Thursday, 24 October 2013

~~ Banyak DUGAAN!! Makanya Allah Ingati Kita~~

~~Lama Tidak Menjengah MyLittleAdore~~


Hanya Allah


Hye MyLittleAdore, Sila jangan pengsan dan menyampah dengan tuan anda ini ye!! Tuan anda ini sedang melalui saat-saat getir dalam kehidupan seharian beliau. Okay!! izinkan aku terus ke bab yang pertama dalam sejarah getir aku ini.

'Andaikata kamu melihat orang yang berada di hujung nyawanya ataupun mempunyai penyakit, pertama sekali yang kamu perlu ucapkan dalam hati adalah
  `Terima Kasih Tuhan 
kerana Engkau masih memberiku kesihatan yang luar biasa nilainya'

RAYA Yang Mengasyikkan..Eewwyeeww!!!
Aku telah mendemamkan diri. Oleh hal yang demikian, aku tak buat apa-apa pun sepanjang raya. Sedih!!! Mestilah. Lagipun raya kali ini nampak kesuramannya dengan jiran meninggal dunia, aku yang dalam kesakitan. Makanan yang menyelerakan!!

Apapun MyLittleAdore, bukan itu kisahnya!!
Aku mahu ceritakan kisah ngeri dan tokok-tambah aku sendiri.

Orang PERAK kate JANGAN INGKE!! Apakah pengertian INGKE tersebut?? Ingke bermaksud ' Jangan Suka Sangat'... Maybe aku ingke kot!! Aku pun tak pasti. Hari Ahad bersamaan dengan 20/10/2013..Jam 2.30am begitu, aku dan Mie berusaha menyiapkan perumahan kami yang bernilai bertrilion bilion dan seangkatan dengannya. (Okayy!! fine. Nak anto Isnin esoknya). Sangat bertungkus-lumus menyiapkannya. Aku pun baru kebah dari demam. Tingkap bilik aku biarkan terbuka. Katanya untuk biar angin lalu. 

Terjadilah kisah dimana tiba-tiba (jeng~~jeng~~jeng) suspen sikit!!. Aku dengan Mie tertolehkan satu makhluk Tuhan (*sedikit seksi) lalu dihadapan. Memang aku terkejut!!. Kami diam!! Tak berkutik langsung. Fine!!! keesokan harinya. AKU DEMAM PANAS. GREAT!!! 

Adakah aku menyeru?? Ohhh langsung TIDAK ye!! Kesannya aku masih demam sampai sekarang. So, esok aku akan melarikan diri dari sini. Duduk rumah Angah jap!! Rupa-rupanya Kolej Keris Mas diganggu pada malam tersebut. (Sumber:Pakguard)

Pak guard cakap, ini musim 'dia' nak keluar. Kan dah nak konvo minggu ini, budak pulak exam mid term. Great sesangat timing 'ko' nak keluarkan?? Apa yang aku boleh buat!! Tidur!! Baring!!! Meracau!!!Mengeluh badan letih-letih!! So, lebih baik aku keluar dululah. Akibatnya kelas pun aku tak pergi. Yes!! Aku lemah semangat!! 

Tetibe, otak aku meng'review' kejadian sebelum-sebelumnya. Kami as a master's student banyak membincangkan isu-isu tersembunyi seperti ini. Adakah kewujudan 'mereka' membantu mahupun sebaliknya. Isu-isu semasa kami-kami di Universiti lama dahulu. Makanya dapatlah disimpulkan bahawa kami mungkin terlampau asyik membincangkan isu tersebut. Maybe kot!!!


DEMAM!!!Kalau dah 10hari ko demam deknon!! Eloklah ko pergi Klinik Kesihatan Universiti. Aku baru dapat maklumat (Dr Bib cakap), adik beliau merupakan Dr kerajaan. Dikatakan panadol yang diberikan adalah yang berkualiti bagi hospital-hospital kerajaan milik sepenuhnya seperti HUSM,HUKM dan sebagainya. So, panadol yang diberikan lebih berkualiti daripada klinik swasta. Wallahualam. Dr Bib yang cakap ye!! lepas beliau tengok kepasifan aku di dalam kelas beliau.

Aku menyeru kepada pemilik penyakit TALASEMIA

'Kami menguji kamu dengan sedikit katakutan, kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Berilah khabar gembira kepada orang yang bersabar. Orang yang apabila mereka ditimpa kesusahan, mereka berkata : Kami kepunyaan Allah dan kepadanya Kami kembali'

Surah al-Baqarah,ayat 155-156


BACALAH




``Sila makan ubat yang diberikan iaitu ubat SANGOBION dan ACID FOLIC. Sekiranya tidak, anda mungkin mendapat demam berpanjangan. So, mana yang anda mahukan??? Demam atau makan ubat!!``

Okay!! Aku faham mereka yang bergantung harap kepada ubatan semata-mata, ME TOO. Tapi sekurang-kurangnya, kefungsiaan sosial anda tidak akan terjejas. Sekarang ini siapa yang susah?? So, PLEASE!! TOLONGLAH!!! Makan ubat anda!! (pandai aku nasihat orang, aku tak..bhahaha)

Walau apapun, Sila jangan marah dengan dugaan yang menimpa okay Kekna!! Berikut adalah dugaan. Allah SWT ciptakan khas untuk anda kerana Dia mempunyai keyakinan yang kuat terhadap keupayaan anda untuk berdiri, menepis malah menyahut cabaran dugaan tersebut. Kuatlah Duhai Semangat. 


