Saturday, 22 February 2014

~~ Pesta Buku Big Bad Wolf ~~


~~ Siapa suka MEMBACA, sila lambai tangan ~~



Membuka peluang untuk menemui Tuhan adalah dengan mencari ilmu pengetahuan. Percayalah.
-Zurina Saidi-

Assalamualaikum, hyepp MLA. Nampak tak? Nampak tak qoute aku tu. Ya, sangat kan.

Apabila aku dipelawa oleh makrang a.k.a Ain Zainal untuk ke pesta buku, memang tak lah kan aku nak lepaskan peluang. Dah memang K.A.M.I pencinta ilmu gamaknya. Hehehe. Ayat. Makanya, dengan tak berapa nak tahu direction yang tepat, kiranya gamble ajalah. Kalau tak tahu, tanya jah orang. Apa ada hal.

Big Bad Wolf Fireball Booksale  kali ini ada di MIECC ( Mines International Exhibition & Convention Centre). MasyaAllah, harga buku-bukunya ya ampun, MURAH gila beb!! Mau bernanah otak tengok macam-macam jenis buku fiction & non-fiction. Aku? Nangis!! Ya amat syiookk gila. Tinggal member aku. Aku gerak sendiri mencari berjenis-jenis. Kajian mana yang cakap rakyat Malaysia hanya membaca 1 buku 1 tahun?? Puihhh. Baik kome pergi tengok time ada Booksale  bagai, tak pun pesta buku PWTC. Nampak makhluk duniawi bapak banyak. Sampai tak ada tempat nak duduk. Tak kiralah novel cinta, majalah, buku motivasi, etc. Tetapi bila ada saja pesta buku, makanya berduyun-duyun manusia memenuhi setiap inci ruang yang ada. Percayalah. Bayangkan. Imagine kan. Dari harga RM60.50 jadi RM8. RM34.50 jadi RM5. Tak ke mau teroyak laju-laju. (Papa HM Tuah marah aku beli buku yang tak berapa nak ilmiah, eleh buku beliau dah bertingket-tingket, ace bagi ruang dekat anakmu ini beli buku non-fiction pulak.)

Yang pasti.

kebanyakkan buku yang di'lelong' oleh booksale BBWF memang melampau buku omputihnya. Aku? Jeling-jeling senyum-senyum manja. Takat tu masih mampu! Kalau nak baca, mak aih, bila nak khatam nie? tapi kalau MLA tengok matsalih &minahsalih yang datang, siap bawak beg troli bagai. Aku takat 1 kotak je mampu. Ada yang sampai bawak beg besar. 

Yang syiokkknya adalah abangsalih yang tanya itu ini dekat aku. Malu i'olss okay!! BI takat level UPSR aja. Bhaha. Sampai tetiba makrang tanya "Asal tetiba bahasa tante bertukar". Hehehe "Masuk kandang kambing, embek..embekk le kita makrang oiii". Pesta buku sememangnya seringkali aku nanti-nantikan. Kalau orang jadikan fesyen baju tudung sebagai hobi, berbeza dengan aku. Aku lebih prefer memborong macam-macam jenis buku. Dedulu-dulu, azam nak bukak Mini library dekat rumah. InshaAllah, bakal terlaksana. 

Sebenarnya!!!

HooMaiAllah!! Yang sebenarnya buku Kaklong anje yang paling banyak. Buku dia je mencecah RM30. Seronoklah kaklong, pasni membaca saja le kerja dia. "Kaklong, makchik belikan kaklong kisah-kisah Nabi Muhammad SAW dari jilid 1 sampai jilid 24. Harap-harap Kaklong boleh jawab time exam UPKK". Agaknya, kalau bawak kaklong, mesti dia rambang mata punyalah. Sedangkan makchiknya dah sampai meleleh ayolior.

Ohhh ye!! Aku memang fanatik dengan mamat lidah pendek, ayolior tersemboii keluar kalau time beliau bercakap-cakap dekat 707. Kalau masak, main campak-campak. I'm admire u Jamie!!Muahhh.

Fun Station 4 mylitel redindian Aleesya dan Kakak Puteri
Hah, nampak tak mainannya dekat sini. Nak suruh deme menyepahkan lagi rumah datin. Hehehe. Aku dah tengok dah isi kandungannya, mesti have fun lah. Yang glow&glamour tuh aku dapat percuma. Kalau bagi tester-tester ni memang aku gemor ya amat. Hahaha.



Tante yang ke'happy'an. Bhahaha (gelak sopan)
Sila percaya!! Saya BUKAN YUNA KAK.
Muka pun tak seiras.

Maunya kome MLA tak rambang mata. Dahlah matsalih hensem bergaya, yang datang-datang tentunya daripada field yang berbeza-beza. Dari cara deme-deme pandang buku tu dah tahu deme-deme ini tentunya  educated person. Bayangkan bila baca abstract ja dah kerut-kerut kening. Bhahaha.

Jom Bayar harga buku yang murah gila-gila sampai RM3 pun ada. Muntah!!

 Aku lebih suka bayar guna kad terus. Tapi masalah pulak dah. 2 3 kali try card aku baru boleh. Tetiba macam tak yakin. Tapi cashier chinese girl tu cakap "it's okay Ms, just wait for a while, we will find out...blalalala". Akhirnya, aku check dekat CIMB Bank, takada apa masalah. Bila membeli buku dalam kuantiti yang banyak, aku lebih consider untuk menggunakan card bank terus sebab aku tak pasti berapa yang aku akan spend for that kind of book.Ada masa terlebih budget, tapi kali ini tak lebih sebab aku masih simpan untuk pesta buku PWTC bulan 4 ni.

Susunan buku. Ya Ampun
Gila ko!! Sapa tak kenal beliau? Okay!! fine. Aku ja yang duduk sambil belek-belek. kalaukan manusia yang ada, nasib baik tak berebut-rebut. Steady lah wehhh!. Hah, kotak-kotak yang deme-deme pegang tu adalah bakul untuk deme-deme simpan buku yang deme dah bekenan. Besar weh booksale ni, tapi besar lagi pesta buku PWTC. Ahh, tak kisahlah!

