Wednesday, 29 January 2014

~~ Gulai Tempoyak Ikan Keli ~~

~~ Let's Play COoking-cooking~~

Gulai Tempoyak Ikan Keli Pedas omakau tahingat dunia

Salam Sejahtera kepada MLA.

Di keheningan malam yang mulia (tadapat tengok HBO sebab ada kelas+kaklong tengah buat homework), telah memaksa aku membelek-belek 'album makanan'. Bhahhaha. Aku suka makan-makan. Penyudahnya aku kembang sendirian. 

Izinkan aku (tak perlu pun) untuk me'recap' cara untuk menjadikan gulai tempoyak sebagai resepi turun-temurun ye MLA. Maka, sila sediakan buku saji+pen merah!! Tulis note ye MLA. 

Bahan-bahan yang diperlukan:

1) 2 ekor ikan keli Bahagiamu Deritaku
2) Sesenduk tempoyak Andainya Kau Tahu
3) Segenggam cili merah Hanya Aku
4) Sebatang halia Ditepian Pantai
5) Garam Penglipurlara
6) Secukup rasaKkalau Aku Kaya

Langkah penyediaan:

Tumbuk sampai lumat cili merah + serai + garam. Bila dah lumat masuk dalam periuk. Masukkan tempoyak + air + ikan keli. Letak atas dapur. Nyala api sambil nyanyi  bait-bait lagu 'but I said, FIRE..to the rain, blablabla. Campak-campak sedikit garam da pperenca secukup rasa. Sedia untuk dihidang. 


Yehaa!!

nampak tak mainannya disitu? Yes!! Sesiapa sahaja boleh masak sesedap Chef Michael, Syura dan Dr Choclate. Hehehe. Kiranya kalau MLA dah pandai masak GTIK ini, gerenti boleh masuk pertandingan Masterchef Malaysia. Terus femes kau!! Tak pun masuk My Kitchen Rules. Kikiki.

Menu feberet!!
GTIK 

~~Melayani kerenah MANUSIA BANGGA DIRI+SERBA TAHU~~

Persoalan : Bagaimana korang nak deal serta melayan karenah manusia yang sering bangga diri dan merasakan diri serba tahu?

Assalamualaikum MLA

Bagaimana kalau MLA ada 'kawan' (bukan kawan pun sebenarnya, lebih kepada musuh satu ketika dahulu, bhahaha) selalu bila bersembang macam dia sorang aje yang bagus. Meninggi diri kau tak ingat dunia. Kalau bercakap, semua benda dia tahu. Dia tahu sikit ja story tu, dia punya gulung habis bersepai.
 Example: 

Dia : KTM sampai Rawang  aje. 
Aku: Ko biar betul. KTM biasa tu sampai Tanjung Malim. Ko tukar aje KTM lama dekat Rawang tuh. 
Dia : Taklah. KTM sampai Rawang ja. Aku tahu le.
Aku : ?????? (Dalam Hati ** layankan aje minah SPM ni)

Cuba ko fikirkam MLA, aku nie pengguna tegar transport awam di Malaysia ini. Mana pulak aku tak tahu KTM. Dah aku selalu balik naik ETS. Lagilah aku tahu. Mesti kalau bersembang nak menang aja. Mangkuk betul. Nampak sangat!! 
  Bagaimana nak handling dengan manusia begini?

Yehaaa!!

Belum apa-apa aku terus sembur dengan soklan phd kan??

Ohhh MLA. Biasalah tuh!! Dalam sekerat dua member kita. Mesti ada yang macam ini. Kerlass kau jah ada member macam ni. Aku?? Tersemestilah ADA. 

Apa aku lakukan?

Motto KEHIDUPAN aku simple-dimple.  Aku memang ada sorang member yang macam ini. Apakan daya. Aku LAYANKAN aja. Alasan aku senang aja, ' dia meletakkan diri dia dalam standart dia sendiri, makanya LAYANKAN aja'. Kadang-kala aku jemu mendengarnya. Tapi, kesian dia. Pada sapa lagi dia nak meninggi diri kalau bukan dengan aku. Kikiki.


Kepada ko MLA, aku ada prinsip. Auuu mak. tadi Motto pehtu prinsip. Banyak bebeno tu yong oii!! 
Kikiki. Sukati lah.

Yes!! Aku ada PRINSIP.

Aku suka mendengar pandangan, pendapat, persepsi dan idea-idea orang lain. tetapi ia tidak memungkinkan aku untuk menerima ia bulat-bulat. Aku punya prinsip.

