Wednesday, 30 April 2014

~~ Genting Highlands PART KESERATUS lebih ~~



~~ ROMBONGAN SEK KEB SEB PERAK (SKSP) ~~

Hai MLA . Ada pepatah mengatakan " Apabila kita tidak berdaya , keluarlah , berjalanlah . Moga dengan itu hati akan tenang kembali ". Nampak tak ? Hahaha . Aku sendiri yang cakap . Bila Alang tanya nak ikut pergi rombongan sekolah dia , aku terus ON . Bayaran ?  As usual . Free of charge .  Terima Kasih cikgu . Kemana rombongan sekolah SKSP kali ini ? Ohh, bukan ke Pulau Mutiara . Oh , GENTING HIGHLANDS . 

Alahaii , Genting ? Ala , tak apalah . Tiap tahun mesti berholiday dekat situ . Tetapi , apa yang menariknya pergi kali ini ? Yezaaaa!! Masuk snow world . Okay!! Aku ikut . Hari ISNIN dan SELASA je . 2 hari. Makanya , 21 April 2014 dan 22 April 2014 , rakan-rakan seperjuangan yang lain pergi dengar seminar BAB 3 , aku berBAB 3 kan di Genting Highlands . Yehaaa !!! Mainan , mainan .

Bertolak pukul 2:30PM 

Sampai dalam pukul 9 macam tu la . Dari boleh awal jadi lambat apabila pakcik drebe bawak ikut jalan jauhhhhh!!!! Wachaaa . Apapun Alhamdulillah , perjalanan dirahmati Allah , walaupun ada hujan , kilat sambung-menyambung , tapi perjalanan masik smooth  je .

menanti dengan penuh kejorenan !!
Kesian tengok student alang . Deorang tak dapat naik skyway ala kabel car tu lah . Sebab under construction katanya . Alahai , tapi tak apalah . Tak ada rezeki bebudak tu . Menapak la kitorang dekat Genting Skyway dalam 20 minit menantikan bas yang tak kunjung tiba tu . Sesampainya dekat Genting wajib berjalan kaki selama hampir 10 minit untuk sampai ke first world hotel . Hahaha , kesian mereka . Tetapi yang menariknya pemandangan sepanjang kami berjalan untuk sampai ke hotel tersangatlah best . Bebudaklah katakan . Kalau bersembang , habis orang pandang .

"Uwaaaa, tecer boleh tak nak main yang itu" , "tecer, kalau main kena bayar duit ke pakai token?", " tecer, ramainya orang, kalau hilang macam mana?".

Makanya , banyaklah soalan yang aku kena layankan . Aku : "tecer temporary".

Pukul 11.30PM baru dapat kunci !!! #aptb . Ada ke patut lama ya amat nak handle bilik . Walhal , booking dah lama . Genting Ohhh Genting . Bagilah kunci dekat bebudak tu , 1 bilik 3 orang . Memberi mereka kebebasan untuk buat apa sahaja . Yehaaa !! 



Dibriefing untuk suruh makan banyak-banyak
Tahu tak skala keexcitedan mereka ini berapa ? Hah , 101 / 10 . BAYANGKAN . Dah bangun pukul 5 lagi . Makaih bebudak ni , sabau aje la . Pagi-pagi lagi mereka di briefing untuk ambik makanan yang segar , sedap , dan yang jarang-jarang deme makan . Tapi , nama bebudak . Nasi lemak , roti dengan jem , koko crunch . Ayoooo !!! tecer deme jugak yang beria makan paginya .

Siap ambikkan utk bebudak ni tapi sorang pun tak mahu
Alamatnya tecer ni jugak yang kena habiskan . Amma , bungkus boleh? Hahaha .

Menu diet tecer
Konon diet , tapi semua benda nak ditaramnya . tecer...tecer... Hehehehe .

Bagi mereka rilek-rilekkan otot sebelum bermain
Masa ni lah nak jejoren bersama kawan-kawankan . Bila habis UPSR , semua tak tentu sekolah dekat mana . Pagi ini aktivitinya main snow world saja . Petang lepas makan tengahari baru meriahuols .

Gambar ini menunjukkan skala kegembiraan mereka

Peta Minda
Buat seketika permainan yang dapat dimain hanyalah yang berwarna biru , Merah dan Oren sahaja . Yang lain TUTUP . Okay , rugikan . Makanya untuk sementara waktu mengkome-mengkome sekalian tak payah pergi okay .

tecer dan TEACHER . Apa beza ?
Semua sekali TEACHER termasuk tecer ini seramai 12 orang . Yang ini hanya sebahagiannya . Yang lainnya sudah membawa diri . Katanya abang kawasan , oleh itu , kena buat perimeter kawasan . Poyoyoo !!!