Aku yang sudah 10 hari demam tak kebah!! Syukur. &:)

Monday, 7 October 2013

~ TIPS 2: JANGAN KEDEKUT ILMU~~



~~ KENAPA STUDENT SUKA SIMPAN MAKLUMAT ETC SORANG-SORANG?~~

Hari ini i'olss terpanggil nak mengulas peribahasa aku iaitu "Kemanakah korang nak bawak ilmu tu".. Okay!! takda okay dalam kamus peribahasa mahupun sosilogi ye kome. Ini peribahasa aku sendiri. 

sharing is caring

Soklan aku:

1) Kome bengang tak kalau member korang ada slaid,nota kakak senior, assignment cth kakak senior etc tapi TAK BAGITAHU PUN DEKAT KORANG!! BAGUS Sila bengang okay!! Ada ke patut member baik tapi bila tang macam tu diam terus tak bercakap-cakap. Bila kita tanya "Weh, Takdak nota dari akak senior ke?". Jawapan deme simple ajekan. "Takdak". Puihhhh!! Hampeh punye member. Macam sh****. Ishhh, aku selalu dapat mangkuk hayun macam ni. Sabau ajele. Ape nak buat. Tambah lagi time nak exam, menyampah ya amat aku kalau kita tanya. " Baca apa weh?". Jawapan macam se****, "Tak baca apa aihh, baca gitu-gitu jah.". Puihhhh!! bengang petala 17 aku.


2) Dapat hint exam dari Dr tapi member korang diam aje. Buat donno aje. Mentanglah korang takdak masa tuh. SAKIT HATI TAK?. GREAT!! 


3) Assignment kumpulan mesti kena cari bahan, share dekat FB atau medium-medium lain macam email ke.. Tapi bila minta!! Hanya Allah Subhanallah aje yang faham perasaan korang. Okay!! aku faham. SILA avoid  terus mangkuk-hayun macam ni. Tersangatlah akan menyebabkan korang boleh muntah darah empatpuluhenam kali. 


Berikut merupakan pengalaman aku time study USM dulu. Aku faham, semua orang gila mengejar gelaran dean's list . me too. Tapi takdak lah sampai bila dapat hint exam dari Dr, diam gitu aje. Selalunya bila dah dekat exam, aku ada group discussion  iaitu semua lelaki aku sorang pompuan. Ambik ekau. selalunya aku, MK da kadang-kadang Org. So, mereka akan cari soklan spot dari member yang lain. Bagi dekat aku, aku try buat jawapan. Then,  discuss. Selalunya deorang akan belanja aku makanlahkan. Dah deorang bekerja. Aku bekerja part time. Tak mampu kot nak belanja mulut deorang. Lagipun, selalunya apa yang dibincangkan masuk exam, kemudian deorang akan ucap "Thanks,Zu". Hah!! Sila berkecimpung dengan bukan sejantina. SENANG.

Selalunya kalau nota pulak, aku ada member yang sangat baik hati akan meminjamkan nota kepada aku. Langkah seterusnya, pergilah photostad!!. Selalunya disebabkan aku ada kenderaan masa dekat USM dulu, aku akan cuba membantu mereka seperti tolong print ke, photostad ke, apa ke!! TOLONG member yang tolong aku aja le. Yang banyak buat aku "BERDENDAM", aku memang AVOID daripada ada apa-apa hubungan dengan mereka. Wahhh!! Jahat gila aku kan. Tapi, apa aku pedulik!!

Sila ye adik-adik, Sila ABAIKAN mereka yang menjadi duri dalam kebahagiaan kita.


Aku faham masalah korang yang baru buat assignment group  ni!! Jangan rasa semua member korang tu bekerja keras dalam memberikan hasil yang terbaik. Korang aja yang eksaited gila buat. Dia takat menceceh aje. Okay!! Wajib percaya!!. Kalau ada mangkuk hayun yang macam ni. Pergi maki kaw-kaw. Biar dia faham makna tanggungjawab. Markah group A, tapi participation takdak. Puihhhh!!. Haru korang kalau dapat member macam ni.


Okaylah!! itu time degree dulu. Budak-budak. Hingusan. Akal sekadar 45% waras. Tapi, bila usia aku meningkat dewasa (aceh), aku semakin faham dengan apa yang berlaku disekeliling aku. 

Kini, 

Segala maklumat yang kita dapat, kita viruskan ia agar semua orang dapat. Study Master taksama macam degree dulu. Sekarang bukan tengok berapa banyak A yang korang dapat, tetapi sejauhmana kefahaman dan expertise korang. Kalau korang sebut satu perkataan contohnya "'ilmu". Hah, korang kena faham setiap baris huruf ilmu itu. Padan muka!! Nak sambung study lagi. Bhahaha.

assignment pun tak macam degree dulu. Takat copy paste aje. Lani, try buat macam tu, Kalau tak kena lempor keluar buatlah!!. GANAS LECTURER UKM ni. Telinga kena kuat kalau jumpa Dr. Doa banyak-banyak depan pintu bilik Dr. Harap-harap tak cair taik telinga. 

