanya aku rasa beliau akan jadi SU Peperiksaan. Bhahaha!!. Weh Alang, tak ada ke cikgu lain nak ambil-alih tugas tersebut? Aku naik me'ronsing' tengok banyak-banyak kertas atas meja study tu. 

Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?
'Donkey, donkey I beg you, please dont sing he ho..
I shall feed you, I shall feed you,
pelase dont sing he ho.

Apapun, aku percaya. Baik pelajar, guru-guru mahupun ibu bapa pelajar yang pernah menerima khidmat didikan beliau meyakini kebolehan beliau sebagai seorang guru. Takkanlah jadi cikgu femes dekat sekolah. Aku masih ingat kata-kata beliau..

"Ina, kita tak payah nak canang dekat orang kita boleh buat itu ini, orang yang melihat akan tahu dengan sendirinya. Lagipun mesti ada yang memerhati. Orang sendiri akan menilai kita. Kalau tak, segala macam kerja takkan bagi dekat kita kalau kita tak berkebolahan dan berkelayakkan untuk buat."


Kaklong anje dan Kakak Puteri di hari pertama sekolah
Oleh itu, aku bagi 100 bintang kepada Alang a.k.a Teacher Yati. Kalau ada Vote untuk guru paling ajaib, aku nak pangkah nama ko Alang. Moga-moga boleh dapat APC lagi tiap-tiap tahun. Boleh bayar buku 55555 yang bertambun tu. Bhahaha.

" GURU KAKI BERGAYA DAN SUKA JADI MC"

Dulu, Kini dan Selamanya Kaki bergaya

Beliaulah empunya nama Cikgu Sidah. Beliau mengajar pendidikan khas. Beliau dan aku memang gila warna terang-terangan. Tak adalah panggilan beliau dirumah makngah. Makngah merah menyala. Disebabkan Matapelajaran yang diajar bukanlah satu bebanan yang maha dasyat seperti Alang, tetapi tugas dan tanggungjawab itu bukan senang untuk dipikul. Tahniah MakNgah!. (Up sikit, mana tahu datang rumah nanti boleh hulur-hulur sikit). Bhahaha. Beliau juga sudah mendapat APC. Harap-harap ko dapat lagi MakNgah. Boleh belanja aku!!

Tak dinafikan beliau suka bergaya, bukan di sekolah baru beliau, tetapi di sekolah lama beliau lagi, beliau suka berlumba-lumba berpakaian cantik-mantik. Katanya "PUAS HATI tengok aku lawa". Syukurlah!! 

Yang pasti, beliau seorang yang friendly . Mudah mesra rakyat disamping gila bercakap. Kalau boleh nak jadi MC semua acara. Hah, masa tu memang pakaian beliau akan tiptop. Siap nak ajak pergi butik cari baju lagi. Adoiii!!. Aku layankan saja. mana tahu kot-kot dapat sambar selai dua baju. Nampak tak mainannya dekat situ??

" GURU TO BE"

Busu aka kaki minta cerah
Hah, beliau adalah anak bongsu keluarga Ahmad Saidi tetapi yang paling tinggi sekali. Beliau bakal menjadi seorang pendidik 2 tahun lagi. Tapi sekarang pun sudah mengajar di sekolah untuk acara-acara kesukanan khususnya. Sewaktu pertandingan bola jaring, beliau diimport oleh Alang untuk mengajar step-step tertentu. Walaupun diimport, beliau tidak dibayar. Ikhlas?

Namun begitu, beliau kini merupakan instructor di UPSI walaupun sedang menuntut di UPSI. Katanya buat tambah duit poket. Baguslah dik!! Jom belanja sizzlingTesco. Walaupun bekerja sebagai instructor, beliau tetap akan memohon pencerahan selalu. Selamat ko adik sebab ko adik!!. Harap-harap tempias cerah tu, aku dapat jugak.

