Saturday, 30 November 2013

:::: BFF ku bertukar Status:::

:::Rakan Memboncengku Sudah Berkahwin::::::

Syahdu aja kan ayat aku. Huahua, dia sudah berkahwin. Pun begitu aku takada time precious moment dia. Apakan daya, last minutes decision Liza. I'm sorry!! Sememangnya sudah berjanji dengan member lain. Apa boleh buat. Kuasa Allah SWT. Kita merancang baik punya, tapi Dia yang menentukannya. So, remind me okay!! Your present will be coming soon..Yehaa!!!

Sememangnya aku tak sabo sesangat nak tengok photolicious beliau di FB. Ate, mengapakah deme-deme tak upload lagi. Tak adil betul!!! Aku nak tengok weh. Kasihanlah dekat aku. Aku lambat lagi nak balik. Maybe bulan 12 ini aku tak ada masa langsung nak balik. Every week ada aja benda nak buat!! Student..Student..(Sila loya okay).

Puteri Juliza dan Mohd Faizul
Yes!! Lawa!! Beliau memang gebu tembam-tembam sedemikian rope ye. Rakan dari sekolah menengah. Masa sekolah rendah tak sama. Belagak!! Ciss.. Apa pun kami semakin rapat,close,tight, dan sebagainya semasa Tingkatan 6. Hah tengok-tengok. Aku dari Teknik kot. But Who care?? Aku memang suka SASTERA. Sekolah jauh kot, so kami naik motor aku dan dia. Oh!! aku sudah mempunyai lesen motor ketika itu ye!!

Yes!! sampai ke sudah, pergi sekolah sama, balik sekolah sama. Datang lambat!! Kena saman dan kisah tragis. Kitorang pernah accident sewaktu pergi sekolah. Cikgu langgar side mirror motor liza. Terseret kot. Hahaha!! Sebab tu sekarang aku sekarang trauma nak bawak kereta. Kira 60 KM itu paling laju dah. Nasib la kereta belakang. Kalau nak SILA potong Okay. Yang aku boleh ingat kenangan Ting 6 dulu hanyalah "aku kaki tido,ada masa terluang mata aku memang senang ya amat!! Air liur tak usah cakap, memang meleleh!! Dah ko Liza, masa ni lah ko nak berdating kan kan?? Bhahaha.

Tamat Ting 6, kitorang masuk U. Oh, berbeza U nampaknya. Aku ke USM, dia ke UITM Kedah. Apapun, still in touch. Akhirnya>>>>> kini  beliau bergelar ISTERI orang. OhhMyGod!! 
Aku rasa macam aku hingusan lagi!! Oh NO.. Sedihnya bila lepas sorang-sorang nikah. 

So, last night..lepas mesej-mesej dengan dia, aku call. Nak WISH the LUCK. 
Oh God, menitis-nitis air mata aku bila aku tanyakan perasaan dia!! 
Kenangan-kenangan lama menerpa tanpa dipinta.
I can't talk!! Diam.
So, that's all.

TODAY IS YOUR BIG DAY LIZA. CONGRATULATION DEAR!! I NEED BREATH..

"Barakallah wahai sahabat
semoga perjalanan kehidupan keluargamu sempurna
 Kudoakan  kehadiran cahaya mata yang soleh dan solehah
Pembawa kegembiraan dikala kau kesedihan ya sahabat
Semoga segala-galanya dibawah lindungaNya


Aku yang sedang touching!!
Sahabat Puteri Juliza


:::: Fikirkan Tanggungjawab Utama Pendidik:::

::: Apakah Makna Sebenar Mendidik:::::

Encyclopedia of Islam (1971) 
"ILMU lawan bagi perkataan JAHIL (IGNORANCE)

Al-Ghazzali (1982)
 "menghuraikan ILMU sebagai sesuatu yang dapat DIPERCAYAI dan DIYAKINI tanpa dapat dipertikaikan kebenarannya."

Audi (1995)
"Penyataan itu haruslah satu pegangan, pegangan tersebut haruslah benar dan pegangan yang benar itu haruslah terbukti kebenarannya."


MOST IMPORTANT THING FROM AL-QURAN KARIM
"BACALAH...
DENGAN NAMA TUHANMU YANG MENJADIKANNYA"

Nampak tak wahai MLA, ILMU itu bukanlah MUDAH. Dalam erti makna sebenar, ia menyeluruh. I'm just wondering MLA, adakah pendidik kini memahami sebenarnya akan tanggungjawab dan peranan sebenar mereka sebagai pendidik? Im tired to be a student apabila pendidik sendiri kini tidak lagi mendidik. 