Pesanan aku:

"Tolonglah adik-adik yang dikasihi. Janganlah kedekut ILMU. Lagi kita sampaikan dekat orang, lagi banyak yang Allah bagi dekat kita. Jangan rasa ILMU makin kurang kalau share dengan member. Kalau ada nota ke, slaid ke, assignment senior ke, apa ke. share lah. sharing is caring,right. Aku letih betul lah tengok budak-budak lani. percayalah kalau ragam hangpa gitu, sampai bila-bila hangpa lagu tuh gak."


"it's really TRUE"



Cuba korang berfikir sejenak

 "KEMANAKAH HALATUJU KORPUS ILMU YANG ANDA MILIKI ITU??"



aku yang semangat suruh korang share ilmu!!


~~ Belum Berpunya, Jangan Susah Hati.~~



~ Tajuk mesti puyouukan~~

Hai "MyLittleAdore". Cuti-cuti begini boleh aku duk diam-diam sambil mempertonton filem Korea (Korea lagi, saranghae sungguh!). Entrilicious aku adalah berkenaan kami bertiga (Ahmad Saidi's doter) yang belum memperkahwinkan diri. Amboiii!! suke benau aku sembang pasal kawen-kawenkan. Idak le!!! udah takada apa aku buat cuti ni. Aku duk tengok album member yang dah kawen. Aku duk fikirlahkan, Kalau Eda dengan Adik kawen. Habislah!! Ayooo...sangat childish tangat!

Trust Me Please!!! She's My Kakak..Bhahaha

Percayalah Dia kakak aku!! Bhahaha...Kalau keluar jalan. She is a driver. Bhahaha. Just wonderinglah, umur baru setahun jagung, kalau ko dah kawen dik, habislah aku!! Mesti orang kampung akan tanye "Yang akaknye bila lagi?" Ayooo!! Please WAIT for me yahhh<< but FYI dik, aku maybe lambat lagi. Bhahaha. Akibat daripada ketandusan calon. 

Don't believe. She My Adik alsoo..

Kalau ko nak kahwin Da, aku on je. InsyaAllah, aku akan sponsored kan ko tenaga aku. Bhahaha. Masak-memasak, tangkap-menangkap serahkan sahaja kepada adikmu ini. Tapi Da, kalau ko kawen, kompem aku takada member nak ajak bergurau dan mengumpat. (itukan agenda kita). Walaupun begitu, aku macam merasakan kelewatan anda bekhawin. Bhahaha. (gelak jahat).

      Siapalah aku kalau tiada mereka ini. (yang belum marry lagi ni). Time nilah aku nak keluar jalan. Tak berani kot aku mengubah status janda  anak dara aku ni. Hehe!!!

Kepada bakal dan "pemegang tulang belikat" kami, sila pastikan!! "Anda menerima kami seadanya. Amboiii!!! Aku warning siap-siap dulu. 


Hah!! Nampak tak?? Nampak tak??

Nampak tak. Okay!! aku tolong quote kan semula. Boleh ye papa Tuah!! Thanks. 

" Setiap orang ada alasan masing-masing untuk bertahan membujang dan dia berhak bertahan dengan pendiriannya itu. Tiada siapa boleh memaksa malah BERDOSA hukumnya memaksa seseorang berkahwin walhal dia belum mahu dan belum bersedia"

Hah!! lepas ini jangan tanya-tanyalah. Kalau ada, mesti sepelaung aku bagitahu dekat deme-deme tuh!! "Aku nak kahwin dah ni, jemput le datang ye, tapi tak buat beso-beso le. Tak mandang duitnya". Bhahaha.

Siapa tak ada calon @ buah hati @ bakal suami @ seangkatan dengannya??

" Sila jangan gundah gulana sampai pergi cari 7 perigi mataair, 7 airmata lipas, 7 rumpai laut dari 7 benua afrika. Adoiii!! Sila JANGAN. Mudahnya, Sila minta bantuan dengan Allah. Kalau tak ada hati nak kahwin macam aku ni, Sila Minta petunjuk dari Dia jugak. Jangan dipersoalkan pulak kenapa tak ada hati!! Amboii ko. Dalam masa yang sama, sila MENCARI. Aku duk usha ustaz dari fakulti pengajian Islam. (wachaaa!! takdapat). Bhahaha. taste tinggi. Na'as."
 Apapun, Hati aku masih bersama mereka yang aku panggil KELUARGA. Buat masa ini, MEREKA pelengkap hidup. Cishhh!!! sedu touching. Okaylah, aku nak pergi cari calon  bahan daaa. 





Sedang mencari!!!  
 

Friday, 4 October 2013

~ TIPS 1 : BERDIKARI~



~~ RASA TERPANGGIL UNTUK MENGOLAH WORD BERDIKARI~~

  Hye "MyLittleAdore".. semakin hari aku semakin terpanggil rasanya untuk share sesuatu yang aku rasa perlu untuk dikongsikan bersama." lets we spread our minds". Ayoo, bila aku tengok adik-adik UKM freshieslicous ni aku jadi kesian sesangat. Teringat masa mula-mula aku masuk USM, semuanya berteman, tetapi lama-kelamaan aku semakin memahami istilah sebenar BERDIKARI. Bagi adik-adik yang dari kecil sampai ke besar memang tinggal dekat rumah time sekolah dulu memang akan merasai perkara ini. 