" GURU SEMENTARA DAN IN SHA ALLAH BAKAL MENJADI PENDIDIK JUGA"

it's ME
Ye!! Aku pun bekas guru jugak! Sampai hati kome taknak tahu. Kan aku cakap aku buat dua kerja masa dalam satu masa. Part time aku adalah menjadi guru PTRS Selangor. Subject pilihan aku masa itu adalah Matematik dan Sejarah. Sejarah memang tiptop, Mate lemah la sikit. Tapi, kalau persamaan-persamaan kuadratik tu, mampu la aku! Kikiki.

Sememangnya tak dinafikan, kesukaran nak menghandle lebih 50 orang pelajar satu masa, tapi kalau pandai tackle mereka, In Sha Allah, kelas akan berjalan lancar. tapi ada je mangkuk-hayun yang tak reti bahasa. Tapi, selama mengajar mereka. Ia memberi aku banyak peluang. Kadang-kadang tak sia-sia ambil kos KERJA SOSIAL masa di USM dulu. Memang berbaloi-baloi.

Akhirnya aku buat keputusan untuk sambung belajar ke UKM. Mungkin rezeki Allah semakin meluas selepas ini. Amin!!.

Kepada semua guru-guru yang pernah mendidik diri ini, tahniah dan Alhamdulillah kerana Allah mempertemukan aku kepada kalian semua. Tanpa kalian, tiadalah insan yang bernama Zurina Ahmad Saidi yang erti akan makna kehidupan ini. Walaupun ingatan aku sedikit lost pada nama-nama cikgu aku. Tapi ada cikgu yang masih lagi menjadi pujaan hati seperti cikgu Norsham, Cikgu Halim, Teacher Juliana, Cikgu Megat, Cikgu Hamdan (tanpa mereka tak dapat A Sejarah STPM aku wehh oiii), Cikgu Is (Sastera Melayu A), Cikgu Pengajian AM, Perniagaan & macam-macam lagilah. Yang pasti jasa cikgu-cikgu masih kekal dalam sanubari. 

1)  Tadika Fasa 5
2) Sekolah Kebangsaan Seri Cempaka
3) Sekolah Menengah Kebagsaan Changkat Lada
4) Sekolah Menengah Teknik Slim River
5) Sekolah Menengah Teknik Seri Manjung
6) Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Jalil Shah
7) Universiti Sains Malaysia
8) Universiti Kebangsaan Malaysia


Akhir kalam mungkin, Selamat Hari Guru. Semoga keberkatan pekerjaan ini membuahkan pahala berlipat ganda. Semoga anda kental dalam mendidik pelajar kini. Mungkin dugaan tidak terduga menghampiri anda, namun percayalah, anda wahai guru, sangat ohsem!! Tahniah !! Tahniah kerana anda seorang GURU.

Bekas pelajar, Bekas pendidik, Bakal mendidik,
Zurina Saidi.


Thursday, 15 May 2014

:: Pelajar & Kewangan bagai Kera+Bunga ::


:: Bila duit semakin tak ada, makanya mohon PENCERAHAN ::

Sedang asyik menyiapkan literature review yang tak berapa nak sorot tu, gatal pula tangan mencucuk broadband yang semakin naive tu. Dah tu pula, mengelenyor rasanya tangan nak bukak FB walhal sudah beberapa purnama malam aku tak buka. Azam kental! Nak yakinkan diri bahawa 'dosa semakin kurang sebab hati tak mengata orang'. Choiii!! Semua tu tipu je, konon nak sedapkan hati. Hakikatnya baru beberapa purnama tak bukak, tangan terkalih juga ke FB. Mainan Syaitan Yang Direjam betullah setan ni.

Tengok dekat notification  ,aik, ada org tag aku. Ohhh! Busu.

 " Mohon pencerahan, kewangan semakin meruncing, kena pose nampaknya."


Asyik mohon cerah..xde yang masa gelap ke??
Hahaha, aku faham, aku faham. Sesiapa pun apabila semester semakin hampir ke penghujungnya, mulalah ayat-ayat pencerahan datang. Tak cukup dengan wassap, siap tag dekat FB. Nampak mainannya dekat situ. Yela, apakan sangat pinjaman PTPTN itu, kalau tiada simpanan peribadi sememangnya akan merasa kecundang yang maha dasyat. Tetiba jadi seorang yang hebat, terbaik dengan berpuasa tanpa henti. Siap boleh puasa sunat bagai! Syukur ,Alhamdulillah ya busu.