Hidup aku dikelilingi oleh pendidik, aku ada  3 sister working as a TEACHER. Pelbagai subject. Tiap kali balik kampung, memang tak lari daripada kena dengar cerita pasal PBS la, cikgu itu ini & so on. (betapa susahnya nak keyIn maklumat pelajar,Sistem pun tersangatlah mesra guru!!!) Aku ON saja. Lagipun, masa inilah nak tahu apa cerita terbaru. Update la sikit. (Thesis pasal education, so taklari tajuk). Bukan mahu membanggakan my sister tetapi keputusan BI sekolah luar bandar (Sekolah Kebangsaan Seberang Perak) sentiasa mencapai 20+ pelajar A dalam subject BI setiap kali keputusan UPSR diumumkan. See that!! Too PROUD be as your youngest sister Sis!!

Walaupun begitu, bukanlah perihal GURU yang ingin aku luahkan, tetapi luahan aku tentang seorang PENSYARAH AKU SENDIRI. Bukan pensyarah orang lain. (Aku taktau hal pensyarah lain). Kadang-kadang aku nak marah dengan SISTEM. (taknak cakap lebih-lebih sebab aku tahu pelajar pun ramai yang marah jugak). Contohnya sistem kehadiran!! Macam sekolahkan. Macam sekolahkan? (Sekolah tak apalah) Konon sistem belajar daripada negara Luar, ace cuba bila dah "kononnya" guna sistem deme, guna sepenuhnya. Deme kat luar mana ada ambik-ambik kehadiran. Minggu 1 dgn 2 aje student ada, last-last semua main record aje. Apadaa!! 

Alkisahnya, aku cumalah bertanyakan soklan bagi assignment aku yang lain. Seperti yang MLA sendiri tahu, assignment aku ditahap boleh menangis tersedu-sedu selama 7 malam, so aku berusaha menanyakan kepada seorang lecturer yang aku kira sangat related dengan subject yang beliau ajar sewaktu itu. Apakan daya jawapannya tersangatlah shocked sehinggakan boleh demam aku malam tu sebab aku maki hamun beliau sewaktu dalam perjalanan balik ke hostel.

" Aihhh, mana boleh awak tanya soklan berkaitan assignment Dr lain pada saya. That's UNFAIR. 
Lagipun ini assignment Dr lain. "

IT'S THAT UNFAIR??UNFAIR??OH MY GOD!!
Hah??? WT Lewis. Adakah kerana assignment tersebut bukan dari beliau, So beliau boleh cakap gitu?
Adakah kerana beliau kejar masa sebab dah pukul 7.15PM?? 
Adakah kerana beliau lecturer PERSEKITARAN dan aku student DEVELOPMENT SCIENCE??
Apakah? Mengapakah? 

Pelbagai persoalan bertimpa-timpa dalam kotak fikiran aku. Bengang!!! Janganlah kata.
Apakah?? Aku mempunyai highest expectation terhadap beliau, sehinggakan semalam segala-galanya berubah. It's be RIDICULIOUS when someone yang u expect  too good make a joke and funniest like this!! 

That why, its built me a very highest curiosity tentang apakah makna sebenar MENDIDIK?
Jadi, lepas ini kalau nak tanya, mesti tanya dekat Dr yang mengajar ajelah. Macam tuh!! Kalau bukan assignment dia, so boleh untuk beliau tidak menjawab soklan tersebut. Ohhh!! gitu ropenye sistem belajar dekat U ye!! Aku baru tahu. Sem 2 baru tahu!! Ashamed!! Dem Me!!

So, cikgu-cikgu, lepas ini boleh ye untuk menjawab macam tu. 

" Ishhh, soalan ini boleh tanya dengan ustazah, saya nikan cikgu BI" atau takpun "oooo, matematik 2 x 2 kena tanya cikgu Matematik, saya tak boleh jawab, sayakan cikgu PJK".

Yehaa!! Aku marah la ni. Marah!! Macam marah je!! Macam je!!


 Bukanlah apa, apabila tanggungjawab, peranan, kefungsian anda sebagai pendidik sudah dimanipulasikan dengan intention yang salah!! So, it will be WRONG the way u bawak social thought u. Sampai bila nak ada pendirian macam tu.. Ooo mudahnya kerja anda wahai Dr sekiranya pelajar datang dan kemudian jawapan anda seperti berikut. 