Kalau seharian duduk dekat sini pun, aku gemor oiiihhh. Bayangkan, aku pergi belek dari 1 row ke row seterusnya. Nampak tak? Jiwa aku memang jiwa observe. (orang social work lah konon).

Aku suka observe persekitaran aku. Bila di tempat-tempat begini, aku lihat sesi interaksi itu wujud. Melayu masih berhubungan. Walaupun kita tak kenal each others. Tapi sama-sama berkongsi pendapat dan pandangan. Masih boleh beri ruang dekat kita. Tolong angkatkan beg yang berat-berat. Jadi, siapa cakap kita MELAYU sudah terhakis nilai-nilai murni tuh? Siapa cakap? Nak lempang sedas dua.

Kelihatan beberapa (banyak sebenarnya) keluarga dari anak sampai ke opah deme angkut sama. MasyaAllah. Anak-anak juga sudah dididik untuk membaca, memahami, mencintai ilmu. Disudut sana, terpandangkan aku sepasang kekasih yang sama-sama bergelak ketawa membaca buku berkenaan lovestorybook. Hoomaiii!! Sangat romantik. 

Disudut bacaan kanak-kanak, bed time story menjadi pilihan anak-anak cina manakala anak melayu lebih gemarkan bahan bacaan kartun mahupun buku mewarna. So sweet!! Apapun bahan bacaan mereka, I'm totally AGREE. Lagipun ini proses pembelajaran untuk mereka. Jangan disaratkan dengan buku ilmiah sahaja. Jadikan membaca itu amalan MUDAH untuk kanak-kanak.




K.A.M.I 

Muka tak bersalah duduk dikhalayak ramai sambil selfie sendiri. Tak malu juga kerana duduk dan akhirnya ada juga yang menjadikan kawasan tersebut kawasan istirahat. Yehaaa!!!

Makrang dan twilight beliau. Makrang nak signature mereka.



Berikut merupakan aksi spontan yang tak sangat dengan berlatar belakangkan apa tah.


Oleh itu, tamatlah sudah catatan manja semanis gula aku! Bukanlah apa, aku kan suka menjadikan ia sebagai sebahagian memori yang sukar untuk dilupakan. Wahai abam Jebat, adindamu ini sangat suka dengan buku-buku. Sila take note okay!! (Dah asal abam jebat pulak?)

Orang yang mendapat ilmu adalah orang yang dianugerahkan kurnia dan rahmat oleh Allah SWT. Sebarkannya! InshaAllah, ada ganjaran yang bakal diterima.
-Zurina Saidi-


Friday, 21 February 2014

~~ I'm innocent in every single of my breath~~



~~ Lagu Salahkah, Papinka serta Judika seringkali diulangi ~~


Dari jauh ku berlari, mengejar
mimpi-mimpi,
berat rasanya ku dapatkan semua,
dari situ kusedari, mungkinkah saat nanti,
cinta kita berdua bisa ku miliki.

-Hafiz & Rossa-


Hati dan perasaan

Berulangkali kau menyakiti,
berulangkali kau khianati,
sakit ini coba pahami
Ku punya bukan tuk disakiti

-Judika-

Mengapa mudahnya,hatimu mendua
kulapangkan dada walau aku terluka
semoga bahagia bersama dirinya
kerna kau telah memilik dia
betapa sakitnya apa yang ku rasa
tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
semoga ku bisa melupakannya
kerna ku masih mencintainya

-Papinka-


Hah, nampak tak mainannya disitu? Sejak bermenjak ini, lagu-lagu demikian seringkali dicorongkan ditelingaku. (perghh, ayat fail BM). Setiap kali on lappy, wajibal aku pasang. Tengah IN dalam hati aku. Makanya, layankan aja. Nanti bila dah tak syok, kita putar pulak lagu lain. Lirik-lirik CINTA sebegini sememangnya seringkali menggamit kenangan peribadi MLA. Betul tak? Mestilah. Bila dengar, mesti sendu syahdu. Emosional. Touching. Sambil pintal-pintal bucu bantal peluk. Betul dak? Elehhh.

Macam manalah kita boleh feel beriakan? Terkadang terdetik jugak dekat hati, orang perempuan aja ke yang bila dengar lagu sekarat ini yang akan feeling-feeling? Acane pulak dengan orang laki-laki? Adakah deme akan sendu syahdu jugak? Bila ditanya mesti control macho. Belum lagi dalam sejarah aku yang tak berapa nak ramai kawan lelaki tengok deme-deme feeling.

Sememangnya filem Melayu memang menipu kita. Kita pun layankan ajalah. Selamat aku tak diehardfan dengan film melayu. Apatah lagi filem Indonesia (Lagu aku sukaaaaa) . Maaf buk!! Retis laki boleh le nak menitik-menitik ayo mata, hakikatnya?? Ahhh, apa yang aku lalutkan dikala malam hening serta cengkerik krek~~krek~~krek. 

Apapun, yang pasti.

Tentang hati dan perasaan.

hakikat sebenarnya, hati dan perasaan sangat hampir dengan wanita,
tatkala mendengar bait-bait lirik, mesti mengundang emosi-emosi dahulu,
Tapi, bukan itu sahaja yang terlintas dihati,
Wanita sifat nan lembut itu, kiranya dicabuli
akan terselit kekecewaan
ketika itu,apa pun yang berlaku,
akan diserahkan kepada Ilahi jua. Kerana itulah sebaik-baiknya.
 Namun begitu, sudahkan sifat wanita itu,
seperti kaca, mudah retak dan tuntasnya akan pecah. Andai itu terjadi,
Percayalah, jangankan kata hati dan perasaan,
malah emosinya jua tidak akan membenarkan KAMU mendekatinya lagi.
Percayalah.



Menanti dengan penuh tawaduk'
Zurina Saidi

Thursday, 20 February 2014

~~ Panahan Mata Abam Jebat ~~


~~ Gila propa bayang desus-desus ~~

Dah kau kenapa Zurina? 