10 yang disampai,
9 aku dah tolak ketepi,
1 aku was-was.

Yehaaa!!

Mesti buat macam ini. Kalau tak....kikiki..

Muka tak heran!! 

Selamat melayan kerenah rakan-rakan ye MLA

Sajak betul hari ni!!
Zurina Saidi

Monday, 27 January 2014

~~ Rose ~~

~~ Aleeysa ROSE ~~

Rose MERAH, KUNING, PINK dan seangkatan dengannya.Lai..lai..

Apa aktiviti cuti bagi student U??

Hah, sesuai lah sangat!! Ada yang buat part time jaga kedai, yang jaga anak buah dan seangkatan dengannya. Thumbups!!. Oleh kerana cuti hanyalah sebulan sahaja. Aku decide nak pergi menjahit manik. Namun apakan daya, KEMAS tak mahu mengajar. Mana ada orang nak ajar sebulan. Maksima 6 bulan la kan. 

Oleh itu, aku mempunyai aktiviti cerdas dan cergas iaitu menjirus pokok bunga ros Datin Lijah a.k.a EMAK. Kikiki. Cuba bayangkan, dah letak atas para dah disuruh letah atas batu, pehtu atas tanah. Saboo aje le!! Photolicious ini diambil 2 hari sebelum ini. Memang mekar berkembang. Too Proud!! 

Kasi CAN dekat ALEESYA ROSE untuk dapatkan cahaya secukupnya



Rose kuning hanya ada sekuntum. Alahai!!!

Yehaa!! Ini aktiviti terancang ye MLA apabila tiap-tiap  hari aku jirus. Bukan pokok bunga rose aja yang ada. Macam-macam ada!! Pokok cabai a.k.a cili, pokok serai, kunyit dan seantero dengannya. Itu yang syok tu bila kita adalah BUDAK KAMPUNG. Bhahaha. 

nak story pasal pokok cabai,
Penanam Tegar

Tuesday, 14 January 2014

~~ Sedang Masyarakat bermadah pujangga kangkung, AKU...~~

~~ Aku tengah SYIOKKK layan PHD jokes, What a LIFE ~~

Sedang masyarakat sibuk membincangkan isu semasa  iaitu kangkung. Ada yang menyamakan dengan arnab, nak masak goreng belacan, kangkung tumis ikan masin, kangkung rebus, kangkung..kangkung dan kangkung. AKU??? 

AKU sedang buat apa masa tu?

YE!!!

Aku sedang berjuang memerah keringat untuk menyediakan Proposal THESIS aku.


Yehaaa!!! Semangat tak semangatnya aku buat outline thesis aku. TAJUK? Teroyak + makan gulai tempoyak + Merendek, barulah tajuk terhasil. Kena mimpi bagai dulu tahu tak MLA.

Agreed!! 

Percayalah.

"Pendidikanlah yang membezakan kita dengan yang lain.
 Kita boleh untuk bersuara dan mengeluarkan pendapat.
 Percayalah dengan pendidikan, Kita adalah PEMENANG dalam arena dunia yang dicipta manusia. Percayalah, Dengan berilmu, Kita KAYA."


In sha Allah. Bakal mengalami detik-detik berikut semester depan. Yang menduduki carta teratas adalah SLEEPING. Bhahahaa. Ingat lagi tak motto study aku dekat UKM ni. Yes!! Betul.

' Biar lebih tidur, jangan kurang.'

Selamat Berthesis Zurina Saidi

Mencari mood thesis
Zurina Saidi

Monday, 13 January 2014

~~ Salam Maulidur Rasul ~~



"Rasullallah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran Sirahmu
Pahit getir perjuangan
membawa cahaya kebenaran"

'Islam Agamaku, Al-Quran Kitabku,
Muhammad Nabiku, Kaabah Kiblat'

Dulu-dulu punya cerita, aku ketua nasyid sekolah merangkap nasyid Fasa 5 dulu. Yang mengajar nasyid mesti Makchik Chek. Mengaji pun macam tu la. Sekarang ni, zaman-zaman nasyid-pertandingan hafazan-khatam Al-Quran dah tak ada lagi dekat kampung. Tetiba touching. Sambutan Maulidur Rasul pun ibarat buat tak buat saja. Tak apalah. Tengok dekat TV pun jadilah.

