Friday, 27 December 2013

::: Percutian yang Ohseem :::



:::: Bila Kg Menyeru Nama Zurina ::::

Percutian terbaik adalah dikampung halaman. Tiada kesesakan. Tak dikejutkan dengan bunyi hon yang membingitkan tekak telinga, malah bangun dikala pagi nyaman (okay!! ngombok je tu).  Yang Masyuk adalah tatkala kome duduk dekat garaj tu sambil mentekedarah rambutan. Ohsemm. Aku tersangat gembira bila percutian kali ini tiap-tiap hari keluar. Yehaa!!

Sabtu : Kuala Kangsar. Laksa Kuale le kite ye!!

Ahad : Lumut. Jom cuci mata!! misi mencari ikan bilis, belacan etc

Isnin : Teluk Intan sambil melihat panorama diakhir kemuncak 2013. Fuyooo!! Teluk Intan dah macam Jalan Tar....bhahahaha..Tipu.

Selasa : Manjung. Misi mencari tudung pengawas Kaklong.

Rabu / Khamis / Jumaat

Okay. Fine. Duduk rumah jom. Makan? Makan? Jangan cakap. Apa menu yang belum dimasak lagi. Yehaa!! Berat aku tapayah tunggu seminggu. 2 hari aje aku dah rasa naik 3 Kilo. But, it's Okay Dear MLA.

My HOMETOWN, is THE BESTIES..More than BEST. and FOREVER AFTER.

Bajet!!! 

Selasa. Masih terngiang-ngiang lagi bunyi mesin padi sedang memotong padi di bendangku. Bhahaha. Silap. Di sawah milik aku. Okay. Fine. Aku bangga okay. Gambar menceritakan segala-galanya. Kepada MLA, FYI.. bendang ini dipawahkan. sesapa yang tak tahu. PAWAH bermaksud dibahagikan berdua hasilnya iaitu antara tuan tanah (borjouis) dan juga tukang buat bendang (proletariat). Namun begitu, aku bukanlah borjouis yang menindas pekerja ye. hasil dibahagikan sama rata. Itu yang terbaik. 

Jadi seperti Padi, makin berisi makin menunduk

Namun begitu, aku tak berapa suka gunakan peribahasa tersebut. Sebab kalau makin menunduk, payah kot mesin padi nak potong. Makanya, padi yang duk sembah bumi tak kena le. Tak ke rugi jadinya. Begitu jugak peribahasa. Aku tak berapa bersetuju sepenuhnya. Na'as!! Ada aje yang aku nak bangkang kan?.



Masih sempat berposing sedangkan mesin padi semakin menghampiri. 

Beginilah kami. Walaupun dilahirkan sebagai anak dan cucu pesawah. hakikatnya aku tak pernah ke bendang. Aku tak pernah menuai. Aku tak pernah. Tak pernah. Sebabnya arwah abah tak pernah bawak time beliau sihat. Kehidupan aku masa kecik adalah belajar, belajar dan belajar. Namun aku bersyukur, abah tinggalkan kenangan untuk aku mengingati beliau.


FYI MLA, mesin padi hanya boleh naik 2 orang aje. Drebe dengan kelindan.

Aku. Kaklong. Intan. Memang batak. Mudah jawapannya. Kami memang jarang ke bendang. Bila dah habis posing, apa lagi. Jom ke kelapa sawit. Mana tahu ada hasil. Boleh jual. Yehaa!!!. Aku bersyukur kerana Allah murahkan rezeki kami sekeluarga. Permudahkan urusan kami adik-beradik dan sebagainya. 

Aku pun nak berbudi dekat tanah. Insha Allah. Keluar hasil kot. Dah aku kenapa? Tetiba kan.

Apa yang pasti, Kg memang mendamaikan. Kalau nak makan pucuk ubi, petik aja dari pokok. Kalau nak makan ikan sepat ronggeng, pergi la cari dekat pakcik jual ikan tepi jalan, boleh buat tempoyak. Ohhh!! HEAVEN sesangat. Tapi, bila balik UKM, Oh NO.. Sesak jiwa dan raga aku. Memang aku jiwa kampung betul.

Bila ada dekat kg, macam-macam stori-menyetori aku dapat. Informer?. Opkoz my sista!! 

Tetiba aku teringat assignment yang kena betulkan semula. Tambah assignment yang baru dapat. Adoiii.

Apapun, aku kena balik ke UKM.

tersangat syok di kg,
Zurina Saidi

Thursday, 19 December 2013

::: Perjalanan 3 : Mencari ILMU di Melaka Tapak Warisan Dunia ::::


::: Hari terakhir di Melaka :::

Sebelum balik wajib lah kita pergi menjongket sebentar ye!! Lagipun, aku belum beli apa-apa lagi. Walaupun semalam takat beli belacan. Hah! Belacan? Jadi le. Aku tak tahu nak beli apa. Kalau kincing-kincing tu nak buat apa. Baju? Macam dah tak perlu aja. Tapi, most important, nak masuk muzium bagai lah.

Muka semangat kot. Lihatlah keluasan Villa Philipines nie. 
3 hari 2 malam, tempat teduhan la katakan. Apapun, seperti yang aku dah terangkan sebelum ni, eloklah sekiranya kalau korang ni hanyalah backpacker seperti aku. Eloklah sekiranya pergi ketempat yang lagi murah ye. Boleh muat 30 orang kot. Tapi kami 10 orang aja dalam villa ni. Memang merompat-rompat lah. Melalak dan mengumpat!! Aishhhh. Mesti macam tu. Ada je.

Kampung Morten ataupun 'Muzium Hidup'

La, bukan aku dah terangkan ke Kg Morten ni apa bendanya. Ala, takkan nak terang lagi kot!! Kg Ini merupakan perkampungan ditengah Bandar Melaka. Pasaipa dikatakan Muzium Hidup? Hah, itulah. Bila suruh belajar Sejarah toksih. Parak lah. Bhahaha. Apapun, Kg ni memang banyak homestay. Kalau korang naik river cruise korang lalu tau perkampungan ni. Rumah deme memang DABEK!!

Hah, percaya tak??

Ace kome zoom bebetul. Tiap-tiap rumah di Kg Morten ini dihiasi dengan cantik sekali. Percaya tak kalau aku cakap rumah deme mesti ada tangga yang berhias. Alasan? Ala, lupa pulak. Tapi ada sebab tahu tak mengapa rumah deme kena ada tangga. Macam WELCOME la kalau tak silap aku. Wehh oi, walau rumah papan, tetap ada aircond kot. Ciss!! Kalah rumah mak kat kg.

Makanya, Jom masuk Muzium. Aku kan tegar sejarah. Ciss!! Bajet Cikgu pulak. Dulu aku ada cikgu yang sangat baik. Cikgu Megat dengan Cikgu Hamid. Sebab deme berdua  le aku dapat Sejarah A+ kot STPM. Mampu kau!! Dah la paper killer masa tuh. Aku jawab selamba. Nampak belagaknya disitu. Bhahaha.

Muzium Kastam
Okay. Fine!! Masuk Percuma. Wah, sangat backpacker tau tak. Sebelum masuk wajib tak kita nak briefing bagai? Tak perlu. Redah aja. Janji korang tak sesat.  Serba sedikit la info kepada yang tak berapa bekenan nak pergi tempat-tempat begini.

Bangunan Kastam ini dibina oleh pentadbir British pada awal 1800an lagi. Asalnya nak buat gudang untuk simpan barang macam beras, tepung, gula, garam, rempah ratus macam-macam lagi la. Senang cerita barang eksport dari China, India, Indonesia, Thailand.

Barang dagangan akan diangkut oleh tongkang-tongkang dari kapal yang berlabuh di muara Sungai Melaka then barang-barang tu disimpan la dekat sini. Kadar cukai masa tu ditetapkan oleh kastam. Peranan Bangunan ini kekal sampai 2001 tapi lepas tu dipindahkan ke pelabuhan Kuala Linggi dan Sungai Rambat.