Yezzzaaa!!!

Keberangan aku menetap di US telah terpatri . Hahaha . Merasalah main "salji tiruan". Apapun . So SEJUK . Bebudak excited , tecer ini apatah lagi . Skala perak adalah 9/10 . Tak boleh bergambar ya di dalam . Makanya di luar pun jadilah . Sekurang-kurangnya dah masuk . Percayalah , tolonglah percaya . Yehaa!!

Sejuk dan penipuan sedang terjadi
Dalam sejam dalam tu , dah dengar bunyi wisel menandakan , "hoii , keluarlah". Hahaha.

Paling sedap dalam banyak-banyak menu yang ada
Lunch is READY . Yehaa!! kalau tak yehaa!! pun tak apa . Tapi aku suka . Dalam pukul 1;40PM macam tu sedia untuk membuncitkan perutkan . Ala , apa ada hal . Benda boleh bawak bincang . Seperti biasa kena briefing sedikit dengan bebudak ini , tapi yang hak deme amik , nasi putih ngan ayam . Memang perut bebudak betullah . tecer deme ni gak yang makan bannyak . Auuummm !! Makang budakng .

Simpan bahagian malam punya

yang ini untuk sapperrrrrrr malam
Hahaha , ngarut itu semua . Yang pastinya selepas makan , keluarkan beg-beg dalam bilik , simpan dekat lobby , bawak bebudak semua pergi main sampai lebam . Mainan bebudak pun tecer ini main . Apa nak buat . Kata nak main sampai lebam.

Main , main , main dan main sampai tak perasan jam sudah menunjukkan ke angka 5 . Makanya kena cepat-cepat nak pergi ke skyway , nak pergi ke stawberry farm , Nak suruh mereka merasa petik stawberry sendiri , tengok pokok-pokok tu . Aku ?? Ishh , kalau pergi sana bukan stoberi yang aku cari , aku cari sayur fresh dari ladang . Tak tertangkap pulak gambar sayur-sayur yang aku beli . Aku beli terung , tomato , baby kailan , baby sawi , segala macam baby sayur lah . Untuk dibuat rebus esok . Yehaaa!!!
Hadiah untuk diri sendiri

Akhirnya malam melabuhkan tirai , senyap sunyi dalam bas , rupa-rupanya semua keletihan . Ayooo !! Bebudak sangat . Apa yang penting , deorang enjoy , dah tu pun bukan selalu dapat pergikan . Kalau tak buat macam ini , mungkin tak merasa . Okaylah !! Taksama ye budak kampung dengan budak bandar , that's why I love where I belong . Aku rasa sama sahaja perjalanan aku dengan bebudak ini . Zaman sekolah aku rasakan zaman keseronokkan yang tiada galang gantinya . Mengajar aku seperti mana aku hari ini . Terima Kasih cikgu rombongan aku dulu . 


Tinta bicara tecer kaki sibuk,
kemana sahaja rombongan SKSP tecer ini mesti nyibuk,
Zurina Saidi.



Friday, 25 April 2014

~~ Kenduri Doa Selamat Buat Mak Buyung Uda~~


Tiada dalam istilah ya MLA melenggang perut

Assalamualaikum MLA . Hari ini kerajinan untuk menjengah jorenpena diskala 8/10 . Lah!! Asal tak 10/10??. Hehehe. Hari ini aku kira Jumaat INDAH buat aku apabila aku telah mengetahui penyelia a.k.a SPV aku lah . Punya selama 3 minggu ini aku berada di awang-awangan . Sehinggakan balik kampung membawa diri selama 2 minggu setengah . Tak lama ke tu? Oleh itu , jorenpena pun aku tinggalkan buat sementara waktu . Jangan marah ya MLA . Anda masih dikenang dalam ingatan tulus ikhlas. Okay !! Sepanjang aku membawa diri ini (bukanlah bawa diri sangat) , aku mempunyai banyak agenda setting yang kadang-kadang tak dapat nak setting betul-betullah . 

Jumaat [ 18 April 2014].

