Thursday, 26 September 2013

~ Study Relax, Result Gempak!! Acane tu?? ~~

~ Tips Memulakan Study di Awal Semester Untuk Dapat Result Gempak~


MAKE A WISHES!! HARAPAN SEMOGA IA MILIK KU
Amboiii Kekna, kuat dan kencangnya tatabahasa yang digunakan. Walaupun laras begini tidak digemari oleh pensyarah-pensyarah Soc Science. Jom!! jangan corner-corner. Moh kita grab sikit cara study Kekna yang membolehkan Kekna diantara Dean'sList. (amboiii, nak tulis gak). Iye, bior bagi semangat dan peransang sikit. Kome ni suka kalau ditonjolkan kelebihan yang ada dalam dirikan. Kalo boleh nak orang tahu kelebihan yang kita ada tapi taknak  orang tahu kelemahan kita.OOucchhhh. Ohhhh!!! itu perkara biasa. Manusia. Human being.

semua yang digelar manusia&insan mempunyai dua sisi.

    Walaupun begitu tidaklah Kekna hairankan kerana ada masa sisi yang mana kita tidak mahu orang ketahui adalah sesuatu yang baik. Yela, takkan nak bukak pekung didada. Kencing malam, takut gelap etc. Ala, takpe..takpe. Janji be yourself dalam mengharungi hidup ini ye.

Tips Study Kekna time dulu,kini dan selamanya

1) REHATKAN DIRI SAMBIL TIDUR. Dah engkau kenapa Kekna? Ouchh, sampai hati cakap gitu. Iyelah adik-adik oii. Janganlah study hard sesangat sampai takada masa nak memanjakan diri dengan mendapatkan tidur yang secukupnya. Time rehat, rehat. Time study, Study smart. Takpelu nota tebal-tebal tapi fikiran dan tubuh badan tak dapat terima ye.
mesti B+ sepanjang masa. Orang getik ngan kita pun. Kita buat-buatlah tak tahu

2) NOTA COMEL DISERTAKAN KEFAHAMAN SENDIRI. Sila jangan tiru member punya nota. Taksama okay!! Deme faham lain, dah ekau faham lain. Nanti taksampai maklumat tuh. Ko gak yang sedih nanti. Nota ni simple aja. Kalau cara Kekna, mestilah dengan trademark "LAGI SIMPLE NOTA, LAGI AKU SUKA". Uishhh, sila JANGAN ikut stail ini. Mereka yang begitu tegar nak menggoreng time exam aja yang berkeyakinan duaratusempatpuluhtujuh peratus.

3) BERI PERHATIAN. Wehh, Kekna tipu. Tipu sesangat tuh!! Sila jangan percaya. Kalau dalam kelas, Otak Kekna suka menerewang sambil tangan mencatit point-point penting yg Dr cakap. Sambil mata asyik kerling jam sambil monolog dalaman "Ishhh, bila nak abih ni. Lapooo". Walaupun begitu, sila TAKE NOTE  ye adik-adik. Beri perhatian bagi istilah dan terjemahan Kekna ialah perhati aje le. 

gembirakan hati anda sebanyak yang boleh. Sila TAMAK dan jangan KOMPROMI bila sebut ttg hati

4) SILA BERIKAN IDEA-IDEA YANG REALISTIK UNTUK MEMBUAT PROJEK DAN ASSIGNMENT. Inilah perkara WAJIB Kekna. Walaupun sedikit sengal-sengal alam, tetapi idea-idea bernas perlu dilontarkan. Mesti critical thinking sedikit ye adik-adik. Zaman Master bukan lagi nak applied theories semata-mata. Kita nak debat pasal teori tersebut. Mengapa, Kenapa, Apakah dan adik-beradiknya yang lain. Kekna bersyukur Semester lepas, walaupun banyak idea, berbalah nak mengamuk, putus sahabat (ngecek kuat), dan sebagainya, Keknis dan Kekyuyu boleh menerima idea-idea. group Kekna tersangatlah gempak. Setiap dari kami diberi gelaran oleh Dr Azima iaitu " Erra Fazira, Rozita Che Wan dan Ayu Raudhah". Hah!! amik ekau.

5)YAKINKAN RAKAN KELAS DENGAN PROJEK/ASSIGNMENT ANDA. (Walaupun ada penipuan sedikit,bhahaha). Okay!! selalunya deme-deme inilah yang akan membantu dan mencantas presentation kita. Betul tak? Tapi itu semua takada hal. HARUS kuat semangat untuk membalas/bersumo etc dengan mereka. Tapi, jangan risau. Deorang pun tengah gelabah nak present. Takut deme punya gak kena hentam dengan Dr. Ohhh!!! itu perkara biasa.


6) MAKAN BANYAK. Okay. Makan ye semua. Memang le time study ni duit tak cukup. Nak print itu ini. Nak beli baju guna duit PTPTN. Tak nape-nape okay. Belajar pun BERJIHAD. Kejalan Allah SWT kan. InsyaAllah, Allah akan permudahkan laluan adik-adik untuk berjaya. Kalau rasa nak makan, makan aje. Tapi jangan minta makan pelempang. Confirm dapat!! bhahaha. Okay, jangan sampai sekat makan. Meggi pun taram aje le. Dah itu favourite menu kome kan. Ate, nak cakap ape lagi.

7) RESET NIAT SEMULA. Yela! Ada orang sambung study sebab yang pelbagai. Macam tula Kekna gak. Hatta kita cakap nak dapat kerja bagus-bagus. InsyaAllah ye adik-adik. Allah akan memberikan kejayaan baik dunia dan akhirat kepada kita. So, sila perbetulkan semula niat adik-adik.
Tanya dalam diri:
Mengapa aku belajar?
Adakah aku bersedia dari pelbagai aspek mental dan fizikal?