Kadang-kadang bukan pelajar sahaja yang mengalami masalah ini, ala..orang bekerja pun sama. Aku pernah bekerja, makanya aku tahu sejauh mana gaji aku boleh support kewangan aku. Dah tu aku buat 2 kerja 1 masa. Gila nak duit banyak. Tapi, tak ada social life la pula aku rasa. Duit boleh pergi melancong, penghabisannya melancong dekat Changkat Lada jugak. Choiii!! Kononnya 'buku merah jangan lupa bawa moga-moga belum tamat tempoh'. Tak payah propa sangat.

Makanya, untuk mereka-mereka yang sedang dalam 'proses pencerahan', diminta untuk bertenang ya. Antara alternatif agresif untuk anda yang memang semakin sengkek seperti busu tu, sila take note apa aku nak cakap.

1. Jangan beli barangan yang tidak berfaedah (pemboros)

Ala, macam baju-baju online. Aku dah lama tak beli semenjak wang saku MARA semakin sedikit dalam simpanan. Huahua!! Alat mekap-mekap semestinya dah lama tak beli kecuali eyeliner. Dah itu je yang aku pakai hari-hari. Yang lain, mohon jangan beli.

2. Try  cari-cari dalam beg, kotak kasut, sweater kot-kot ada terselit mun singgit dua.

Yela weh, selalu bila kerebek-kerebek balik mesti ada terselit-selit. Aku selalu macam tu. Bila jumpa, ingke gila. Siap nak buat sujud syukur lagi. Bhahaha. Air mata macam nak menitis-nitis la senang cita. Tapi kalau dah cari tak jumpa, memang bukan rezeki kome dak??

3. Last but not least, mohon pencerahan seperti yang dilakukan oleh busu.

Baiklah, kategori ketiga ini, kiranya dah tahap desperate tersangatlah. Disertakan sekali dengan ayat-ayat sendu-sendan agar si pembaca merasa simpati skala boleh meleleh air mata, air hingus. Apa yang penting, keyakinan untuk memohon di tahap tertinggi. Kalau nak belajar cara begini, memang boleh menuntut bersama busu a.k.a adik. Hahaha.


NotaHati: aku sedang menyiapkan Bab II, due date esok!! Mak tolong. 

Tante prihatin

Wednesday, 14 May 2014

::: Dunia Semakin Menderita dengan adanya KAMU :::



::: Tamsilan sungguh tajuk aku ::::

Hai MLA, mungkin hari ini tiada pic disajikan pada entrilicious kali ini. Ini kalilah!! Hari ini terdetik banyak-banyak-banyak-banyak dan banyak berkenaan sebuah keluarga [kisah separa benar]. Almaklumlah, kita ini hidupnya bermasyarakat. Semestinya terlalu banyak mata telinga yang memandang waima memerhati. Saya pula seorang anak kampung. [Arghh, mengapa saya tetiba?] .

Masih aku ingati bait-bait, kata-kata, puitis-puitis ini yang menegurku.

'Aihh, buat apa la sambung-sambung belajar ni. Duit pun tak ada. Keroje pun tak dapat. Belajar tinggi-tinggi, keroje tak ada. Mana dapat duit nak bayo tu? Hah, tak lain tak bukan jual p***** le tu.'

Oiii mengkome-mengkome sekalian. Bait-bait ayat 'manusia' ini masih terngiang-ngiang sehingga sekarang. Apakan daya, sememangnya keturunan beliau SPM pun tak lepas. Aku abaikan. Bila cakap diberikan biasiswa, sudah dikatanya aku orang UMNO. Lagi aku nak tersedak dan gelak berdekah-dekah. Aku suka balik ke kampung halaman!!!

MLA nak tahu sepanjang aku sambung belajar , tidak pernah dalam sejarah hidup aku menunjukkan siapa aku yang sebenarnya kepada 'mereka'. Jahatkan aku!! Aku selalu meletakkan pandangan kosong dan penilaian negatif aku kepada 'mereka'. Senyuman sumbing aku selalu hadir tatkala aku memandang 'mereka' dari kejauhan. Fahamilah wahai 'mereka', kamu-kamu-kamu dan kamu bukanlah SESIAPA. Kamu hanyalah "orang kampung yang selamanya kekampungan". Sejauhmana kebenaran kata-katamu masih aku sangsi kerana kamu bukan sesiapa. 