Dalam muzium, korang boleh kenal 
Buku rekod pegawai dan kad kuasa kastam
Beskal pegawai kanan kastam (sangat old pesen sangat)
Pelbagai jenis mesin-mesin. Tak tahu aku nak explain camna.


Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka

Kincir ini sangat lama dan masih kukuh. Ace try test panjat!! Kikiki. Belakang tu  merupakan sungai yang dilalui oleh river cruise untuk korang sampai ke Kg Morten. Sepanjang korang naik river cruise tuh, korang akan nampak building laam dan baru yang dihiasi dengan bangunan warisan (maksudnya lama-lama la) dan sebagainya.

Apakah ini?

Hah, korang omputih ke?? Takkan. So, omputih aja yang suka tinggal dekat hotel ini. Betul-betul menghadap Sg Melaka. So, tempat ni amat strategk dan mahal. Kalau nak honeymoon tak payah la nak ngadap-ngadap sg sangat. Motip??. 


Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dimana semua???

Bangunan ini memang khusus dibina untuk tujuan kegunaan pejabat. Ada yang cakap kediaman rumah rasmi kerajaan dan sebagainya. 1990 barulah dijadikan Pejabat Agama Islam Melaka Lama dan telah direstorasi dan dijadikan muzium.

Sisa tinggalan perang. Hah, ini kubu pertahanan A'Famosa ye adik-adik. 

Apakah ini? Muzium UMNO ye. Bhahaha. Terpaksa untuk tidak masuk sebab kena bayar. Ada ke patut. 
Tetiba nak emo, asal kena bayar. Asal? Sebab tulah ramai anak muda taknak masuk. Macam mana lah korang nak remaja macam aku ni memahami erti dan nilai pembangunan dan kemerdekaan kalau benda simple macam ini korang boleh buat perniagaan. Biar budak masuk tengok kepimpinan tokoh-tokoh kita seperti Tunku Abdul Rahman Al-Haj, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn senang cerita pengasas kearah kemerdekaan lah. Barulah datang erti cinta akan tanah air. tak gitu? Hah, tetiba aku bersyarah kencang. Asal?.

Beca dan Melaka. Sinonim kah?

Yang aku pelik, kereta lembu takdak. Dah yang angkut tu, pakcik tua tahu tak? Pastu kalau time cuti sekolah, memang pulangannya masyuk. Bayangkan. Deme bawak dalam 15 minit, cakap sikit-sikit, tangkap gambar, pehtu korang bayar RM25. Okay!! Fine. 

Aku nak bagi cadangan dekat MBMB, kalau boleh la, ace bagi deme uniform. hah, gempak kot kalau pelancong domestik atau antarabangsa tengok pun, Wahhhhh!!1 Hah, kan. Ni pakaian pun tak melambangkan Melaka. 

Abang oii, kalau nak cerita pasal Melaka dekat penumpang, Sila cerita betul ye. jangan propa. 
So, cadangan aku:
1) buat uniform / kasut. Baru gempak.
2) Beri kelas bimbingan kepada pembeca agar nak cerita tak kantoi. Tahu asal usul. Bukan propa.

Lain-lain. terbaik. Yehaa!! 

Muzium Seni Bina

Mesti MLA boringkan. Ala, aku nak peringat kat diri aku jugak. Landskap dan aku memang sangat kamceng lah. So, seni bina pun antara elemen dalam landskap ye. Seni bina Melaka memang menghuraikan ketamadunan Melaka itu sendiri. Dengan seni bina, kita dapat agak dah tahap kemajuan fizikal dan teknologi tamadun Melaka ketika itu. Kalau MLA nak tahu, seni bina Melaka banyak dikuasai oleh pemikiran penjajah. Impak paling ketara adalah seperti tinggalan-tinggalan binaan seperti kota pertahanan, hodpital, pejabat pentadbiran kerajaan, tempat ibadat, sekolah, rumah kediaman dan banyak lagi.

Banyak lagi tempat yang aku pergi. tapi aku ingat-ingat lupa. Agak ingke disitu ye. Tapi, apapun aku tabik pada MBMB sebab berusaha untuk mengekalkan Melaka sebagai tapak Warisan Dunia. Maybe ada yang aku tak puas hati, but overall review aku selama 3 hari 2 malam buat aku percaya. Walaupun terdapat pembangunan disekitar kawasan bersejarah, ia mungkin terpalit sedikit namun pengekalan masih ada.

Oleh itu, kalau nak bawak anak jalan-jalan. Aku syorkanlah. Mai datang. Bukan apa, dalam masa kita melancong, melihat keindahan ciptaan Allah SWT, kita boleh mendidik anak-anak kita. Biar kenal sikit jati diri. Ini tak, bawak anak pergi shopping complex, I-City, yang hak bukan-bukan. Ace bawak pergi tempat ilmiah sikit. So, jom Melaka.

Cenderahati. Ala, untuk anak-anak buah tercinta. (7 orang kuk-kuk), Makchik belikan korang baju lambang Melaka. Haha. Jadi le. Daripada takdak langsung. Lagipun, korangkan dah pernah pergi. Siap belikan KakLong, penanda buku untuk buku cerita Ana Muslim beliau. 

Tamat sudah catatan MLA. Melaka Bandaraya Bersejarah

Coretan Ikhlas,
Zurina Saidi


:: Bola Sepak Ye Arini? :::

:::: Hakikatnya aku tak tahu pun :::


Yang Sebenarnya, aku tak tahu pun.. Malaysia Vs Indonesia ye??
Hmmm, tapi apesal aku beria pasal bola? Aku tak SUKA... tahu tak.
Humm, apapun aku boleh pulak...






YES!! PAKAI BAJU NIE..

Rupa macam die hard sangat dengan bola

Yang sebenarnya, aku malas nak iron baju arini. Aku pakai tarik aje yang berlipat. Tengok macam tak payah iron, Okay layan!!. Patut lah masa aku beli makanan pukul 12.45pm tadi, mat indon yang tengah buat tangga tu usha' lebih. Mesti dia kata 

'Eleh budak ni, Koya lebih. Lawan petang ang. Semangat.!!!'. Puihhhh. Aku tak tahulah.

Dah aku masuk kelas pukul 2 tadi, si Hilmi pulak. 

' Amboi Kakna, agak la.. Semangat betul.'. OhMaiGod!! Aku tak tahu pun. Okay. Fine!! Pehni aku nak anto balik kg, malas pakai dah. Macam OVER aje kan.

Pukul 6.15 pm habis kelas last wacana, aku pergi cafe nak beli ketio goreng basah pedas, rupa-rupa bola ngah lawan. Yang masyuknya!! Aku sorang aje yang havoc pakai baju ni. Laki-laki kat cafe relaks aje. Siap masih beruniform lagi. Yang hak ade dreber bas, Pak Polisi, Pak Guard, dan student UKM KKM Deme pandang-pandang aje. Puiihhhh!!! Aku malu beb.. Adoiii. Deme tak OVER pun. Aku terkesima. Terasa poyonya disitu.

Argghhhh, Mangkak!!.

Aku malu wehhhh, tapi aku buat cool gila. Buat macam aku  sengal-sengal ubi rebus.

Pengajaran : Sila iron baju bila nak pergi kelas. Jangan duk over sangat malas tuh ye!! Memanglah last kelas, tapi jangan duk pi'a sangat ye. Adoiii.

Bajet cool,
Zurina Saidi

::: Posibility Duduk Di Marikh ada :::

:: Wau, Wiii, Marikh?? Marikh?? ::::

Aku nak bawak deme-deme menetap di Marikh daa..

Bhahaha, nampak sangat Isu Semasa semakin jauh dari aku. FB macam ada aje, macam takda aje. Mana taknya, FB ni memang medium maklumat tanpa sempadan betul. Alkisahnya, Tol naik harga. Kikiki. Na'as!!
Aku ni memang buka isu semasa betul. Orang dah kecoh, aku baru tahu. Ntah-ntah rege ETS pun naik lepas ni, pehtu tak dapat la aku balik kg sokmo. Eh, kome tak tahu ke. Aku diantara berbilion trilion masyarakat yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Aku kan takada kete, apatah lagi beskal. Makanya, pengangkutan awam sangat penting buat aku.