8) KITA BERAGAMA ISLAM KAN? Point Kekna disini ialah kemanapun kita jejak, dimanapun Allah letakkan kita, Keimanan kita seharusnya semakin mendalam bahawa Islam itu adalah agama yang syumul. Makanya disini, kejayaan kita hari ini datangnya juga dari kehendak Dia. Apa yang perlu kita buat, YES!! Sila melaksanakan perintahNya dan meninggalkan laranganNya. Ala korang, yg sebenarnya mudah aje. Sembahyang, Mengaji. Alahh, back to the basic. Dulu-dulukan kita sokmo buat. Sepatutnya perkara ini menjadi routine dah. Takpelu mak jerit-pekik suruh solatkan. Ayooo!!! sangat UPSR kalo gitu ragam adik-adik.





Kekna akan make wishes. Selalunya bila-bila dan dimana-mana
Baiklah adik-adik sekalian, perkara inilah yang menjadi routine dan laluan hidup Kekna sepanjang bergelar student. Tak kira time USM dulu sehinggalah ke UKM ini. Sebenarnya ye adik-adik, tiap-tiap dari kita ini unik. So, cara kita adalah berbeza. Ada orang kena diehard4.0 punya study. Ada orang relax gila tapi result gempak. Mesti tak caya. Tapi, gitulah kawan-kawan social work Kekna dulu. 

Bagi adik-adik yang baru memulakan hidup sebagai student U, sila bergembira dengan jayanya.

P/S: Kekna dah pakai broadband, harap tenanglah nampaknya

dicoretkan sepenuhnya,
Jorenpena



Wednesday, 25 September 2013

~Konsert Lentera Timur Dato' Siti Nurhaliza~


~ Mampu kau nak title begini~



Okay, jom straight forward ke usulan sebenar ye! Sabtu 21/9 aku bersama dua orang kakakku yang menawan lagi bergaya telah menjointkan diri menyaksikan konsert Dato'Siti di Istana Budaya. Okay. FINE. Memang ini kali pertama aku dekat tempat begini. Alkisahnya aku taknak pegi pun memandangkan takada member dan seterusnya tak tahu jalan nak kesana (sobsob). Aku kan orang kampung. Kampung Girl sangat. Apabila aku menginvite adik aku untuk joint, dea ada perlawanan bola jaring pulak. So, acane? Aku tahu kakak aku uda memang minat Dato Siti. Bermulalah perbincangan antara kami berdua.

Uda : Betul ke ni Ina tiket free ni, kalo gitu Uda on je. Kes tak banyak ni. Betul ni. Nanti uda datang amik ko dekat UKM. Kita g sama-sama. Uda tahu jalan. Tapi, mak ngah (kakngah) kata nak ikut. Kita amik dia pastu kita pg le.

Aku : Betul, tiket free. Org set aje. Bagitau aje pukul bape nak datang. Org siap la.

So, hari berkenaan memang rancangan baik punya.

pergi ambik makngah dekat sg buloh. Bertolak ke IB pukul 5.45 pm. 


Jalan Jem!! Ala namapun KOLALUMPO..memang takada masa takada kete kat jalanraya tuh..



Sampai disana, kitorang cari Cikgu Mustapa merangkap rombongan Cik Kiah dari Sek Keb Seberang Perak. Amboiii ko cikgu-cikgi. Memang tak lepas peluangkan? 

kami adik-beradik yang mengepi ke konsert Dato' Siti. Bukan main eksaited dohh.


Deorang memang suka bergambar especially makngah. Uda pulak kate dia salah pakai baju. Masakan taknye, orang yang datang macam nak pergi dinner plak. Bling-bling nyah!! sakit mata nokks.


perak gile aku rasa aku ni, mana2 penjuru pun nak photolicious sendirian

Start konsert Dato' Siti pukul 8.30pm, kitorang ni tingkat atas, tingkat 3. Tiket murah kot. RM80. Sobsob. Walau apepun happening sesangat. Baris kitorang adalah sekumpulan peminat fanatik Dato' Siti. Siap bawak banner bagai kot. Mereka adalah "Nyah-nyah serba boleh". Aduhh, gitu deme kot. 


Yang teramat sempoi, siap jerit-jerit.. nyanyi-nyanyi bagai. Memang blok kitorang memang sempoi!! Aku pun jadi teruja awalannya. Deorang memang peminat tegar la. Tak boleh camwhore dalam IB. Asyik kena lasser aje sape yang snap pic. Aku tak beranilah kan. Dah la first time masuk. Batak!!! Hahaha.

Sewaktu Konsert berlangsung

Aku duk cakap slow-slow dengan uda. "Eh uda, apasal pentas IB ni kecik aje? macam mana nak menari?" Ayooo, STPM sesangat. Mana aku tahu ropenye besar. Siap bertingkat-tingkat lagi. Nyaris AbgNyah sebelah ni tak dengar, kalau tak. MALU. Pembukaan dah happening bila Dato' Siti buat tarian Makyong. Lepas tu nyanyi lagu Nirmala, Cindai dan macam-macam lagi. Lagu tersebut di medleykan. Baju sangat ohsem. Warna hijau. Desingner confirmlah Hatta Dolmat, Rizman dan ada lagi 2 orang lagi. Tak dengar sangat dea cakap masa tu. Aceceh!! *terpegun dengo suara AbgNyah  selang 4 kerusi dari aku. Na'as..

Banyak diceritakan sejarah bermulanya karier Dato' Siti. Aku dengar ajelah tapi tak berapa masuk dalam telinga sebab deorang tersangatlah eksaited untuk menjerit nama " Siti..Siti...Siti". 

Selepas itu, Dato' Siti menyanyikan lagu medley sedih-sedih. Okay!! SYAHDU. Yang nyata terang lagi bersuluh. Suaranya sangatlah Siti Nurhaliza. Tak BERUBAH. Dengar dekat TV ke, dekat Radio ke,Dekat mana-mana le. Macam tu lah suaranya.