Seminggu dekat aku di UKM Bangi tercinta. Lepas sedas-dua tangisan kegembiraan, hadir menjengah nampaknya kekusutan yang mahakarya kuatnya. Thesis Ooo Thesis. Baru cadang nak berjimba bagai, dah wajib mencari 50 jurnal. Ape ke heinya anak Jusoh ooiii?? Okaylah Dr, disebabkan saya nak grade sesangat bulan 10 ini, saya akan berusaha bersungguh-sungguh dengan makan banyak, tidur lebih, propa kuat, layan movie dan sebagainya. Bhahaha. 

Conversation between us (Zurina and Anak Jusoh)

Dr H : Hah, dah awak kenapa nak jadikan saya supervisor awak ni. Tak ada sapa berani nak dengan saya. Dah awak kenapa?

Me : Tulah pasal Dr. Saya pun tak pasti. Boleh tolong jawabkan soklan tu time viva nanti. (aku gelak amat kuat)

Dr  H : Sebelum nak saya, awak cari  jurnal sekian-sekian sebanyak 50, pehtu datang lagi sekali explain dekat saya perbezaan antara Research Proposal dan thesis. Jangan lupa masuk group FB RP, jangan tipu kata takada FB. (Ciss, baru nak kelentong cakap takdak). nanti pergi kursus ATLAS, blalalalal.

Me : (*garu kepala. Toink~~Toink). Eh Dr, asal kena ambik kursus bagai. Mana ada pitih Dr. Dahlah kena bayar. Takpayah la.

Dr H : Ini untuk awak jugak. Bukan saya. Kalau taknak takpa. Jangan nangis kalau viva kena sembur.

Me : (Dalam hati : Dr nie joren betui. Belum apa-apa dah buat aku gelak berdekah-dekah.)

Kesemangatan diskala 368%
Bila dah kena paksa bagai ini, kaki berat bagaikan ringan pulak ke library PTSL. Dulu-dulu boleh muntah darah pekat kot kalau masuk sini. Nampak tak mainan minda disitu? Dah anak Jusoh ni paksa-paksa suruh masuk software bagai. Ingat senang ke PTSL nak bagi. Buku bagai dah banyak.

Mainan semata-mata

Sekiranya jurnal dan buku-buku tersebut di dalam bahasa mudah Melayu, akulah individu yang paling bahagia sekali diarena penyiapan thesis ini. Setuju!! Done very well sesangat minggu ini. Berjumpa dengan supervisor a.k.a anak jusoh (kalau beliau tahu gelaran ini, mahu dihampuknye aku). 

Jurnal : Not yet
Buku : Not done
Proposal : Masih jauh
Makan : Masih banyak
Tidur : Auuwww terlebih sesangat

Aku macam takada perasaan!! Apakah ini mainan setannirajim yang direjam?? ganasss!!


Untuk Abam Jebat
Yess!! Nama diberikan "KacaCinta". Nampak tak mainannya disitu?? Amboii!! Dah aku apesal? Suka sangat benda-benda lag'ha ni. kalau pergi kedai MyShop memang gatal tangan ye MLA. Janganlah ditanya lagi. Sambil-sambil layan lagu cakrakhan terlambat-terlambat tu kita  goncang-goncang "KacaCinta" sebab ada lighting da.. Yehaaa!!


MLA tahu, hari-hari aku akan pasang lagu yang korang tak pernah dengarkan..Kikikiki.  Daripada Judika 'Bukan Dia Tapi Aku'

Jom layan lagu ni sambil poyo-poyo abam Jebat!!

"Bukan Dia Tapi Aku"

Berulang kali kau menyakiti,
Berulang kali kau khianati
sakit ini cuba fahami
ku punya hati bukan tuk disakiti

ku akui sungguh beratnya
meninggalkanmu yang dulu pernah ada
namun harus aku lakukan 
kerana ku tahu ini yang terbaik

Ku harus pergi meninggalkan kamu
yang telah hancurkan aku 
sakitnya, sakitnya oh sakitnya 

Meh, nak lap mop-mopkan mata bocor anda itu. Aku tahu mesti layan punya lagu ini. Memang syahdu lah. Ini semua sebab adik yang jadikan ringtones. terus aku tangkap leleh. Thumbups untuk penulis lagu, komposer dan penyanyi lagu-lagu cintacintun sebab buat aku senang tangkap leleh secara mendadak. Yehaa!!

Oleh sebab minggu ini tersangat menggembirakan hati aku dengan news yang mantopp!! meleps. Aku nak bersajak bagai. Bhahaha. Ini untuk abam Jebat aja. Orang lain takboleh!

Tinta bicara untuknya

Dia,
Yang memberi racun buatkan
yang meraih kembali lemahku,
yang memberi penawar tatkala ku keracunan
menghulurkan pegangan tatkala ku inginkan pautan,
mengalirkan air mata tatkala ku kerinduan
menggapai tatkala ku kesepian
dan Dia
dengan setiap renungan yang memberiku kebahagiaan
dalam setiap helaan nafas yang kuhembuskan.

Pujangga Cinta,
Zurina Saidi

Monday, 17 February 2014

~~ Jebat // Ahmeoow // Keluarga ~~



~~ Malam Pertama tanpa Jebat > Ahmeoow > Deme-deme ~~

Assalamualaikum peps MLA

Cuti sepanjang sebulan memang awesome sesangat!! Dabeek!! Dedulu-dulu azam memanjang tapi pengakhirannya azam tinggal azam aja lah. Namun begitu, tidak lagi. Pabila usia meningkat remaja (#sweet20), aku perlu memastikan segala keinginan aku tercapai. Antaranya untuk memastikan bunga-bunga rose berkembang mekar. Aleesya Rose adalah hasil usaha bersama kami sekeluarga. Jirus / tanam / bela dan sebagainya. Hasilnya. Mampu tersenyum merah darah.

Jorennnnn tak Alesya Rose hasil tangan Datin

Tanam pokok cabai / lada / cili

Hohmai!! Jangan tanya kenapa rumah aku sentiasa kena ada lada. Kala tak ada. Acane nak buat sambal belacan, mempelam, tomato dan seangkatan dengannya? Kebanggaan menjadi anak kampung adalah semua benda ini mampu didapati dengan mudah. Yehaa!! Tak perlu nak pergi beli kot lada, serai, daun kunyit, daun kesum, segala maknena perencah dalam masakan. Yakini mudah dan selamat digunakan tanpa was-was. Bhahaha.