Namun begitu, nampaknya punah harapan aku nak balik 2 minggu sekali apatah lagi dengan assignment yang banyak bertingket-tingket macam KLCC nun. Sebagai seorang pelajar, social thought aku mengatakan tersangatlah akademika, namun begitu sebagai seorang pengguna, "mangkak" betul. Makanya posibility dan ukuran aku nak duduk Marikh ada le kotnye!! Kikiki.

Macam mana dengan aku?
Aku tak bekerja. Memikirkan duit sara diri dengan pinjaman dan kerja yang tak seberapa. (Ada kata kalau pointer bagus, MARA jadikan sebagai biasiswa, ada yang kata tak). Apa sangatlah 'part-timer' ni. Berapa sangatlah boleh dapat!. Mana lagi nak bayar sewa hostel yang mahal. Yedak!! Bila nama pelajar master, sume jadi MAHAL. Bayangkan, belum lagi ada Hidden payment yang sentiasa ada. Dah aku bayar gunakan wifi jaring UKM, mangkak, aku tak pernah dapat. Aku guna berokben MAXIS yang mangkak jugak. Belum apa-apa meter MAXIS yang sampai die hard sesangat!. Tapi, paksa jugak on.

Pic curik dari FB sape tah!!

Bayangkan!!
Dengan gaji sebanyak RM1500, apa yang mampu aku buat?

Cis, aku tak kot ada RM1500. Semuanya hasil ehsan pinjaman dan part-timer job. Piket sungguh. Aku tak mampu buat macam tuh!! 

Kini, apa yang aku buat! Aku banyak berjimat.

1) Makanan

Aku bersyukur sebab walaupun aku kuat makan, tekak aku bukan nak makan yang mahal-mahal. Kalau ada ketiau Ladna + cili potong pun jadi le. Baru RM4.50. Tapi Insha Allah, pak cik cafe akan naikkan harga ke RM5.50 pulak lepas ni. Wait and See!!. Aku pun dah bajet dah, dalam sehari maksima perbelanjaan makanan hanyalah sebanyak RM5.00. Mampu ko?? Mula-mula memang dak, tapi makin lama makin okay!! Aku la, orang lain aku tak tahu la macam mana. Buat macam ni, memang makin kurus la aku. 

2) Beli baju online, alat mekap-dekap etc

Makanya sekarang ni memang jauh panggang dari api lah, so ashanim dresslab, sorry. I bukan lagi customer tetap U lagi yep!! Bhahaha. Aku take note sesangat sekarang ni. So, pakai suai padan dengan mana yang ada. Aku terselamat daripada menjadi hamba fesyen. Theme aku sekarang, "Jom berfesyen gaya orang tak mandang duit". Aku cedok-cedok mana baju ada, ikut lah selendang hijau, top merah, beg guni..Wakaka. Disebabkan aku tak fanatik alat mekap, makanya tak mengejutkan aku. Jadi le pencuci muka safi. Ada le jugakkan. Dari tak mandang. Aksesori pun dah tak payah. Nampak dah kemalasan aku dekat situ ye!! Pergi kelas, mampu ko, pakai seluar track aje. Udah!! agak boleh pergi swimming pool depan KKM ini. Tapenah. Ayat kuat.
Kan aku cakap aku pengguna tegar pengangkutan awam, pakai la mekna macam mana pun. Janji pakai.


3) Yuran belajar + Hostel + hidden payment

Aku take note sesangat benda ini sebab ada lagi 'yuran tertunggak' yang aku tak bayar. Aku dah simpan siap-siap. Untuk keperluan masa akan datang. Ganaih. So, aku perlu memastikan RM2500 mesti ada dalam simpanan untuk membayar segala maknek yuran yang ada. Belum lagi alkisah saman-saman yang ada. Aku rasa aku ganaih jugak. Dah 2 tahun tak bayar saman, termasuk saman yang ada. Aku dari awal sem tak dapat Wifi, boleh tak kalau aku tak bayar. Ohh tak boleh ye. TAK BOLEH. 

4) MOST IMPORTANT.. aku kena simpan duit untuk beli oksigen. Bhahaha

Mana tahu kot-kot satu masa nanti oksigen pun kena beli..Tapi aku dah ada perancangan siap-siap. Agak-agak aku nak bawak pokok kelapa sawit mak, bendang dan pokok-pokok yang ada dekat dengan aku. pastu rumah mak kita tutup dengan bekas kedap udara. So, oksigen tak keluar. Pehtu, sapa nak oksigen.. Boleh masuk tapi satu sedut RM100. Acane?? Untung beb!!! Okay, otak aku dah tingtong!! 

Sampai disini saja kecekkan aku yang penuh dengan masalah dunia. 

Jangan sampai aku merapu sudah ye MLA. Assignment yang bertingket-tingket makin surut. Tak sabo nak balik kg, makan-makan-makan dan makan. Yehaaa!!!


kecekkan dari 
pengguna tegar pengangkutan awam


Sunday, 15 December 2013

:: Makan sebanyak Yang Mungkin ::

:: Yehaa, kalau le semua makanan ada sekarang ni atas meja, confirm aku bedal :::


See, See!! Aku ni ya amat udah termengidam nak makan ikan keli gulai tempoyak yang teramat. Sampaikan naik status minggu cuti depan, aku nak masak  bedal makan macam-macam. Boleh ke? Boleh ke?

Menu cuti seminggu di Teratak bunde Pn Saaniah
1) Ikan keli gulai tempoyak terlior Rosida Ahmadsaidi
2)Sambal tempoyak rogerlion UKM ke Jempol, UKM ke Jempol Jamatulakmar Binti Ahmad Saidi
3) Laksa semawar Norhayati Ahmad Saidi
4) Sayur rebus-rebus Omakeda xpandai masak MaYa LaRa
5) Tomyam campak-campak takjadi Bibi Ana
6) dan LAIN-LAIN lagi menandakan Menunya amat banyak.

Yeha!! Menu mesti beriakan. Yedak! penat kome dari sehari kesehari aku menghitung hari nak balik. terasa lama sangat nak balik. itulah bayaran kalau nak belajar. Ada benda yang akan terkorban. Apapun, ia tak mematahkan semangat aku untuk meneruskan perjuangan mencari ILMU itu ye MLA.

Jom, kira-kira untuk sampai ke Jumaat 20/12/2013.

Ahad 15/12
Isnin 16/12 (Submit assignment, Discussion Dr Azmi a.k.a lionlicious)
Selasa 17/12 (Presentation Dr Azmi)
Rabu 18/12 (Assignment Dr Bib, Dr June, Dr Hamzah,Dr segala maknek Dr lah!)
Khamis 19/12 (Tidur sambil mimpi gulai tempoyak)

Jumaat..Yehaa... Malam tu terus masak gulai tempoyak.

See, aku memang orang Kg yang belagak!! Bhahaha.

tingtongkah Aku?

Saturday, 14 December 2013

::: Apabila ILMU Berbicara :::

::: Sungguhkah tajuk aku ini :::

Ini ILMU dan ini adalah KEJAYAAN

Sejak dua menjak ni, aku rajin betul la, status FB aku suka quotes kan kata-kata lecturer aku, dalam MLA pun, aku asyik nak bersyarah bagai. Adakah kerana jiwa 'bercakap' aku ni tak renti-renti? Apapun, aku suka diberi penghargaan untuk menyampaikan sebuah dua buah fikiran yang aku rasa sangat related dengan MLA ye. Iaitu BELAJAR, PELAJAR dan MENGAJAR. Ace fikirkan, sama tak maknanya?

Aku tak tahulah, ape pe'el aku, suka quote kan apa orang cakap. Contohnya seperti entrilicious sebelum ini. 