Ada artis jemputan. Ish,ish..tssk,tsskk,tsskk..bhahaha.. Dato' M. Daud Kilau. Okay. Takada ayat sesuai yang dapat diungkapkan. Aku kira ada lebih 5 persalinan dea bukak time nyanyi lagu.." senyumlah, senyumlah ahai cik mek molek". 

Baju yang terakhir yang dipakai oleh Dato' Siti memang cantik. Warna pink. Takada photolicious sebab memang aku takada snap. Sedih. Apapun, moment ini aku tak boleh lupa le. Pukul 11.30pm, program dah tamat, orang punya baris. Nahhhh ekau, panjang macam orang nak ambik brim2.0 ko tau nyah. Aku tak sanggup nak minta otograp Dato' Siti. Mau pukul 2 pun belum tentu setel. So, aku buat keputusan balik le. Lagipun hero-hero makngah taktau dah tido ke belum.

Apa yang pasti, konsert lentera timur ini mendedahkan aku dengan alat permainan tradisional yang aku takpernah nak ambik peduli. Hari ini la baru ada kesedaran sikit. Dalam masa yang sama, ada sekumpulan dikir barat, ya amat kuat melawak. Good job broo!! Tapi, aku tak kenal pun sape dea. Yang pasti artis realiti TV la. Ayooo!!! Aku ketinggalan banyak sangat hal-hal berkaitan dunia artis. Tapi, I dont carelah. Janji Happy.


Jadi le tingkat 3 pun. Nampak bebeno.. tak kisah le. 


Sebenarnya aku ni bukanlah die hard sesangat konsert-konsert ni. Sedangkan Jom Heboh pun aku tak pernah mahu menyampaikan diri kesana. Aku bukan tak suka cuma aku lebih prefer untuk duduk dirumah sambil berbaring empuk diatas toto untuk tengok secara live dekat TV3. Lagi nampak jerawat artis tuh!! Hah, amik ekau. 

Walau apepun, aku enjoy that moment. Harap-harap Cikgu Mustapa a.k.a Abg Mus akan belanja tiket lagi yep!! 

Aku makin gembira melihat Dea begini. Sungguh indah ciptaan Allah ini.
. Aceceh!! Murah kot masa ni. Makngah belanja. Thanks Makngah


So, apa pengalaman dan teladan yang aku dapat?



1) Kegembiraan. Masa ini aku release. Bestt oooo. Bukan senang nak pergi tempat begini tambahan pulak orang belanja. Lagilah kegembiraan itu tidak dapat dgambarkan dengan kata-kata.

2) Melihat ciptaan dan keunikan yang Allah berikan kepada insan terpilih. So, YES!! kita pergi dengan niat hiburan dan dalam masa yang sama melihat keindahan ciptaan Allah. Bukan itu sahaja. Kita dapat maklumat dan input baru. Alat tradisional. Dikir Barat. 

3) Mengeratkan silaturrahim. Macam menipu tapi betullah. Bayangkan! Barisan aku memang sporting. Okay fine. Nyahkan. Tapi deorang ya amat sempoi. Sempat menyembang-nyembang. Cerita serba sedikit pasal diri deorang. Betapa mereka peminat Dato' Siti. Korang bayangkan. Aku tak pernah ambil peduli, tetiba segala macam maklumat aku dapat. Acane tu?


Okaylah!! Apapun.. welldone pada diri aku kerana berjaya melalui fasa seterusnya dalam hidup. Kalau taknya asyik beri alasan "aku orang kampung, taknak le". Cisss!!! Wacahh..


Suara Dato' Siti masih terngiang-ngiang,
Riyasepria






Tuesday, 24 September 2013

~JOM audit~


~ JOM AUDIT DIRI~


TRUE!!! i'm just tired


YES! Aku terlampau penat memikirkan perkara yang remeh-temeh. Sepatutnya aku perlu usahakan agar ia tidak membebankan. Ini aku yang salah. Terlampau asyik memikirkannya. Penghujungnya, jerawat setambun. Pity Me!!

Jom!!! Carilah peluang.

okay. FINE. Memang itu yang sepatutnya. Kita yang membina peluang-peluang yang ada. Sila abaikan segala gundah-gulana yang ada dalam diri. Moga dengan itu, hati tidak dicemari. Sila ye merebut peluang yang hadir. Ia tidak datang bergolek dengan sendirinya.



That's TRUE

Belum lagi ye adik-adik, kaka-kaka.. orang yang menyerah kalah berjaya dalam hidupnya. Hidup ni penuh dugaan. Kalau ta, takdenya orang guna tamsilan "hidup ibarat roda, ada hari kita diatas, ada hari kita dibawah". Betul tak? 

Jom, Audit diri.

Hari ini apa yang telah berlaku dalam kehidupan anda? 
Gembira? Sedih? Sangat Memberansangkan? 

Jom, Mari bermuhasabah.

dicoretkan dari hati yang tenang,
Jorenpena





Monday, 23 September 2013

~wifi ohhh wifi~

~ sesiapapun akan marah dan bengang~

Kali ini memang aku rasa menyampah sangat sampai satu ketika aku tatau nak cakap macam mana lagi. Hati setannirajim memang suka aku dalam keadaan marah yang teramat ni. Bayangkan assignment sememangnya dah melambak-lambak. Lepas tu, memang kecewa le time nak guna tenet, tenet plak buat hal.

UKM, mari dengar isi hati aku ni. Binasa sungguh rasanya bila kita typing dalam keadaan marah. Apa sahaja yang terluncur di fikiran akan disertakan sekali dalam penulisan kali ini. Biar mereka tahu, aku sedang marah dan menyesal.

Minggu pertama problem dengan bilik, beserta wifi jaring. Mengapakah? Orang lain dah setel belaka. Apesal aku punya tak setel-setel. Aku dah bawak pergi kedai. Kata okay, bila aku bawak pegi Pusat Teknologi Maklumat (PTM), boleh pula cakap laptop dah lama, hardware rosak. Apakah semua ini?