KENDURI DOA SELAMAT UNTUK MAK BUYUNG UDA

Alhamdulillah . Due bersalin dijangka pada bulan 6 . Tapi yelah kan , kita merancang . Allah menentukan yang terbaik untuk hambaNya . Rancang tak rancang sebenarnya kenduri ini . Tapi , bila kata nak buat memang terus buat . Menunya pun dibincangkan pada Khamis malam Jumaat . gamble sokmo keluarga Ahmad Saidi ni . Yezzaa!!

Menu pilihan :

1) Ikan bawal taucu andainya kau tahu
2) Udang sambal petai kekasihku di ambil orang
3) Sayur tauge tumis kau kekasih awal dan akhir
4) Ayam goreng tepung biarlah rahsia
5) Sambal belacan menggoda kalbu
6) Ulaman cinta Shah jehan dan Mumtaz
7) Buah tembikai seutuh cinta Uda dan Dara

Hahaha , naik status Wechat . Kawan-kawan cakap menu tak boleh belah punya . Menu pun meransang dan teransang . Hahaha . Tiap kali balik rumah bila habis masak mesti nak show off dekat wechat . Nasib le weh oiiii . No FB okay!!. 

Selalunya kalau buat kenduri Malam , tak ada lah ramai sangat sampai 100 orang . Dalam 60 orang macam tulah . Ahli jemaah surau dah tak ramai dah kalau Fasa aku tu , kalau Fasa lain tak tahulah . Selalunya kalau dekat depan 8 seperah dah cukup dah . Alhamdulillah , ramai jugak yang hadir malam itu . Habislah menu-menu yang disebutkan sebentar tadi . Namun, menu feberet adalah udang sambal petai lah . Yehaaa!!

Ini namanya kenduri di KAMPUNG , bukan BANDAR

Kenapa namanya KENDURI KAMPUNG? Sebabnya dikampung makannya masih berhidang lagi , bukan buffet . Lagipun, semenjak ada arwah abah lagi , kalau buat kenduri , mesti orang makan itu dihidangkan . Syukur , masih lagi menjadikan amalan berterusan .

Jemput makan tok aji tok aji

Kenduri ini dibuat sempena MakUda yang tak lama lagi bakal melahirkan cahaya mata yang pertama selepas 2 tahun menanti dengan penuh debaran . Semoga nak bersalin nanti dipermudahkan . Doa selamat untuk semua !! Doa juga kepada arwah abah yang telah pergi meninggalkan kami . Semoga segala amalan dan doa dari kami yang tidak pernah putus ini mengiringi . 

Dahulu,
kini,
Selamanya,
Armarhum Ahmad Saidi Razali dalam doa dan ingatan.

Anak ke-6,
Zurina Saidi.





Tuesday, 15 April 2014

~~ Pepagi di Lib PPSPP ~~


Assalamualaikum MLA,

Jom berpagi-pagian duduk di library PPSPP, mana tahu kot-kotlah dapat ilham nak continue thesis yang tertunda berminggu-minggu ni. Nampak mainannya dekat situ ya, semenjak-bermenjak ini asyik naik story pasal thesis-thesis-thesis-thesis. Ayoooo!!! 

Oh ye MLA, Kalau awak tak tahu sukar-payah-derita-sengsaranya membuat thesis , awak takkan beromongan kosong sahaja . Alhamdulillah , selepas seminggu duduk di kampung tercinta CL , semangat untuk menyediakan bab 1 di skala 3 / 10 . Okaylah tu kan daripada tak ada langsung . 

Makanya , hari ini semangat pula rasanya nak duduk lama-lama dekat library ni . Walhal , bila masuk je mesti nak pengsan , muntah-muntah , mengidam & sebagainya . Permainan sungguhlah . Pagi ini aku nak 'kod'kan coretan Ustaz Kazim dan Dato Fazilah kamsah . Deme berdua memang mengidolkan .





" Allah memberi sesuatu yang mendukacitakan,
Dia pulangkan sesuatu yang menggembirakan,
PERCAYALAH,
Apabila Dia KATA, Dia MEMBENARKAN,
Jangan mudah melata dengannya,
Kerana,
Kita insan terpilih dan dipilih, 
Hakikatnya , kita MAMPU.

jom berpagian,
Zurina Saidi.

Sunday, 6 April 2014

~~ Tips 8 : Pelajar dan Pensyarah ~~



~~ Maybe ada pensyarah yang tidak digemari bukan? ~~

Hye MLA , Assalamualaikum .

Rezeki Allah yang tentukan , kita juga perlu berusaha.