         Bangun pagi : Mak kejutkan
         Breakfast : Mak sediakan
         Kemas katil+basuh baju+lipat baju : Mak buat

    Apa yang adik-adik buat?? nothing right.

     Makanya, bila adik-adik merasai satu pola perubahan seperti ini, adik-adik kena faham dengan makna berdikari tersebut. Kini, bukan lagi waktunya ada orang terpekik terlolong nak kejut pagi, nak kemas katil, basuh baju. Itu semua perlu dan wajib dilaksanakan sendiri. Siapa yang akan bantu? you,yourself.


INGATI ALLAH DALAM SETIAP HELAAN NAFAS YANG DIHEMBUSKAN


Explaination aku simple as i thought:

Kini, bukannya masa untuk kita meminta-minta untuk dikejutkan, bukan lagi masa untuk merasa mudah+senang. Kini, adik-adik kena berdiri di atas kaki sendiri. Buat segalanya by yourself. Tidak lagi perlu meminta-minta bantuan orang lain. 

"Jom, teman saya makan."
"Saya rasa sedih awak buat saya macam ini"..

Helo, adik-adik.. zaman belajar sekolah tidak sama seperti zaman sekolah. Kita ada kawan sekolah yang membantu. Disini, sekiranya adik-adik lambat, orang tinggal. Kalau rasa rakan kita menyusahkan, leave her alone. Itukan modeniti sekarang ini. Orang terlampau memikirkan kemajuan diri sendiri sehingga mengabaikan budaya dan nilai-nilai kemasyarakatan kan?.


please adik-adik, bare in mind..
Ada masanya kita perlu bersendiri untuk menyediakan kekuatan diri. Sikap dan nilai yang ada dalam diri perlu dipupuk dan diubah selaras dengan kehendak diri adik-adik. Jangan merasa tersepit dan terhimpit dengan dunia baru ini. Sememangnya ia baru, cuba perlahan-lahan.

Contohnya:

1) Set alarm bangun pagi, solat Subuh, mandi awal dan breakfast. (biskut Jacob + Milo = Jadilah).

2) Pergi kelas awal. Kekna tau korang pergi kelas naik bas U, jadi pergilah awal kalo taknak kena tinggal. Walaupun korang sorang-sorang tunggu bas, takda member sekali. Sila jangan gundah-gulana. Cuba menyembang dengan orang yang ada kat sebelah. Buatlah tanya sihat ke tak?. Ambik kos apa. Cuba ramah-tamah sikit. 

3)Cuba berkawan seramai yang boleh. Jangan stick pada kawan yang satu tu aje. Ishh, Kekna ramai betul member macam ni. Kawan yang tu aje, bila gaduh. Hah, barulah nak cari kita. So, jangan gitu ye adik-adik. Korang cuba kawan dengan semua rakan kelas. Mudah.

4) Buat assignment dengan banyak kumpulan yang berbeza. Baru betul. Nanti adik-adik akan kenal tiap-tiap ragam kawan adik-adik. Masa tu dah boleh buat penilaian. Mangkuk ni, sleeping partner!! Sem depan. Avoid. Si polan, rajin ya amat!! Join sem depan. Hah!! Kan adik-adik dah boleh buat keputusan kan kan. Nampak tak?.

5) Berkeyakinan dalam berdikari.  Kekna sedih betullah. Baru-baru ni member kelas ada sembang. dia dalam bas, tiba-tiba datang seorang adik ni cakap/tegur.

" Kak, saya sedihlah. Takada orang nak kawan dengan saya. Saya budak kampung aje. Saya sorang-sorang aja. Pergi kelas sorang, makan sorang, duduk dalam kelas sorang. Sume saya buat sorang-sorang".


Aduhaiii adik, Sila jangan bersedih. Itulah kita. Oleh itu, Sila berusaha untuk memperbanyakkan kawan. Kekna paling menyampah betullah bila kita set minda kata kita orang kampung, orang miskin, takada kawan. Ayooooo!! sangat diploma macam tu ye adik-adik. Siapa pun kita, asal manapun kita. Kita sama sama. Takada yang membezakan. Oooo, ingat kampung. Orang tanak kawan. Jangan gitu okay!! Sila buang pemikiran tersebut di Sg Kelah sana nun!! Sila bangkit dari rasa down tersebut. Berkeyakinanlah sebagai BUDAK KAMPUNG!!. Kekna pun budak kampung jugak!! tak moden langsung. Tapi Kekna kenalah mengambil tahu isu semasa. Contohnya pemakaian, gaya berfikir masyarakat bandar dan sebagainya. Walaupun begitu, Sila jangan mengubah diri anda menjadi orang lain. BE YOURSELF.

     Oleh itu, kini adik-adik sudah BERDIKARI. Menjadi sebahagian daripada diri adik-adik. Bila ada masalah, SILA LUAHKAN. Bila ada pertanyaan. SILA AJUKAN. Bila rasa terpanggil untuk menyatakan pendapat. SILA SUARAKAN. SILA...SILA..DAN SILAKAN. Kekna amat suka kalau adik-adik belajar daripada kesilapan. Ia akan memandu adik-adik dalam membuat keputusan. PERCAYALAH. 

