Tuesday, 25 March 2014

~~ Selamat Hari Polis seMalaysia ke 207 ~~




~~ Ohh Uda, anda merupakan family's member yang sangat dibanggakan ~~

Peringatan : Tema kali ini semuanya penipuan semata-mata. Nak kipas laju-laju. Mana tahu kot-kot boleh balik kampung cuti sekolah ni. Selamat sikit. Taklarik budget. Penulisan kali ini penuh dengan makna-makna tersirat khususnya untuk Uda. Hahaha.

First and foremost. u're very wonderful officer. (ayat je tu). Tahniah kepada semua polis di seluruh Malaysia. Hari ini hari kebanggaan anda. Mohon selfie bebanyak, pehtu upload dekat FB ye. Hehehe!! Siapa nak jadi Puan Polis?? Sila angkat hidung pantas!! Aku? OhhNoo. Cukuplah yang ada. Selamat Hari POLIS double Uda.

Puan Akmar dan Tuan Hisham. Tabik toiin~~toinn.

Kerja sebagai seorang POLIS sangat mencabar dan tercabar. 

1) Tak boleh menonjol, tertonjol dan adik-beradik dengannya.

Pekerjaan ini memerlukan ketahanan mental dan fizikal untuk berlawan dan tertawan. Sangat sukar untuk mereka yang tak sukakan keganasan seperti aku ini. Sekiranya anda suka menonjol dan tertonjol, sila jadi artis bukan polis. Mentalnya adalah aku sendiri. Bila balik bersama je, handphone deme dua kerat ni asik berbunyi je. Aku mental tau tak? Hehehe. Disebabkan deme ni tak boleh menonjol, makanya aku yang meonojol. Nampak tak mainannya dekat situ? Hahaha.

2) Masa bekerja tidak menentu

Masuk pagi, keluar pagi esoknya, masuk semalam, hari ini tak balik lagi. Ohhnoo!! Kena tinggal je. Tak sanggup. Penyudahnya raya pun ikut keadaan. Lagi aku tak sanggup. Walaupun abang-abang polisi sangat hensem dengan beruniform bagai, kerjanya pun hensem sesangat. Taknak lah. Kalau kata raya, malam raya baru bertolak. Pastu menu macam-macam dipesannya. Kalau ada ko Uda, ada gak orang yang boleh siang-siang ayam, daging bagai. Ni tak sume kena buat sendiri. Lagi aku mental dengan polis ni. Hahaha. Mak cakap sama aja kalau datang rumah kome, macam ada tak ada je. Kesian oii dekat mak mertua weh kalau datang tak mandang orangnya. 

3) Sentiasa diuji, teruji dan menguji

Ha, yang ini aku sokong 100%. Diuji dengan pelbagai ancaman-ancaman yang kadangkala kita tak perasan pun. Teruji dengan fitnah dan agenda setting dunia. Menguji bila ada roadblock. Cisss sesangat!! Hahaha. Kelam kabut weh. Walaupun tohmahan demi tohmahan mereka dapat, tapi deme ni still control ayu dan smart. That's why la.


Tahniah atas kejayaan anda membanggakan keluarga wahai double Uda

We are Ahmad Saidi's daughter are proud of you double Uda. (Jom makan besar-besar balik kg).

Dahulu,dia tersangatlah tercorot,
namun kini, dia sangat membanggakan,
dahulu dia joren sesangat,
tetapi bila berkahwin,
perubahan ketara dilihat,
dia dahulu dan kini sangat berbeza,
Me as a younger sister,
really proud of u.

Kiranya 'arwah abah' ada,
kegembiraan jelas terpancar 
kejayaan anak-anaknya sangat dinantikan.
I believe,
Abah too proud see us here,
Pray to abah.
Abah, just wait and see my achievement onefine day.
In Sha Allah.

Dah aku tetiba touching sendirian dekat sini. Kikiki. Apapun, Sesiapapun yang menjadi polis, TAHNIAH..TAHNIAH..TAHNIAH .. Anda pendokong dan pengaman dunia. Tanpa anda, aku, dia, dan mereka dalam kegusaran. Selamat berbahagia dengan pekerjaan anda. Yehaaa!!. 

Saya adik kepada Puan Akmar,
Zurina Saidi

~~ Penemuan Cinta Hati Noraini ~~


~~ Allah menjodohkan beliau dengan seorang askar? OhhMai..fruitliver. ~~

Cuti 23.03.2014 memang membawa memori indah buat mereka. begitu juga dengan ku. Semoga laluan perjalanan hidupku seindah yang aku impikan dinihari. 