Kita perlu ada BOOSTER dalam diri.
Ia bertujuan untuk menggerakkan kita pabila kita terkalih dalam landasan.
Contohlah kan, kome asyik nak tido aje,
So, gergasi dalam badan kita ni, akan paksa kita untuk jangan tidur, pegi buat assignment.

BOOSTER ini diperkenalkan oleh papa HM Tuah.

Aku sangat SUKA sehinggakan aku telah mereka sendiri booster (iaitu GERGASI) dalam badan aku dengan design yang cantik. kalah Hatta Dolmat punya design baju. Makanya, bila aku terkalih, terbeban, tersadai dan ter seupamanyalah, gergasi aku akan menggerakkan aku. Kan SIMPLE AS a WORD sangat.

Ilmu ini bukan hanya ada di Universiti aja. Dimana-mana pun kita boleh gali,tarah ilmu.
Jangan risau, makin kita tarah, makin banyak hasil yang diperolehi.
Bukan macam hutan, makin tarah, makin gondol. 
So, PBT sila TAKE NOTE. Kesian bakal-bakal generasi akan datang.
Cuba kome fikirkan  " tetiba, kita kena beli OKSIGEN".
Puihhhh, BULLSHIT sangat.
Okay, aku tersasar daripada highway nampaknya. Sila berbalik semula kepada dapatan kita tadi ye MLA.


Makanya disini MLA,
Sesungguhnya ILMU itu mahal pada mereka yang memahami,
pada mereka yang mencari,
Usaha itu jangan seminima yang mungkin, tetapi semaksima yang habis boleh,
Cari ia umpama selepas ini kita tidak dapat memiliki ILMU itu lagi,
Jadikan hambatan yang ada sebagai wadah untuk kita mengejar,
meraih, membina dan memodifikasikan ILMU itu untuk tujuan yang hakiki.

Maka dengan itu, kita tergolong dengan orang yang BERILMU.

"Apabila kita berilmu, kita adalah PEMENANG"
Bakal Dr Zurina, 2013

:::: Aku Bukan Nabi dan I'm Not Stupider :::

::: Dah Aku Kenapa ::::

Assalamualaikum MLA,

Sila perhatikan!! Aku Bukan Nabi :::Ya, aku hanyalah manusia biasa yang seringkali khilaf dan alpa. Tapi i'm Not STUPIDER. Aku Bukan Bodoh. Aku bukan bodoh bila aku tahu ada sahaja orang mengata aku dari belakang, aku bukan bodoh kalau tak tahu ada orang stabback aku dari belakang, aku bukan bodoh kalau tak tahu aku dipergunakan. AKU TAK BODOH.

Nampaknya korang tak tahu lagi, misi,visi,moto, dan falsafah aku ye!!


Hah, entry memula sudah meruap-ruap nafas aku!! Ya, aku bukan Nabi yang pabila dihina masih lagi meminta agar Allah tidak mendatangkan bencana dekat orang yang hina Baginda.

Aku manusia biasa, bila ada orang cucuk aku dari belakang. Doa aku tak lain tak bukan semoga "Dia mati cepat" agar tak banyak dosa dia buat.

Biadap sungguh social thought aku!!!.

Minggu ini minggu mencabar. Sampai satu ketika Oh Ya Allah, aku putus asa! Ya, aku Putus Asa. Aku dah tak boleh 'coop' dengan situasi. Bila masalah melanda, aku mudah hangin. Bila orang tuing sikit, aku punya pusing tudia 360. Sebenarnya Dr dah bagi assignment lama dah. Kita aje yang suka lengah-lengahkan. Bila dah telat nak hantar, macam-macam pulak alasan kita. Kan kan!! Aku faham. Aku jugak student seperti kome.

Minggu STRESS


Iye!! memang aku tak nafikan ini merupakan minggu stress bagi aku dan kamu kamu semua. Aku 'stuck' selama 5 jam semata-mata mahu buat pendahuluan. Bayangkan! Aku tak tipu, siap naik status FB lagi. sedangkan aku tak pernah naik status sepanjang Sem ni. Tajuk aku memang susah.

'Teori Modenisasi : Perbezaan tradisional dan Moden'


Bayangkan! Minggu depan ada 4 lagi menyusul. Presentation!! Assignment!! Exam. Siapa kata jadi pelajar mudah?


Kalau rasa tak mampu
jangan sambung belajar.
JANGAN!!

(Dr Mimi Hanida, 2013)

Masalah aku, aku tak faham bahasa Indon walaupun kita serumpun
Apakah semua ini?? Diraba, ideel,microfish,kartu computer, arsip,pembutuhan?? Apakah? Kalau di Perak BUTUH tu mencarut. Contohnya: Butoh kamu!. Hah, kan dah larik makna epistem nya. Aku salahkan diri aku sendiri kerana kurang fahaman tentang bahasa dan budaya Indonesia.

Memang aku baca, tapi TAK PAHAM
Nampak muka aku bengang. Aku memang tengah bengang! Penyudahnya aku frustated! Aku campak segala macam buku yang ada. Ya, aku tetap paksa diri. kalau tak macam mana nak present tajuk ni Selasa nanti. Aku berusaha. Ate, korang?

Hidup mesti diteruskan "kata Yuko", dia pun tak tido
Akhirnya penat lelah selama seminggu aku ini dibalas hari ini. Aku siapkan! Aku harap tiada bantahan, campakan, modifikasi malah semburan kencang daripada Dr Azmi Aziz aka Lionlicious (gelaran yang aku berikan, na'as).

Aku rasa! Aku Fikir! Aku jelas!! Minggu ini minggu aku letih, frustated, bengang, sedih, gembira (cek masuk), dan yang buat aku down sesangat aku putus asa .Aku tak pernah berkeadaan begini. Kalaupun hampir, aku masih boleh cool down. Kira boleh setellah, cincai cincai la amoii!! 

Aku Pandai. Ya, aku pandai menangani situasi. Makanya, bila masalah datang. TIDUR bukanlah penyelesaian terbaik. Sila bangun!! Sila bangun menghadapi cabaran dan dugaan itu. Kadangkala mungkin kita terkalih dari landasan. Makanya, sila sedar. 

Menangis? Ya, aku menangis sebab Frust sangat-sangat. Aku campak buku-buku. Papa HM Tuah pun tak mampu beri nasihat waktu tu, yang aku boleh buat mengadu pada Allah.

Oh Ya Allah (ye,aku memang kuat merintih),
Kenapa mangkuk tingkat ni cakap macam ini,
Aku pun stress jugak, Aku sakit jugak, Aku gembira jugak,
Aku tak boleh lena jugak, semuanya sama Ya Allah,
Aku stress sebab aku tengok mangkuk ni pun stress,

Oh Ya Allah,
Ace bagi aku ketenangan,
Bagi aku balik kg,
Boleh makan GULAI TEMPOYAK IKAN KELI,
itu favourite tuh!!
Tak perlu lasagna, chicken chop, western-western ni,
aku tak kenyang,
janji dapat makan Nasi, ikan masin,
dekat UKM ni tak sedap masakan dia,
Dah lah mahal.
Doa lembutkan hati pakcik cafe yang muka selalu masam tu,
Kira murah-murah sikit. Dapat pahala.

Ya Rabbul Izzati,
Aku dah siap kebanyakkan daripada assignment aku,
Tapi aku tak puas hati jugak,
Mungkin sebab aku rasa tercabar dengan rakan-rakan yang lain,
Ace cuba tak payah bagi feeling aku ni jeles-jeles dekat deme,
ini semua Setan yang jahanam punya bisikan,
Kalau ada kuasa,
Aku akan bakar tiap-tiap setan ni,
Nyah ekau daripada aku,
Ooo suka bisik-bisik benda jahat-jahat dekat akukan.
Puihhh!!!

Ya Rahman Ya Rahim,
Apapun, aku memohon ketenangan,kebahagiaan, kesenangan minda
malah aku pinta padaMu, 
berkatilah kehidupanku,
perkuatkanlah keimanan ku yang nipis bak kulit bawang tu,
Semoga dengan itu, 
agar aku dalam kalangan 
hamba yang Engkau Redhai.

Amin..