Tidakkah anda terfikir apakah yang dirasai oleh pelajar tu?
Apa yang mereka fikirkan pasal u?
Boleh tak u make connection dengan deorang after semua yang u buat?

but...LECTURER STILL A LECTURER. I' JUST A STUDENT THAT SHOULD OBEY WITH RULES AND REGULATION AND YOUR DEMAND AND YOUR SOCIAL THOUGHT AND YOUR EVERYTHING. Yelahhh!! 

Aku mempersoalkan kembali 
"APAKAH MAKNA MENDIDIK?"

True!! Kita belajar daripada kesilapan kita sendiri dengan kesilapan others.
Semoga dengan ini, once bila aku sudah bekerja, i really hope that i'll not let myself to be
a part like that.

Ijust want to be a good educator that will 've them STRENGTH,
've them meaning of LIFE
spread them with a lot of LOVE for  remember oneday.
Insha Allah. May Allah Bless Me!! 


Social thought sungguh aku dikeheningan malam ini!!!

Tuesday, 26 November 2013

:::TIPS 4 = MENGATASI RASA:::

;;;;;; PERASAAN YANG PELBAGAI BUAT KOME RASA YANG PELBAGAI;;;;;;

Hye MLA, minggu yang teramat pack ini aku nak berkongsi pasal tips-tips pembelajaran saja. Taknak cerita benda lain aihhh!! 
Siapa takdak masalah?? Sedangkan bila ada perkara yang mudah menimpa minda kita, kita dah kata " ala, masalah ni, masalah". Ayooo, kampung sangat!!
Rasa yang pelbagai dihujani dengan assignment yang melambak

So, mari kita mulakan dengan surah al-Insyira' :

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu;dadamu (wahai Muhammad sert mengisi dengan iman dan hidayah petunjuk?
Dan Kami telah meringankan daripadamu:bebanmi (menyiarkan Islam)
Yang memberati tangunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya?)
Dan Kami telah meninggikan bagimu;sebutan namamu(dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan?)
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaan) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran desertai kemdahan
(sekali lagi ditegaskan); bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Al-Insyirah'
ayat 1 - 8

Nampak tak?? Minggu ini sebenarnya hati aku tak keruan, mungkin kerna assignment yang melambak, sakit yang kadangkala hadir tanpa diundang, masalah untuk mendapatkan idea-idea bernas, malah mungkin sebab aku suka melengah-lengahkan perkara yang penting. (aikk, macam meluah aje). So, aku dapat surah ini daripada seorang akak, tersangat uhibbuka dengan ini sister, bila aku ada masalah, dia tempat aku meluahkan.. Thanks KakAin!! 

P/S: Sesiapa yang hati sedang gusar ataupun berasa yang pelbagai, amalkan surah ini, letakkan tangan di dada sambil mengulangi sebanyak 3 kali. Kalau aku, aku tiupkan sekali. Insha Allah, Allah ada untuk menenagkan hati korang.

Kenapa ada masa kita rasa macam-macam. Contohnya. (perlu ke, mesti korang rasa)..
Macam tiba-tiba korang rasa down sesangatkan. Kadangkala, kita tak minta pun, tetapi sedih,sebak hadir. Jangan bersedih ya korang!!!. Petuanya mudah. Tetapi hati perlu kental, jiwa mesti bersemangat, perasaan mesti yang benar. 

Tipsnya mudah sahaja : SERAHKAN SEGALA_GALANYA KEPADA-NYA.

Sila menangis!! Meraung!! Merintih!! Itu sebenarnya. Bukan kepada sesiapa. Bukan kepada rakan yang boleh menjadi duri dalam daging, bukan juga kepada mereka yang hanya tahu memecahbelahkan kita dengan yang lain. Terutama sekali, bukan difacebook tempat untuk kita meluahkan rasa. Cukuplah hanya Dia. Insha Allah, tanpa atau dalam kita sedar, HATI kita TENTERAM. 

Set in your mind 

" sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan"

Tinta Bicara,
JorenPena






Saturday, 23 November 2013

~ TIP 3 : YAKIN DIRI UNTUK BER'PRESENTATION'~

:::: nervous ke Kalau Korang Nak Bentang::::
Rujuk banyak buku. Barat dan Islamophobia. Sila beri perhatian

Hai MLA, semalam aku telah membentangkan  individual assignment yang ohsem sangat. Walaupun 3 Minggu aku cuti sakit, segala macam kerja sekolah aku kena buat. Bukan duduk saja dalam ya!!. Seperti sebelum-sebelum ini aku selalu cakap Master dak sama macam degree dulukan. Aje memang yelahkan. Bukan nak kata degree dulu biasa-biasa, tetapi dari segi modus operandi korang belajar le kan.