Dari pukul 6 pm tadi bawa sehingga sekarang , masih terngiang-ngiang kata-kata pensyarah aku yang aku record kan setiap kali aku bertemu muka , berjumpa dengan mana - mana lecturer . Kenapa aku record ? Sebab aku tak sempat nak salin ayat penuh . Takat keywords sajalah . Jadi , bila nak recall balik , kan jadi susah . Sebab itu , aku ambil inisiatif untuk merecord apa sahaja perbualan antara kami . Tapi , sebelum nak buat , mesti minta kebenaran ya . Tak semua Dr membenarkan , tapi kebanyakkannya bagilah . Atas tujuan perbincangan . 

Jadi , Selepas aku mendengar untuk kali keberapa entahlah , aku jadi bengang . Bengang ye wahai MLA . Ini bukan sesuatu yang bagus bagi kamu kamu kamu dan kamu yang sedang menuntut ilmu ini . Kenapa ? Sebab PENSYARAH adalah orang yang memberi ilmu , kamu sebagai pelajar tugasnya menimba ilmu . Ada hubungan antara kamu dan pensyarah . Oleh itu , mengapa perlu kamu bengang , benci , getik , meluat , menyampah , sakit hati dan sebagainya . Ok , aku faham . Ada di antara kita tak boleh nak masuk . Mungkin faktor adanya gap antara kamu dan pensyarah , mungkin sebab pensyarah kamu dari kelompok umur atok-nenek , mungkin . Ataupun jenis pensyarah yang tak mesra pengguna . 

Take is as a simple as you can. 

Cara mudah dari aku ialah "Menjauhkan diri sehabis jauh dengan beliau (pensyarah)". Ini bukan bermakna kita cuba mengelak , tetapi ia membenarkan hati kita untuk tidak berfikir selalu tentang beliau . Kan kita dah tak boleh nak in ,  untuk membina hubungan apatah lagi . Jelas kesukaran akan timbul . Oleh itu , why not kalau kita cuba untuk tidak bertembung . Bukan menidakkan beliau sebagai pensyarah kita , tetapi kita mahu memberi ruang kepada hati dan perasaan kita . Itu sahaja , bukan ada makna lain . 

Memang nampak pelik , wierd  , melarikan diri dan apa sahaja ayat negative yang difikirkan , tetapi bagi aku , selagi kita boleh mengawal diri kita dari tidak menyukai beliau , eloklah sekiranya kita menjauhi . Supaya hati tidak membenci , agar jiwa tidak kacau , minda tidak memikirkan beliau , dan yang penting , agar ketenangan yang kita ada tidak diganggu-gugat oleh beliau . Memang cara aku salah ,  dari orang yang memberi ilmu , tetapi itu menyenangkan aku . Itu sudah cukup membantu .

P/S : Hanya aku yang buat begini . Mohon untuk jangan ikut . 

Masih mencari ayat terbaik,
Zurina Saidi

~~ Birthday?? Who's.. ~~



Yess !! It's ME .

Baiklah MLA kan 'MylittleAdore" . Confirmlah tak boleh nak wish - wishes bagaikan . Sesiapa pun tak kenal empunya nama Zurina Saidi ini . Dedulu-dulu lagi aku memang tak akan sambut-menyambut. Alkisahnya Ustaz aku dekat sekolah Menengah dulu cakap macam ni ' Hari ini hari jadi saya , tetapi saya sangat sedih '. Kata Ustaz tu . Kawan kelas aku tanya balik , 'kenapa lah ustaz nak sedih , seronok apa kawan buat birthday party , baling-baling bedak , campak telur '. 

" Ustaz sedih sebab usia ustaz semakin hampir menuju kearah kematian . Mungkin sedepa je. Mana ustaz tahu . Lagipun , sambut hari jadi ini tak sesuai dengan baling-baling tepung , tepung tu buat makan , lagipun perkara yang paling jauh dan sukar kita nak dekati adalah USIA . Usia itu semakin jauh , masa depan makin dekat , Ajal makin hampir . Itu yang ustaz sedih . Kalaulah ustaz dapat bacaan Al-Fatihah dari kamu semua , itu mungkin hadiah yang terbaik untuk ustaz. "

Oleh itu , setiap kali 1 April berlaku , aku BAHAGIA sangat . Usia aku meningkat , Allah memberi aku peluang untuk menikmati nikmat yang maha banyak di dunia ini . Namun , aku tetap dapat wish daripada kawan-kawan sekolah , kawan Changkat , kawan U , uwaaaaa !! sentap. Hadiah pun dapat , nyanyian happy birthday to you  pun dapat . Siap request  lagi . Mie nyanyi la lagu hari jadi . Hahaha.