Aku tidak pernah meletakkan 'mereka' setaraf denganku. Kerana Allah sedang memberi aku peluang untuk pergi lebih jauh, lebih jauh dan jauh dari kamu. Dahulu, kita berbeza. Kini, kita semakin berbeza. Mungkin dahulu aku tak ubah seperti 'budak kampung yang selamanya kekampungan', tapi kini "aku budak kampung dan berjaya". Masih terngiang-ngiang kata-kata arwah abah:

"Apa yang membezakan kita dengan mereka adalah ilmu pengetahuan,
Sebab kemana pun orang mencampak kita,
kita masih punya ilmu,
punya ilmu untuk menilai baik dan buruknya sesuatu".
[Ahmad Saidi,  2000]

Pernah suatu ketika dahulu, aku jadikan kejayaan kakak-kakakku sebagai batu loncatan. Mereka berjaya dengan khudrat tenaga dan tangisan untuk berjaya. Kenapa aku tak? Akhirnya aku disini. Walaupun belum mempunyai pekerjaan tetap, tetapi aku percaya rezeki Allah luas di bumi bertuah ini. Jangan beri fahaman sempit 'mereka' dengan mengatakan 'belajar tinggi-tinggi, keroje tak ada'.  Ini kerana mereka tidak pernah erti akan makna ilmu itu. Jadi, abaikan. 

Bait-bait cinta ini kutujukan kepada mereka.

Untuk 'mereka',
kesakitan yang dahulunya amat kuat ku rasa,
kini semakin pudar,
namun itu jadikan aku lebih kuat,
kenangan RM2 masih aku simpan semat dihati,
Bahasa mulut dan perilakumu masih utuh difikiran,
Untuk 'mereka',
Aku ragui segala-galanya,
andainya boleh ku undur segalanya,
Akan ku sahut cabaran itu tanpa gentar serta kentalnya jiwa ini,
Percayalah 'mereka',
Kamu bukan SESIAPA,
Selamanya 
KAMU ORANG KAMPUNG YANG SELAMANYA KEKAMPUNGAN.

Entrilicious sepertinya berbunyi dendam kesumatkan!! Bhahahaha!!. Hakikatnya hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui akan apa yang sedang aku rasai kini. Aku punya soalan untuk MLA.

." Selalunya, apakah perkara yang akan kita kenangi dengan 'mereka' sebegini?".

Still memikirkan siapakah 'mereka'???


::: Hari Wesak, Aku & Mereka 'berwesakei' :::



::: Cuti, cuti & cuti lagi MALAYSIA tercinta ::::

Untuk kali ini , izinkanlah aku bermukadimah bagai berkaitan dengan 'Sambutan Hari Ibu' yang ada kata haram meraikannya. Boleh , harus. Amboi, banyak pula ustazah dan ustaz dalam FB tu ya. Tapi, aku tak menghiraukan sangat. Yang aku tahu, aku menyambutnya dengan memasakkan makngah 'Kari Daging' dan 'laksa'. Hehehe, dah duduk dekat rumah beliau hari tersebut. 

Bagi aku!!!

Hari Ibu bukanlah pada tarikh berkenaan sahaja (11 Mei ) . Dari hari pertama kamu, kamu dan kamu dilahirkan di dunia ini, hari-hari-hari itu telah menjadikan ibu kamu hari ibu. Namun, tak mendatangkan kesalahan pun untuk meraikannya dengan bawa pergi makan, makan. Bertukar-tukar hadiah serta menjadikan hari tersebut potong-potong kek. Lagipun, hari tu hari Ahad. Apa ada hal. Kalau hari ibu aku pula, hari-hari pergi 'ngeteh' kat kedai mana-mana. Makanya, hari-hari hari ibu. wakaka.

oleh itu,
"SELAMAT HARI IBU KEPADA
MAK,
KAKTA
MAKNGAH
ALANG
UDA (momtobe)


Baiklah, selesai bab hari ibu, moh kita beralih ke hari wesak semalam [13 Mei ], kome-kome semua buat apa? Apa, menyambung ketiduran? Rugi sungguh kome-kome, bila kerajaan bagi cuti, kome melingkar atas katil, bila takdak cuti, dah marah pulak. Ayoo!!