Korang tahu tak bahawasanya sebagai seorang pelajar, tenet itu sememangnya sangat important. Bukan sebab facebook ke,  youtube ke. TAK. BUKAN. Ini sebab aku nak cari bahan. Nak cari pamplet perumahan, pelancongan segala bagai mak nenek yang Dr aku nakkan. Aku nak cari itu semualah wahai UKM oiiii. Bukan nak layan benda lain. Ada faham.

Dah hantar ke kedai pun, dia cakap takada masalah. Aku siap suruh format bagai lagi. Tapi sampai sekarang, takada hasil. Bila aku tanya, boleh bagi alasan. “Oh ye, Jaring dah setel dah”. Baguslah Pn kalau dah setel. Tapi apa masalah dekat aku Pn oiii. Aku tadapat connect langsung walau pagi, petang atau malam. Mengapakah engkorang sume asik berdolak-dalih. Cuba cakap yang mana satu. Aku boleh terima.
Okay, aku nak tanya. Kalau berlaku dekat korang, apa yang korang akan buat??
Hah, jawap..jawap.

Disebabkan aku menderita lagi terseksa disebabkan pengurusan UKM ni, aku telah membuat keputusan untuk tak menggunakan sistem WIFI Jaring ini. Makanya SILA JANGAN MINTA BAYARAN. BAYAR SEMULA DUIT YANG TELAH SAYA BAYAR UNTUK PERKHIDMATAN WIFI MAHUPUN PENGANGKUTAN.
Tapi, korang ingat dapat ke?
FIKIRKAN SENDIRI.
Percayalah, Aku TERSIKSA. Walaupun begitu, aku yakin Allah Maha Mengerti akan penderitaan yang aku alami. Semoga dengan itu, aku berserah segala kepadamu ya Allah agar kuatkan keimananku dalam mengharungi derita yang diberikan ini. Aku masih yakin bahawasanya insan teraniaya ini akan diberikan ganjaran kelak. Biar aku simpan segala yang berlaku kepada hidup aku di UKM tercinta ini sebagai satu pengalaman dan jadikan ia teladan kepada aku.
Supaya, suatu ketika nanti berlaku kepada sesiapapun, InsyaAllah. Aku sedia membantu. Aku PASTI sebab aku rasai seperti mana yang dia rasai.
Jom berzikir. Moga dengan berzikir, aku kan tenang.

SUBHANALLAH
WALHAMDULILLAH
WALLAHUAKBAR
33x

Dicoretkan oleh,

Aku yang dalam keadaan marah tapi tenang.

Saturday, 21 September 2013

~ Kuatlah duhai sang HATI~


~please SMILE~

Teruskan sehingga ke langkah yang terakhir

         Alahai kesayangan hamba sekalian, Sila jangan berputus harapan. TERUSKAN, TERUSKAN dan TERUSKAN sehingga ke langkah yang terakhir. Insya Allah, akan ada kebahagiaan diakhirnya. Ala, aku percaya mesti ada yang sedang frust tertonggeng-tebalikkan. Ada yang stress kelas, gado-gado dengan member kamceng, tasebulu dengan roommate. Ala, biasalah tu. Hal duniawi!!!! 

corakkan ia dengan perlbagai keindahan yang dihamparkan. Dampaknya kitakan TERSENYUM

"Hold it  very tight"


        Tetapi, bukan itu yang kepingin ku tintakan tetapi berkaitan dengan SANG HATI. Hati kita tersangatlah sensitivenya dengan perihal yang berlaku disekeliling kitakan? Tengok itu, sakit hati, tengok sana, macam taada hati. Senang cerita, semuanya berkaitan dengan HATI.



Jagalah hati anda
        Hatta, janganlah susah dengan hati korang ye. Ace bawak berjalan dengan HATI korang tu. Jangan ditinggalkan. Letakkan ia ditempat teratas, moga dengan itu, hati akan bersenang-lenang.



warnailah ia dengan kebahagiaan

Okaylah, itu sahaja sebenarnya. 
Tapi yang pasti.. 

"Jagailah hati korang daripada terus dicemari oleh mereka 
yang gembira melihat kedukaan. Berikan hati korang 
kepada insan yang tulus menyayangi anda. Pengakhirannya pasti kebahagiaan.
 Dahulukan hati korang dalam tetapan kearah kejayaan. 
Moga dengan itu, korang ceria hendaknya."

betul tak wahai Dr Tuah?




Coretan ikhlas,
Riyasepria


Friday, 20 September 2013

~Kami BUDDIES~



~Kami buddies taakan terpisah selamanya~

Siapa takada kawan? Janganlah macam tu, kawan ni penyeri hidup kita sebenarnya. Memanglah ada masa kawan boleh jadi lawan, tetapi itu tidak menjadikan bahawa kita tidak boleh mempunyai kawan. Sedangkan Nabi Muhammad pun banyak sahabat. Sahabat yang bersedia! BERSEDIA PELBAGAI ASPEK YE!.
Kekna pun ada kawan, sahabat,rakan,member kamceng etc lah. Yang pasti kawan-kawan Kekna semuanya baik-baik belaka. Sehingga sekarang kalau jumpa kat kampung masih bertegur sapa ye adik-adik.
Mai Kekna perkenalkan kawan merangkap BFF Kekna dekat kg. Mereka inilah yang sentiasa ada kala Kekna nak pegi kenduri kawen kawan ke. Raya time. Cuti-cuti Malaysia ke. Sume yang tersenarailah senang cerita.
Mereka ini Kekna kenal ada yang masa primary and secondary school. Kawan mengumpat banyaknye. Bukan study mana sangat masa dekat sek dulu. Deme-deme ni amat suka ada jawatan masa dekat sek dulu. Wakil sekolah debat, pidato-medato, Kawad kaki lah etc.

.Memang musim orang kawen time ni, baru balik dr rumah org kawen. 