1 April aku mulakan dengan bacaan Yassin berserta surah Al-Mulk aku sedekahkan kepada Nabi Muhammad SAW , para syuhadah , sahabat baginda , kehadapan arwah abah agar ketenangan itu menjadi miliknya , agar segala dosa silamnya terampun (bukankah doa anak itu doa yang dinantikan), kepada arwah kawanku Jijan , semoga dia juga dalam lindungan Allah . Bahagian dia kita tahu , bahagian kita ? Wallahualam . Kepada Maria , kawan sefasa . Meninggal juga akibat sesak nafas mungkin .  ( Satu minggu dua berita kematian aku terima, MasyaAllah). Innalillahiwainalillahirojiun. Semoga Allah menerima bacaan aku . 

Doa kepada diri sendiri juga tidak aku lupakan.

Seringkali doa yang meniti dibibir tidak lain keampunan dariNya , kekuatan iman , perjalanan kami di dunia ini dengan penuh keberkatanNya , tidak lupa juga laluan tesis aku . Semoga segalanya dalam limpah rahmatNya. Amin.


Semalam 5 April 2014 , aku melangkah dengan penuh keinginan . Orang nak belanja wayang 'Captain America ' . Yehaaa !! Sapa taknak betul tak ?. Kalau dah orang sorong bantal , aku pejamkan le mata . Hahaha. Makasih ye Kakmi . Mungkin sebab perasaan dan hati kita ini sedang berperang dengan tesis , kita perlu mengosongkan sebentar ilmu berkenaan tesis ini. So , here we are.  Metro Kajang je. Kikikiki.

Thanks Kakmi dan Makrang
Selebihnya bintang jula-juli , Majalah Dara + NUR memang tiap-tiap bulan aku langgan , Bantal muntut untuk my butt la , sakit tulang-temulang aku ni duduk lama - lama atas kusi belajar , mau kematu tahu . Argghhhh , aku bukan cari yang mahal - mahal . Lagi murah lagi aku suka . Hadiah untuk diri sendiri . Nak tunggu orang bagi , memang lambat lah . 



Me & KakMi
excited nak tengok captain America.


Aku bukanlah diehard tengok wayang ni , tapi sekali sekala layankan saja kepala ini . Oleh itu , aku nak rate kan Captain America 4.5 out of 5 . Hahaha , tapi Iron Man aku bagi 9.9 out of 10 . Sebab aku lagi admirer  Mr. Stark . Nampak mainannya dekat situ . Tak ada apa sangat !! Tapi sajalah nak share sesuatu yang terjadi dekat aku . Dalam masa kita diuji , kita sendiri perlu menguji keterujian yang ada . Haha !! Ayat tak boleh belah . 

Balik petang tu , rasa sunyi je hostel ni. Aku pulak naik seram . Yela , aku bukan boleh duduk sorang-sorang , sunyi pulak tu . Otak mesti fikir benda bukan-bukan. Makanya , aku nak siapkan proposal onenightstand aku , hantar hari Isnin dekat pengerusi rancangan Dr Siva , pergi mengadap Dr baru , dengar teliti apa yang beliau mahukan , lepas itu nak balik kampung . Aku nak rehatkan minda dan otak yang makin berserabut dengan masalah tesis yang asyik tanya "Apa masalahnya, So What Zurina? Awak rasa itu masalah?". Hah , itu je ayat yang Dr Dr Dr dan Dr tu tanya dekat aku . 

Aku nak balik kampung . Tengok HBO lagi best !! Nak makan pun boleh banyak. Yehaa!!


' Alhamdulillah Allah , syukur atas helaan nafas yang Engkau berikan ,
Allah Maha Mengetahui dan Adil kepada HambaNya yang khilaf ini , 
Syukur atas anugerah yang Engkau taburkan ,
Alhamdulillah .

It's ME,
Zurina Saidi.

Friday, 4 April 2014

~~ Belajar Bahasa Perakian ~~



~~ Bangga sangat jadi anak PERAK ~~



Atenye, sape dekat sini yang perak pio' sesangat?? Sila angkat kening macam akak Ziana Zain kome tu. Hehe!! Semangat teman (aku) nak menceritakan bahasa perakian. Alkisahnya tetibe kawan aku sorang ni post bahasa perak ni. Ate, ade le jugak perkataan yang aku tak faham. Ohh ye!! memang tak dinafikan aku sememangnya berketurunan asli Perak , tapi ada diantaranya aku juga jarang-jarang menggunakannya. . Ohhh KAMUS LAMBO. Kalau sapa-sapa duduk lambor, Bote, Kuala Kangsar, Parit. Hah, ini memang makanan deme le. Aku ni takat ate, teman, kome, kume. Itu jele. Kalau penggunaan bahasa 'kokak' tu , guna la. Tapi lebih kerap gigit lah!! Karang kaklong bina ayat guna perkataan 'kokak' pula. Haru dibuatnya.