Cukuplah bebelan Kekna kali ini. SO, PLEASE.. BARE IN MIND..BE YOURSELF..dan SILA BERDIKARI. Inilah masanya.


Aku yang prihatin,
*____*





Thursday, 3 October 2013

~~ Bila Kekna sudah bercakap dalam kelas, takmau berhenti nampaknya~~

~~ Minggu kedua dan Ketiga kelas yang wachaa~~

          Kala ini, jejari kasar ini sedang mendengar lagu CINTA nyanyian Melly Goeslow ft Kris Dayanti. Tetibe!! Apakah ini semua? Malam yang penuh suram ini aku kerjiwangan. Jangan Edan Kasmaran sudah!! Ayooo…Walaupun begitu, bukan itu yg aku mahu titipkan di MLA ini. Tapi kelas aku minggu lepas dengan minggu ni.

          Minggu lepas, sangat weaknesess sekali. Aku ya amat pasif ye MLA. Bukan sebab apa, I’ve no ideas!! Acane? Bila Mama Bib tanya “ Zurina, apasal hari ini senyap aje?”. Uwahhh!! Apakah alasan terbaik aku nak jawab? Dulu SEM 1 mulut aku macam bertih jagung. Minggu ni, macam Datin Paduka Umie Aida la pulak. Alasan aku “ join kolokium Dr.” (walhal kolokium aku tak bersuara pun).

          Aku langsung tak prepare langsung. Apasalah. Mungkin disebabkan oleh aku terlampau memikirkan hal-hal dunia. (acehhh). Minggu lepas banyak benda yang bermain dalam kotak fikiran aku. Banyak.. Too much. Everything. So, aku tak participate dalam discussion kelas.

sebelum nak pg kelas Mama Bib!! Jom snap photolicious sekejap

MINGGU INI MINGGU KEEMPAT

          So, minggu ini dimulai dengan keseronokan. Yess!! Aku memperkeluarkan diri pergi MP Sepang. Projek Master, U-City yg macam Smart city tulah. Banyak benda yang dibincangkan dengan pegawai atasan tu. Apapun, happening la bila ada jugak aktiviti bermanfaat yang aku buat minggu ini.


merekalah penyeri dalam kelas. Dapat buku dan towel Majlis Perbandaran Sepang + makan


FALSAFAH SAINS PEMBANGUNAN
Bila kita berhadapan dengan pemikiran Dr falsafah ni, memang kita pun akan mula berfalsampah!! Aiyyooo. Gembira aku dengan Dr Azmi ni. Boleh pulak ditamsilankan “ Perlumbaan kura-kura dan arnab” tu Islam (Kura-kura), Barat (Arnab).   
“kita adalah consumer dan kita adalah KALAH”
“Dikatakan Tun Dr Mahathir mengaplikasi teori Adam Smith. Aiyyoooo!!
Tersangatlah berfalsafah beliau. Buku beliau Doktor Umum pun aku tak abih jelajah lagi.

“AGAMA ITU CANDU MASYARAKAT”. Bincangkan.
Yess!! Aku sayang betullah Dr ini. Apakah maksud berikut. Biarlah penjelasan aku ini melalui pemahaman mentah aku ini.
Ia bermaksud, kita, manusia. Yang mempunyai agama ini hanya pada bila kita ada masalah barulah kita mencari Tuhan. Tapi, kita tak pernah mahu bertindak. Betul tak? Sebab itu simboliknya “agama itu candu masyarakat”.

Banyak yang dibincangkan, Ohh ye note aku sampai 10pages. Memang tiap-tiap bait kata-kata Dr Azmi aku tak pernah tinggal. SAYANG punya pasal.

PEMBANGUNAN PELANCONGAN

ada masa ke kelas bersama ketelicious Kakmi ataupun motorlicious Kekna

Okay!! Akukan anak buah kesayangan Mama Bib! Memang wajiblah aku disoal. Aku membentangkan proposal 1 group kitorang. Pengekalan landskap dan pembangunan Teknologi Hijau Di Melaka sebagai Tapak Warisan Dunia.Ayoo!! tersangatlah Pelancongankan. Walau apapun, Aku sangat bangga bila proposal dan pembentangan aku yang paling diterima setakat ini. Ohh!! MESTI lah. Mama Bib la katakan. Dr perfect. Kalau silap kena sembur. Better la buat betul-betul. Dea cakap
“Hah barulah Zurina nak bercakap. Baru nampak taring dia. Kalau tak diam aja”.
Itu yang aku malas bercakap dan memberikan idea. Dia akan angguk-angguk dan senyum-senyum. Aku malu-malu kucing. Dah tu kena marah pulak, tak jumpa lagi suami dia cakap nak diselia bawah suami dia. Dr Hamzah. Akukan pemalu.