Mr's Red in the house

Kalau kira-kira + - x kuasa  semua ada lebih 3 pokok cabai ye peps MLA. Yang pasti kutip banyak-banyak. Formula untuk mendapatkan hasil yang mantopp adalah dengan jirus sekerap yang mungkin ye! Sambil-sambil zikir munajat ye!! Kikiki. Percayalah. Hasilnya bukan dapat masa tuh jugak. Wajib bersabar ya peps.

Ahli keluarga baru. Perkenalkan 'Ahmeeow'

Ahmeeow adalah kucing oren putih. Bukan yang sedang pandang garang. Itu Abg Mat

Perkenalkan ye Peps MLA. Beliau merupakan kucing trafic light kuala Kangsar . Ini kerana beliau diambil di simpang trafic light. Entah sapa makhluk ganas mana yang membuang beliau di sana. Agaklah ye! Kalau nak buang, hantar ke market ke, kedai makan ke. Baru betul. Mangkak betul. 

Oleh itu, beliau dibawa pulang. Pada awal kemunculan beliau dirumah, tersangatlah garang kuasa 40. Beliau macam tidak boleh menerima hakikat beliau dibawa ke tempat baru. Namun, usaha berlipat ganda dengan memandikan beliau, memberi makan, bermain dan seterusnya melaksanakan proses P&P dengan membawa beliau keluar dari rumah. 

Akhirnya, beliau telah berjaya mengadaptasi persekitaran dan bergaul dengan rakan-rakan sekampung yang lain. Nama diberi 'Ahmeoow'. Nama tak perlu gempak dampak ye! Seperti Cristina, JohnLock, Maria, Ciko dan etc. hal ini kerana mudah untuk memanggil beliau sekiranya beliau sedang mengadakan musyawarah bersama rakan-rakan. Bhahaha. 

Dengan laungan yang kuat sebanyak 3 kali... Ahmeeeeeoooowwww..Ahmeeeoow...Ahmeoooww..

Confirm menceracak-ceracak beliau datang. Tambahan pula, beliau sudah sangat mengenali empunya suara. Bhahahah. Percayalah. 

Beliaulah empunya diri yang sedang digembar-gemburkan

Mesti beliau rindukan aku sekarang ni sebab dah takdak sapa nak picit hidung beliau, mandikan beliau serta mempermainkan perasaan beliau. Kakaka. Aku pun rindukan ko lah 'Ahmeoww'. Harap-harap 'Ahmeeow' tak memper'beak'kan diri di belakang sofa ye. Sekarang beliau sudahpun berumur 1 bulan.

Without Jebat

Okay!! Fine..Fine. Aku emo betullah. Dah tak dapat tengok Jebat. Walaupun sudah mengkhatamkan novel Bukan Kerna Ku Tak Cinta . Tapi, aku tetap nak tengok Jebat. Sebab akukan Tuah! Bhahaha. Terpaksa aku menyanyikan lagu Dengarlah Bintang Hatiku..blalalala. Terpaksa untuk membenci Jebat dah!! Okay. Baiklah. Nampaknya aku akan tak mengingati muka Jebat lagi. Tak mahu jugak jadi Tuah. Selamat Tinggal Jebat!! Bye..bye..Maaflah ya Jebat..Dekat UKM ni takdak astro, nak download.. Maxis tak izinkan. Nak jumpa, aku tak kenal pulak sapa sebenarnya Jebat. Tapi, jangan risau Jebat telah berjaya mencuri malam-malam tenangku.

Oleh itu, kita terpaksa putus wahai Jebat. Carilah orang lain. Maafkan aku. Yehaaa!!! Bye..bye..

Mostly important than others is my family

Yedak!! Sebulan lamanya duduk di kampung sambil membesarkan badan. Memang patutlah. Petang-petang mesti menjongket dengan datin sambil minum petang (#makan tomyam). Bukan takat minum, makan pun wajib. Datin belanja. Tengahari makan mesti nak mantop! Meleps! Macho! Seangkatan dengannya. Apa menu tak buat? Semua dah sampai penyudahnya makan rebus-rebus je!

Malam pulak tengok deme-deme buat kerja sekolah. itu tak termasuk tuisyen alang. Makanya hari-hari hidup penuh dengan aktiviti berfaedah dan tidak. Yehaaa!! Siapa kata duduk kampung boring?? Memang pun. Kalau takada kerja berfaedah. Kalau ada, mesti kita enjoy. 

Tamatlah sudah cuti honeymoon aku kat kampung tercinta. Kembali semula di bumi Bangi buat aku terfikir sejenak. Aku tak sanggup melalui hari-hari aku tanpa mereka, namun hidup harus aku laksankan. tanggungjawab semakin mencabar, sebagai hamba Allah, manusia di bumi, sebagai anak, sebagai pelajar,  dan sebagai Zurina Saidi. Membawa tanggungjawab itu buat aku percaya, hidup ini INDAH. Tak perlu memanjat mencari nama dan pangkat, jadilah diri sendiri dalam melayarkan perjalanan dalam mencari kerdhaan-Nya adalah yang terbaik.

Layarkan bahtera cintamu kepada dia yang memerlukan
Semoga setiap hembusan nafasmu hanya ditinta namanya.

-Zurina Saidi-

Friday, 14 February 2014

~~ Salam Jumaat dan 14 Februari 2014 ~~



~~ Jumaat / Friday 14 Februari 2014 ~~

In sha Allah. Jumaat kan penghulu segala hari

Alhamdulliah Ya Allah, 
Hari ini aku masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Ilahi ini. 
Semoga hari ini menjadi lebih baik dari semalam,
semoga ganjaran pahala yang Engkau janjikan adanya untukku jua wahai Ya Allah, Semoga hatiku yang seringkali alpha dan leka ini kembali kepadaMu, 
dan semoga hari-hari mendatang akan memberikan kegembiraan dan pahala untukku dan keluarga.