Ya Allah, Moga aku dan keluargaku serta umatMu tergolong dalam kalangan orang yang beriman
LOVE you MUHAMMAD SAW

Agar aku sentiasa rasa lindunganMu Ya Allah

Ya!! Muhammad itu Pesuruh Allah


Oh Allah, give Me a Streght to avoid a dangerous around me. Please.







Syukur Alhamdulillah,
KeranaMu Muhammad aku berada disini, bertitik tolakkan syiar Islammu. Amboii ayat aku!! Aku bersyukur dilahirkan dalam keadaan beragama Islam. Aku gembira kerana aku memiliki keluarga SEMPURNA dan BAHAGIA. Kini, aku mampu TERSENYUM.

Dahulu, 
Kalau tiba hari Maulidur Rasul, sekolah akan buat perarakan sambil berselawat. Pegang sepanduk!! pusing sekolah kot. Masuklah Fasa-fasa yang terdekat. Makanya, hari itu jadi hari perayaan. Takdak kelas kot. Semua masuk dewan besar, dengar ceramah tentang kisah-kisah Nabi, perjuangan, peperangan  dan macam-macam lagi. Masa itu, makan pun dapat. PERCUMA. Syiokk kan!! Itu masa aku sekolah.

Sekarang,
tengok dekat TV jelah. JADILAH. Dari takdak langsungkan.


Tahun ini sambutan MAULIDUR RASUL aku adalah di .............................................


dalam TRAIN  ETS... Ayooo!!! SALAM MAULIDUR RASUL MLA.

Sedang mengira detik nak balik rumah,
Bangga menjadi Umat Muhammad



~~ Jessie J = Who You Are~~

~~ Who Am I~~

Keriauu!!! Tetiba 3/4 minggu ini lagu ini memang akan aku dengar. Setiap hari kot. Kalau diselami bait liriknya MLA akan cakap poyou gila akukan. Yelah, untuk menerangkan perjalanan kehidupan aku dalam mencari makna SIAPA AKU ini, aku gemor ya amat mencari makna disebalik bait-bait lagu. Percaya atau tak, 'LAGU YANG MENJADI KEGILAAN KITA MEMPUNYAI MAKNA DISEBALIKNYA'. Hanya mereka yang menghayatinya mengerti akan maksud yang terkandung. Betul tak? Betul tak?

So, jom cekidot lirik lagu Jessie J - Who You Are

I stare at my reflection in the mirror
Why am I doing this to myself?
Losing my mind on a tiny error,
I nearly left the real me on the shelf
“no,no, no, no…”
Don’t lose who you are, in the blur of the stars
Seeing is deceiving, dreaming is believing,
It’s okay not to be okay…
Sometimes it’s hard, to follow your heart.
Tears don’t mean you’re losing, everybody’s bruising,
Just be true to who you are
(Who you are)x11
Brushing my hair, do I look perfect?
I forgot what to do to fit the mould , yeah!
The more I try the less it’s working yeah yeah yeah
Cause everything inside me screams, “no,no,no,no…”
Don’t lose who you are, in the blur of the stars!
Seeing is deceiving, dreaming is believing,
It’s okay not to be okay
Sometimes it’s hard, to follow your heart.
But tears don’t mean you’re losing, everybody’s bruising,
There’s nothing wrong with who you are!
Yes, no, egos
Fake shows like woah
Just go, and leave me alone
Real talk real life
Good love goodnight
With a smile that’s my home
That’s my home
Don’t lose who you are, in the blur of the stars
Seeing is deceiving, dreaming is believing,
It’s okay not to be okay
Sometimes it’s hard, to follow your heart.
Tears don’t mean you’re losing, everybody’s bruising,
Just be true to who you are
Who you are

Memang kena baik punya pada aku MLA. Bayangkan, kadangkala kita berusaha untuk menjadi seperti orang lain. Tak mahu terima apa yang ada pada diri kita. Contohnya kita tengok orang tu ada kereta, kita takat ada motor, Kita Jelous!!. Apa ada hal, berusahalah ye MLA untuk menjadi DIRI SENDIRI. Mereka yang berada dalam serounding kita memang banyak mempengaruhi kita, cuma kita perlu menginterpretasikan kehendak dan keperluan kita untuk menjadi diri sendiri. Faham?.

just be true to who you are

Here,I'm
Zurina Saidi

Saturday, 11 January 2014

~~ Throwback/Flashback/Imbas kembali 2013~~

~~ Goodbye 2013~~

Yehaaa!! Macam terlewat sajakan. Tapi baru melangkau 10 hari terawal 2014. Kira bolehlah. Bolehlah. Bolehlahkan. Akibat masa tersangat banyak pada hening malam yang mulia merangkap ketiadaan rumet yang tak sabo-sabo nak balik kampung. Maka, tinggallah aku sendirian. Tengah duk belek-belek photolicious lama-lama, aku terfikir. Kalau aku recap balik boleh kot. So, "welcome dear flashback memories".