DAYAH
Sudah bertunang. Waaaa, so sad. Masakan taknya. Kekna akan kehilangan sahabat suka duka Kekna. Dea banyak mempengaruhi dalam Kekna membuat keputusan. Suka bebeno dea. Dea pandai masak laksa. Sedap. Dabek. So, kalau raya mesti dea buat laksa. Kekna akan datang. Wajib. Kalau nak cerita perwatakan, panjang bebeno plak ang, tapi biarlah Kekna. Kekna kenal siapa dea. Dealah SAHABAT.

AINUR
Okay. Noted. Sahabat. Dulu-dulu ya amat suka datang rumah makan buah pelam cicah sambal kicap, ayor oren. Lani pokok pelam udah kena tebang. So, pokok rambutan, mempelam dan sebagainya dah taada sebab rumah Kekna makin membesar seperti penghuni dalam rumah tersebut. Arakiannya. Dulu kitorang ya amat gemor mengumpat, bergaduh. Kami BELUM BERPUNYA. So Sad!! Sob..sob…sob… Ainur seperti Kekna, sambung study, tp dea dekat UUM. Kalau balik kg, WAJIB jumpa dea sebab kitorg dekat, tasampai 5 minit kot rumah kitorang.


AINI
Kekna suka panggil dea Etong. Suka. Tapi dea xsuke. Argghhhh!!! Tapeduli..nak panggil jugak. Sekarang dea dekat Sarawak. Ngajo sane. Ape ke hei nye jauh bebeno? Sian ko Etong. Tak nape-nape. Nanti kita jumpe time ko nak kawen. Wink *___*.




YATI
Jarang benor jumpenya. Tapi ia tidak membataskan kekna untuk mengetahui perihal kehidupan sosial hariannya. Cehhh! Susah kot nak jumpe deme-deme yang dah kerja ni. Lagi payah bila yang kerja cutinya tak sama belaka. Lagi sedih. Tapi, Kekna still akan keep in touch dengan dea. Antaranya menggunakan medium chat FB la. Takena duit kot. Save.



Wahhh, sebenarnya semua kawan Kekna adalah buddies Kekna. Sebabnya mereka semua dipanggil RAKAN. Bagaimana pertemuan kami, semua itu atas kehendak ALLAH SWT. Tiba-tiba kita akan diperkenalkan dan terus akan terjalinnya satu perhubungan. Semoga perhubungan ini akan selamanya berkekalan. Sumpah. Terharu sesangat.

Mereka ya amat suka begambo. (*during Dayah's enggagement)


Pe'el Kekna kalau datang rumah org mesti nak tengok photolicious perkahwinan deorang

Photolicious yang lain semua tajadi. Kesian deorang. Tak nape-nape.

Ada diantaranya telah mendirikan masjid, bakal mendirikan masjid dan akan mendirikan masjid. Tantekkan kawan-kawan Kekna

Deorang berdua ni Bespren4eva.. Kerja pun sama. Kalau balik sure jumpe dekat pasar

Aku rindu ko la Mie
BFF Kekna di USM dulu. Rumet Emi. Asal Kelantan. Dari dea la Kekna tau bahasa Kelantan. Paham la kalau sesape nak ngumpat tu hati-hati ye. Kekna paham. Wakaka. Setiap hari mesti dengar bebelan dea. Itu ini. Ohhh!! Dengan dealah Kekna merendek pusing-pusing Penang. Rumet Emi banyak info pasal USM. Ala, dah dea amik Masscom. Memangla. Buat Buletin USM lagi. Tiap minggu bacalal surat khabar dea bawak balik. So, dea memang banyak cerita. Sampai sekarang Kekna keepintouch. Kalau nak info, mesej dea. Wahhh. Duniawi. Apapun, kami memang begini. Kami berdua aje udah gempak bilik tu. Bilik kami paling bersih sekali. Cehhhh!!1 menceceh.

buat rumetku Emi,
Apapun dugaan yang telah Allah sajikan kepadamu,
terimalah dengan terbuka.
Andai telah Allah tetapkan 
jalan hidupmu sedemikian rentetannya
bukakan ruang itu untuk menjengah
semoga rahmat Allah melimpahi dirimu Emi.

khas buat Emi dari Ina


So, kalau jumpa mesti ada yang aje. Selalunye yang mana Kekna rapat, mesti huahua la. Tapi kalau yang rakan biasa-biasa tu, Kekna berceloteh jugak. Hahaha.. memang tak ingat dunia kalau udah menyembang..walau apepun, kitorang jarang jumpa sebab mudah aje. Kalau balik kg, Kekna lebih suka duduk dalam rumah, keluar jalan dengan family. So, memang kalau balik masa lebih banyak dihabiskan dengan family. Yela, dah la jarang jumpe (tipu-tipu sebab Kekna mesti balik 2 minggu sekali) Hahaha.

Sebelum Kekna mengakhiri kalam ini, Kekna nak pesan..

" Berbuat baiklah sesama insan kerana kita sentiasa memerlukan insan dalam hidup kita untuk menceriakan kehidupan ini. Jangan ditangisi pemergian rakan yang tidak pernah menghargai kita tetapi tangisilah rakan yang sering menghargai kita."