Mari berzikir berbilion juta dolar jom!! ganjaran hari Jumaat. Jangan lepaskan peluang

Baiklah, hari ini bukan sahaja hari Jumaat. (Boyfriend,x-boy,Dato,Ayah,Abah..jgn lupa pergi masjid ye). tetapi hari ini juga adalah hari kekasih. Cisss!! Makhluk mana yang telah menjadikan 14 Februari sebagai hari kekasih? Kome ini aje yang gemorkan, ikut saja apa yang omputih buat!! Bila ada sambutan itu ini, kome pun mengiyakan. Ayooo!! 

HARI KEKASIH BUKAN CARA UMAT ISLAM SEPERTI KITA YANG MENGAKU UMAT NABI MUHAMMAD. SETIAP HARI MERUPAKAN HARI UNTUK KITA BERKASIH SAYANG. BUKAN TUNGGU 14 FEBRUARI SAHAJA. NOTED!!

"Katakanlah (wahai Muhammad): 
Hai orang Kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah 
dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah.
 Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat 
dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
 bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaKu."


Dulu-dulu masa muda remaja (#stillmudalagi) , aku juga tidak terkecuali untuk menyelebrate. Macam mana? Ala, aku belilah apa-apa yang aku berkenan, tulis card  bagai, then bagi dekat diri sendiri. Omaaakkk!! sendu gila beb!! Sebab takdak marka / pakwe / buah hati / dan etc. Nampak tak mainannya dekat situ. Argghhh!! Tapi bukan tarikh 14 Februari aja. Dah ikut akulah, bila-bila masa nak bagi. Tulislah "Happy Love Day". 

Hari-hari adalah hari berkasih sayang untuk diri ku. Bukanlah susah mana, makan pakai cukup, tidur lena, assignment mantop, bilik suci dan bersih, ahhhh itu dah jadi hari berkasih-sayang kot! Lagi nak thriller makan banyak-banyak. OhMakEkau kot!! Memang syahdulah hari kasih-sayang aku. Tak payah nak bagi teadybear, kek coklat bagai. aku dah tangkap-leleh-hingus-sendu-sendan dah> Kira dah habis gempak dah hari kasih-sayang aku.

Tak perlu nak berartikulasi panjang lebar pasal "Happy Valentine Day" kome tuh!!

Lagipun hari ini hari Jumaat!! Kalau nak sambut jugak. Tak salah. kome bagi makan dekat fakir miskin ke, buat kenduri doa selamat ke, takpun pergi rumah anak-anak yatim. Confirm deorang happy punya. Aku pernah buat!! Yehaa. memang deme takkan lepaskan tangan korang. Sure!!!  

Makanya, Jom pergi Solat Jumaat!! Jangan lupa makan dulu, bersihkan diri. Harap-harap dalam kalangan makmum yang ada, terselit jua pemegang rusuk kananku. Amin!! (sempatlagi,miang..kikiki)


Maluuu ite tahu. 

Penghulu Segala Hari,
Zurina Saidi

Wednesday, 12 February 2014

~~ Tips 7 : Pelajar dan ptptn ~~



~Pelajar dan pinjaman ptptn tidak dapat dipisahkan~

Betul! Setuju 376%

Alhamdulillah,

Lagi beberapa hari musim semester baru bermula. Semester ini hanya tesis sahaja yang tinggal. Aku berharap agar semester ini terlaksana dengan maju jayanya. Bukanlah apa, aku dah tak sabar untuk kembali bekerja semula. Meninggalkan alam pekerjaan merupakan keputusan yang aku kira terbaik buat masa itu. Selebihnya aku isti'qamah agar segala perancangan yang aku aim menjadi. Amin Ya Allah, Engkau memudahkan semuanya. Syukran.

Nampak tak mainannya disitu??

Yes!! Tersangatlah karangan khonn!! Khonn!!. 

Ohh ye peps MLA, korangkan nak masuk U balik, mesti duit ptptn dah masuk khonn. Ate, masa ni le kome beria nak beli macam-macamkan. Amboiii!! Hello, itu duit untuk makan, pakai, beli buku, photostad note etc. Bukan beli barang lain macam handphone baru, Tab etc.

Kalau pompuan pulak mesti nak beli baju online yang tengah trend masa ini, tak lupa jugak yang beli alat mekap-dekap, supliment bagai. Elleh, akak kome nie dulu pun macam tu jugak. Mangkak!! Kepenyudahnya kome yang payah. Yes!! 

Ace kome cakap, berapa banyak sangat ptptn tu nak tersimpan dalam akaun bank Islam kome tuh? Bape lama? Member akak dulu tak sampai 2 bulan, ranap dah duit. Ate macam-macam dibelinya. Agak-agak la jugak. Sila jangan terburu-buru berbelanja.. Kome kan pelajar.

So, ini tips nak menyimpan sedikit untuk kome time sesak-sesak.

Asas 1: Asingkan duit ke dalam akaun yang lain

Ye peps MLA, asingkan duit itu untuk kecemasan. Seperti yang aku selalu buat. Ala, ibarat macam duit mati kan. Bila sesak sampai tak bernafas, baru keluar. Contoh tempat simpanan ASB, Hah. Bukan apa, kan susah nak keluar. Mana ada kad bagai, nak keluar kena pergi bank tak pun pejabat pos. Kena beratur, mesti leceh, akhirnya, kome mesti abaikan! Cayalah idea aku. Kejam! Kejam!

Weh, aku buat macam ni masa dekat USM dulu ye!! Aku masukkan RM800. Kira paling sikit dah tu. 

Asas 2 : Keluarkan duit dalam amaun yang sedikit

Amboi, maksudnya bukanlah sikit sampai RM10. Agaklah. Keluarkan seminima yang mungkin. Kalau dulu keluar RM400 terus, maybe kome boleh keluar dalam RM200. Kurangkan sikit aja. Percayalah! Mesti kome akan berjimat punya. Nak beli mesti fikir 2 3 kali. Makan pun macam tu jugak! Takdak lah kome enjoy sesangat.