Flashback 2013 hanyalah sewaktu aku bergelar seorang pelajar Sarjana Sains Pembangunan di Universiti Sains  Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia.

Semester 2 2012/2013

Kami seramai 10 orang sahaja. Penyeri kelas!! Havoc tak Havoc. Semuanya berlainan bidang. Ada yang Sarjana Muda Biotech, Degree Industry, Pengurusan Kesihatan, Pengurusan Pembangunan, Antropologi Sosiologi, Ekonomi, dan aku Kerja Sosial Sains Kemasyarakatan. Nampak tak field kami berbeza tetapi kami disatukan dalam Sains Pembangunan. Selamat bertemu.

Bila adanya fieldwork, kamilah ahlinya, kami jugalah ketuanya. 


Dihadapan rumah tok ketua Segamat, Johor. Makaihh!! rumah deme kalah rumah Dato' Tajuddin dekat Kg Gajah tu. 
Berapa umur kami?

Ala, mesti ada muda, ada yang sudah berusia. Agaklah!! Lagipun age is only numbers!! Apa ada hal.


Me and Anis Zafirah. We're a collegue + friend + enemiess.

Semester 1 mempertemukan aku dan dia dan dia. Ada lagi sorang meknuyu. Tapi beliau tiada dalam photo tersebut. Semester lepas, mana saja ada assignment group semestinya kami bertiga MekNis, Mekna dan Meknuyu. Deme berdua merupakan senior 1 sem aku. Apa masalah, berkaitan GAYA UKM, sila cari mereka. Terima kasih kerana sudi menerima aku dalam group dan aku dapat dekan. Yehaaa!!!

Aku mesti akan ada photolicious dengan BAS UKM. Wajib!!
Yang BAS USM pun sama. Memang tak boleh kalau tak ada. Rasa menyesal tak sudah nanti kalau tak tangkap. Mangkak!!!
SEMESTER  1 2013/2014
Yess!! Pejam celik pejam celik. Welcome SEMESTER 1. Makin bertambah rakan kelas. Makin banyak pulak assignment menanti. Fieldwork pun fieldwork jugak.

Siapa kata tak ramai semester 1 2013/2014
Aku rasa macam dah masuk kembali zaman degree. Bayangkan dalam kelas wacana sahaja terdapat seramai 76orang candidates. Tak ke ramai pelajar master UKM? itu baru semester ini. Belum yang lepas dan akan datang. Begitu juga dengan mereka, pelbagai bidang. Tetiba muncul dalam Sains Pembangunan. Mantaplah ko dik oii!!

Fieldwork sambil menelaah plan pembangunan terancang MRT Sg Buloh

Bayangkan!!
Apa yang korang rasa bila buat fieildwork tanpa dibayar. Okay!! Great. Tahupun. Seksa rasanya jiwa raga korangkan? Okay!! Itu yang kita kata bayaran untuk mendapatkan ilmu. terima ia seadanya dan jangan merungut-rungut. Takut tak berkat pulakan.


Dugaan Allah

Ya. Allah uji hambanya kerna Dia tahu kemampuan hambanya itu. In sha Allah. Walaupun semester lepas aku didatangi oleh penyakit-penyakit yang memerlukan aku bergantung kepada ubat sepanjang masa, namun itu tidak mematahkan semangat aku untuk sambung belajar. Aku bersyukur kerana aku INSAN TERPILIH. Terkadang bila aku terkalih pada landasan, aku kembali semula. Bila aku rasa down nak makan ubat-ubatan hospital yang bagai maknek ini, aku selalu fikir, orang dekat hopital sakit lagi teruk. Yang guna alat bantuan pun ada, tinggal tercabut nyawa dari badan aja. Hanya Allah yang tahu.

Kenangan menjadi pelajar. 

Tentulah banyak. Kalau nama pelajar taksah kalau tak menjongketkan? 
So, aku pun sama apa. Berjalan, makan angin, merendek, berliur, window shopping, karok jamban, etc.

Pahit?