DULU : asihmen boleh buat malam sebelumnya kan. (Elelehhh, aku sokmo!!)
SEKARANG: Cuba Try Test Buat macam degree dulu. Kalau tak kena campak asihmen masuk tong sampah, jangan kata beliau adalah lecturer aku. Ganaih tau dak lecturer UKM ni.

So, idea wajib ada seminggu sebelum itu. Kalau korang nak tahu macam mana cara lecturer aku ni mudah aja, ayatnya tersangatlah simple tetapi maksud sangat mendalam.

" Baiklah, minggu depan bentang dekat saya berkenaan ekopelancongan, pihak berkepentingan, potensi dan prospek. " Apakah??? Ingat ayat macam senang. kalau korang tak jumpa jurnal berkaitan, NANGIS. Uwaaa, aku melalut kot.

Baiklah, Jom belajar TIPS dengan Kekna bagaimana mahu menghilangkan rasa nerbes sebelum membentangkan projek anda.

Perkara 1 : Sila memenuhkan diri dengan ILMU berkaitan

Lecturer korang mesti dah bagi tajuk awal-awalkan. Korang seharusnya sudah mempunyai idea-idea bernas dan kurang bernas sepatutnya waktu ini. Sila membuat pembacaan yang banyak tentang tajuk berkenaan. Contoh tajuk Kekna adalah ekopelancongan. So, cuba cari siapa makhluk Tuhan yang telah memberi maksud tentang makna ekopelancongan itu sendiri. Cari orang yang mula-mula quote kan makna tuh!! 

Ekopelancongan adalah perjalanan dan lawatan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar kepada kawasan semulajadi untuk menikmati dan menyedari akan sifat-sifat semulajadi, menggalakkan pemuliharaan alam sekitar, membawa kesan yang rendah serta membolehkan penglibatan masyarakattempatan didalm sosio ekonomi yang positif. (Ceballos-Lascurain,1996)


       Ini contohlah kan. Bila korang dah ada maklumat-maklumat berkenaan, sila simpan. Cara Keknamudah.Buat note lah deknon oii. Senang korang nak explain lelebih nanti. Orang pun akan salute-malute kat korang okay. 

Perkara 2 : Menyediakan Slaid yang Menarik, Simple, Padat, Menepati Tajuk.

       Ala, macam banyak aje!! Tidak, selalunya slaid Kekna takakan lebih daripada 15 slaid. Sebab??? Kalau banyak slaid maksudnya Terlampau banyak benda yang tidak penting. Korang aje rasa semua benda ni kena putdown dalam slaid tuhh tapi hakikatnya tak pun. Dr korang nak tengok benda penting-penting aje!!
       Slaid Kekna semalam dalam 18 aje (termasuk gambar hutan)!! Penyudahnya slaid no 3 Dr suruh Kekna explain apa yang Kekna nak buat. Masih terngiang-ngiang ayat Dr cakap semalam "Zurina, boleh i rakam suara u tak? Ala, u tak payah tunjuk slaid u, i tahu u boleh talk pasal tajuk u, in 3 word, just tell me, apa yang u nak buat sebenarnya". Joren betoi Dr Er Ah Choy nie, beria aku buat slaid, dia bukan nak tengok. So, Kekna dalam 3 sentence story lah apa nak buat. PADAT.TEPAT.CEPAT.PANTAS. Orang present 30minutes, aku present 10minutes. (penat buat slaid).
So, pengajarannya SILA BUAT SLAID YANG SIMPLE DAN PADAT

Perkara 3 : Berdoa Sebelum Berpresent

Doa simple-simple sudah. Kalau banyak doa lagi bagus. 
"Ya Allah, mudahkanlah urusan aku ini Ya Allah. Moga Dr Er Ah Choy boleh terima tajuk aku. Kalau terima senang dah hati aku. Assignment lain melambak lagi ni. PadaMu aku memohon Ya Allah."