Kalau orang luar , memang tak faham lah. Aku ? Faham sangat. Dah 2 orang abang ipar aku keasliannya  terserlah. Bhahaha. Kalau nak dengar deme-deme cakap , kompem kome yang tak pernah dengar , ngange je la . Apapun , aku bangga jadi anak Perak . Tanah tumpah darahku . 

Walaupun sentiasa berubah-ubah tempat menuntut ilmu , kerja tapi percakapan , sikap , kenegerian itu masih kekal . Kadang-kadang kawan kelantanese aku boleh tanya , apa Ina nak cakap sebenarnya ? Hahaha!! Tapi , selalunya deme faham . Kalau aku presentation pun boleh keluar perkataan ate , kome , deme..Hahaha. Suka deme !! 

Malu guna bahasa Perakian ?

Ohh , tak pernah . Alkisahnya aku sentiasa perhatian satu situasi ini . Jom review kisah ini . 

Beliau merupakan seorang perakian . Lahir , menetap , tinggal , belajar . Beliau juga kadangkala sahaja ke bandar . Itu juga mungkin atas urusan tertentu. Namun begitu , yang tak syoknya . Duduk KL baru 3 hari , balik kampung terus jadi KLian. Guane tu ? Bhahaha. Hanya mampu tersenyum!! Lain pula dengan rakan-rakan aku yang lain. Bila bersua muka , MasyaAllah . Keluar sudah bahasa Peraknya. Kikiki. Please be yourself. 

Aku tak pernah malu gunakan bahasa Perak. Kadangkala lecturer  aku boleh senyum-senyum kambing dekat aku . Yela , mula present guna bahasa baku , dah lama terus tersembur bahasa Perak . Hah , mampu ko !!!

banyak penggunaan perkataan tersebut digunakan dalam bahasa harian aku dikg!! Bangga

Oleh itu, aku memberi saranan kepada sesiapa yang mahu menjadikan gadis-gadis jelita lagi rupawan dari negeri Perak , mohon untuk belajar bahasa indah tersebut . Agar tidak menyukarkan anda anda anda dan anda untuk berkomunikasi dengan mak pak mertua. Harap maklum .

Bangga anak Perak 

Thursday, 3 April 2014

~~ Passionate?? Where are YOU!! ~~




~~ Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan Dia yakin akan kemampuan hambaNya itu ~~

Terima Kasih wahai semua rakan yang memberi sokongan emosi
Assalamualaikum MLA, mungkin kali ini coretan ini penuh dengan rasa hiba, perkataan yang tunggang-langgang, susunan ayat yang merapu, dengan lelehan air mata sambil jejari ini menaip pantas. Semoga ia menjadi sesuatu yang akan aku ingati setiap langkah dan nafas yang hembus ini. Agar ia menjadi batu loncatan untuk aku melangkah gah, agar ia membawa perubahan nan maha besar keatas aku. Dan yang terpenting sekali agar ia memjadi pendorong kepada aku untuk bertambah B.E.R.U.S.A.H.A dan cekal dalam menghadapi MUSIM TESIS MASTER ini. Nukilan ini bukan untuk mematahkan semangat sesiapa, bukan jua untuk membawa aku kepada keadaan putus asa yang berpanjangan.

" Adakah awak layak sambung MASTER Zurina ? "

Biarlah ia jadi satu penguat semangat untuk aku menelan kata-kata KERAMAT ini wahai Dr yang budiman. Semoga, apabila sampai satu ketika, akan aku buktikan bahawa ILMU PENGETAHUAN itu bukan atas nilai LAYAK dan TIDAKNYA kita. Apabila Allah memberi peluang kepada KITA YANG MEMPUNYAI AKAL FIKIRAN UNTUK BERFIKIR, selagi itu kita layak untuk MENUNTUT ILMU.