Doa selalunya nak panjang-panjang aja. Agak tak cukup sepage. Mesti kena tambah page. Memanglah! 

Walau bagaimanapun, dikala aku rasa macam nak berenti sebab semangat semakin pudar, MEREKA banyak membantu. Memberi nasihat tanpa jemu, Membantu tatkala sakitku yang panjang, Masa aku terjelepok,ploop!!, Masa aku tak mampu berdiri. MEREKA disekelilingku. Bersama Mendoakan!

MEREKA adalah KELUARGA

Sah, tetiba touching asal? Hahaha!! 

Mood memang memainkan peranannya sehabis boleh. Awal-awal tadi bengang, lepas tu boleh pulak doa bagai, pehtu touching, Okay!! aku memang Mangkuk Tingkat. 

banyak feel,
Zurina Saidi




Friday, 13 December 2013

:: Bersyukur :::

::: Sedang Bersyukur diberikan Minda Untuk Berfikir:::

Okay!! ayat aku macam good-good aje kan!! bukanlah Weh. Hari ini adalah hari sestress sedunia.
Bayangkan aku 'stuck' 5 jam nak mulakan pendahuluan tentang Teori Modenisasi ni.
Bayangkan falsafah tak falsafahnya aku kala tengahari yang panas terik, tetiba hujan.
Sememangnya Jumaat yang Indah.

Syukur sangat-sangat. *pic curik dr FB member

Bayangkanlah!!

Kita dapat makan sedap-sedap, pagi-pagi buta (butakah pagi?), aku dah buat nescafe 3in1 sambil cicah dengan biskut kering. Masyarakat Rohingya tu kurus kering dak makan. tinggal tulang aje. Bayangkan.

Aku bukak laptop sambil dengar lagu Black Takkan Terpisah, deme dekat palestine sana dengor bunyi Bom!! Dentum!! Dentum!! Crack!! Dum!! Dum!.

Tak kena panas,hujan, cemar. Sebab duduk dalam bilik yang selesa walaupun takdak aircond. Orang gelandangan bagaimana pulak? Aku ada almari nak letak pakaian, ate deme? bayangkan!

Kalau nak baring, Allahuakbar!! Terus terjun katil sambil buat kuak lentang, pushup mun sekali dua (ngecek). Deme?

Kadang-kadang, aku nyaris tak bersyukur. Makanya, bila terkalih. Sila berpijak dibumi yang nyata.
Kenangkan orang yang lagi susah. Letakkan kita setaraf dengan kita. Kalau nak tengok sejauhmana kita melangkah, lihatlah mereka yang melangkah hanya setapak. Baru kita ngerti makna syukur itu.

Ini tak, kita terlampau melihat kebendaan, hilang sudah jatidiri dan nilai moral  (set of order) kita pada kemanusiaan. 

Ya Allah,
aku bersyukur diberikan keluarga yang harmoni
aku bersyukur diberikan kesihatan baik
 walaupun  ditinta dengan kesakitan terkadang,
apapun, aku menerima ia sebagai ujian.
Oh Ya Allah,
Aku bersyukur,
atas nikmat yang diberikan,
atas kekuatan sekental besi
atas kesedaran yang tak berbelah bahagi,
atas segala-galanya
Oh Ya Allah,
lindungilah seluruh hambaMu,
Jangan benarkan mereka terkalih dariMu walau sesaat,
Lepaskan penderitaan mereka,
Layangkan seraut senyuman 
agar dipadam kesengsaraan yang dideritai.
Amin

Alhamdulillah,
Zurina Saidi

Thursday, 12 December 2013

::: Tips 6 : Setelkan Assignment yang Bertingket-Tingket :::

::: Mesti Tengah Kelam-Kabut Menyiapkan Assignmentkan :::

Hye MLA, Assalamualaikum..
Di keheningan Pagi ini sambil mendengar bacaan zikir / Al-Mathurat dan Yassin,
Tetiba aje aku rasa nak memberikan Tips yang dirasakkan sangat berguna buat masa sekarang.
Maybe ramai yang sedang berjuang gigih, perwira, ibarat petani dan buruh binaan, Yedak!!
korang ada lagi seminggu nak setelkan sebelum masuk Exam week!!

Semester last kelas ni sebelum thesis, aku tinggal 1 exam aja. Tapi soklan tersangatlah mencabar. Yedak!!
WACANA PEMIKIRAN SOSIAL.
Sosial la sangatkan. Walhal duduk dalam bilik sambil layan movie's. Aku tuh!! Stand Up!!

Baiklah. Hah!! Memang aku dah nampak keringat jantan serta peluh masam MLA sekarang ni!!

Tips menyetelkan assignment LAST MINUTES (motip tulisan beso?)

1) Bahagikan tugasan atau bab

Sekiranya hampa punya assignment adalah berkumpulan. Sila jangan mangkak. Buat sensorang. Sila jangan EMO okay! Ketua memainkan peranan. Sila DRAF apa sub topic korang. Supaya memudahkan ahli kumpulan untuk buat sub masing-masingkan. Jangan pulak kejam. Yang hak susah kome bagi dekat member. Korang ambik yang senang-senang. Puihhh. Naya kat korang jugak!! Fikirkanlah. 

Save a Date. (bukan Kawen je suh save tarikh). Kata le nak hantar hari Rabu. So, due date untuk ahli kumpulan send dekat ketua adalah hari Sabtu malam. So, sekiranya ada pembetulan, masih boleh buat lagi. Betul tak!! Sila jangan poyo cakap tak boleh setel. Penampo nak?!! 

2) Senaraikan assignment yang belum dibuat

Macam aku, aku dari mula Sem dah senaraikan. Makanya mudah nak taw due date nak submit. Mesti ada yang aku pinda. (ingat akta aja boleh pinda-pinda). Kebanyakkannya ikut suka hati aku lah nak buat yang mana satu. Aku tahu bila masa malas,masa rajin,terlebih rajin. Korang pun kena faham, cara study korang pun dah berbeza-beza.
Nampak tak assignment aku bertingket-tingket. Takpayah comel-comel!! Janji ada reminder
Keserabutan meja study aku adalah disebabkan aku suka nampak macam buat keja tapi yang sebenarnya layan movie's. Penaik semangat tahu tak? Tulis lirik-lirik lagu, pehtu sumbangkan suara sambil poyo fikirkan tengah nyanyi dengan retis tersebut. Poyokan! Poyokan!.

3) Kurangkan aktiviti La'gha

Tetiba Ustajah!! Yedak! Kome suka stalker FB  member, kuat jeles tengok member korang dlm fb, macam-macam lah. Ingat aku tak tahu ke. Kawan aku ramai yang begitu. Apa syoknye tengok pic orang tah! Memang tak sosial langsung aku. So, ace cuba bawak slowkan sikit aktiviti tersebut.

Bila on aje lappy kome tuh, set dalam minda. 'Oh, aku nak buat assignment. Boleh on FB hanya 10 minit aje'
Eleh, takdak maknanya. Korang bukak sampailah ke petang. Aparaaa!! Macam mana nak siap?

4) Banyakkan pembacaan


Motip black-Red

Sekarang ni tak payah sangat pergi library macam aku ni. Aku memang tak suka ke library. Dari USM lagi. Walhal sekolah dulu, Mawas Pusat Sumber. Mawas okay!. Korang boleh dapat bahan bacaan dari jurnal, e-lib, e-jurnal..senang cite sume jenis e lah. Sila jangan baca dari blog. Takut tak bertepatan. Takut. Nak mudah?? Cuma jadikan sahaja benda tuh mudah. Senang.

Aku selalu cakap, aku boleh pengsan-muntah-muntah-pening kepala bila duduk dalam library. Motip sesangatkan. Ate dah memang ye, berdiri aje depan pintu library, aku mula toya. Makaihhh!!! 

5) Perbanyakkan memintak

Mintak apa? Minta simpati dari Allah. Kepada Dia, sila adukan masalah anda.. Tetiba lappy buat hal, nak print assignment 50pages duit takda pulak. Tetiba!!! Mesti Dia membantu. Insya Allah.