Dicoretkan oleh,
Kekna Joren


~ Kelas OOO kelas~

~~~ Minggu kedua KELAS~~~

Alkisah tersebutlah sebuah cerita dimana watak utamanya adalah aku. Seringkali hadir ke kelas berbekalkan azam, niat dan kecekalan yang padu lagi utuh untuk menghadapi bebelan dan cecehan Dr. Sambil mata terkebil-kebil untuk memahami makna tersurat dan tersirat yang direncanakan oleh Dr-Dr ini.
         Minggu ini berlalu dengan smoothnya. Sesi berkenalan telah tamat ye adik-adik, kaka-kaka. Minggu ini banyaknya soal jawab diantara kami-kami sebagai pelajar SAR..JA..NA. Okay, FINE!! Aku faham bila Dr cakap begitu. Kelas bukan lagi hanya datang..take note, silent, talking bulls***, or else. Kelas  SAR..JA..NA.. menyeru anda untuk BERHUJAH, BERDEBAT,MEMBANGKANG DENGAN IDEA, whatsoever. Yehaa!!!
         
taperlu pergi kelas dengan bermekap bagai ye. Cukuplah jeans, T-Shirt dan kardigan peneman.
Sambil bawa ayo botoi, cekelat dengan biskut jacoblion.
Tapi berbeza hanyanya dengan aku, kalau boleh nak abih awal aje kelas tu. (Kalau bolehlah, tapi tak).Nyampah. Cisss kuasa 4. Otak aku ligat memikirkan perihal dan masalah dunia seperti minyak naik, mengapa U mesti mempunyai sistem kehadiran. Hello, dah masuk U kot, mengapa mesti amik-amik kehadiran ni & sebagainya. Ohh, aku suka memberatkan otak aku dengan masalah kerajaan. Yess!! Abg Najib, sila amik saya bekerja ye.
          Kegusaran betul kalau masuk kelas lama-lama. Kejap-kejap kelih jam sambil benak fikiran menyampaikan maksud “bila kelas nak tamat, apa Dr ni cakap, Wehh nak makan ape ye jap lg ni??”.. Ohh, itu sememangnya aku. Hatta (macam nama cikgu BI aku time primary school dulu,Sir Hatta) begitu, walaupun kefokusan aku bukan 100%, tetapi aku masih memberikan perhatian (perhati jele kot).


WACANA PEMIKIRAN SOSIAL
Soklan Kekna kepada adik-adik ye. Apa itu ILMU?
Yes!! Ilmu itu SAINS. Sains seharusnya boleh diuji,dibuktikan,didebatkan dan wajib mempunyai fakta.
POSITIVISME : sesuatu yang boleh fikir secara logic , bukti sebagai fakta. Contoh adik-adik cakap “I HAVE A DREAM”. Makanya sila buktikan DREAM tersebut. okay, tapahamkan. Tak nape-nape. Memang Dr suka kalau kita tapaham. Baru ada perdebatannya disitu.

                               IDEA       =        WACANA    
Apa itu MODEN dan apa itu MODENITI?
Jawapannya: Moden itu kemajuan yang dibentuk melalui pembangunan. Ia luas maknanya. Manusia yang MODEN terhasilnya MODENITI disebabkan oleh pembangunan. Oii, mati aku nak explain satu-satu makna
MODEN
MODENITI
PEMBANGUNAN
OKAY!! Sememangnya Dr nak buat aku pening kepala. Ngape dea tanak jawapan kita. Asyik suruh fikir GO BEYOND. GO BEYOND. Apa yang beyondnye Dr oii?.



FALSAFAH
Apa erti PEMBANGUNAN?
Lagi soklan yang sama. JAWAPAN YANG BERBEZA.
Tapayah tanya banyak, jelaskan 4 pemikiran klasik?
1)Adam Smith (Scotland)
2)Karl Marx (Jerman)
3) Emile Durkheim (France)
4)Max Weber (Jerman)
Kalau kome kenallah keempat-empat manusia ini dengan jayanya. Sila tapayah amik kelas falsafah. Dah boleh honeymoon dengan bahagia tanpa gangguan daripada mereka berempat. Kerana mereka, Malaysia juga menjadi mangsa kearah arus pembangunan.  Kerana Adam dan Karl Marx, Negara masih berperang.

          So, kelas yang lain, boleh main-main tepuk-tepuk. Yang 3 kelas ni yang aku runsing sampai nightmare.  Kononya!! Sila jangan buat muka poyo ye sambil berbunyi
“ Ala, Amik Social Science je. Bunyi macam amik bidang Bioinfomatik, Bidang kedoktoran.Lagak lebih”.


          Yes adik-adik. Lagak biar lebih. Memandailah kome cakap. Believe it or not. Oneday, someday,bila-bila day, apabila gejala sosial semakin mencengkam negara. Bukan lagi kemajuan pembangunan dan teknologi yang menjadi agenda utama negara. Tetapi pembangunan modal insan dan sosial yang akan diberikan penekanan yang lebih bagi memastikan negara kita tidak terjadi seperti negara barat seperti Eropah, New York,Los Angeles tu. Hari-hari berlaku pembunuhan, perogolan, gejala-gejala yang mengerikan. Nak biar Malaysia jadi macam tu, masa tu baru cari kita. Fikirkan dan selamat memahami.

        Okay, sila jangan stress!! Baru minggu kedua kelas. Ada empatbelas minggu kot. Ala, study ni Best tau tak. Masa inilah kita nak menguji minda kita. Bukan bila orang cakap, kita terima semuanya. Kalau rasa takada logikal. Sila, sampaikan. Korangkan dah study tinggi-tinggi. Masa inilah. 
kalau korang menghadapi TEKANAN, taperlu bagitau dekat FB korang tu. Cukup pada yang ESA.
InsyaAllah, DIA permudahkan.
Okaylah, sehingga ketemu lagi ya..

~ Jom Kawen-Kawen Bersama Kekna~


~Jom Kawen-kawen~

Sedang MENCARI &:)


Jari jemari runcing aku memperlahankan rentak ganasnya kepada 1 folder yang bertajuk sana-sini mereka mendirikan masjid. Oh!! Folder kawen member ropenya. Getus hati kecilku. Tanpa disedari muncullah idea untuk mengabadikan di "My Little Adore" ini. Maka, kini jejari kasar ini rakus menaip, menaip dan menaip. Hahaha..