PERANCANGAN LESTARI
Well, aku mewakilikan kumpulan aku untuk membentangkan proposal kitorg. Lagi sekali nama aku asyik disebut sahaja dalam kelas. Sikit-sikit Dr Yusof. “ Apa dianya Zurina?”, “Zurina, apa step 2 yang seterusnya?. “Cuba Zurina bagi pandangan dan idea.”. ohmyygoidd!! Janganlah gitu wahai Dr Yusof oii. Sebutlah nama orang lain pulak.
“ Assalamualaikum, okay. Hari ini saya mewakili kumpulan saya untuk membentangkan….InsyaAllah, minggu depan rakan yang lain yang akan...”. (Aku mulakan mukadimah time presentation tadi)

Dr Yusof “Eh tak pa minggu depanpun awak boleh bentang lagi Zurina”.
Amboii ko Dr oiii. Suka nyakat akukan. Kalau aku tak bercakap, kome jugak yang tanya. Bila aku dah bercakap, asik suruh aku bercakap aja. Tulah penyeri hidup aku dalam kelas.

Geng aku kuat nyakat aku!! Nama aku aje yg disebut oleh Dr???? Ohhmaigodd, akukan student kesayangan!! wachaa

          Minggu ini aku namakan “proposaldaylifetime” . boleh pitam okay!! Bila proposal korang kena reject tapi syukur, tiada lagi kena reject buat masa ini. Minggu depan!! Sila berjalan dengan lancer yep!! Haisshhh. Apapun, minggu ni lebih struggle daripada minggu lepas sebabnya semua Dr nak tengok progress minggu akan-akan datang. Harap aku bersedia!! Yehaaa.



Student SyokSendiri,
Zurina Ahmad Saidi




Wednesday, 2 October 2013

~ Bila aku terjatuh cinta dengan HM Tuah?~~


~ Amboii ko Adik Ina oiii~

Cisss, permulaan mukadimah saja sudah menunjukkan betapa aku mengkagumi beliau yang aku panggil Dr HM Tuah. Siapa kenal beliau? Apa? Buah hati? Kekasih gelap? Amboii ko melampaunya. Cukuplah sekadar menjadikan beliau sebagai idola kecil  besar anda ye. Sila jangan menyimpan perasaan yang berlebihan kepadaa beliau. 

    
Ini baru sikit yg berada dekat UKM, ada yg hilang, ada yg kena pinjam dll. 
    Mengapa aku admire beliau?? reason concreate please? Ala, sebenarnya kesukaan aku terhadap daddy (pang bg penampo seliang, berpinar biji mata aku)... bhahaha. Kecintaan aku adalah dari dahulu lagi. Mungkin sebab hanya beliau sahaja yang aku nampak. Acecehh!! Ala, biarlah sebab musabab kesukaan aku terhadap beliau menjadi satu memori yang hanya aku seorang yang tahu.


Rasanya novel, buku, majalah yang ada berkaitan dengannya semuanya lengkap dalam simpanan aku. Tapi yelahkan, bila member datang bilik.. " Ina, nak pinjam".. Hah, sampai kesudah kot aku tak dapat balik. Biarlah!! aku sedekahkan milik kesayangan aku kepada mereka. Dushhh!! Sila jangan cakap"orang yang baca buku motivasi beliau mempunyai masalah ye". Tak semua. Okay!! Aku ya amat gemar sebab penyampaiannya tersangatlah simple word but a lot of meanings. Alkisahnya, bila pergi aja kedai buku POPULAR, mesti pergi ke rak motivasi. Acane lah aku boleh terpedaya. 

     Okay!! Fine. Ahmad Saidi's daugther memang hobi mengumpul koleksi buku-buku ni. Kalau korang pergi rumah, mesti korang terpesona tengok rak buku sampai 10 bijik. Semuanya tentang BUKU. Korang takakan tension kot. Kalau yang minat membacalah.

Rak Datin Lijah aka mak
Mak punya rak buku penuh dengan buku agama-agam, Haji dan Umrah, Buku Solat dll. Kalau berjimba dengan mak ke Manjung, mesti pergi kedai POPULAR and then cari buku agama mak. Lagipun Alang memang langgan Majalah Solusi dan Al-Ustaz. Ayoooo!!! tersangatlah banyak bila tiap-tiap bulan akan sampai.

Rak Alang
Rak Alang penuh dengan buku omputih. Ayooo!! tersangatlah teachernya. Ada buku Harrypotter bersiri, novel cinta-cintun edisi omputih punya. Adoii, Sila jangan tengok. Mesti tak paham laras penggunaan bahasanya. Sekarang aku sedang berusaha memperhabiskan satu biji novel omputih bertitlekan "NOT WITHOUT MY DAUGTHER". Sila cari dekat MPH mahupun kedai buku berhampiran ye. Asalnya buku ini di ben  di Malaysia ye. Tak tahu nape boleh masuk balik. Alang beli harganya RM 6.90 aje tapi sekarang dah RM49 kot. Cover dah lain. Sila baca sebab ia berkisarkan tentang keislaman. Tak boleh explain lebih sebab jenuh nak fahamkan. 

Rak Adik aka busu
Rak adik penuh sempoi dengan buku cinta-cinta. Tersangatlah sweet 17. Zaman syok sendiri dengan novel sudah berlalu ye. Siap dikodkan. Kini novelnya mungkin sudah mencecah bertrilion-bilion (bhaha, tipu). Walaupun begitu, novel-novel yang ada semuanya pasal kontrak perkahwinan, gaduh-gaduh, lari dari rumah, nama tersangatlah moden baik hero mahupun heroin, tsskkk, memang korang sangat fairytales kan.