Sila jangan stress!! Nanti jerawat kome naik. Kalau rasa tak boleh buat jugak. Fikirkan alternatif lain macam pergi swimming pooolll ke, main golf ke, jadi Kedi pun jadi lah. pergi berlibur ke, SPA, beli baju online ke, ikut koranglah. Sila tenangkan hati. Last-last Sem memang begini. 


Stail aku mudah aja. Moh TIDO. Bangun mesti lega!!

Tips Sempoi,
Zurina Saidi

Wednesday, 11 December 2013

:: Perjalanan 2 : Mencari Mangsa:::

:: Puihh, aku yang sebenarnya mangsa:::

Keluar kot peluh jantan, menitik-nitik macam air pancut dekat Tambun tuh!! Letih mangkak rasanya mencari responden untuk jawab questionair aku. Apapun, disebabkan skill communication yang tak berapa nak mantap tu, aku gagahkan macam buruh binaan la cari. 
Ate, kome MLA ingat ada ke orang nak membantu?? Ada. Jangan risau. Yang taknak bantu jawab pun tak apalah. Korang tak tolong orang, satu masa orang pun taknak tolong korang. 

Apapun aku salute-malute betoi rakyat jelata Melaka. Sepanjang 3 hari aku dekat sana, aku tak pernah dengar bunyi hon Pin!!! Pin!!! Pin!!...Makaihhh, aku tabik sembah ratu toink~toink. Sangat BAGUIH.

Sebelum pukul 12 tengahari, aku dah siapkan Questionair aku. Bapak bangga! Yang pasti, laju-laju macam formula 1 aku nyorok questionair dalam beg. Bagi aku 'can' nak jenjalan dekat bandar hilir tuh. Ate, lepas ni jauh panggang dari api la aku nak pergi. Bukan apa, masa dan kewangan yang membataskan. Ingatkan biasiswa boleh cover makan ke?? Ishhh..Tssskkk. Perut aku umpama perut Ekok tahu tak. Lapo semanjang. Atenye!!!

Perjalanan selama 20km sehari memang boleh buat kaki korang bengkak 2 hari ye!! Aku pun sama, selamat aku bukan addicted dekat high heels. Naya beb!! Aku tak berapa nak syorkan villa ni. Korangkan 'backpacker' kan. Tido kat tempat murahlah. Pengajarannya disini, sebelum membayar, sila tengok keperluan yang ada dalam pemplet yang disediakan. kalau kata ada wifi percuma, ace check dulu. Mangkak makap duit orang, perkhidmatan puihhh. Naya aje!!

bersama Ahli kumpulan landskap, jom berpecah mencari mangsa. kikiki
Kuasa kuda diperlukan. Sila seru sambil tadah-tadah tangan. Berlatar belakangkan Muzium Menara Taming Sari. Pukul 9 udah ramai pelancong. Memang betullah!! Tapi, banyak tempat yang lewat bukak ye!! Kome nak niaga ke tak nak ni? Tapi, bila korang jalan mula pukul 11, masyaAllah, makhluk Tuhan tersangatlah ramai.

Tenaga aku 187% dikala pagi , bawak pukul 11.30, toye!!
Pepecahan kaum berlaku. Bhahaha. Aku ambik keputusan muktamad nak pusing habis bandar hilir. Ate, memang yedak!! Penin kome wehhh. Sebenarnya semua muzium ke, pasar ke, pusat pameran, kedai makan, semuanya disatu lokasi. Memang strategik. Patutlah aku tengok matsalih (minah saleh tak ye) jalan-jalan aje.

Percaya dak!! 
Kalau MLA bawak kertas-kertas dekat tangan sambil  muka mintak belas ihsan deme menjawab, agak-agak deme nak jawab idak??? Peratusnya adalah sedikit. Deme mesti ingat nak mintak derma, jual buku agama, takpun join MLM. Hah!! 

Tssskk. Aku boleh termengandungkan airliur yang banyak nak explain dekat deme-deme yang koya ni ye. Bagi aku mudah aje, kalau deme banyak sangat ragam, cabut. Aku boleh jumpa orang yang boleh membantu. Contohnya sorang makcik ni
' Hah, mana pen nya. Bak sini makchik isikan. Apa yang kamu buat ni...Blabla'

Aku siap tanya balik, 'Baik makcik, susah betul nak minta mereka isi ya!'

'Makcik kesian dekat kamu. Kalau anak makcik kena buat macam ni, takada orang tolong. Kesian dia'

Hah, nampak tak disitu, cuba tolong. Insya Allah ada balasannya. Makcik ni aku tabik spring. Aku banyak bagi dekat yang around 20-25 years old lah. Senang. Finally, questionair terakhir siap diisi pukul 11.45am. Yehaaa!!.

Moh, simpan questionair lelaju. Kalau boleh ghaibkan meta pun bagus. 

PETANG SABTU 7/12/13

Berbekalkan Map dalam otak aje, aku sudah jelajah menghabiskan seluruh kawasan Bandar Hilir. Lapo? Tak usah kabo. Ya amat lapo. 

Kota A'Famosa

Aku sedih. Nilai estetik makin pudar. Bagi aku yang amat minat hal landskap-landskap ini, sejujurnya kota pertahanan hanya satu lambang yang makin terhakis. Feel tu tak berapa nak ada lah kan. Sebab dah banyak tempat yang makin tinggi.

A'Famosa. Sila lihat selipar jamban tersebut. Kaki aku pedih. 20km kot.

Omputih ya amat gemor aku tengok snap photo sana sini. Deme bangga gamaknya pernah menjajah kita.

Cerita rakyat daripada adik beca kabo yang pokok ini adalah tempat teduhan Parameswara duduk. Nun, kat tempat aku kijak tu lah. Tengah Parameswara syok feeling-feeling bersantap dengan bidadari, tetiba 2 ekor anjing beliau menyalak. Ya amat kuat. Ohhh!! ropenye 2 ekor anjing peliharaan beliau ternampakkan kancil putih yang cun berjalan terjongket-jongket dan terkedek-kedek. Sakit hati pulak rasanya si kancil tersebut, terus Si Kancil cun menendang anjing tersebut. Parameswara terkejut. 'Wau, gimana seekor kancil boleh itu terajang anjing gua?' bisik hati kecil Parameswara. (Tetiba Indon, asal). 

Nampaknya MLA dah boleh agak dah, apakah kesinambungan cerita tersebut. 

Namun begitu, Sila PERCAYA. Sejarah banyak menipu kita.


Aku    : Embu, asal mata ko macam tu?

Embu : Ate, dah deme yang bergambor dengan aku macam-macam ragam. Ada yang seksi sesangat. So,                 mata aku tak tahan kot tengok deme. Tu yang jadi juling sikit. Ko kesah ke?

Aku   : Puihhh!! Embu jantan.


Lani, dah takde dah kete lembu. Aku aje yang feeling nak naik lembu. Maybe lembu-lembu stress kot nak bawak pelancong. Terus MBMB tukar jadikan lembu tersebut kejang macam tuh. Fikirkan!!!


Sepanjang nak menyampai ke kota A'Famosa, aku kena tempuh bangunan merah. Apakah itu? ia adalah bangunan yang menyimpan segala monumen-monumen dahulu. Aku tak masuk kot. Esok baru nak terjah. Lani, kaki aku dah sakit sesangat. Nak menantikan jam 5, aku dan member yang lain, hanya duduk dikerusi sambil gelak berdekah-dekah melihat aksi dan ragam pelabcong. Observe. Konon. Yang kelakar, BECA. Udah dihias lawa dengan bunga-bungaan. kat belakang beca tu, ade 2 ekor rimau aummm. Makaih, ganas!! 

Memang kelakar dan lawak. Pelawak sungguh.