3 perkara 1 hari. Ohhseemmnya hidup.

Ainur dan Noraini
Mereka berdua memang bestfriend sesangat. Masa kitorang tingkatan 6, aku pernah cakap.."weh, klu korang lain U macam mana?". Uiihhh, masin mulut aku. Ainur ke UUM, Aini ke UPSI. Aku ke USM. Huahuahua. Zaman persekolahan banyak mengingatkan aku dengan kenangan-kenangan. Baik yang manis, apatah lagi yang hak touching feeling-feeling. 


Jangan PERCAYA pada saiz

Nak cari pun payah. Yang lagi syok, adalah sahabat aku sorang tu (**krik~~krik), memang mantop!! Tertarik!! Meletop. Debooom.. Boleh gelak 7 keturunan. 

"Aku hadiahkan dia baju tidur malam, seksii woooo". Kata beliau. 

Aduhaiii sahabat, ko pun, mengekek kitorang dalam kereta tu. Gegak-gempita rasanya. Weh joren , time aku kawen nanti aku taknak taw. Jangan mengada-ngada bagi. Hehehehe.

Ada pulak hantaran
Yang ini aku discuss dengan member UKM aku. Deorang kata ikut la pada individu tu. Kalau masa bertunang tak ada hantaran-hantaran bagai ni, time bertandang nanti bawak la. Ooohhh gitu. Layankan aje lah.



When you clearly see the combination beauties of God's and our creation. Alhamdulillah. Thankful  
Amboii!! Sukahati lalalala. Aku bersyukur dengan apa yang ada pada diri aku ini. Walau tak sesempurna mereka-mereka yang lain. But most important aku belajar BERCINTA dengan semua. Yehaaa!!.

Tinggal K.A.M.I berdua sahaja lagi.

Yesss!! Don't worry my dear, Allah merencanakan hidup kita sebaiknya. Mohon jangan gundah-gulana..Hehehehe, tapi bila kawan-kawan dah ada anak 2 3 orang, masa itu WAJIB gundah le dah kotnya. Hehehe!! Tapi, tapi, penuhi impian kita dahulu ye Ainur. 

K.A.M.I
Kenduri Ke-2

Balik rumah tengok adik tengah bersiap.

"Adik, nak g mana ni? nak ikut". 'Kawen kawan sekolah dekat dewan besar, jom'

Hahaha, walhal aku tak kenal pun siapakah gerangannya. Makan lagi. Makan dan makan. Kenduri kahwin kalau tak ada nasi minyak memang tak sah ye?? Hehehe, aku penggemar nasi minyak. Nasi minyak aku 5 tahun lagi. In sha Allah.

Aku tak tahu la. Suka sangat dengan pelamin. Tak kisahlah banyak bunga-bunga, rompol-rompol, kerawang-kerawang. Dah namanya raja sehari, memang indah-indah belaka aihh!! Tak kisah la orang kata muka nampak tak berseri, mekap tebal etc. who care!! Lagipun memang kahwin ye. K.A.H.W.I.N. 




WELCOME A LITTLE MERMAID 
Alang-alang dah hantar yati. Singgah tengok baby girl. Welcome!! Welcome!! Ishhh, budak ni, gigit hidung tu baru tahu. Mulut tu nak kena sium-sium ni. Aje yang ye baby-baby sekarang ni. Macam nak lambung-lambung dua tiga kali. Geram bebeno rasanya. 

Makchik a.k.a tante Ina  mendoakan agar az-Zahra menjadi anak yang berjaya dunia akhirat. Semoga Zahra dapat merasai nikmat hidup yang Allah rencana dan tintakan. Agar Zahra mempunyai kekuatan untuk berjuang atas nama Zahra itu sendiri. Dan yang pasti Zahra adalah terlalu ISTIMEWA untuk mak dan abah.

Hari ini dalam Sejarah,
makan,makan dan makan.

~~ Bookerville A Magical Town of Book ~~


~~ Theme memang dah GAH sesangat ~~

#prayformh370
Haiiip MLA, mari mulakan coretan emosi kita dengan mendoakan kesejahteraan dan keselamatan penumpang #mh370 ya. Walau dimanapun mereka berada, mari bersama-sama mengharapkan kepulangan mereka. Andai takdir lebih menyebelahi mereka, mohon mereka di tempatkan dalam kalangan yang sentiasa dibawah lindungan Allah. Come back!! Please #mh370, we are still need you. (sentap).