Rak buku Anje aka anak buah 1 darjah 4
Aiyyoo!! Rak buku Nabila le yg paling banyak buku. Okay!! Edisi Ana Muslim tersangat
lah banyak. Kawan beliau ya amat gemo minjam. Tapi tak ape deorang pulangkan semula. Siap tukar-tukar buku lagi. okay!! MEMBACA AMALAN MULIA.

Rak buku aku
 Ishh, confirm korang boleh teka apa dea. Yes!! bhahaha (gelak sopan)

     Aku tersangat suka membaca. Kalau di rak buku aku buku HM Tuah sewajibnya ada beserta dengan buku-buku motivasi yang lain ye. Contohnya buku Dr Fadzilah Kamsah, Dr dan Dr yang lain. Amboiii!! Wajib ye kita balut dan barcord kan albukuk tersebut. Semoga dengan itu, aku boleh cari semua. Yang sebenarnya bukan itu sahaja, aku ada majalah-majalah semasa seperti NUR, DARA.com, HIJABISTA, HIJAB.  Okay, itu aja ye. Majalah WANITA belum nak langgan lagi ye. Bhaha.. Eh, kome tau tak, dalam majalah-majalah tu semua ada HM Tuah. Acane tu?? So, dalam masa aku suka menambahkan menyesakkan minda aku, boleh jugak baca selingan-selingan macam tukan. Yehaaa!!!


                 Nanti kalau balik kg, aku nak snap photolicious banyak-banyak dekat rak buku. Baru betul!! bersuluh semuanya. Eh, aku sudah lari topik ya amat jauh sekali.  Aku nak cerita pasal HM Tuah, yang aku melalut rak buku ni apasal? Adoii. 

Apa yang aku nak bagitahu ialah Buku motivasi HM Tuah telah membuatkan "aku berjaya menjadi aku". Kini, aku percaya, aku tersangatlah UNIK. sesiapapun yang bertahta dalam hati aku, percayalah "awak juga teramat unik". Sila beli buku HM Tuah. Yang dah hilang banyak-banyak dulu tu, sila pergi cari semula dekat kedai. Confirm ada. Korang nak jadi UNIK tak?? Hah, Sila baca buku beliau. Jangan baca time ada masalah aje, baca..baca.. Mesti ada sesuatu yang korang akan dapat punya. Tak boleh nak explain sebab tiap-tiap orang berbeza cara penerimaannya. 


       Apapun, dulu time PESTA BUKU 2012 dengan tema BOOKS: WORLD WITHOUT BORDERS, aku tak sempat nak bertemu dengan beliau. Bila buat motivasi dekat sekolah Menengah Batang Kali pun, akutak sempat jumpa. Dekat mana-manapun tak sempat gak. So, aku MALAS ..bhaha. Bila boleh jumpa ni daddy Tuah oiii?? Sila datang UKM. Boleh tak? PLEASE. So, bila U datang sini, boleh la I nak sign burung ye.(dah aku kenapa nak I U I U ni) NAK bawak manilakat besor-besor, sign pun besor-besor. Sila dan Wajib ye sign. (paksa rela). 

Wajib tulis begini..

" dedikasi khas untuk jorenpena Zurina Saidi,
        semoga menjadi semakin UNIK"

Okay!! I'dying  life lah. So, before aku mengakhiri kalam ini, izinkan aku curi hati  ishhh,tsskk,haiipp.. izinkan aku post serba sedikit photolicious beliau dengan kata-kata peransang dan semangat untuk korang yepp. Ambik daripada FB beliau. Izinkan ye!!






Ohh ye!! Sila jangan fikir yang aku terima bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh beliau. Ada masa aku membangkang seratuslimapuluhtujuh peratus apa yang disampaikan. Ada masa aku menerima bulat-bulat. Ini kerana ada masa kita kena stand dan berdiri dengan apa yang kita fikirkan ye. 


Peminat yang bernombor saturibusatu,
Zurina Bt Ahmad Saidi





Tuesday, 1 October 2013

~~ Dah Engkau Kenapa Korea Oiiishh~~


~~Kalau Macam Ni Satu Apah Keja Pun Aku Tak Boleh Buat~~


Assalamualaikum MLA..
          Haiyya Saranghae punya pasalani. Nampaknya aku ada tabiat baru pulak. Tonton Korea's Movie/film. Ala, tula pasal. Masa inilah baru nak tengok film-film korea ni. Apasal dulu aku tanak tengok?. Penangannya, aku sokmo mentidurkan diri pukul 4am. Wacaahh!!! Assigment juga tidak ku tinggalkan kerana ia DUNIAKU. 


Alkisahnya berlaku apabila minggu lepas aku tak balik kg. Aku check-check MYDUMMIES (external), ada folder saranghae's movies.  Wah, apakah ini? bila aku check.. Ya Ampun, banyaknya film movies korea. Setahu aku, aku langsung tidak mempunyai citarasa untuk melihat seorang lelaki macho mempernangis di khalayak ramai. Oucchhh. TAK MACHO okay.