Ohh ye, river cruise aku dah naik. hanya RM10, korang akan dibawa sampai ke penghujung sungai. Acehh!! Tetiba rasa jadi tourist guide pulak dah.  Sepanjang menyelusur sg tu, MLA akan lihat siar kaki sepanjang lebih 10km. Masa itu, pelbagai keindahan ciptaan manusia MLA akan lihat. Contohnya perkampungan Kg Morten di tengah-tengah pusat bandar. Ohsem!! Asalnya Kg Morten telah dikenali sebagai muzium hidup. Dah ada sejak 1920an lagi. Ia merupakan penempatan masyarakat Melayu. Dihujung kg Morten ni ada pasar besar yang dah ada masa 1960 sehingga 1990. Tapi lani dah diubah kawasannya ke tempat yang lebih strategik dan mudah lagi. So, macam-macam nama jambatan ada. Contohnya Jambatan Old Bus Station, Jambatan Hang Tuah,  Jambatan Pasar, Jambatan Chan Koong Cheng dsb. Try la naik. Tak rugi la.

Rentetan story aku meriah kot. (Aku rasa lah). Aku nikan penggemar Sejarah dan landskap. 
Balik Villa. I'm Dying. Lapooo..Lapoo!! kaki tetiba letih-letih. Poyo!! Jalan tak ingat dunia. Menonong aja.
Apapun, it's great to be here!!

Jejak Warisan,
Zurina Saidi


:::Perjalanan 1 : Melaka Bandaraya Teknologi Hijau::::

:::: Pemergian Dengan Hati Yang Tenang dan Damai:::

Seperti yang aku janjikan kepada ko wahai MLA, aku semangat nak menyetorikan kisah dan pengalaman aku untuk kali yang kedua menjelajah Melaka Bandaraya Bersejarah. Pandangan, perasaan, malah pemahaman aku tentang Melaka dan Sejarah. Amboiii!!! Terasa berilmiahnya disitu ya MLA.

malam yang nyaman di depan Dataran Pahlawan

Sila jangan tanya mengapakah aku sekarang gembira degan berpakaian skirt merkirt yah!!! Mungkin dan In sya Allah, akan adanya perubahan-perubahan dari semasa ke semasa. Aku sekarang rasa selesa pulak. Lani, seluar-seluar macam dah tak best aje. 

Makanya, perjalanan permulaan dimulakan dengan bacaan doa agar aku dilindungi dari sebaga bencara dan malapetaka. Yelahkan!! Ni musim sekolah, tambah hujan, viruseslah etc. 
pengedaran Questionair mengikut sub topic masing-masing

Ahli kumpulan aku terdiri daripada semua pempuan, sorang lelaki. Udah tak dapat join pulak. Terkandas di Terengganu. Kesian pulak. Apapun, Questionair kumpulan aku paling sedikit dan menyeluruh. Itu yang aku nak ye.

Cukuplah hari ini, aku tersangatlah letih
Hari pertama dilalui dengan tenang walaupun ada aje problem macam orang taknak bagi kerjasama. Yang gatainya!!! Yang miangnye!!! Yang macam-macam lah. Apapun, ia tak mematahkan semangat aku untuk setlekan questionair aku sampai esok pagi aje. Selepas itu, aku nak jadi 'pelancong domestik'. Nak beli macam-macam, nak melawat kat tempat lain. Banyak-banyak.

Oh ye!! tak habis karot pulak. Aku kini berada di Bandar Hilir. Semuanya pusat pelancongan tertumpu di sana. Kalau nak tengok A'Famosa, Kapal Samudera, Muzium, Menara Taming Sari, Jonker Walk, River cruise ke..semuanya berada di Bandar Hilir. Oleh hal itu, Bandar Hilir adalah pusat tumpuan pelancong. Walaupun begitu, ada sesuatu yang membuatkan aku terfikir. 

Cuba MLA fikirkan. Aku fikir lah kan. 

Dimanakah nilai identiti Melaka itu sendiri apabila  bangunan pencakar langit pun ada? 
Apakah A'Famosa yang dahulunya dikenali sebagai kubu pertahanan sekarang hanyalah sekadar hiasan?? 
Aku tak rasa seperti berada di zaman Melaka dahulu bila pembangunan mengakibatkan warisan Melaka itu dipinggirkan?
Kalau bawak anak pun, mungkin mereka tidak memahami istilah kubu pertahanan. Hanya nampak batu-bata yang dah pecah-pecah, pehtu orang tangkap-tankap gambar.


Makanya, dimanakah nilai Estetika Melaka itu sendiri sebagai Tapak Warisan Dunia?


 Melaka mempunyai banyak bangunan sejarah kolonial yang dapat memaparkan imej dan identiti yang nyata. Nilai dan warisan yang menjadikan Melaka ikon sosial yang menghidupkan  kembali zaman kegemilangan Tanah Melayu. Seharusnya seni tradisional, upacara keagamaan, pasar, pameran, persembahan dan sebagainya diadakan. Aku kecewa!! Apa yang aku lihat adalah berbeza dengan yang difikirkan.


Hari Pertama yang ohsem 

Tuesday, 10 December 2013

::Punah Harapan:::

:: Bayangkan tengah-tengah kome syok wat assignment, TETIBE!!! :::

STRESSS yang teramat Wehh!!!

Bayangkan le kan..Yedak!! Kome tengah eksaited gile nak siapkan assignment sebelum balik Kg cuti Study week ni, ate tetibe aje, kome punya berokben udah gini ropenya. bukan UKM aje yang ade gaya...Sentap Nyah!! Bertingket-tingket kot assignment aku. Penyudahnya, ape kata kita tengok photolicious masa kecik-kecik dulu. Buat penenang. Sambil dengo lagu suraj hua maddham. 

dear MAXIS,
I really need your commitment and fully support,
If...If lah kan, I'm quit late for pay the monthly bill,
Ate takpayah le nak terminated tetibe..Emo aje aku..
So please be nice.

persoalan kajian : Siapa nak  take responsible diatas kelewatan aku hantar assignment?? Maxis nak tak bertanggungjawab?? 



::: Jom Berbackpacker' Bersama::

::: Mood Sedang Berkemas-Lemas:::

Assalamualaikum MLA, Hyeeppp!!! Jangan Sedih-sedih okay!! Owner awak bukan pergi jauh. Negeri sebelah aja. Pejam celik udah 3 hari 2 malam.

MELAKA>>HERE I'M Come!!

So, Jom BerBackpacker..
Siapa faham istilah backpacker???

Bagi Kakna definisi backpacker kakna tersangatlah smple dimple iaitu " Satu aktiviti atau pengembaraan (amboi ayat)  untuk mencari pengalaman, berbekalkan duit yang tak banyak, boleh pergi mana-mana sahaja dengan peralatan yang sedikit, makan banyak-banyak dan yang penting mencapai self actualization Kakna"

Hah, kalau definisi ilmuannya pelbagai. Setiap-tiap manusia memaknakan sesuatu mengikut istilah dan terjemahan masing-masing. Apapun, yang terpenting, ia adalah keluar daripada kawasan kita. Itu baru dipanggil backpacker. Acehhh!!!

Kedah Jelapang Padi ( DONE)
Perlis Indera Kayangan (DONE)
Pulau Pinang (Melampaulah, study sana 3 tahun, takkan tak jelajah)
Perak (Oh Nooo, Tanah Tumpah darah Mak melahirkan)
Kuala Lumpur (Eewyuu)
Johor (Tak Penuh)

Kelantan dan Terengganu (Maybe NEXT YEAR)

So, before aku nak menjelajah Luar Negara (Acehh), biarlah negara sendiri dahulu. Lagipun, nak naik flight yang pertama adalah ke M****. Lagipun, biarlah selepas pergi kesana, kalau nak pergi mana-mana macam Istanbul Aku Datang ke, lepas tuh!! Acehhh, cita-cita Mat Jenin dah tuh!!

Lepas nie jom ke Pantai-Mantai pulak!!! Mana tahu boleh jumpa Duyung Dugong!! Takpun ikan jaws.. Melampau!! Baiklah mood aku sekarang sedang memacking baju-baju. Iyelah kan!! Pergi Melaka time hujan-hujan. So, banyak benda kena fikir!! Ade yang kata. Ala, MELAKA aja. Woiiit!! Aku pergi melaka dulu masa time kecik-kecik. Itu pun ingat-ingat lupe! Eh aku pernah pergi ke?? Aku tak pernah ke?? OhMyGod!!