Bookerville A Magical Town of Book

Sememangnya pesta buku sering aku nanti-nantikan. Siap pakat ajak ramai-ramai, tapi yela, kalau dah nama buat tesis, makan pun tak lalu. (aku masih lalu lagi...kikiki), ada yang demam, alahan, tak sempat, sakit. Makanya aku pergi bertiga dengan Kakmi dan Kas. Jadilah!. Tapi aku HAMPA.

Eh, tadi cakap nanti-nantikan. Asal ada HAMPA-HAMPA plak ni.




Terlampau "TERLETAK"
Maknanya tersusun, terancang dan semua ter lah. Ala, tak seronok. Rasa macam masuk BOARDERS Queensbay pulak. Kalau rasa nak baca-baca tak beli sesuai la dekat POPULAR dan kedai buku seangkatannya. Ala, Hati aku kata tak best!! Tapi Kas pergi esoknya kata best. Ciss, mungkin hari pertama, tak berapa nak gempak lagi. (tenangkan hati sendiri).

Cadangnya nak "menghadiahkan" kepada seseorang
Terfikir mesti pesta buku PWTC akan ada jual jugak. So, sabarkan hati. In sha Allah, akan beli. Kalau tengok deretan Al-Quran dan Terjemahan pun dah gentar hati, inikan pula membacanya. Tiba-tiba rasa kerdil dan banyak khilaf. Ya Allah.

Menayakan orang saja produk ni
Wahai penjual FCC, sampai hati jual yang dah expired date, Oooo sebab jual harga runtuh, memang runtuh sesangatlah ya? Sampai hatikan. Dah lah aku beli untuk kawan, rasa bersalah sangat bila beliau cakap dah expired. OhhMaiAllah, bersalah sesangat. Sampai sekarang terkesan. Pengajarannya, jangan nak tunggu promosi runtuh sangat la Ina oiii. Inilah jadinya. pity me!!

Buku yang "teringin" dibeli
Teringin. Tapi tak ambil. Apasal dalam sejarah hidup Cik Zurina pergi pesta buku, tak beli satu pun buku. Apasal? Hehehe, aku sorang je sebenarnya tahu kenapa. Sebab aku tunggu pesta buku PWTC. bila campur baucer buku aku ngan adik. Huaaa!! RM500, boleh beli banyak tu. Share lagi dengan kaklong, Puteri, Lisya, Abanglong,Abangngah, Dik Kuan, huahua. Tak sabar wehhh.

Hadiah tuk Sarah


Sedang menanti Mie
Mungkin sebab mood untuk memborong sakan tak ada. Apa kata kita sedas dua selfie sendirian. Eh, teringat baca satu artikel yang tulis golongan berselfie sampai lima jam. Omaakau!! Lamanya. Betul ke? Methodologi apa yang pengkaji tu guna? Ke pakai cekup je? Surat Khabar dan Majalah!! Sometimes, u're not relevent enough!. Kikiki.


Tinta bicara,
Zurina Saidi

Sunday, 16 March 2014

~~ Sakit : Penghapus Dosa Kecil ~~



~~ kesakitan itu adalah penghapus segala dosa kecil ~~

Berlambak ubat

Hye MLA, 
Inilah yang dikatakan, kita merancang Allah menentukan. Yelah! Sabtu Ahad ini aku dah berazam untuk menyiapkan permasalahan kajian. Namun, masalah kajian tak jumpa, masalah lain pulak yang timbul. Sakit! Bila dah sakit ini, satu kerja pun aku tak dapat buat. Yang pastinya tidur...tidur...tidur dan tidur. Bila on laptop  hati tak tenang, tetap nak tahu perkembangan #mh370. Bila dah baca, banyak pula benda yang aku fikirkan.

Mengapa macam tu?
Aih, betul ke?
Ohhh, yeke??
Macam mana boleh jadi macam tu?
So, apa kesimpulannya?

Hah, nampak tak banyak sangat yang bermain di minda. Itu belum lagi berdiskusi dengan Dr Azmi, macam-macam plak falsafah dan teori-teori yang bakal aku dapati. Inilah kerjanya orang falsafah ini. Kikiki. Bila baca news , rasa jatuh kasihan kepada Kapten Zaharie, jatuh benci pada mereka yang memfitnah, bergelora rasa hati untuk tahu fakta-fakta. Tapi, aku sabar menanti!! Menanti pada yang pasti. In sha Allah, aku akan ketemu juga dengan #Mh 370.