Masa aku dekat USM, nama pun penang khonn!! Pusat beli-belah memang melambak-lambak. Memang enjoy dan sakanlah kome nak keluarkan duit. Selalu memborong sakan dekat Gurney Plaza, Bukit Jambul, queensbay etc . Mesti wajib rambang mata punya! melilau mata kome! 

Jenama, toksah oyak dah!! Senang cerita tepuk dada tanya selera hati. Mampu atau tak? 

Asas 3 : Menabung amalan mulia

Alhamdulillah. Memang aktiviti ini dididik sejak kecik lagi. Akak kome nie ada tabung besar oooo (tak henggat dunia) punya sehinggalah dirampok oleh perompak durjana. Sampai sekarang tak halalkan dunia akhirat. Semoga dia mati cepat. Amin. Bhahaha (gelak jahat). 

Jadi, macam mana nak menabung. 

Mudah sahaja. Asingkan duit 50 sen, 20 sen, 10 sen. Masukkan dalam bekas kaca transparent. Gempak! Ohsem! Merangkap rasa bangga diri kerana berjaya simpan duit 20 sen paling banyak!! Bhahaha. Tengok oii, lelama-lelama jadi bukit. masa tuh, mesti kome buat sujud syukur punya sebab berjaya menabung duit yang nilainya tersangatlah kecil. Sila bangga diri bila hasil yang dituai menjadi

Asas 4 : Main kutu

Yes adik-adik sekalian alam, semester ini hakak MLA main kutu dengan group cikgu-cikgi sekolah ye! Mantop! Dahlah jadi orang terakhir yang dapat. Moncah yang teramat. Melepppss sesangat. Boleh buat duit nak holiday ke Singapore nie. Yehaa!! Nampak tak mainannya disitu, memang rasa leruk-lerap nak bayar RM100 kan, namun janganlah dikisahkan sangat. Yehaa!!

Oleh itu semua peps MLA, janganlah terlalu asyik dengan duit pinjaman. Nama lagi PINJAM. Wajib pulang ya! Bila dapat memang moncah, nak bayar percaya sesak punya. Simpan baik-baik. Takkanlah kita nak minta duit makpak. Sudah besarkan. Nak lagi syiokkk, keja part time macam i nie. Lagi moncah berganda-ganda. Macam-macam boleh dapat. Tapi mesti menyimpan lah ye!! 

Cuba! Cuba ! dan Cuba lagi

Duit ini umpama air,
Pabila dibuka maka bercucuranlah air melimpah ruah,
Duit ini umpama daun,
tiba masa berguguran menyembah bumi,
Duit ini umpama api,
Pabila dipasang, terbakarlah ia,
Mudah, cepat, pantas dan tangkas
Duit ini umpama MANUSIA,
Semakin dicari, semakin digapai,
semakin kita hina dialam dunia,
kerna ia merobak, mengikis nilai murni MANUSIA.

Akhir kalam, kome kan dah besar. Pandai-pandailah nak berjimat dan menguruskan kewangan dengan baik. Jangan menjadi mangsa kepada kerakusan duit itu ya!! Good luck untuk semester seterusnya.




Pandai-pandailah nak berjimat dan 
menguruskan kewangan dengan baik.


- Zurina Saidi - 

Sunday, 9 February 2014

~~ Peperiksaan Perkhidmatan Pegawai Belia dan Sukan ~~



~~ Potential : 0.1 out of 10 ~~

Hyeep Pep MLA,

8/2/2014

Hari kelakar seMalaysia ye. Aku menghadirkan diri. Candidate le senang cerita. Dimudahkan cerita banyak sesangat moment-moment  mangkak yang aku buat.

1. Aku ingat 8/2  hari Ahad
2. Exam ropenya pukul 9 bukan 8 daa.
3. Tak jumpa Sek Men Vokasional Persiaran Brash, walhal dekat Taman Polo Ipoh je.

Oleh itu, nampak tak mainannya disitu. yang lagi kelakar. Masih menjadi titik persoalan " Ada ke aku minta Pegawai Belia dan Sukan?". Aku tak pasti, dah lah aku tak menjointkan diri dengan aktiviti sukan. Ishh. Tskkk. Dushhh. Namun, aku gagahkan jugak untuk pergi. Mana tahu rezeki Allah ada. 

Preparation? Yuhuhu!! 

Agreed!! REZEKI ALLAH LUAS DIBUMI BERTUAH INI

Mari aku sharekan serba sedikit infomasi kepada mereka-mereka yang akan menduduki peperiksaan SPA. Tak kiralah pegawai ke, penolong pegawai mahupun apa jawatan sekalipun. Kan sekarang diwajibkan menjawab soklan dulu. Wajib ikut step by step. 1) Examination. 2) Temuduga. 3) Panggilan menduduki jawatan. Nampak tak mainannya disana. 

Akibat daripada lambakan, lelehan, kemerekahan graduan universiti yang mengganggur, semua orang isi SPA. Walaupun kekosongan hanya 6, candidate yang dipanggil melebihi 1000 orang. Persaingan yang sengit sangat. Namun begitu, sila bersabar. Rezeki Allah luas. 

Berikut merupakan flow peperiksaan

Seksyen A (Pengetahuan Am)

Tips untuk MLA, soalan Seksyen A tersangatlah umum. Oleh itu, pengetahuan Am diperlukan. Namun begitu perlu diingatkan, tengok jawatan yang dipohon. Kalau Pegawai Sukan dan Belia, adalah wajar untuk MLA tahu tentang sukan-sukan, BMI, Sukan Olimpik, Paralimpik, Olahraga dan Olahragawati, jenis sukan, Hari Belia dan Sukan dan sebagainya. 

Jangan lupa untuk checkmate NKRA Malaysia. Sambil-sambil tu jangan lupa tengok jam ye. Soalan ada 50 objektif dengan masa 45 minit sahaja. 

Tips : Kalau tak tahu, pejam mata. Zikir. Tindik je A B C D E.