Gaduh dengan classmate? Itu perkara biasa. Tak dapat sangkal. Kadang-kadang boleh bawak sampai berbalah. Tapi, kita kena smart lah kan. Bergaduh secara falsafah dan inteligent. Mampu ko? Tak mampu jangan sambung. Anda boleh untuk menidak cakap pensyarah. Masa ini lah nak gaduh dengan mereka. Kalau jenis lecturer yang act sangat. Baik jangan LAYAN. Hah, puas hati den. Bhahaha. Apa yang penting, 
kalau nak argue sesuatu perkara itu, pastikan artikulasi dan hujah membawa kepada gist of knowlegde tu ya MLA. Kikiki. Malu dek orang kalau jawab macam budak sekolah form 3. 

Kesimpulannya, Semester 1 dan 2 complete!!

Tunggu Semester depan buat Tesis. Ngobak laju-laju. 

throwback 2013,
Student Sc Development

Friday, 10 January 2014

~~ Apakah itu Wacana Pemikiran Sosial~~

~~ Jawab, angkat lutut~~

Almaklumlah!! Peperiksaan terakhir 

In sha Allah..semoga tiada lagi peperiksaan yang perlu aku tempuhi. Kusut! Semak! Aku rasa bukan lagi masanya untuk aku ambil exam-exam ini. Memang berwacana sungguh aku rasa aku ketika ini. Bhahaha. Tapi, aku sangat yakin dan pasti subjek tersebut akan membawa kepada kejatuhan CGPA aku. In sha Allah. Hanya Allah Maha Mengetahui. 

Okay!! Paper Prof Khatiman aku jawab 1 page sahaja. Jujur ku katakan. Tak pernah dalam sejarah kehidupan sebagai seorang pelajar.

Makanya, memang aku pasti sesangat! Sem ini, result K.O. Yakin. Noktah.

Wahai MLA yang budiman,
Dahulu lagi aku dah cakap, aku TAKSUKA dengan peperiksaan. Ukuran yang bagaimana sebenarnya? Kalau banyak A++ maknanya kamu pandai? Macam tu? Habis, kalau semua C-, maknanya kamu bodoh?. 

Sekolah pun macam itu. Semua benda nak diukur, nak dinilai, nak diletakkan standart. Entah standart yang macam mana tah. Aku PELIKS. Tapi, apapun, aku terima sistem yang ada. Karang, kalau cerita banyak keluar pulak ayat "kalau tak suka belajar dekat sini, pergi cari tempat belajar yang kena dengan jiwa awak Zurina". Perghhh!! Makan dalam pulak aku lepas tu.

Wacana?

Bila berbicara tentang wacana pemikiran sosial, aku kena artikulasikan fenomena yang berlaku.

Contohnya: Budak 6 tahun rogol 5 tahun seperti yang dilaporkan berita.
Berita pun berita jugak. Ayat mesti nak HAVOC sajakan. ROGOL? ROGOL?

Bebenarlah sikit kalau mahu sampaikan maklumat.

Adoiii, malaslah nak discuss. Tadi pun dah kecut sedikit mendula aku sebab berusaha mengeluarkan segala bahan bacaan. Nie nak share sama. Siapa kata jadi pelajar mudah? Siapa?


Fahami artikualasi sosial sekeliling
baru  tahu kebenaran cerita di sebalik cerita.
Jangan mudah memberikan makna kefahaman
tanpa mengintepretasikan fenomena tesebut.

bakal Dr Zurina (2014).

Tuesday, 7 January 2014

~~ Merah, Red &

~~ Warna Apakah Yang Anda Minati~~

Suka betul aku time-time camni aku layan MLA kan? Akibat kemalasan di skala 789%, otak aku tak dapat berwacana dengan baik. Makanya, WAJIB untuk aku menolak nota-nota yang ada. Jom, stay cool dengan lagu hindustan dengan iringan orkestra aku sendiri. Bhahaha. Okay!! Aku memang diehardfan dengan abang ter'angkat' aku SRK. Phewitt!! Phewit!! Cerita yang paling aku tak boleh lupa dan tersangat terkesan dalam diri Mohabbatein & Khabi Khushi..Uwaaa, teroyak, teroyak serta syok sendiri.

yehaa!!!

Aku bukan nak cerita pasal hindustan, tetapi aku nak mulakan entrilicious untuk awal-awal permulaan ni dengan perkara-perkara yang sentiasa membuatkan orang sekeliling aku pandang anti aja. Kikiki. Tahun lepas colour blocking menjadi viral. Begitu juga dengan penampilan fashionista macam kome-komekan? Aku? Ishhh, dulu lagi memang udah berblocking-blocking nie. Aku sememangnya gemor bab-bab try-menerai ni. Tapi takdak la sampai jadi pelik. 