Perkara 4 : Tenangkan Hati/Jiwa , serta SENYUM dan mulakan Presentation Anda
       Amboiii, ayatkan. Ye korang. Mulakan dengan memberi salam seterusnya bentangkanlah tajuk projek anda dengan tenang. Sila attract people around korang untuk dengar perbentangan anda. Kekna tak suka orang tak dengar presentation Kekna, So cara nak attract deme-deme ni, korang tanya balik. Korang Okay tak, boleh saya pergi ke slaid seterusnya?. Hah, ace korang buat macam tu.

       Okaylah, ini diantara TIPS yang boleh kekna senaraikan. Jangan sedih sekiranya tajuk korang tak lepas, korang present ala kadar, rasa tak bersungguh dan sebagainya. Tak nape-nape okay. Cuba lagi dimasa akan datang. Kan kita belajar daripada pengalaman. Pengalaman bekerja dan belajar memang tersangat membantu kalau korang nak interview dan bersemuka dengan individu yang berpangkat/tinggi.

semoga Tips ini membantu sedikit sebanyak. 

Tinta Bicara,
Kekna 
TIPS PRESENTATION

Wednesday, 20 November 2013

:::falsafah + philosophy : falphy::::

:::: Mencarik-Carik philosophy Beliau Untuk Lekat Di Minda::::


Nampak tak?? Aku admirer betul la

.........
.........
...........
................

Well..well..Aku sangat bangga dilahirkan sebagai anak merdeka. Merdeka dari dijajah, ditawan malah minda aku sendiri merdeka. Freedom. Keramat sungguh. Cehhhh!!! Ada jugak yang tak merdeka. Nun, bebudak yang taberapa nak merdeka, selekeh sungguh bila tak memerdekakan diri ini.

Nampak tak??Nampak tak aku melalut-palut ni. Cisss!! DOKTOR UMUM. Kome dah baca ke belum?? Sama le. Aku baru page 37. (malu i’olss nak kabo,reality). Walaupun baru sikit, aku dah baca banyak dah. 

Falsafah Tun tersangatlah philosophy. (Sangat takpaham).

Subjek Falsafah dan Teori mendekatkan aku dengan beliau. Baru lah ni tahu Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu dibentuk,diwarnai,distrukturkan, di segala macam di adalah berdasarkan fahaman ahli falsafah Barat. (Ala, macam boring aja nak cerita).

Ala, aku cuma nak bagitahu, baru-baru ni ada seorang penulis novel yang aku jumpa dan kitorang menyembang panjang sampai 2 jam 30 minit dan beliau macam tak caya yang bbila tiap-tiap buku aku  balut. Makanya, aku saja nak tunjuk kalau-kalau dia terbacakan blog mepek-kepek aku ni. (Nanti aku stori-mori panjang siapakah gerangan penulis famous tersebut). Saja nak buat suspens sebab novel beliau sekarang ini sedang difilemkan. Acecehhh!!! Bangga.

Sapa dekat sini kodkan buku-buku anda dan membalutnya cantik-mantik?? Sila angkat buku. Yess!! Bagus.Bagus.Bagus. Aku sayang kome sebab kome sayang ILMU.

Jom berILMU kejap.

Tun M ikut fahaman apa?? Siapakah yang mencorakkan pemikiran dan landasan beliau untuk mentadbir Malaysia?

Tak salah kalau aku katakan beliau mengikut ahli falsafah Barat yang tersangat liberal ekonomi iaitu Adam Smith. (Sapa nak bangkang?)
Fahaman Tun M adalah berasaskan liberal ekonomi. (Liberal sangat Tun M). Maknanya pembangunan Malaysia suatu ketika dahulu dijana oleh golongan kapitalis. Zaman Tun M, adanya division of labour (agihan tugas mengikut peraturan) dan dibantu oleh technical innovation yang menggerakkan perjalanan pembangunan itu sendiri. Beliau BERJAYA mengubah negara tercinta ini daripada sebuah negara pertanian yang mundur kepada sebuah kuasa perindustrian.
Kome lihat tak bahawa pembangunan kita beransur-ansur?? Yes!! Adam Smith sangat.
"Smith's Key Ideas"
"division of labour driven by technical innovation which via the regulation of the invisible hand of the marketplace generated material and moral advanced"
nak faham lebih lanjut, kome carilah buku "DEVELOPMENT THEORY AN INTRODUCTION by PW PRESTON". (aku fotostat aja, mahal kot!! Tamampu)