Tiada tarikh luput wahai Dr untuk mencari ilmu

Mungkin inilah yang kita kata asam garam, rempah dan rencah dalam alam menuntut ilmu ini. Aku TERIMA SEADANYA. Jelaskan!! Bincangkan!! Artikulasikan!! Jawab!! Fokus!! Jurnal!! Nota!! Sorotan Karya!! Oh Ya Allah, terlalu banyak yang disogok, terlalu mudah pula air mata ini meluncur. 

Kadangkala, keyakinan 200% yang kita ada, ia mungkin hilang dalam sekelip mata . Masakan tidaknya, apabila kita diterjah dari setiap sudut , Ya. Kita akan mudah tewas! Kalah!. Jangan kata ia hanya LUMRAH kalau kamu, kamu, kamu dan kamu tidak berada di tempat ini. Sesungguhnya untuk BERJAYA, air mata itu PASTI. Siapa yang layak untuk sambung belajar? 

7 minggu sudah cukup perit untuk aku menanggung beban yang ada. Aku perlu bangun untuk bergandingan semula dengan yang lain. Walaupun langkah perlu sekali lagi, momentum itu harus utuh berganda sekiranya mahu seiringan dengan yang lain. Peringatan kepada anda MLA, sekiranya anda percaya, yakin bahawa tajuk tesis anda tidak lagi releven / sesuai / sukar / membawa kepada persoalan yang maha sukar dalam viva / dan seangkatan dengannya, mohon mohon mohon dan mohon untuk sedar. Sedar bahawa kita sedang menyulitkan idea serta bakal dibahankan suatu masa nanti. Mohon untuk membawa satu ilmu baru untuk dibangunkan. Semoga dengan itu, kelompongan ilmu yang tiada itu ditambah nilai oleh kita, kita dan kita ini. 

Semalam.. hari penuh duga kepada dia yang bernama Zurina Saidi. 

"Dimanakah Zurina yang dahulu? Yang penuh dengan keghairahan apabila berbicara, yang dahulunya apabila berbicara mengundang manusia lain untuk mendengar, idea-idea yang kadangkala mereka yang lain seringkali mencarinya. Dimana?" Ohh Dr Yusof, tolong jangan buat begitu, air mata ini kini mudah sangat menunjukkan diri.  Aku semakin malu. Tolonglah jangan kata begitu lagi. Aku juga sedang mencari kembali haluan aku. Bukan mudah untuk aku bangun kembali apabila kesungkuran ini semakin pedih untuk aku terima. Untuk memulakan LANGKAH PERTAMA itu tidak aku mengertikan lagi. Sesiapa, tolong pimpin hayunan dan langkah kaki aku ini.

Ya Allah Dr, senangnya kamu kamu dan kamu mengungkapnya. Ia amat sukar untuk aku terima, telan. Ia masih kekal dalam ingatan wahai Dr. Kerana anda wahai Dr Dr Dr dan Dr , aku jatuh terjelopok, Kerana kamu wahai pendidik , aku menjadi insan yang semakin tidak tentu arah, langkah aku songsang, senyuman aku tidak kelihatan , hati aku semakin perit , jiwa aku kosong tanpa kata-kata , perasaan ini semakin tiada . Sehingga begitu sekali aku rasai. Sampai hati kamu kamu kamu dan kamu. Mengapalah kamu sekalian buat begini ? Aku tidak nampak istilah MEMBANTU , MENDORONG , MENJELASKAN , MENGARTIKULASIKAN dan sebagainya. Apa yang kelihatan sudut pandangan aku. Kamu kamu kamu dan kamu sedang gembira menunjukkan kekuasaan kamu, kamu mengandaikan kamu berjaya ketika ini membuat seseorang seperti aku berfikir secara berilmiahnya , kamu beranggapan kamu mempunyai ilmu penuh di dada sehinggakan layak dan tidaknya kita kita kita dan kita dalam menuntut ilmu. Bukan begitu Dr?

' Mungkin saya belum sedia untuk membentangkan usulan saya Dr '. 3 kali sudah cukup untuk aku mengungkapkan dan menegaskan kata-kata ini wahai kamu kamu kamu dan kamu. Bukan sudah aku tunjukkan ketidaksediaan aku dengan 'tajuk satu hari' aku ini?  'Tak apa , awak bentang saja. Saya lihat awak sudah bersedia dengan 15 slaid'. ' Ya Dr, namun perinciannya tidak mencangkupi... mungkin saya tidak bersedia lagi dengan onenightstand untuk tajuk ini, saya tidak bersedia'. Berbahagialah sekiranya kita kita kita diberikan kelonggaran untuk tidak membentangkan. Namun , namun berbeza dengan aku.