          As I rememberlah kan, last aku pergi kenduri nikah dan gantung ni time rayalah. BFF aku yang dikenali dengan panggilan Dayah. Aku dengan gigihnya menemani dea dari start mekap sampai la habis majlis. Siap bungkus lagi nasi, lauk bagai. Kat rumah tak masak kot!! Sedap kot gulai lemak nenas ikan masin kot. Pe'el aku ni kalau pergi kenduri mesti harapan tinggi gunung ledang. Nak makan apa yang aku fikirkan. Kalau takada, alangkah disappointednya aku. 

         Jom, layan dulu photolicious. tersangatlah gorgeous nya aku  Dayah. Well, biasalah kan, nama hari bahagia. Muka berseri tu mesti lain dri yang lain punya la.

dengan sentuhan Ani Pesona. sangat ke bride-to-be

        Sedang asyik memerhatikan corak permainan jemari Cik Ani, aku sememangnya taakan melepaskan peluang untuk membelek, menelaah, mengkaji album gambar Cik Ani. Bermulalah bicara kalbu diantara aku, BFF Ainur dan Nas.

Aku : Weh Ainur, ace ko tengok ni, aku tak sangka dea udah kawen. Mak oii, dengan budak ni.                Ape ke nama dea. Mak aih, dulu ya amat joren kat sekolah. 

Ainur: Ate, orang lawa, padan le kawen awal. Joren tak joren le. Udah laku. 

Aku  : Mak aih, ko tengok dekat dewan buatnye. Ini memang raja sehari betul. Weh, udah pregnant akak ni, bila dea kawen? (ayat tanya suka-suka. Walhal, jeles nak mampos tengok deme-deme didalam photolicious tersebut. Dermm).


K.A.M.I memang suka pose-mengepose. Nas-Ainur-Dayah-Ina

       Selingan-selingan menyembang mesti ada umpatan dan kejian punya lah. Kawen yang ini muka tak naik seri la, tak sesuai la tema itu ini. Okay, tetiba jadi pakar perunding perkahwinan. Bluweekkk. Cik Ani tu senyum-senyum ja. Siap komen lagi tu. Aku suka ya amat tengok gambar kawen orang. Penyudahnya penyesalan tak sudah sebab pengakhirannya kecewa sebab tengok orang yang kita syok masa sekolah dulu sudah SELAMAT. waachhhaaa!!!!

JODOH kami telah ditentukan oleh Allah. SABAR ye pada rakan yang menanya.

    Apapun, aku ucapkan tahniah kepada kaka-kaka, adik-adik yang telah melakukan 
perubahan pada diri anda. Semoga anda berjuang mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Mendirikan rumahtangga atas dasar suka sama suka dan cinta sama cinta
 adalah sesuatu yang indah untuk diperkatakan kepada anak cucu
 kemudian hari nanti. Oleh itu, jagailah hubungan yang terjalin atas rahmat Allah ini dengan seadanya. InsyaAllah. Segalanya bakal dipermudahkan.


Satu lagi pe'el aku bila pergi rumah kenduri kawen ni mesti aku nak tengok hantaran dan pelamin. Tah ape pelaknya tah le. Tapi da jadi macam habit murni pulak tu. Yang ni aku tak nafikan, hantaran dan pelamin tersangatlah menawan dan menarik. Walaupun letak bantai-bantai ja. I Like. Hantaran sekarang macam-macam ada. Dari yang simple tersampailah yang berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Wakaka.

HANTARAN YANG BEST PADA PANDANGAN HALUS AKU

1) HANTARAN AL-QURAN. Yes!! Aku suka Al-Quran yang berseri-seri diatas semperit nan indah itu ye wahai bakal suamiku. Lagi indah sekiranya ia dibaca dan bukan sahaja sebagai hantaran semata-mata.

2) COKLAT-COKLAT, JELI-JELI. Hal ini kerana bebudak kan suka makan cekelat-cekelat ni. Buat happy deorang apa salahnya. Lagipun, beri makanan ni sifat terpuji lagi dipuji ye kaka-kaka. Bukan itu aja boleh diberikan, KEK, BAHULU IKAN, KUIH-KUIH RAYA & etc. Senang cerita semua jenis produk makanan yang halal. Kalau nak lagi urmmppp buah-buahan tempatan. Ada langsat, rambai,dokong, DURIAN, rambutan. Kan SYOOOKK tu.

3) CINCIN. Hah, barulah yang dikatakan tunangan orang apabila jari manis disarungkan cincin permata. Barulah terasa yang kini akan berlaku perubahan besar dalam hidup. Perlu memikirkan tanggungjawa yang bakal terlaksana dan melaksana. Syahdu la pulop. Dush *__*.


HANTARAN YANG BERTAJUK " DAH EKAU KENAPA?" PADA PANDANGAN AKU

1) ALAT MEKAP-DEKAP. Okay, aku faham hantaran mesti nak alat mekap-mekapkan. Asal la korang tak minta time dating dulu-dulu. Ace fikir, masa nak tunang baru Bf nak bagi. Ishhh, rugi. Ace minta sebelum tunang. Confirm best!! Hahaha. Bagi aku, hantaran sebegini seharusnya dielakkan agar tidak mengundang umpat keji masyarakat kampung khususnya. Jangan risau ye adik-adik, mak cik -mak cik tak tahu produk jenama shieshedo, MAC, etc suma tu. Yang deorang tahu bedak sejuk, bedak talkum. Aje yang ye sungguh makcik-makcik ni. 

2) KAIN PASANG + BAJU KEMEJA + TALI PINGGANG ETC. Ayooo, Apesal time ni semua benda ini mesti ada. Macam siap pakej bagai ni. Ace cuba insafi diri dengan bersederhana. Sememangnya hantaran semua ini bagus ye rakan-rakan. Tapi taperlu kot untuk anda menayangkan di hadapan jemputan yang hadir. Cukuplah sekadar memberi. Bukannya apa, takut ia mendatangkan riak dan takbur dalam diri. 