Sejarah hanya tinggal sejarah  penghujungnya nanti
Bila belajar 4 orang ahli falsafah Barat iaitu Karl Marx, Adam Smith, Max Weber, Emile Durkheim, kita akan tahu PEMIMPIN KITA mencoretkan perjalanan Malaysia ini berasaskan apa?? Lepas tu barulah kome boleh mengomen panjang lebar dengan menggunakan manifesto yang lebih radikal dan diyakini berilmu. Lepas habis kelas baru aku tahu ooo dulu Pak Lah gini orangnya. Patutlah ........(Sila sambung ayat berikut), ooooo Abang Najib macam ini ke, memang patut ler ..........(Sila sambung ayat berikut).
Apapun, aku sangat SAYANG dengan Tun M. Bila baca buku beliau, betapa beliau tersangatlah ohsem!! Nak sign please!!
Assignment Dr June tersangatlah wacananya. Moden dan modernity. Sesuai sangat dengan buku aku beli the impass of modernity . Kesinambungan sungguhkan apa yang aku belajar Sem nie. Nampak sangat bacaan aku bertambah dari semasa ke semasa(nyampah betoii).

Aku kan suka buku motivasi, so buku chicken soup for the soul tu dah lama sangat dah pun, tapi baru page 40. (Buku omputih memang lama daaa, awok tapandai omptih). HM Tuah bagitau aku kena banyak baca buku omputih, baru aku faham. (dia cakap le,kikiki). 
Soklan UPSR 
Berapa lamakah Tun M meminpin Malaysia?

Bangga Jadi Anak Tun M



::::Money>Duit>Pitih = SAMA MAKNA::::

:::::: Kalau Aku Kaya::::::::

                                                              Yehaa!!! Kalau Aku Kaya..

bil-bil jiran tetangga, aku bayar selamba..buat suka hati aku

Kalau Aku Kaya, macam-macam aku nak buat dengan duit tuh!!!! Sampai tak boleh nak fikir apa yang aku lakukan. Sebab tulah aku cuma boleh rewrite ayat ini aja. Kalau Aku Kaya. Kita ini yang sebenarnya dicipta dengan pelbagai matlamat sebenarnya. Kalau dah semua orang kaya, sape nak jadi miskin?? Oucchhh!! Takdak sapa nak jadi miskin. Sukar katanya!!

Cuba bayangkan....

Siapa yang akan kerja “kais pagi,kais petang”?? Takdak kan?? Kalau boleh nak kerja bagus, gaji banyak, boleh beli pakaian berjenama disulami alat mekap-dekap  yang mahal lagi diyakini berkesan. Kalau boleh bila tiap-tiap kali balik kampung boleh tunjuk dekat orang kampung (argghhh,tipical minded betoii).


Kalau Aku Kaya!!! >>>> >>>>>>>>>( NUN JAUH disana)

Tapi, tulah hakikatnya.

Bhahahaha...yang sebenarnya bukan itu yang aku nak sampaikan bermukadimah panjang jelanya. Kalau dah nama student itu, duit memang selalu tak cukup iye!! Janganlah temper sesangat mahupun meraung-raung menangisi. Terimalah hakikat yang kita ini buat pinjaman. Ada yang PTPTN, ada yang MARA. Pinjam RM18,500. Sekali nak bayar udah jadi RM22,000 pulak. Itulah PTPTN. Siapa sekarang ini yang sedang MENYERU nama DUIT, DUIT,DUIT???



>>>> 
>>>> 
>>>> 
>>>> 


AKU lah!!
Bhahahaha..






Monday, 18 November 2013

:::::Syukur Dengan Nikmat Allah::::

::::Buku Baru.....:::::

Alhamdulillah dengan kesihatan yang semakin baik ini. Kadangkala bila Allah datangkan kesakitan yang menderitakan, ia hanyalah untuk menguji keimanan hamba-Nya. Ya, aku terpilih. 

"Ya Allah, andainya kesakitan itu adalah untuk mengujiku, aku menerimanya dengan hati yang terbuka."

Buku baru ini aku mulakan dengan kalimah Allah BISMILLAH agar segala perkara yang akan, bakal dan telah aku lakukan akan dirahmati dan dilindungi. Semoga aku terhindar dari segala bencana dan penderitaan.

Kembalinya aku ke UKM dengan penuh sifat rendah diri dan tawaduk agar aku mampu menamatkan pengajian aku. Ohh ye!!! Yang sebenarnya assignment aku sudah bertingket-tingket. Tinggal nak ukur dengan ketinggian KLCC aje lagi. 

gembira masih diberikan kesihatan yang baik