Sempat juga tu, nak memikirkan #mh370, kaki yang semakin berdenyut-denyut meminta untuk disapukan ubat. Kepala semakin berat, perut semakin berkeroncong mendendangkan lagu Zaiton Sameon, mata makin kuyu. 

"Ya Allah, sembuhkanlah penyakitku ini. Amin"

Masih menanti,
Zurina Saidi.

Tuesday, 11 March 2014

~ Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah ~~


~~ Segala kejadian di muka bumi ini RENCANA Allah ~~


Assalamualaikum MLA, hari ini aku rasa bukan aku sahaja yang letih, tapi kawan-kawan aku yang lain juga. Nampak bait-bait keletihan terpancar di sinar wajah mereka. Inilah yang dikatakan dugaan yang akan kita tempuhi apabila bergelar PELAJAR. Kestressan melampau, assignment yang mencabar, rakan-rakan yang memahami dan macam-macam lagi. Mungkin ini ujian dariNya. Siapa kita nak menduga. 


Apabila perkara tidak diingini berlaku , mohon untuk mengingati kembali kepada Pencipta Yang Satu. Kerana itu kita diasuh dan dididik untuk sentiasa berzikir dan berselawat. Ia adalah penyucian HATI. Moga HATI kita sentiasa ditetapkan ke garisan nan Satu. 

SubhanaAllah 33x

Alhamdulillah 33x

Allahuakbar 33x

Terkadang, apabila kita berzikir, ketenangan bakal kita perolehi. Nampak tak? Nampak tak ganjaran yang Dia beri. Makanya, jom basahkan lidah ini dengan berzikir. Yehaa!!

Nota Bicara : Masih menantikan khabar gembira dari #MH370. Ya Allah, "hasbunallah waniqmal waqil". KepadaMu aku berserah Ya Allah.

Tinta Bicara,
Penanti tegar #mh370


Saturday, 8 March 2014

~~ Allah Maha Berkuasa #pray for Aircraft MAS Boeing 777-200 ~~


~ Allahuakbar ~
Semoga Allah merahmati kesemua penumpang, andai takdir memanggil aku pohon agar semua tenang menghadapinya.


" Cukuplah Allah bagi kami dan Dia adalah sebaik-baik tempat penyerahan diri"


Tersentap aku kala ini. Mungkin bicara kali ini MLA penuh dengan emosi, sendu dan tangisan air mata. Baru aku ketahui isu ini sewaktu aku keluar dengan rakan-rakan 11pagi. 
"Kenapa weh? Ala, tak baca news ke? Tak sempat, tadah air kot. " Makanya bermulalah sembang antara kami berlima dalam kereta. Ohhhh!!. Rasa tak puas hati ini dengan info yang ada buat aku capai tabbin, type laju-laju sinar, utusan, dan FB. Oh Ya Allah!!! Semakin baca semakin sebak, titis-titis air mata luruh. Mungkin emo lebih. Rasa macam kes Lahad Datu dulu, sampai termimpi-mimpi. 

Info penting sahaja yang aku simpan kukuh dalam memori aku. Antaranya 
# MAS MH370 dari KL - Beijing bawa 239 orang, 2 bayi, 12 anak kapal.
#38 orang adalah rakyat Malaysia dan selebihnya negara lain. Paling banyak dari China lah.
#isyarat hilang.

Okay!! itu je yang aku nak tahu. Terlalu banyak sangat maklumat-maklumat palsu sampaikan boleh mengundang kepada persepsi dan tindakan diluar kawalan. Terlampau banyak sangat pemberita. Terlalu asyik sangat orang memperkatakan hal yang belum tentu sahih beritanya. Terlalu banyak sangat ustazah ustaz. Terlalu banyak!! Terlalu banyak.

Oleh itu, aku rasa aku tak "LAYAK" membaca komen-komen mereka. Adakalanya tanpa kita sedar, kita sedang BERDOSA, sedang BERMEGAH, sedang MENIPU, sedang ASYIK sehinggakan terlupa pada yang SATU. 