Fine!!! ada yang protes. Not at all. Tak nape-nape, sila berfikir menggunakan hati seketika. 
Andai hantaran itu membebankan, maka sila bertakafur. Semoga dengan itu, ia membantu.
Bukannya apa, sifat takkabbur itu sentiasa akan hadir tatkala anda
disajikan dengan yang indah-indah belaka.

Jom!! Lari laju-laju pehtu hentuk kepala kat dinding. Aku cakap taserupa bikin. Sebab aku TERAMAT suka mentengokkan hantaran orang. So, Jom skodeng hantaran dan pelamin member-member aku dulu. Deorang punya hantaran tersangatlah ohsemm sampai hilang kemachoan ohsem. (apa aku mepek ni?) 
Aku berangan gila time tengok hantaran senaskah dua buku ilmu agama ni
Rakus aku kalau tengok buah-buahan ni. Yang ni baru sikit. 
Omeii sesangat bentuk-bentuk LOVE ni. Sangat tema  "bertunang".

Syioook kot makanan. HEAVEN. Syurga Dunia.
kuih-raya dijadikan hantaran. Besttt.
Hah, beli bekas bulat, kain net. Then campak-campak aje cekelat dairymilk tu. Memang meletop!! Tantek

Moh-moh, jangan stop takat ni. Mai la kita tengok pelamin anganku menjadi realiti tajuknya. Kompem meleleh air mata aku tengoknya. So, pada sesapa yang merancang nak memperkahwinkan diri, jom semak design-design trend pelamin sekarang. Mana tahu kot dapat ilham.
Ala-ala Puteri kayangan. Duduk bersimpuh sambil buat peace no war. Pink.
Ala-ala puteri. Try la duduk atas buai. Gitu dea!! Merah.
Ayooo!!! Terlampau banyak sangat gambar pelamin dan hantaran. Tetiba stress nak upload. Mana taknya, omeii sesangat. Ang aku gak yang jeles. Acane? So, aku decide, tunjuk 2 je dah la. Mesti korang punya kawan punya pelamin lagi bestiesskan. Tapi, walau apapun yang disajikan didepan mata kita, kita tersangatlah bersyukur. Sebab MAKAN woooo..

Apapun, aku tak lari dengan soklan-soklan STPM yang agak sukar untuk aku terjemahkan melalui penulisan karat aku ni. Antaranya :

1) Weh, ko bila lagi?
2) Sekarang kerja katne?
3) Dah pakai kete ape ko lani Ina?
4) Takkan tak jumpe calon time USM dulu?

        Weh, buddies oiii. Korang ingat cari BF macam cari ikan keli kat pasar ke? Nak ikan keli fresh cari kat sungai. Senang ke susah nak dapat. Susahkan. Susah. Ace kome jangan tanya soklan yang aku takda jawapan. Tersipu-sipu i'ols kalau korang tanya begitu. Penyudahnya, aku tanya balik. Hah, eloklah tu. Terpisat-pisat. Sorang macam Usop sontorian, dah sorang lagi macam Mat Jenin. Sesuai. Kome jangan risau, Setiap orang Allah da siapkan pakej calon terbaik. TUNGGU aja bila, dimana, bagaimana.

sebelum akhiri kalam ini, izinkan aku menterjemahkan makna Cinta dari aku, oleh aku:


DIA
YANG MEMBERI RACUN BUATKAN,
YANG MERAIH KEMBALI KELEMAHANKU,
YANG MEMBERI PENAWAR TATKALA KU KERACUNAN,
MENGHULURKAN PEGANGAN TATKALA KU INGINKAN PAUTAN,
MENGALIRKAN AIRMATA TATKALA KU KERINDUAN,
MENGGAPAI TATKALA KU KESEPIAN,
DAN DEA,
DENGAN SETAP RENUNGAN YANG MEMBERIKU
KEBAHAGIAAN SEPANJANG HELAAN NAFAS YANG KU HEMBUSKAN.

Ditinta khas daripada,
Riyasepria
"Ombak Asmara Pertama"

Thursday, 19 September 2013

~HatiMarahSyaitannirojimSuka~



Astagfirullah Al-Azim..

“…..ketahuilah, dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
Surah ar-ra’d,ayat 28

Yang sebenarnya hati aku dalam keadaan marah yang teramat dengan UKM GEMILANG ni. Wahai hati, SILA BERSABAR. Sila MENGUCAP PANJANG. Semoga bertempiaran Syaitan-Nirojim ni. Deme-deme memang suka menyesatkan ummat Muhammad ni. Udah keroje deme. Tetapi!! Hati mana yang sabau kalau asik terjadi sahaja setiap kali memulakan pengajian. Hah!! Tengok Mukadimah aje udah manjang bebenor. Acane?

          Al-kisah bermula bila wifi Jaring yang taberapa nak Jaring tu ada. Kata undermaintenance sampai 16/09/2013. Hari ini dah 19/09/2013. Aku rasa bukan aku saje yang ade masalah wifi ni. BELAMBAK budak ada masalah. Tipon, buat aduan, tipon, buat aduan. Itu aje yang kitorg mampu wahai UKM GEMILANG.
         
Ace kome fikirkan sejenak:
1) Mengapa Universiti terawal di Malaysia, UKM masih lagi mempunyai masalah-masalah kecil sedemikian rupa?. Contohnya: Masalah ketiadaan kelas, sistem pendaftaran kursus tabole access, etc.
2)    Mengapa sistem pengurusan sangat ………… “no word can describe”?

Ini pesanan HM Tuah kepada pekerja UKM ye:
“kalau kerja dengan suka, kerja jadi mudah dan indah, tapi kalau kerja ikut suka memang nampaknya mudah dan indah, tapi hujungnya susah.”

Kalau diikutkan rasa hati, memang berbuku-buku luahan perasaan akan aku lampiaskan biar dunia tahu aku kecewa dengan UKM. Walau bagaimanapun, UKM tempat aku menuntut ilmu. Makanya, SILA JAGA ADAB dan HORMATI UKM. Percayalah, hanya satu yang menggembirakan untuk aku apabila berada diUKM, LECTURERNYA. Tersangatlah AKADEMIKA>>. Aku SAYANG PENSYARAH ku.  Aik, tadi punyalah membara yang teramat hati aku, lani dah okay. Syukran ya Allah.