Me!! Myself!! menghabiskan sisa hari cuti [yang asyik cuti itu adalah aku], dengan mengikut makngah pergi mandi kolam renang dekat presint 11, Putrajaya. Yela, bila ada anak ni, baru aku faham, bukan lagi kehendak kita menjadi keutamaan, tapi anak-anak itu sendiri. Makanya, mama-mama sekalian, sebelum nak beli apa-apa, ingat ye, pampers, susu, napkin, et al. dah disediakan atau tak. Aku ni tak ubahlah babysitter . Hamboii, kakak-kakak aku ini, menurun pulak. Lepas sorang-sorang, aku mak bidannya. Aku nak bukak nursery jaga mami berpantang la lepas ni.

Kolam renang presint 11, Putrajaya
Kalau tengok, macam dekat hotel pun ye. Tapi, hakikatnya hanyalah di banggunan kejiranan presint 11 sahaja. Pemandangan hari itu sangat cantik [dah aku kenapa]. Dengan suasana yang happening, serta ramai keluarga-keluarga yang memper'bawa'kan anak-anak mereka mandi-manda sambil duduk di gazebo yng disediakan dengan tab,iphone, samsung di tangan. Ayooo!! modeniti sangat kau akak oi. Dah kau bawa anak, takpayah la feeling-fefeeling moden sangat. Yang ini la yang aku tak gemar tahu tak, dah bawa anak berjalan enjoy-enjoy tu kira baguslah, tapi apesal la tangan korang ni tak lekang dengan Hp bagai?

AbangLong & AbangNgah berlumba kura
Kalau tengok gaya macam berani ya amat mereka-mereka itu. Tetapi hakikatnya, penakut. Mula-mula tak berani, bila dah lama-lama boleh pula selam lama-lama. Makchik deme pula gabra. Yang pasti, kalau nak mandi kolam mesti kena pakai swimming suit . Kalau tak, nangis sebab takada baju renang. Ayooo!!.


Safety first

Well, memula sampai aku telah mengukur perimeter. Hehe. Tipu! Bila aku tengok ada dinding penghadang begini, perasaan selamat diskala 7/10. Yela, bukan sesuka hati orang boleh masuk ye. Tak bayar, tak boleh masuk. Keselamatan anak pun terjamin. Lagipun mereka telah menyediakan seorang dua safety guard yang aku tengok mata melilau memandang anak dara yang sedang keseronokkan bermandi-manda. Ayoooo!! Abang guard oii, mohon buat kerja. Bhahaha. 

AbangLong kawasan. DikKuan.
Aku tengok dah macam bekawad. Hah, beliau tak takut air langsung. Dah lemas banyak kali masih berani. Sekarang, beliau sedang mencari port terbaik untuk menurunkan badan ke kolam. MakChik beliau, sambil sengih-sengih tangkap gambar ini. Ini kerana melihatkan gaya jalannya tidak ubah seperti papanya. Bhahaha. Ini budak mohon jangan dekat. 



Lepas mandi-manda dalam kolam tu, basahkan badan disini
Bagus!! Bagus!! Sesiapa pun yang membina tempat ini telah memikirkan keselamatan para pengunjung. Makanya, aku tabik spring toink, toink. Tak licin, kalau jatuh pun, tak adalah parah sangat. 

Papa : Dik, ada boye!! Boye!!
Dik Kuan : Ishh papa ini, itu mama la, bukan boye!! Apadaaa


AbangLong & dunia khayalan


Boleh mengadu ke JKM ye. Ada orang men'campak'kan anak beliau kolam tersebut

Aksi berani AbangLong
Itulah anak buah datan-datan daloo MakChik. Suka sangat buat perkara lag'ha sedemikian bila mandi. Mungkin berkeinginan untuk menjadi dolphin, takpun serigala jadian, takpun seangkatan dengannya. Mohon kanak-kanak lain tidak mengikuti perbuatan tersebut. Tiap kali ditanya jawapannya..Tobecontinue!! Choiii, nampak sangat nak pergi mandi kolam lagi. MakChik pula tukang tengok!! Yezzaa.