Tapi...

Tapi aku ada warna pilihan aku sendiri. Arghhhhh!!!


MERAH..MAK NGAH ENGKAU...


menghadiri bigday mysista!! MAKLANG's convocation

Sila jangan tanya mengapa dari atas sampai ke bawah warna berikut. Kikikiki. Ala, memang semua orang memang minat warna MERAH kan? Kan?. Ellehhh!!!

Menghadiri bigday adik a.k.a Busu's convocation

Bhahaha. Bila time deme konvo, beria sungguh aku dengan theme aku sendiri. MERAH TANTER namanya. Okay!! Fine. 

Bagaimanakah ciri-ciri pemilik warna MERAH. Jom cekidoot!!.

1) Mempunyai SEMANGAT yang kental umpama besi konkrit.
Aceceh!!! Yep, aku setuju dengan penyataan berikut. Hal ini demikian kerana aku juga mempunyai semangat dalam meneruskan kehidupan. Aceh!! Bukan sahaja melalui segala onak dan duri dalam liku kehidupan ini tetapi dalam melayari bahtera sebagai seorang insan yang peka dengan dunia serta tidak dilupakan akhirat yang kekal kelak. Poyoss.

2) Positive, Menawan, Bergaya,Berani, Memiliki ilmu pengetahuan serta pandai membuat keputusan.
Cis!! Aku semakin bersetuju dampaknya. Kikiki. Semua diatas adalah benar selain membenarkan walaupun tak berapa nak benar. Ala, tak payah tunggu warna kot. Memang aku berani. Kikiki. Berani cakap ajele. Hehehe. Aikk, aku tak berapa berani kot, ace cuba suruh aku duduk dalam utan. Tobat mak!! Tak berani. Sanggup untuk melarikan diri.

3) Mudah kecewa, sukar dinasihati, bajet hot, kepala besar@api, dan seumpamanya.
Bhahaha, tetibe touching dan tidak bersetuju sepenuhnya. Bhahaha. Okay. Fine!!.



So, Apakah warna kesukaan engkorang MLA oiii?

Siapa tahu warna kesukaan Nabi Muhammad?
Yess!! Betul.
Putih


Percaya atau tidak, warna kadangkala mencerminkan siapakah kita disebalik litupan ditubuh badan kita itu. PERCAYALAH. Dan sebagai seorang yang sangat meminati warna blocking seperti kuning, jingga, oren, purple dsb, aku mempunyai banyak personaliti. Bhahaha.

peminat tegar warna MERAH

Monday, 6 January 2014

~~ambitious, alive, world,intention~~

~~ Semangat Tahun Baru 2014~~

Yehaaa!! lani dah 6/1 dah. Baru beria nak naik entry baru cite. Apehal? Ape kes? Macam bagus!!
Ala, tak telat okay. Bila-bila pun masih baru. Macam hari ni pun hari baru ape, buku baru, cerita baru. Takpayah tunggu tahun baru aje. Beria kome pergi celebrate ye! Ada yang pergi Putrajaya le, Dataran le, depan Menara condong Teluk Intan pun jadi kome ye?. Baguslah!.

Apapun, aku nak wish
 " SELAMAT TAHUN BARU 2014."

Bukan 2014 yang aku nak kongsikan tetapi kepada pelajar seperti aku ni, masa ini tersangatlah penting kerana minggu ini merupakan examination week. Okay!! Die!!. Kepada pelajar U, selamat menjawab exam. Jangan jadikan ia PEMBUNUH okay, jadikan ia MEMBER terbaik anda. Pesan Kakna ini mudah aje. 

Kalau soklan dea berbentuk "Bincangkan .........", Sila jangan susah hati.

Korang bawak kerusi korang duduk sebelah member, bila pengawas tanya apesal? Korang jawab," ala, ini soklan bincangkan, so kena bincang dengan member. Tak boleh buat sorang-sorang."...Bhahahaha.

Okay!! Jangan stress. Luahkan saja apa yang korang tahu. Hentam!! Hentam. Ala, taknak lah camtu. Penat korang pergi kelas, balik kelas, kejar bas, berhimpit-himpit dalam bas. Takkan korang nak hentam? Agak lah. Baiklah, nak continue assignment falsafah. Esok pepagi buta nak hantar. 

Mood BAIK