Mohon kepada mereka,

Mohon jangan dipolitikkan perkara yang melibatkan nyawa manusia,
mohon untuk tidak diprovokasikan dengan pelbagai metod.
mohon untuk tidak menjadi LANGAU yang busuk,
mohon juga untuk tidak memburukkan keadaan.

tetapi,
mohon untuk membuat spekulasi,
kerana ia hak menjana pemikiran anda,
namun,
mohon untuk berfikir sebelum berkata,
mohon untuk bertindak dengan apa yang difikirkan,
mohon juga untuk berdiri di atas tindakan yang anda buat.

Sedih rasanya bila ramai sangat keyboard warriors . Sehinggakan menidakkan yang hak dan batil. Sehinggakan lupa pada Allah Azzawajallah. Bermain dengan kata-kata. Tidak pernah memikirkan sama ada kata-kata itu bisa menusuk. Jangan sampai segalanya terpalit kembali pada diri sendiri sudahlah. Ketika itu, baru ketahuan yang langit dan bumi itu sangat jauh jaraknya.



Bukankan Doa adalah senjata orang mukmin? 


Mohon #zedzaidi berdiri diatas tindakan yang anda lakukan
Kadangkala, kita sebagai manusia yang diberikan akal dan fikiran yang waras, tidak boleh berfikir dengan waras. Lagi keji daripada binatang liar. Lagi jahat daripada Firaun. Kata-kata tak melambangkan kecerdikan, kefahaman malah kemanusiaan langsung. Fenomena sosial, ini antara contohnya. Jangan angkuh ya wahai keyboard warriors . Anda hanya hebat di arena maya ini, bukan di alam nyata. Jangan mendongkah langit. Mohon kembali dan berpijak dibumi yang nyata yang penuh dengan corakkan warna yang tidak pernah menawan kerana corakkan warnanya pelbagai.


Kamu tercipta dengan restu Allah SWT

Bila berlaku kejadian menyayat hati ini, aku teringat pada keluarga aku. Andai berlaku sesuatu kepada mereka. Aku kesedihan, mungkin tidak dapat menerima hakikat, mungkin juga akan mencari kesalahan. Namun, catuan Allah itu pasti. Kun fayakun.  Allah sebaik-baik pencipta. Serahkan kepadaNya kerana Dia berhak. Bukankah nyawa kita pinjaman dariNya. Allahuakbar. 

"Ya Allah, 
semoga Mereka-Mereka dilindungi,
andai benar mereka sudah tiada,
temuikanlah kami dengan mereka,
Biar pandangan terakhir ini merungkai segala yang dipendam,
Kepada keluarga penumpang,
Anda insan yang Dia pilih untuk di duga,
Kali ini anda kecewa dan derita,
In sya Allah,
Satu detik nan pasti anda bahagia.


"simpatiku ini tidak dapat menenangkan hatimu wahai ibu, 
semoga ibu tenang menghadapi saat ini"

tinta bicara,
Zurina Saidi

Friday, 7 March 2014

~~ The Gist Of Knowledge ~~


~~ Akar umbinya ILMU ~~

Assalamualaikum MLA, hari ini aku nak menstorikan perkara yang terjadi kepada aku. Disebabkan Sem ini aku ada thesis semata, aku tiada kelas, makanya saja-sajalah aku nak sit in kelas Methodologi Penyelidikan. Okay!! Fineee. Bila dah namapun sit in , aku wajiblah duduk belakang sekali. Datang tak diundang, keluar tak diheran. Aku dah ambil kelas methodologi sewaktu semester 1, cuma aku nak review semula.

Degree dahulu, aku tak pernah tahu makna penyelidikan saintifik, empirikal, normatif, induksi, deduksi dan sebagainya. Bila masuk kelas ini, aku faham. SPSS pun aku tak pernah tahu. Nampak tak mainannya disitu? Degree in Social Work are wonderful learning about human, environment and myself. Buat PRAKTIKUM..PRAK..TI..KUM.. KUM YE BUKAN KAL. Bila praktikum, hari-hari kena isi form. Aku dealing dengan manusia. Bukan dengan buku-jurnal-thesis-penyelidikan empirikal mahupun yang seangkatan dengannya.

Sambung Master sesuatu yang terindah dalam hidup aku. Tanpa memikirkan kesan berhenti kerja, aku terus continue belajar. Oleh itu, sememangnya adatlah kalau kita tak tahu semua benda. Taklah pulak kita datang dengan zero ke kelas.