Seksyen B ( Daya Menyelesaikan Masalah)

Siapa fail  Matematik time sekolah dulu? Yess!! Sama lah. Soalan Seksyen B pada mereka yang tak gemorkan kira-kira tersangatlah boring. Tetapi 45 minit macam 10 minit ya. Soalannya hanyalah peringkat darjah 6 saja. Aku aja yang over! Kan kena recap balik. Masalah. Masalah. 

Apapun, aku masih boleh jawab, cuma yang tak sempat, as usual aku hentam sajalah labu. 

Seksyen C (Esei Bahasa Melayu)

Ayoooo!! Soalannya. Semuanya akan berkaitan dengan sukan. Aku mengambil langkah selamat dengan menjawab general question sajalah. 
"Apakah ciri-ciri yang wajar ada dalam diri seorang atlet"

Umum soalan, umum jugaklah jawapan yang kuberikan. Hanya dengan 1 muka surat. Sedangkan orang lain bermuka-muka surat yang banyak mungkin sebab ada yang angkat tangan meminta kertas jawapan tambahan. Bagus.

Seksyen D (Esei Bahasa Inggeris)

Soalan umum jugak. Semuanya berkaitan dengan sukan juga. Baguslah!! Yang ini aku pilih soalan 2 " The important of communication skill ". Baguslah!! Oleh itu, aku jawab  depan belakang. Jadilah. Dari tak jawab langsung.


Bayangkan!!

Dalam dewan sekolah tu, ada lebih 90 candidates yang semuanya lepasan ijazah. Semuanya bertungkus lumus menjawab. Berusaha dan seterusnya berdoa agar diberikan peluang. Percayalah!! Semua orang memerlukan pekerjaan dan status hidup yang lebih baik lagi. Ada scene dimana sekeluarga duduk di pohon pokok, ada yang membawa buku tebbal barangkali beli online ebook, yang layan FB dan chitchat.

Aku disudut tepi, layan wechat group. Bhahaha. 

Candidate yang keluar selepas 15 minit,
Zurina Saidi

Monday, 3 February 2014

~~ Result Semester 2 pencetus KONTROVERSI~~



~~ Aku dan FALSAFAH, KONTROVERSI ~~

Assalamualaikum MLA,
Selepas balik dari exam WACANA PEMBANGUNAN. Tahap keselasaan diskala 8 /10

Hati ku berdebar-debar, peluh jantan menitik-nitik dikala kipas angin dah level 5, kentut 2 3 das, saat-saat mencemaskan semakin hampir tatkala jari jemari runcing ini menaip. (Ini kisah semalam)..Kikiki. Hari ini lain.

Gembira tersangat dengan keputusan walaupun yang sebenarnya jatuh pointer Hahaha. Masih boleh tersenyum gembira. Macam yang aku katakan. Aku tidaklah meletakkan standart yang tinggi terhadap pointer Sem 2. Hal ini demikian kerana % ketidakusahaan aku bukan diskala 439567. Hanyalah diskala 439566.9 . Hah, nampak mainannya disitu ya MLA.

Falsafah pendidikan Zurina Saidi mudah sahaja

"Biar tido lebih, jangan kurang. Janji LULUS".

Hah, itu ye dato', datin', bakal BOS aku. Sila lihat falsafah pendidikan aku. Berani nak hired aku bekerja? BERANI?.

Semester 1 : 3.8+++
Semester 2 : 3.7+++

Ye!! keterujaan kembali untuk melampiaskan, mengatikulasi spekulasi, mendedahkan kebenaran malah merombak keperibadian.( Dah aku ngape ayat begini). KONTROVERSI oiii KONTROVERSI.

Jom aku 'recap' kembali kenangan indah semester 2

** 4 daripada 9 assignment kumpulan = KETUA kumpulan

** Presenter 1 mukadimah + isi

** Penghantar tegar segala bagai maknena assignment belaka.

** etc

Amboii, beriakan recap-recap belaka. Bukanlah nak menunjukkan bahawa aku bagus sesangat. Tetapi, seperti yang diketahui, MANUSIA sememangnya suka membangga dengan apa yang dimiliki sehinggakan merasakan dia saja yang layak menerima penganugerahan sebab dia yang banyak buat kerja. Tak gitu MLA? Ishhh, ayat perli je tuh  Zurina Saidi.

Seperti yang telah aku katakan :

"Aku bersyukur dan bahagia dengan result yang aku perolehi walaupun menjunam ke gaung Genting Highland, tetapi ia tak mematahkan semangat aku untuk kembali ke sekolah.". Namun begitu, nampaknya ada yang terkesan denganku.

Apa?

" Aku tak layak nak mengungkapkan kata-kata bahagia dan syukur diatas usaha orang lain".

Uwaaa, kecewa tersangat!! Dikatakan aku MUNAFIK. Yess!! Nampaknya aku semakin BAHAGIA kerana ada yang MENDERITA kernaku. Yehaa!!.

Aku MANUSIA biasa. Ada sedikit rasa benci bercambah. Ampunkan aku YA ALLAH

Ingat ye MLA pesan KakNa ini

"Sekiranya MLA tidak berpuas hati dengan mengatakan bahawa keputusan tak adil sebab member MLA result lagi bagus sambil mengatakan kejayaan itu adalah atas usaha orang lain, MLA perlu menadah tangan, meminta kepada ALLAH SWT untuk menjatuhkan hukuman berat keatas pesalah. Tak pun doa macam ni  'Oh Ya Allah, apesal mangkuk hayun ni dapat mark macamtu, tak adil. Aku tak peduli, biar dia kena langgar dengan trektor, mesti, mesti'. Hah!! Kan baru syahdu.".

Baru REAL marah punya pasal

Siapa yang kata dalam kerja berkumpulan tak ada sleeping ugly partner? Siapa?

WAJIB ada!!

Namun begitu. Apa sangat hendak dihairankan. Hal ini kerana INILAH DUNIA. HM Tuah ada cakap, sememangnya tidak akan dikatakan dunia kalau tidak ada onak duri dan cobaan. Apakan daya, aku tak hairan. Yang pasti apabila result  keluar. Ia memadamkan memori duka yang kita lalui. Lagipun MEREKA rakan kita. Apa sangat yang perlu disakiti. Yang pasti diwajah kita akan TERUKIR KEPUASAN kerana berjaya. BERJAYA. Berjaya melalui saat-saat sebagai pelajar. Itu sudah mencukupi daripada MLA mengadu domba tentang ketidaklayakan seseorang. 