Oh ye!! Dalam folder aku memang penuh movies omputih. ( *__ * akukan minah putih celop). So, dengan segala kekuatan dan kudrat yang aku ada Sabtu dan Ahad lepas, aku dengan jayanya telah tengok 2 movies yang berbeza. 

1) Cinderella Sister
2) Lupa tajuk, tapi kisahnya tentang band A.N.JELL. (what asshamed tajuk pun tatau)

       Apa yang berlaku dekat aku?


1) AKU BEREMOSI. Wacahhh!! Aku telah menangis tersedu-sedu. Nyampah betuii. Sepanjang masa aku akan bertanya macam-macam soklan. EX: La, pasaipa laki ni nak nangis? Wah, handsome gila hero dia tapi aje yang kuat ngobak? Sampai hati ending macam ni? Getik**



2) SEMANGAT MINTA CERITA KOREA DEKAT MEMBER-MEMBER. Wahh, dah aku kenapa? Ala, tanak le join club peminat korea. Aku tak berapa minat kalau aku dah minat ni. Aikkk. Yela, aku tak kenal la. Nama pelakon pun aku tatau, Apabila film kedua aku tengok. Lagi kuat monolog dalaman ini berkata-kata. "Kuat deorang ni buat plastic surgery. Amat Handsome sampai cute jadinya. Acane lelaki boleh mempunyai perkataan cute?? Ni yang buat aku lemah ni. 

3) TETIBA MENCARI BAJU-BAJU DESIGN ALA-ALA KOREA DEKAT ONLINE BUTIK. Hah, ni yang aku bengang ni. Mulalah dah aku ni. Ala, getik la gini!! Aku mula balik macam aku minat hindustan.  Disebabkan oleh saranghae's movies& film aku mempersoalkan kembali cara aku berpakaian. Ni malas ni. Macam nilah, nampaknya aku kena stopkan apa yang aku telah mulakan. Takut nanti jadi semakin merebak. Bahananya aku yang akan menanggung. So, MYDUMMIES, aku kena buat-buat tanampak folder saranghae ye.


      Patutlah, aku pelik sesangat kalau orang suka bebeno lagu deorang, walhal maksud pun tatau. Acane tu???
handsome tak hensomenye deme ni..udah aku teradmire dekat yg pakai baju hijau ni

nyampah tau tak kalau ending macam ni

So, sekarang aku dah tahu ngape kome-kome ni ya amat suka tengok film/movies macam ni. Kome suka kan kalau lelaki cute macam deme-deme ni ngobak. Pehtu, kome pun touching sesama gakkan!!! Ayoooo!! tersangatlah fairy tales kome. Ada lagi ke dalam dunia ni..

     Sampai kedetik ini, aku mempersoalkan kembali, SUSAH SANGAT KE NAK CAKAP " I LOVE YOU" dekat pasangan dea tuh??? Dah sampai episode 18 baru nak cakap. Adoiii, lama betoi aku nak tunggu. Apa yang pasti!! Last ending mesti happily ever after and everlasting.. Ala, selalu macam tuh. Tapi, Okay!!

       Rupanya memang aku terlambat yang amat dalam mengetahui isu dan perkembangan semasa dunia. Wah!! Katak bawah LRT nampaknya aku ni. Walau apapun, itu tak mendatangkan kekecewaan yang teramat! Hehehe.. 

THE MOST AND PRECIOUS THINGS THAT I CAN SAY IS

AKU TAK BERHENTI DARIPADA TERSENYUM. APA YANG TELAH BERLAKU PADA DIRI AKU NI. DIMANA SAHAJA AKU AKAN TERSENYUM SENDIRI. KADANG KALA DIATAS MOTOR, DI DALAM KERETA, DALAM KELAS, SAMBIL MANDI. APAKAH YANG TELAH BERLAKU KEATAS DIRI AKU. ADOIII, PENANGAN SARANGHAE SUNGGUH. TIKA DAN KALA INI SAMBIL JARI JEMARI LINCAH MENARI, AKU MASIH TERSENYUM. 


DAH AKU KENAPA?

jom layan lagu tema You're Beautiful by A.N.JELL

I shouldn't have done it
Should have just ignored
Like I can't see.. YOU
From the very first time
Maybe I shouldn't have seen

I shouldn't be run away
Should've pretendend like I didn't hear
pretendibng not to hear
Couldn't hear
From the very first time
Shouldn't have felt you love

Without  a word, I feel your love
Without your word, you gave me love
I keep it all here, even your breathe
Holding onto you deep inside here
But you're leaving just like this

Without a word, my love leaving me
Without a word, My love throws near away
What will I have to say?
The word on my lips, were suprised by themselves
It all came without a single word.

    Hah, ace kome tengok " without a word, I feel your love...Blablabla! Hah, lagu mesti wajib syahdu sambil flashback kembali adegan-adegan mantop yang sedih episode lepas-lepas!! Mantap Film Korea ni. Ni yang buat aku touching cepat ni. Yang aku tak tahan tu, aku akan emosi bila dengar lagu ni. Aiyyyaaa!!! memang kena dah aku penangan Korea ni. Selamat ler aku tak minat dengan K-Pop K-Pop ni. Kalau aku dengo, Nahas!!! Takut terjatuh cinta plak karang. 

Sekarang, aku sangat saranghae!!!



Saranghae,
Jorenpena @ Riyasepria