Makanya, hari wesak ini aku menghabiskan masa dengan menjadi pemerhati tak bertauliah. Sambil tukang jaga barang. Apapun, balik bilik, pengsan. Mula memikirkan bab II yang tergendala. Due date semakin hampir. Tapi jangan risau.

Motto aku untuk menyiapkan thesis ini ialah:

Read more, DO lest,
Sleep more, Dying lest,
Typing more, 'goreng 'lest.


Masih kejorenan,
Zurina Saidi




Thursday, 8 May 2014

:: Penantian suatu penyeksaan ::



:: Tidak semua penantian berakhir dengan kebahagiaan ::


I LOVE YOU 

Sejak-bermenjak ini , aku sedikit feeling-feeling tokwan  je . Almaklumlah, apabila melihat ramai kawan sudah mendirikan mahligai bahagia. Memiliki harta istimewa tiada galang-gantinya 'ANAK', yang sedang menuju ke hari bahagia. Semakin kuat pulak perasaan yang pelbagai. Tapi !! Alhamdulillah , masih ada TAPI nya lagi, kuikuikui... Allah tak buka pintu rezeki 'itu' , tetapi Dia menghadiahkan rezeki kebahagiaan lain kepada aku.

Menanti ? Ya , sampai sekarang menanti 'Si Dia' yang bernama lelaki. Aummm, masih belum di tahap desperate ya MLA. Bukanlah apa, masih banyak yang bermain dalam benak fikiran. Bercinta ? Masih belum ketemu . Tapi aku yakin , masih ada 'Si Dia' untukku. #akumasihmenanticintasidia.

Well, seperti yang aku selalu katakan, tidak semua penantian akan berakhir dengan kebahagiaan. Aummak!! tengok-tengok dia telah feeling pengantin atas pelamin dengan wanita marbeles lain. Macam mana tu? Apapun, tahniah, tahniah. Mungkin itu yang terbaik untuk anda. Walau seribu alasan dia berikan, kalau bukan tercipta dia untuk kita. Tak perlu bergadai diri dan perasaan hanya untuk dia. Masih ada 'Si Dia' yang telah dijanjikan olehNya. Mohon bersabar.

Kadangkala, hati dan perasaan kita bagai dirobek-robek sembilu nan bisakan bila rakan yang lain bersoal jawab tentang jodoh dan perkahwinan kita. Namun apakan daya! Memang lumrah setiap manusia , kebahagian itu bermaksud dan bermaknakan PERKAHWINAN sahaja. Ayooo!! tak bahagiakah kita selagi kita tidak mendirikan rumah tangga. Ala, mohon jangan disempitkan pemikiran anda itu. Papa HMTuah pernah berpesan dekat anak dia yang joren ini "Cinta itu patut membahagiakan, tapi kalau cinta menyusahkan ia bukanlah cinta". Hah, nampak tak. Papa HM Tuah sendiri cakap!.

Makanya aku mengambil penekanan bahawa 

"Atas nama Cinta itu, bersaksikan  kalimah Allah SWT, tanpa keredhaan dan persetujuan Allah, 
selagi itu nilainya Cinta masih bertintakan (-)".


Kepada sahabat yang kini sedang gundah-gulana, 
Dugaan itu tidak sesukar yang kau rasakan,
rentetan perjalanan masih kaku setapak ,
mungkin, tiba masanya untuk engkau melangkah dengan gahnya,
tidak perlu membuktikan kepada sesiapa,
hanya pamerkan kepada diri sendiri akan kekuatan yang ada,
Percayalah,
Allah SWT Maha Mengetahui,
Apa yang Terbaik untuk hambaNya yang ikhlas.


Rakan seperjuangan dalam mencari CINTA,
Ina JOREN.