Lantakkan dia mahu berbicara tentang kita,
Lantakkan dia mengadu domba perihal kita,
Lantakkan dia dengan sifat iri hati, ungkit-mengungkit dia,
Lantakkan dia,
kerana
kejayaan kita bukan kerna dia sahaja,
kejayaan kita hari ini atas
ikthtiar kita untuk berjaya,
doa yang dipanjatkan tatkala bersujud kepadaNya,
usaha semaksima yang dikerah
tawakal kita setelah penat lelah yang digayangkan
Pengakhiran yang mengindahkan,
dengan kalam keputusan yang membanggakan.

Oleh itu, lantakkan dia.


Kontroversi betul lah!!! Ala KakNa pun, baru sikit orang tak puas hati dah nak masuk dalam entrilicious. Baru sorang, belum 100 orang. Acane time kerja nanti. Rilex la. Bukan mudah nak memuaskan kehendak dan kemahuan semua orang. Kalau nak jaga perasaan orang, perasaan kita yang harus dijagai dahulu tau. Janganlah gundah sangat!! Belum jadi Menteri Wanita lagi. Ayooo!!

Sedangkan Abang Najib dengan masalah Malaysia, Kak Rosmah dengan isu cincin belian bersilau tak tamat-tamat, Shila Amzah dengan isu cinta tak kesampaian. Sape lagi?? Sape?? Lagi kesian dekat deme-deme ye!!. Oleh itu, SILA RILEX. Yehaaa!!!

Rakan, Kawan, Member, Teman!! Semuanya membawa maksud yang sama

~~Tamatlah sudah KONTROVERSI punya sketsa~~

Sketsa dipagi hari ISNIN,
Zurina Saidi

Sunday, 2 February 2014

~~ Aisyah's solemnization ~~

~~ Dia rakan Form 1 ~~

Masih aku ingat masa tingkatan 1 kan, aku dari Sek Keb Seri Cempaka, kawan-kawan aku yang lain dari Sek Keb Changkat Lada 2. Kiranya aku baru dapat geng barulah kan!! Bhahaha. Yang ini diceritakan kembali oleh seorang sahabat aku Ainur yang masa tingkatan 1 kitorang suka masuk pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh sekolah seperti nasyid, pantun, sajak dan etc. Amboiii!! Hakikatnya aku tak boleh ingat kenangan-kenangan tu!! Apadaaa..

Sabtu bersamaan 01/02/2014

Dia mendirikan 'masjid' dengan buah hatinya. Selamat aku cuti sem makanya boleh sesangat aku joinkan diri. Yang syoknya, boleh jumpa member-member lama. Al-contohnya yang belajar ke negeri sebelah, yang dah kerja, memang timing Ecah amik mantopp!! Meletop!!

M.E A.N.D T.H.E B.E.AU.TI.F.U.L

Conversation between us:
 Aku : Ecah, theme apa ni erk??
Ecah : Cacamarba Ina. Ikut suka aja nak macam mana.
 Aku : Takpe caca, janji ohsem!! Yehaa.

(Sambil kami tersenyum memandang camerawomen)


Special gift to mabride!! Yehaa!!

Nampak tak tang mana specialnya?? Yes!! Betul. Tang card (yang bukan card). Aku amik notepad kaklong, tulis ' Selamat Pengantin Baru Ecah dan Suami, Till jannah, daripada Zurina Saidi'. Bhahaha. Ye MLA, itu yang specialnya. Tak nape-nape ye MLA. Janganlah termalu untuk buat begini. Rakan kita mengerti yang kita nie jenis LERUK-LERAP ye.

Ohsemm dude. Siap ada photo booth bagai. Enjoy!!

Betul-betul pintu nak masuk ade photo booth. Aku?? Aku?? Uwaaa!! Aku wajib ye bergambar bagai, wish all da best etc. Nampak tak mainannya disitu. Berhadapan dengan photo booth diletakkan meja hadiah. Yang mamtop dan meletop!! Semuanya diatas dibikin sendiri. Taperlu upah-upah bagai. Sangat creative dan inovative ye MLA.  Aku tunjuk dengan kaklong, ' Kaklong punya besdey nak tak buat gini? Makchik boleh buat.' Kaklong jawab 'Waaaaaa...Nak, Nak'.Bhahahah

Tak lepaskan peluang!! Marry ME please

Mesti POYOKAN. Nak jugak! MARRY ME. Hurmm, Yelah sangat tuh!! Yang si Ainur "I'm Next". Baguslah. 

Nampak mainan disitu ye MLA
Tiap kali pergi kenduri kahwin. WAJIB tangkap gambar di pelamin anganku. Dah aku kenapa? Semua ini dusta belaka. Percayalah. Yang pasti tiap kali pergi, wajib kata " mak, lawanya pelamin". Ayat!!


Sebahagian daripada rombongan Cik Ina..ada dalam 25 orang.. Dushh

Yess!! Mereka kawan-kawanku. Ada yang bridetobe, isteri dan ibu, alone dan sebagainya. Yang pasti mereka bekerjaya. Ohh muka kami muka budak kampung tak? KAMPUNG tak? Namun begitu, K.A.M.I adalah tunggak harapan bangsa. Bhaha. Dah aku mepek asal?

Sebenarnya...

Bila dah ramai-ramai, macam-macam story aku dengar. Semuanya yang GEMBIRA. Aku bahagia bila rakan-rakanku bahagia. Nampak ke matured an nya disitu ye. Apapun, tetiba aku terfikir!! OhmyAllah kami dah 20+ tahun. Dah beso panjang. Waaa!! Patutlah banyak jemputan tahun ini. In sha Allah. Aku akan menyusul. (Dalam mimpi jela). 

Happy berjumpa member lama,
hari dalam kenangan
Zurina Saidi