Benarlah seperti yang aku duga, lain lecturer lain juga cara penyampaiannya. Bila dah belajar buat hipotesis ni, teringin pula aku buat

 "semakin tinggi tingkat pendidikan seseorang, 
semakin tinggi egonya sampai taknak dengar pendapat orang lain".

Tulisan  guru tobe!!


Hah, ini aku tuju ke Dr J. Bila tak tanya, beliau suruh tanya. Bila dah tanya belum kita habis tanya beliau sudah mencelah. Bila kita tanya, beliau marah pula kata benda senang pun tak boleh. Atu, macam manakah cara terbaik. Sebab tu, aku tak boleh in dengan  Dr J ni. Aku suka beliau, cuma cara beliau buat aku bengang, sakit hati, apa-apalah ko ni Dr. Hah, sampai macam tu sekali. 

Bila jadi macam ini, aku teringat hari aku wakilkan pelajar master Sains Pembangunan kena audit dengan Kementerian kot. Tak pasti. Yang pasti 3 panel dihadapan kami bertanyakan berkaitan dengan silibus, subjek, pensyarah, tugasan, field work dan macam-macam lagi. Dalam banyak-banyak presenter, kumpulan kami yang banyak argument yang tak best-tak best- tak best. Sampaikan Dekan Fakulti Psikologi soal macam-macam. Penyudahnya!!

Kelas belum tamat, aku naik status wechat. Syahdu!! Feeling sebab macam di down kan oleh beliau. Bila ditenangkan kembali oleh Mie, aku okay balik. Semester lepas, aku kena sekali dengan Dr M. Lagi tak boleh blahh, ayatnya lagi buat semut sentap "kalau rasa nak main-main, jangan sambung master, jangan". 

Dunia, makin kita ada pangkat, nama dan kuasa.. Makin kita dihargai.
Makin kita tak ada apa-apa, belum tentu orang nak pandang kita.

Ini adalah pendapat aku sebagai well-being scorer !!

Nilai asas pembelajaran itu adalah menuntut. Ia bermakna kita belum ada kedalaman ilmu tersebut. Menjadi tanggungjawab mereka-mereka untuk membantu memberikan ilmu. Tidak dinafikan sewaktu menuntut ilmu, proses kesukaran berlaku seperti dimarahi, sukar memahami serta perbahasan dari masa ke semasa untuk stimulate idea. Namun begitu, menjadi tanggungjawab diri sendiri untuk memastikan yang ilmu yang disampaikan diperolehi dengan sepenuhnya. Oleh itu, perlu ada two ways communication antara pelajar dan pendidik. Wajib!! 


Sedang mengalami keadaan berikut #gatal nak sit in classes

Ketouchingan hari ini telah membuatkan aku mengingatinya kedalam memori MLA. Yelah!! Nanti bila dah bekerja, dah tua bangka nanti, bila recap balik, mesti aku senyum kambing sorang-sorang. Masa itu mesti cakap "apesallah ini pun boleh jadi story hidup. Macam bijak je-macam bijak je!!". Bhahahaha.
Tinta Bicara,
Bakal graduate Semester ini




Thursday, 6 March 2014

~~ Putus Asa Terkadang ~~


~~ Manusia senang putus asa, seperti aku di saat ini


Keadaan aku sekarang ini!! Tak semua benda aku tahu la Dr
Baca Zurina, Baca!! Itu jelah ayatnya
~~

Assalamualaikum MLA

Terkadang bila hati berdetik "alah, cukup-cukuplah study nya tu!! Bukan dapat kerja bagus pun", hati pun mudah melatah. Yelah!! Tetapi, aku kembali semula ke alam nyata, matlamat utama aku menyambung pelajaran. Mungkin kerna bebanan tesis ini menyebabkan kelam-kelibut akal dan hati. Apakan daya!

 Usaha itu perlu, 
Doa itu pasti,
 Ikhtiar itu wajar
Itawakal itu tunggu.     Iyalah.

Zurina Saidi,
Sila jangan berputus asa! Selamat bertesis! Sila jangan nak sebak-sebak malam begini. Jom!! 
Faham-faham, berdebor-debor rasanya nak menyiapkan tesis ini. 

Ya Allah, mudahkanlah urusan tesisku ini. Amin.

Counting the real breathe,
Zurina Saidi


Wednesday, 5 March 2014

~~ Peperiksaan Pegawai Penerangan ~~


~~ Exam Ohhh Exam ~~

Ye, kadang-kadang tu sampai naik jemu dah, panggil exam, interbiu, penyudahnya tak melekatpun. Kadang-kadang la kan?? Tetapi aku selalu tetapkan dalam hati ni ' rezeki Allah luas dibumi bertuah ini'.