So, bila kita diberi kesempatan jelajah hanya dengan berbekalkan duit yang tak berapa banyak. BOLEH aje kan!! 

Antara equipment yang aku perlu bawak:

1) Tentulah!! Baju-Skirt-Selendang etc
Yelah!! Tak payah banyak. Agak-agak aje!! Memang bab agak-agak serah pada aku. Memang kepakaran. Macam masak-masak. Aku agak-agak aje!!! Tengok-tengok. Orang pengsan. Oh No!! Itu masakan aku. Ayakk.So, Baju aku agak-agak sudahlah.

2) Ubat-ubatan.
Hah! memang tak boleh lari dari benda alah tersebut. Allah duga aku dengan penyakit. So, aku terima ia sebagai salah satu keistimewaan yang ada. Acehh! Syahdu. Nop!! Nop!!! So, satu beg kecil disediakan agar aku makan mengikut urutan waktu yang telah ditetapkan. Amboi!! Aku siap set alarm waktu makan ubat, agar aku tak terkalih akibat ingke sesangat nanti. Aku kan kuat pelupanya.

3) Questionair
Bhahaha. Macam Rat's on My Bed lorhh! Itulah tugas dan tanggungjawab aku. So, aku dah ada pelan strategik bagaimana aku nak kumpulkan 100 orang responden aku. Yang pasti aku nak dapatkan responden dalam 1 hari aja. Hari Sabtu. Hari lain aku nak jalan-jalan MELAKA. So, ahli lain, sila bina strategik masing-masing. Planning wajib mantap iye!! Kalau tak dapat 100 jangan balik sebab nak analisis makan masa. Ikut korang lah nak terjun Sg ke, ngendap pelancong antarabangsa korang ke, ikutlah macam mana pun. Yang penting questionair korang SIAP.

Nampak tuh!!! Terpampang jelas dan nyata nama aku 1 box questionair. Sila Nangis!! Landskap dan aku tak dapat dipisahkan

Okaylah!!! Nanti aku nak share Photolicious aku bersama backpacker-backpacker yang lain dalam menyiapkan projek kami sebagai salah satu tugasan penting Sem ini, Kalau tak siap, boleh nangis air mata biawak 10 ekor!!

Jom, mengemas barang-barang. Apapun, WELCOME Me!!

Siapkan assignment U-City before pergi!!

Sunday, 1 December 2013

::::Tips 5: 'Reward' kan DIRI anda:::

::: Kalau Bab beri-memberi HADIAH, amboo memang suka::::


"Tanda-tanda munafik itu ada tiga iaitu apabila
seseorang itu berbicara, maka dia berdusta dan apabila
berjanji, maka dia memungkiri dan 
apabila diberikan kepercayaan, 
maka dia melakukan khianat."
- Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim

Aikk, apasal ada selit hadis-hadis ini Ina oiii. Hah inilah yang aku nak cerita. REWARD. HADIAH. GIFT. Ala, makna yang seumpamanya lah. 

Before aku story-menyetory dengan lebih panjang lagi. Minggu ni aku 
dapat panggilan nama macam-macam.
ZURINA, ZURI, ZU, RINA, RIN, JULINA,KAKNA,AKAK

Wowowo!! Banyaknya!! Korang nak panggil aku apa sebenarnya? 
Sukatilah. Janji namanya yang baik-baik.
Aku tak faham apasal member Indon aku tak boleh panggil nama aku betul-betul.
Banyak kali aku betulkan pun, terbelit jugak lidah deme nak panggil RINA.
Ewyuuu..

Apapun, dengan panggilan nama, kita boleh tahu sama ada beliau mesra atau tak dengan kita. Contohnya, kalau beliau panggil nama aku ZURINA, ini bermaksud beliau tidak rapat sangat dengan aku. Setakat kawan gitu-gitu. Sekiranya memanggil singkatan INA. Hah, itu dah habih kamcing dah tuh. Boleh dibawak bersumo!! Apapun, panggilan kak aku tak prefer sangatlah. (terasa muda jelita).Hahaha.

Tskkk. Mudahnya aku melalut-palut. Kembali semula okay. Disebabkan Sem lepas aku mendapat result yang gempak akibat peluh jantan beserta tidak tidur malam sehinggakan mata ungke tersemboi, aku telah berjanji seperti ayat berikut

" Mak aih, result kencang. Tak pernah dapat masa degree dulu. Ohhh aku wajib reward diri aku ni. Nak apa ye!! Kereta Lotus sebijik?? Takdak pitih pulak!! Jalan ke Indon?? Ishh, negara 1 luar negara aku nak jejak bukan Indon. Sabar. Sabar. Ate, ape aku nak bagi ni?"

So, sampai kesudah. Angan-angan menjadi Mat Jenin. (memang aku la tu). Tiba-tiba rezeki Allah hadir. Benarlah. Bersusah-susah dahulu, maka kesenangan menjelma kemudian. Amboiii. 

Tadaaaa...

Tablet 2 10.1 dan Sony E32 HD
Yeha!! Ohh aku beli 2 barang tuh aja. Namun begitu, DSLR Canon mahupun camera Samsung masih merupakan 'barang kesayangan hamba' dahulu lagi. tak sanggup nak jual. Biarlah menjadi kenangan. Untuk kesekian kali, aku mengganti tablet lain. Amboi. Apa yang pasti aku memang suka bergambar. So, aku tak dapat beli kereta Lotus?? Bhahaha.

 welcome my dear TORRIN dan TABIN. 

Nama berikut diambil sempena nama kelahiran ratu Venezuela yang pertama bernikah dengan rakyat Portugis yang dikenali dengan nama Tabin. (Ambik kau MLA, kene ngecek dengan aku)

Reward untuk KakLong dan Puteri
Aku teringatkan conversation antara anak buah aku Puteri dengan Mamanya (Alang).

Puteri: Mama, awak (ganti nama yang digunakan oleh Puteri) nak bagitahu berita gembira ini. Awak dah dapat no periksa sekolah agama. (baru 6Tahun)

Mama: Wahh!! bagus. Bagus. Awak dapat periksa no bape?.

Puteri: Awak dapat no 22. Hah, mama kena bagi hadiah. Mama kena bagi hadiah.

Kahkahkah..Tak pernah ada budak bangga dapat no periksa banyak-banyak tu. Berbeza betul. Akku punya gelak sampai berdekah-dekah. No WORDS!!! Hanya mampu mengiyakan sahaja.

Jadi, untuk KakLong dan Puteri, MakChik belanja hadiah awak berdua iaitu sebijik TABUNG KEK yang cantik. Tunggulah MakChik balik hujung bulan 12 ni. Lambat lagilah ye. Apapun tahniah buat KakLong dan Puteri.


makanya disini MLA, nak guna tardemark 1 Malaysia lah 
"JANJI DITEPATI"

bukan dicapati ye bila aku dah rewardkan diri. Oh ye!! Aku bukanlah gadgetlicious okay!!
Tetapi aku suka ada benda yang boleh aku belek-belek bila aku berada di tempat yang lain seperti dalam ETS ke (tunggu train balik kg), aku jugak bukan moderniti, sebab bila balik kg, aku tak gunakan. Aku biar aja HP atas meja study KakLong. Makanya aku masih tipikal dan konservatif dalam sesetengah perkara. Acehh!!! * Aku gadis Kampung.

So, Tipsnya disini ialah berikan hadiah kepada diri anda sendiri di atas usaha daya, titik dan peluh anda, keringat bawak motor pergi kelas, cari parking dan sebagainya, and yang penting sekali kejayaan anda meneruskan Sem seterusnya.
Oleh itu, berikan HADIAH supaya anda mengingati detik-detik tersebut.

Aku yang Syok Sendiri,
Pemilik Torrin dan Tabin