Oleh itu, air mata juga laju meluncur. Tanpa segan silu. Tanpa malu . 

Namun , aku mempunyai rakan yang hebat!! Mampu meredakan kesakitan ini. 

Wahai rakan-rakan yang mendengar keluh-kesah, melihat air mata ini , mendengar rintih derita dimaki, dihamun, dicerca dengan kata-kata yang menyakitkan. Aku gembira! kerana mempunyai anda sebagai rakan. Sokongan kamu kamu kamu kamu semua tidak akan dapat aku lupakan. Biar ini menjadi sejarah buat aku. Pasti akan tiba masanya aku akan rindui kalian . Sokongan / Dorongan / Kata-kata semangat / Telinga / Mata / Hati / Perasaan apa sahaj yang terkongsi, ia sememangnya memori yang tidak akan pernah aku lupakan selagi hayat ini dikandung badan.

Pilihan itu sentiasa ada kepada beliau yang bernama Zurina Saidi

Buat keluarga yang tidak putus-putus memberikan semangat , kata-kata yang menghiburkan, baik kewangan dan bermacam-macam lagi tanpa perlu disebut , aku tersangat-sangatlah menghargainya. Tiada bayaran yang dapat dibayar dengan adanya mereka di dunia Allah ini. 

Kehadapan perasaan , hati , fikiran , idea . Aku gembira kamu ada di minda dan diri aku ini. Ingin aku peluk kejap dan ketat agar kamu tidak menghilang. Agar kit bersama-sama mengharungi dunia tesis ini . Agar satu ketika kita apabila kita kecapi kejayaan manis suatu ketika nanti , kita akan mengingati detik-detik, saat-saat sukar dalam kita menempuhi alam tesis ini. Aku mohon pada mu wahai perasaan , hati , fikiran , idea. Tolong berada seiring dengan aku. please LEAD me!! 

Kepada Allah SWT yang Maha Mengerti akan perasaan hambaMu ini,
Tolonglah Ya Allah, Tolong sesangat. Tolong berikan aku kekuatan, semangat, hayunan impian,
Tolonglah Wahai Ya Rabbul Izzati, Tolong hamparkan aku laluan untuk aku merangkak menghampiri kemanisan itu.
Tolong Ya Rahim, KEMBALIKAN ZURINA SAIDI yang dahulunya.
Aku sedang menanti dengan penuh harapan.

Terima kasih wahai semua rakan-rakan. Kenangan ini akan aku bawa sehingga akhir hayat




Kehadapan Zurina yang sedang mencari semula keghairahan menimba ilmu,
Kamu sedang diuji,
Bukankah ujian Allah SWT itu sebenarnya kecil,
percayalah sedangkan Allah SWT yakin kamu mampu berhadapan dengannya,
Kenapa pula kamu tidak?
Wahai Zurina,
Sekalipun kamu terjelopok jatuh kali ini,
Pastikah kamu bahawa kamu tidak akan terjatuh lagi,
Pastikan?
Sekiranya tidak, Berusahalah untuk tidak terjatuh jatuh jatuh lagi,
Bangkit, bangun, jangan mudah mengalah,
Kamu seorang yang bertuah dikurniakan ramai manusia penyayang sebelah kamu,
Kamu bukan keseorangan dalam menempuhi dugaan ini,
Mereka ada untuk kamu,
Bangunlah Zurina Saidi,
tidak perlu buktikan kepada sesiapa akan kebangkitan dan penjelmaan kamu,
Hanya buktikan kepada dirimu sendiri,
bahawa kamu BERJAYA,
berjaya mengatasi kesukaran ini, berjaya membuktikan kegagalan itu bukan untuk kamu,
Oleh itu Zurina,
Bangun , serulah semangat yang hilang itu,
payungkan keazaman itu dengan batu penghalang nan utuh,
sematkan hati , bentengkan emosi dari dicerca kembali,
teduhkan perasaan itu dengan kalimah Allah,
Zurina Ahmad Saidi,
percayalah akan janji Allah itu.
"Mereka yang berusaha lebih, pasti akan diberi ganjaran yang lebih."


Akhir kalam ini, aku sedang berusaha mengembalikan emosi , perasaan , aku sedang mengait-ngait kembali rasa yang hilang. Semoga Allah memerhatikan aku!! Agar kekhilafan yang lalu tidak diulangi kembali. Hanya Allah yang maha mengetahui segala yang bakal terjadi kepadaku. 

" Rabbi Yassir Wala Tuassir "