1 Mac 2014

Tak lama lepas aku ambil exam  pegawai sukan dan belia, aku dapat lagi panggilan exam keberapa kalinya. Hasrat hati memang tanak pergi dah, tetapi dipenghujungnya aku terfikir mungkin ada baiknya aku mencuba. Tak salah mencuba! Lagipun berapa ramai graduan yang berusaha untuk memasuki exam ni. Makanya, sila berasa BERTUAH. 

lagi!! lagi!! dan lagi
Kali ini aku anggarkan seramai 50 -60 candidates. Aku mesti wajib lambat! Penyudahnya mesti wajib duduk depan sekali. Apapun, mesti cool okay! Gabra jangan!!. Selalunya tahap excited aku diskala 6/10.. namun begitu kali ini selepas exam seksyen A , tahap ke excitedan aku diskala 9/10. Bhahaha. Tak macam soalan pegawai belia dan sukan yang memang spesifik kepada hal-hal berkaitan dengan dasar sukan, sukan-sukan-sukan-sukan dan sukan. Berbeza dengan peperiksaan kali ini, ia terlampau biasa, bermakna soalannya tersangatlah pengajian Am, kalau membaca, menonton berita, malah membaca majalah DARA, NUR, HIJABISTA, adalah pengetahuannya.

Contoh soalan : Negeri apakah yang telah diberikan title sebagai negeri tapak warisan dunia yang diiktiraf oleh UNESCO?
Jawapannya MELAKA dan PULAU PINANG.

Bhahaha, itu je yang aku tahu sebab aku punya assignment tentang tapak warisan dunia. Haruslah!! Kikiki. Nampak tak, semuanya overall review. Makanya di seksyen A, tahap pembacaan perlu diskala yang tinggi juga. Ala, sikit-sikit pun takapa.

Begitu juga di seksyen B, kira-kira Mate memang memboringkan. Sebab tak reti nak congak bagai, wajib ada kalkulator punyalah. Bergembiralah anda kerana soalan seksyen B kali ini ohsem!! Dah aku kenapa cukup-cukup masa pulak! Ohh nampak mainannya disitu ye!

Tetiba seksyen C, mangkak!! Kenapa soalan essay ni macam nak pedajal kat orang je!! 27690 kali aku baca soalannya! Termenung seketika. Disebabkan soalannya 1 (aku tak tahu apa itu Dasar Wawasan 2020, peranan kerajaan dan masyarakat), Soalan 2 (tentang PLKN, tak pernah menyertai pun), soalan 3 (manfaat yang diterima oleh masyarakat daripada subsidi yang diberikan oleh kerajaan). Ishhh, soalan!! Kuat bebeno politiknya. Cuba berada atas benteng pendedahan ilmu. Macam apa je aku rasa. Aku rasa maybe aku nak jawab soalan 3. Okay!! fine.

Seksyen D, essay BI, lagi haru kot!! Dah engkau soalan, apesal macam tuh? Yang ini aku tak fikir panjang aku ambil soalan 3, social media an effective way and popular among generation Y. Discuss!!! Aihhh!! memang aku diskus bebeno le, hehehe. Ntah lekaih bebeno aku keluar! Cittt, podaaahh.

Aku tak meletakkan harapan setinggi bukit broga!! tetapi harapan aku agar aku diberi peluang dan ruang untuk memiliki pekerjaan yang suitable dan meletakkan aku ditempat yang seharusnya. Bukan memilih tetapi ini adalah penterjemahan aku dalam erti makna pekerjaan. 

Aku percaya, rezeki Allah dibumi bertuah ini luas. Seluas saujana hijau, seluas lautan nan terbentang. Tidak pernah terdetik mun sekelumit rasa penyesalan menyambung pelajaran degree mahupun master kerna niat azalinya adalah untuk menggapai ilmu nan sedikit itu. Pun begitu, harapan untuk mendapatkan pekerjaan sebaik-baiknya masih tersemat utuh disanubari. Semoga Allah senantiasa mendengar keluh-kesah, rintihan dan tangisanku! 

Dan aku masih percaya,
Allah pemberi rezeki kepadaku.
Masih mencari, ternanti dan menanti

candidates ke 59,
Zurina Saidi